Aku lah pejuang bangsa Melayu, pejuang Agama, Pejuang Budaya, tak derhaka, Hidup Melayu ….hidup Melayu..Daulat Tuanku…Daulat Tuanku… aku lah UMNO..tak caya ..tikam aku pasti darah yang mengalir ada lambang keris telanjang UMNO…. Aku akan mendaulatkan Bahasa Melayu aku akan berjuang dan pertahankan Tanah Melayu, Tanah Rezab Melayu, Keretapi Tanah Melayu, Kueh Melayu, Baju Melayu, Keris Melayu, Rumah Melayu…ini semua warisan kita, kita mesti pertahankan..ini perjuagan datuk nenek kita..ini perjuangan….pejuang kemerdekaan… ini lah ucapan dan ungkapan berapi-api..wira masa hadapan UMNO….nyanyilah ramai-ramai ..anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi..air mata darah..bercampur keringat…harta dipijak milik orang… begitu semangat…berkobar-kobar…
Sedar ke tak sedar, tahu ke tak tahu atau buat tak tahu..aku nak beritahu sempena Maulidur Rasul..perjuangan sempit Bangsa dan Kaum tak pegi mana..sekadar semangat…lihat lah sapa yang sebenarnya derhaka pada Sultan, sapa yang mengecilkan Bahasa Melayu…sapa yang jual dan gadai Tanah Melayu..sapa yang membiarkan Keretapi Tanah Melayu terus mundur dan layak menjadi bahan Muzium…mana peginya Keris Melayu…sejauh mana kueh Melayu… sedarlah kawan-kawan dan teman-teman ku…ayuh kita berjuangan dalam ruang lingkup yang besar dan luas…belajarlah untuk berfikir luar daripada kerangka serta kotak yang kecil…
Perdana Menteri Melayu, Menteri- Menteri Melayu, Ketua Setiausaha Negera Melayu, Ketua Setiausaha Kementerian Melayu, Ketua Pengarah Melayu, Pengarah Melayu, Pegawai Melayu, Pemandu Melayu, Tukang Kebun Melayu, Tukang Masak Melayu…mana yang tak Melayu, tapi tak berdaya dan tak mampu memartabatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa Ilmu, bahasa pertuturan, bahasa bisnes..bahasa Melayu tercorot…hingga gagal mempertahankan perkara yang cukup jelas dalam Akta 152 Dalam Perlembagaan Negara berkenaan Pendaulatan Bahasa Melayu… tak mampu pertahan dan membangunkan Tanah Rezab Melayu….gagal mempertahankan Biasiswa untuk Melayu…hampir semua gagal…jadi maknanya perjuangan semata untuk Melayu dah lapok…kena bergerak kepada Fasa yang disaran oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW iaitu Islam, tak payahlah DYMM Sultan nak bertitah orang Melayu gila kuasa…sudah berpecah belah…ada pulak yang kata derhaka pada Sultan…selagi pemimpin terus perjuang untuk Islam kita kena patuh…kalau hanya ruang lingkup pada bangsa…yang tidak akan ditanyapun oleh Malaikat..apa bangsa mu..apa parti mu..tak ada…tapi kalu nak jawab …Melayu agama ku…UMNO ..ikutanku..silakan saja….ayuhlah..teman-teman..mari kita sama-sama belajar serta ikut tatacara Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat Baginda berjuangan serta membangunkan masyarakat dan ummah… Selamat Menyambut Maulidur Rasul …
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan