Jumaat, 28 November 2008

TIADA POLITIK BARU..MAHUPUN SEMANGAT BARU...

Hari ni 28 November 2008 (Sabtu) sepatutnya merupakan tarikh yang amat membahagiakan ramai terutama aku kerana Parti Keadilan yang Nasional telah dirakyatkan hasil kemasukan semangat rakyat PRM mengadakan sidang Kongres kali ke lima, dulu nama sidang ni namanya Persidangan Agung.

Parti Keadilan tahun ini 2008 kalau dikira rekod telah memecah rekod yang cukup baik, jarang sebuah parti yang baru berusia 11 tahun dapat kejayaan yang dikira cukup baik. PRU 10 tahun 1999 waktu semangat reformasi yang memuncak kalu nak dikira pasti BN kalah..tapi , Barisan Alternatif (BA) tak punya jentera yang cekap dan mahir PAS dan DAP yg telah menyertai 9 kali pilihanraya tidak nampak bersedia dengan mantap bagi menghadapi jentera BN.. BA tetap kalah. keADILan hanya mampu dapat 5 kerusi parlimen Permatang Pauh, Kota Bahru, Machang, Peringat & Kemaman juga tak lupa 3 kerusi DUN Penanti, Chinni dan Hulu Klang. Tahun 2004 merudum tinggal Permatang Pauh. Tahun 2008 PRU 12 kini PKR ada 32 kerusi parlimen dan menjadi Ketua Pembangkang. Menguasai kerajaan Selangor.... Hebat.

Hari ni muram bagu aku kerana semangat serta ciptaan baru yang patut dirai bersama rasanya hancur... tiada apa-apa pembaharuan. Kongres ke 5 PKR pasti lesu...ia diolah dengan campur tangan ghaib yang seninya tiada....Bagaimana agaknya perasaan aku yang dinafikan hak untuk mempengerusikan sidang Kongres AMK..

Sepanjang Taklimat - Selangor Rai 2008



TAKLIMAT SELANGOR RIA 2008 - Pengerusi YB Yakob Sapari Exco Permodenan Pertanian, Sumber Asli Dan Keusahawanan

Selasa, 25 November 2008

PEMIMPIN 'DINOSAUR' - Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Hari ini Selasa 25 November 2008, pagi-pagi lagi beberapa sms telah masuk, macam-macam catatan yg terawal drp Pok Nik jam 5.40 pagi kejut bangkit subuh. Seterusnya sms-sms kata wah muka ada kat sinar, berita ada kat suratkhabar, hensem nampak..sapa cakap tak serupa bikin. itulah lebih kurang. semua merujuk kepada berita dalam Sinar harian yang memetik catitan respon aku berkenaan kes Ronnie. Aku dah pos catatan asal yang telah dibuat, tetapi dalam sinar yg keluar telah diolah.

Pagi ni ada program Seminar " QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS (MS 1900:2005) REQUIREMENTS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES" anjuran DPIM, SIRIM. Lama tak jumpa teman-teman DPIM sejak lepas 8 Mac 2008 hingga kini. Beberapa kali aku terima kiriman salam daripada Tan Sri Ali dan Dato' Seri Yusoff Latiff. Hari aku jumapa semua kawan-kawan drp JCORP Hj Rozan, Hj Jamal, Hj zamri, Kak Azizah, Datin Saadiah, Haji Razali, Zalina dan ramai lagi.

Pembentangan hari ni banyak yang menarik cuma baru nak start dah ada ganguan Sahabat aku Bahrin tumbang....tak larat..pitam darah tinggi agaknya..atau stress.bahrin...muga dia sihat. Pembentangan pertama Tan Sri Ali bawak tajuk Jihad Dalam Pengurusan - pengalaman JCorp. Beberapa sentuhan yang cukup terkesan utamanya mengenai contoh Kepimpinan ala DINOSAUR - BODOH SOMBONG menekan serta makan semua, lagi ungkapan KERETAPI LAMA DENGAN SHIKANSEN ATAU TGV. Juga tidak lupa agar kita lupakan ungkapan KAKITANGAN pada Sumber Manusia..katanya kalau Kakitangan maknanya pekerja ibarat robot, masuk kerja hanya pakai kaki dan tangan. kepala tinggal kat luar maka jadilah tenaga insan kita menjadi lemah dan tidak berkesan, pasal kerja tak guna fikiran...

Pembentang yang lain drp Sirim, Juga Dr sidik Baba, dan Dr Asri perlis..

TAJUK DALAM SINAR PR CAKAP SERUPA BIKIN

Bila wartawan menghubungi saya bertanyakan respon mengenai isu kes YB Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor yang didakwa di Mahkamah berkaitan kes menghalang tugas penjawat awam dalam operasi penguatkuasaan pada 2007, setakat ini mahkamah membebaskan Ronnie dengan ikat jamin RM 3,500.00 sehingga pembicaraan mahkamah selesai. Saya respon kepada beberapa pertanyaan.

Isu YB Ronnie Liu dikaitkan dengan kes Sdr, Apa respon?

Dalam laporan akhbar mengikut wartawan yang bertanyakan saya, ada mengaitkan kes Ronnie bersamaan dengan kes saya, saya menyatakan bahawa, bilamana YAB Dato’ Menteri Besar mengantung tugas saya, saya terus menyatakan sikap saya secara bertanggungjawab. Saya mengambil tindakan untuk berhenti kerana saya perlu bertanggungjawab terhadap Kerajaan Negeri serta Pejabat Menteri Besar. Saya tidak mahu Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat YAB Menteri Besar dibabitkan dengan kes saya walaupun ia hanya sekadar satu tuduhan belumpun ada siasatan serta pendakwaan di Mahkamah. Saya mengambil sikap bertangungjawab kerana saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat mesti memikul amanah Parti yang memperjuangan keadilan, kewibawaan, amanah dan ketelusan.

Kenapa perlu berhenti ?

Sebagai pemimpin tertinggi parti saya mesti menunjukan contoh yang baik kepada ahli juga kepada masyarakat bawahan. Pemimpin keADILan juga pemimpin parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat selalu mendesak serta menuntut pemimpin BN agar meletak jawatan bila mana berlaku sesuatu kes juga pelbagai skandal yang melibatkan tugas jabatan serta kementeriannya. Selalunya ayat-ayat ini akan dikeluarkan ‘ Letak jawatan la..macam Menteri kat Jepun’. Saya mengambil sikap ‘ cakap serupa bikin, kata mesti dikota, lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya’. Sebagai orang Islam saya mesti taat dan patuh pada Islam.

Apa perkembanagan kes Pemberian Kontrak Sisa Pepejal?

Saya tetap dengan pendirian sebagai mana kenyataan saya dahulu sebelum saya berhenti , saya alu-alukan siasatan terhadap saya sekiranya saya ada memberikan kontrak mahupun saya meluluskan apa-apa kontrak. Saya nyatakan dulu bagaimana saya hendak meluluskan kontrak, memberikan kontrak atau mempengaruhi apa-apa kelulusan kontrak sedangkan kontrak itu dibawah pentadbiran syarikat swasta. Sudah tentu mana-mana syarikat ataupun agensi kerajaan mempunyai tatacara serta kaedah bagaimana sesuatu kontrak juga tender diluluskan, lebih-lebih lagi amalan piawaian ISO dipraktiklan. Setakat siasatan yang dibuat oleh pihak BPR tiada mana-mana kontrakpun yang saya luluskan ataupun saya berikan kepada mana-mana syarikat malahan tiada satupun syarikat yang telah mendapat kontrak melalui surat sokongan yang saya keluarkan.

Apa pandangan sdr berkenaan kes YB Ronnie Liu?

Secara peribadi, di atas prinsip keadilan, ketelusan serta pertanggungjawaban, Kerajaan Pakatan Rakyat kena apa perbezaan secara jelas dibandingkan dengan Kerajaan BN. Pemimpin serta pegawai daripada kerajaan PR mesti memikul serta menterjemahkan ketelusan, bersih dan bebas daripada prasangka juga tanggapan buruk masyarakat umum dalam sesuatu isu, seandainya perkara ini tidak dilaksanakan rakyat akan membuat tanggapan serta kesimpulan tiada apa perbezaan antara BN dan PR. Setiap pemimpin PR mesti menunjukan komitment yang jelas dalam menjadikan setiap tindakan pemimpin dihormati dan mendapat kepercayaan rakyat terbanyak. Slogan Bersih dan Keadilan mesti dilaksanakan, malah dirasai serta kelihatan secara jelas bukan hanya sekadar slogan.

Ini catitan asal yang dibuat oleh wartawan Sinar dan di olah untuk penerbitan.

Sabtu, 22 November 2008

SESI CAMBAH FIKIRAN ISU-ISU SEMASA KERAAJAN PERAK

Hari ni 22 November 2008, sabtu. Janji dengan Sdr Zul dan Ustaz Zul datang ke Perak. Nak bertolak jam 9.00 pagi tapi jam 10.15 baru pegi pasal tunggu Ali yang banyak lewatnya. Naik kereta sdr Din. Sampai Ipoh 12.45 tengahari sempat dengar pembentangan Cikgu Bahrom Bakar kemudian makan dan solat Jamak zohor dan asar kat surau SUK Perak.

Bangunan baru, nampak cantik. Lepas solat dengar pembentangan forum oleh YB Zainudin, YB Ganli, pengerusi Cikgu Ismail. Nampak menarik dan respon peserta cukup baik.

Sesi akhir aku buat pembentangan iaitu pelan tindakan. Apa perlu buat sebagai tindakan segera untuk beri penerangan pada rakyat. Lebih kurang 18 catatan untuk dibawa ke pihak urusetia penerangan negeri. Melihat daripada perkembangan Pentadbiran Perak nampak agak baik. Proses penerangan dibuat dengan agak baik, ada urusetia penerangan, sudah ada buletin bulanan..Citra Perak. Belah pagi YAB MB datang buat perasmian. Team penerangan nampak bergerak..lepas habis saja, CD telah siap untuk dijual.. pantas.

PROGRAM JEJAK MASJID Di Meru Kapar & Peluang Bisnes AGRO

Semalam 21 November 2008, Jumaat . Solat Jumaat di Masjid Meru, khatib jumaat YB Dr Rani ADUN Meru tahniah bagus YB. Khutbah berkisar mengenai Islam dan Agama lain.Agak tinggi tajuk khutbah untuk diperdengarkan kepada jemaah yang saya kira rata-rata penduduk tempatan Meru.

Lepas solat makan tenghari di rumah Hj Bakir Ketua Bahagian Kapar, makan lauk cukup menarik, dah puluhan tahun tak makan lauk ni, apa tau Kulit Lembu. Sedap lama tak makan. Ramai yg tak tau.... kulit lembu biasa, di jemur, dikeringkan, dikikis bulunya, dikeringkan lagi, biasa pelbagai cara untuk buang bau dulu, arwah bapak bubuh kapur.. dah kering simpan. bila nak masak rebus utk lembutkannya.

Lepas makan dah kenyang...sambil tersandar...dengar pulak taklimat peluang bisnes dalam tanaman serai. Sdr Hanapi yg aku bawak drp AlAnsar Agro bagi penerangan. Serai peha ayam, 1 ekar perlu kos dalam RM 2000.00. Minggu lepas penerangan buat kat Sg Besar di rumah Sidang Saidin...ikut Hanafi ada 2 orang yang betul-betul minat. Ini lah peluang untuk tambah pendapatan juga yg penting bagi Ketua-ketua kampung boleh bagi peluang kerja pada orang kampung...

Selasa, 4 November 2008

Anak Harapan Samudra


Soni Abdulah, Terresa, Hj Yakob, Said Bunyamin


Anak-Anak Samudra




Bang Mail


Yahya, YB Terresa Kok, Ana, YB Yakob


Rozana bersam Yb Terresa Kok juga YB Yakob




Mirah. Yahya, Dijah, Miskandar, Halim


Dijah, Hanis& Mirah


Bersama Kekanda Dr Hj Miskandar


Anakanda Haiqal, Maisarah & Amirah







Anakanda Haiqal & Maisarah
















Selamat Raya Adik


Cikgu Hishamuddin - Pengerusi Tetap


Melayan Tetamu




Cikgu Azhar sekeluarga


Teman-Teman Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim