Khamis, 20 Disember 2012

'Kenapa bekas pegawai tinggi polis miliki flat kos rendah?'

'Kenapa bekas pegawai tinggi polis miliki flat kos rendah?' Aidila Razak 5:17PM Dis 18 2012 PKR hari ini menuntut penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana seorang bekas pegawai tinggi polis dapat membeli sekurang-kurangnya empat rumah pangsa kos rendah di Miharja di pusat bandar Kuala Lumpur. Ketua biro hak pengguna PKR, Yahya Sahri mendakwa maklumat itu diperolehinya melalui carian hartanah dengan DBKL. Menurutnya, carian itu dibuat pada tahun 1999 sebaik sahaja selepas pegawai bersara. "Flat itu dimiliki oleh beliau dan isterinya. "Orang awam yang layak terutamanya yang tinggal di bandar terpaksa menunggu giliran tetapi pegawai polis ini yang turut memiliki aset lain dapat membeli flat kos rendah ini dengan begitu mudah," katanya. Selain empat flat di Taman Miharja, bekas pegawai tertinggi polis itu juga didakwa memiliki rumah di Desa Kira, Seputeh, Sri Rampai, Wangsa Maju dan Setapak. Yahya yang merahsiakan nama bekas pegawai berkenaan mendakwa DBKL menganggarkan rumah di Desa Kiara memberikan pulangan sewa kira-kira RM20,400 setahun. Sementara tiga unit rumah di Wangsa Maju, Sri Rampai dan Setapak pula masing-masing memberikan pulangan sewa sebanyak RM25,500, RM14,400 dan RM10,200. Empat unit flat di Taman Miharja pula didakwa memberikan pulangan sewa sebanyak antara RM4,800 ke RM6,000 setahun. Yahya menegaskan beliau tampil dengan dakwaan itu sekarang walaupun mempunyai maklumat tersebut sejak sekian lama kerana terdapat isu lain yang lebih mustahak sebelum ini. Beliau juga mendakwa bahawa bekas pegawai polis berkenaan turut mempunyai banyak aset di luar Kuala Lumpur, antaranya di Melaka dan beliau akan mendedahkannya dalam sidang media yang akan datang. Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Hanya notis larangan biasa untuk orang Islam - Selangor & KL - Sinar Harian

Hanya notis larangan biasa untuk orang Islam - Selangor & KL - Sinar Harian

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Pengusaha serah memorandum, kemuka 6 tuntutan - Selangor & KL - Sinar Harian

Pengusaha serah memorandum, kemuka 6 tuntutan - Selangor & KL - Sinar Harian

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jelaga hitam punca sesak nafas - Selangor & KL - Sinar Harian

Jelaga hitam punca sesak nafas - Selangor & KL - Sinar Harian

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rozali disaran letak jawatan daripada terus terajui Syabas - Nasional - Sinar Harian

PKR Dakwa Bekas Pegawai Tinggi Polis Miliki Aset Mewah

PKR Dakwa Bekas Pegawai Tinggi Polis Miliki Aset Mewah BY HAFIZAN TAIB – DECEMBER 18, 2012 POSTED IN: BERITA, KECEKAPAN, PAKATAN RAKYAT, PENCAPAIAN & PRINSIP TADBIRURUS, POLITIK & BERITA NASIONAL, TAYANGAN, TERKINI PETALING JAYA 18 DIS : PKR mendakwa seorang bekas pegawai tertinggi polis memiliki aset hartanah hampir RM3 juta di sekitar Kuala Lumpur dan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Pengerusi Biro Kepenggunaannya, Mohd Yahya Mat Sahri berkata hasil carian dibuat pihaknya mendapati individu yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mempunyai pelbagai aset dari peringkat rendah hingga mewah seperti rumah pangsa dan kondominium di kawasan bandaraya itu bermula 1999. Menurutnya, antara kawasan dikenal pasti melibatkan bekas pegawai polis itu ialah Wangsa Maju, Taman Sri Rampai, Taman Sri Sentosa, Taman Miharja dan Sri Kenangan. “Isu penyelewengan ini berkaitan dengan aset iaitu bagaimana pegawai tertinggi polis mempunyai aset yang begitu banyak yang tidak diisytiharkan sebagaimana diperlukan. Ini carian yang kita buat di mana tercatat pada 1999 dan aset ini hanya melibatkan di Kuala Lumpur sahaja serta belum meliputi negeri lain seperti melaka atau selainnya. “Kita minta DBKL sendiri supaya memberikan jawapan mengenainya dan bagaimana bekas pegawai polis berjawatan tinggi ini boleh memiliki punya aset yang di luar jangkaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nor Manuty. Bekas pegawai polis ini dikatakan memiliki semua aset ini menggunakan nama isterinya dalam beberapa bentuk unit rumah dari nilai rendah hingga mewah. Mohd Yahya berkata, pihaknya mempersoalkan perkara itu disebabkan orang awam begitu sukar untuk membeli dan memiliki rumah di kawasan bandaraya hingga terpaksa menunggu lama sedangkan individu tersebut mudah mendapatkannya dalam bilangan yang banyak. “Aset dimiliki banyak dari rumah pangsa hingga kondominium mewah dengan nilai yang begitu besar. Kita kemukakan 10 aset miliknya pada kali ini. “Nilai tahunan dicatatkan dari serendah RM4,800 hingga ke RM25,000 berdasarkan nilai pada 1999. Jika dilihat pada masa ini ia meningkatkan berlipat kali ganda dengan ada antara aset ini kini bernilai hingga RM400,000 hingga RM600,000,” katanya. Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 18 Disember 2012

PKR dakwa bekas polis miliki aset RM2.95 juta

PKR dakwa bekas polis miliki aset RM2.95 juta: An Example Description

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

'Kenapa bekas pegawai tinggi polis miliki flat kos rendah?'

'Kenapa bekas pegawai tinggi polis miliki flat kos rendah?' Aidila Razak 5:17PM Dis 18 2012 PKR hari ini menuntut penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana seorang bekas pegawai tinggi polis dapat membeli sekurang-kurangnya empat rumah pangsa kos rendah di Miharja di pusat bandar Kuala Lumpur. Ketua biro hak pengguna PKR, Yahya Sahri mendakwa maklumat itu diperolehinya melalui carian hartanah dengan DBKL. Menurutnya, carian itu dibuat pada tahun 1999 sebaik sahaja selepas pegawai bersara. "Flat itu dimiliki oleh beliau dan isterinya. "Orang awam yang layak terutamanya yang tinggal di bandar terpaksa menunggu giliran tetapi pegawai polis ini yang turut memiliki aset lain dapat membeli flat kos rendah ini dengan begitu mudah," katanya. Selain empat flat di Taman Miharja, bekas pegawai tertinggi polis itu juga didakwa memiliki rumah di Desa Kira, Seputeh, Sri Rampai, Wangsa Maju dan Setapak. Yahya yang merahsiakan nama bekas pegawai berkenaan mendakwa DBKL menganggarkan rumah di Desa Kiara memberikan pulangan sewa kira-kira RM20,400 setahun. Sementara tiga unit rumah di Wangsa Maju, Sri Rampai dan Setapak pula masing-masing memberikan pulangan sewa sebanyak RM25,500, RM14,400 dan RM10,200. Empat unit flat di Taman Miharja pula didakwa memberikan pulangan sewa sebanyak antara RM4,800 ke RM6,000 setahun. Yahya menegaskan beliau tampil dengan dakwaan itu sekarang walaupun mempunyai maklumat tersebut sejak sekian lama kerana terdapat isu lain yang lebih mustahak sebelum ini. Beliau juga mendakwa bahawa bekas pegawai polis berkenaan turut mempunyai banyak aset di luar Kuala Lumpur, antaranya di Melaka dan beliau akan mendedahkannya dalam sidang media yang akan datang. Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 11 Disember 2012

Mat Indera Sipejuang: MAHASISWA KUIS BUAT BANTAHAN DEPAN RUMAH ADUN PERM...

Mat Indera Sipejuang: MAHASISWA KUIS BUAT BANTAHAN DEPAN RUMAH ADUN PERM...: Menurut CERITA... sekumpulan MAHASISWA Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) telah berhimpun di hadapan kediaman seorang Wakil Rakyat...

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Ahad, 2 Disember 2012

Asma' Al-Banjari: Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains - Kajian Ole...

Asma' Al-Banjari: Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains - Kajian Ole...: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Pada ruangan kali ini, penulis akan membawa satu ulasan daripada sebuah kaj...

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/