Rabu, 29 Disember 2010

‘ORANG KECIL ORANG BESAR’

‘ORANG KECIL ORANG BESAR’
K.H.A Mustofa Bisri (Budayawan Indonesia)


Orang kecil jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentes
Jika Usil dibedil

Orang kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar
Bahagianya selalu besar

Orang besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan

Orang besar boleh bicara semaunya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja

Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurangajar
Orang besar kurangajar dikata berani

Orang kecil mempertahankan hak
Disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
Disebut pendekar

** Nota - Merdekakah kita jika masih terbelengu
dalam sistem feudalisme lama atau feudalisme baru,
masih hidup berkasta-kasta, masih ada kelas atasan
yang diistemewakan dan kelas bawahan yang didiskriminasikan.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH
Salam Maal Hijrah, Selamat Menyambut Tahun Baru Islam. Negara meraikan masyarakat membuat sambutan. Pelbagai acara sambutan dibuat, tidak ketinggalan pelbagai anugerah dibuat. Alhamdullilah syukur penghijrahan Nabi bersama para sahabat utama baginda yang telah berlaku lebih seribu empat ratus tigapulohdua tahun lebih itu terus dikenang dan menjadi asas perjuangan ummat. Saya ingin membayangkan kalaulah Nabi dan Sahabat masih boleh berkomunikasi dengan kita hari ini agak-agaknya apalah yang Nabi akan kata berkenaan cara kita mengingati persitiwa hijrah. Rasanya Baginda dan para Sahabat mungkin akan kata eeeehhh….. bukan sekadar pergerakan fizikal daripada Makkah ke Madinah atau sekadar pindah daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya tetapi…. Penghayatan Hijrah yang jauh lebih penting adalah hijrah pemikiran, hijrah jiwa, hijrah ketaatan, hijrah perbuatan, hijrah segala-galanya….

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 9 November 2010

TARIKH PEMILIHAN MPP 2010





















Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 23 September 2010

Hentikan Kritikan Terhadap Calon Yang Bertanding

Hentikan Kritikan Terhadap Calon Yang Bertanding
Oleh Mohd Yahya Mat Sahri
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di gesa supaya segera mengeluarkan arahan agar jangan ada sesiapa dari kalangan ahli parti baik yang bertanding ataupun tidak; baik yang berjawatan atau tidak; mengeluarkan kenyataan dalam apa jua media khususnya menyentuh personaliti calon-calon yang bertanding merebut jawatan dalam parti bulan November akan datang.
Hal ini amat penting bagi menjaga keharmonian kempen masing-masing. Jika pun mereka mahu memberikan komen, maka ia harus dilakukan dalam kerangka atau platfom parti.
Jangan gunakan media atau jangan respon terhadap media jika ada isu yang berkaitan dengan personaliti seseorang. Tidak wajar seseorang memberi komentar terhadap prestasi seseorang yang lain dalam media yang boleh memberikan pelbagai tafsiran kepada umum.
Tindakan sedemikian serupa dengan membuka pekung di dada. Ia tidak ubah seperti membuka pintu rumah seluas-luasnya untuk pencuri masuk.
Semua ahli termasuk pimpinan tertinggi parti harus sedar bahawa yang bertanding dalam pemilihan adalah ahli parti yang sering berikrar untuk memperjuangkan parti. Sebelum ini semua orang-orang ini telah bersama-sama berkerja dalam satu pasukan untuk memenangkan parti.
Sebelum ini kita sering mendakwa pemimpin KEADILAN semuanya satu hati satu jiwa; semuanya ikhlas mahu berjuang.
Sebelum ini kita kata semua ahli parti kita komited dengan perjuangan. Sebab itu kebanyakan dari mereka di beri tugas dan jawatan dalam parti. Sebaliknya bila tiba musim pemilihan lain pula komentar kita terhadap ahli yang bertanding tersebut. Hal seperti ini tidak baik dan tidak wajar berlaku malahan tidak boleh dibenarkan berlaku dalam parti.
Malah organ parti juga tidak harus digunakan untuk mengherdik, mencela atau mengkritik mana-mana ahli yang bertanding. Yang bertanding adalah ahli yang telah membuktikan kesetiaan mereka bersama parti ini, paling tidak buat masa ini. Di masa hadapan kita tidak tahu.
Setakat yang dia menunjukkan kesetiaan kepada parti maka kita tidak harus melayani mereka seperti pengkhianat ataupun musuh.
Paling tidak mereka ini tampak setia bekerja atau berkhidmat dalam parti. Semua yang menawarkan diri untuk bertanding memegang jawatan penting dalam parti mempunyai rekod khidmat dan sumbangan terhadap parti, baik dari segi masa, tenaga atau wang ringgit, yang beza hanyalah “tahap” atau “degree” sumbangan itu sahaja dan tidak mungkin semua orang mempunyai “degree sumbangan” yang sama.
Jadi biarlah ahli yang menilainya. Ada yang baru masuk dan mereka tentunya belum boleh berbuat banyak untuk parti kerana belum diberi tanggungjawab yang besar dalam parti. Ada yang sudah lama dalam parti dan memegang jawatan besar dalam parti. Jadi tentu mereka ini lebih banyak dilihat berjasa dalam parti. Jadi tidak adil untuk kita mengukur sumbangan seperti itu dalam menilai ketokohan seseorang.
Jangan juga kita ingat semua yang lama dalam parti itu semestinya banyak sumbangan. Tidak sedikit di antara pemimpin lama yang dilantik sebelum ini pun hanya duduk dalam mesyuarat barisan kepemimpinan sahaja. Datang mesyuarat, bercakap sepatah dua dan angguk-angguk. Yang mampu setakat itu sahaja pun ada. Kalau setakat itu sahaja dia mampu buat maka kita raikanlah sahaja kemampuannya itu. Kalau kita dapat yang lebih baik kita berilah tempat padanya. Jangan pula kita memperlekeh yang tidak mampu menyumbang seperti yang lain.
Yang kurang menyumbang dalam parti sebenarnya kita semua bukan satu dua orang. Ini kerana parti ini milik semua dan semua orang sebenarnya boleh memberikan sumbangan kepada parti meskipun tanpa jawatan. Apatah lagi yang berjawatan. Jadi jangan kita saling menuduh dan menunjuk antara satu dengan lain. Tunjuki diri sendiri kerana kita sebenarnya gagal bekerja lebih kuat memperkasa parti.
Banyak perkara yang belum kita buat dalam parti jadi pemimpin yang telah lama jangan mendabik dada telah melakukan banyak kerja dalam parti..
Dan kalau pun sudah banyak berjasa dalam parti tak perlulah nak heboh-heboh kerana jika buat kerja kerana nakkan pujian, maka sumbangan seperti itu pun tak ada makna yang besar kepada parti. Kita juga jangan lupa kepada orang lain yang juga turut menyumbang kepda parti tetapi tak mahu di kenang atau di sebat-sebut.
Tidak sedikit yang tak mahu memegang apa-apa jawatan dalam parti tetapi tetap bekerja siang malam dalam parti. Semua mereka juga ada berjasa dan barangkali mereka lebih banyak berjasa dari mereka yang berada lama barisan kepemimpinan parti.
Oleh itu jangan kita menjadi terlalu pandai nak ukur sumbangan seseorang berdasarkan pemerhatian luaran sahaja. Ada sumbangan yang dibuat secara peribadi tetapi banyak membantu parti dan itu mungkin kita tidak tahu. Jadi bagaimana kita boleh secara rambang membuat penilaian tertentu terhadap seseorang.
Oleh yang demikian semua pihak harus kembali berpegang kepada prinsip beramal dalam pasukan atau prinsip berjamaah. Dalam semua agama kita di ajar supaya berpegang kuat dengan semangat berjamaah dan jangan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan jamaah.
Dalam Islam umatnya di ajarkan supaya menghayati perumpamaan kekuatan sesebuah jamaah yang diumpamakan sebagai sebuah binaan atau bangunan.
Kita semua harus sedar bahawa kita hanya dapat membangunkan bangunan dari himpunan dan ikatan batu yang kasar, kerikil yang kecil dan juga pepasir yang halus. Jika batu besar mengatakan kerikil dan pasir tidak penting dan tidak berguna, tentunya sesebuah bangunan yang teguh tidak dapat dibangun dan ditegakkan.
Kita juga di ajarkan supaya menghayati semangat jamaah yang diibaratkan sebagai sebatang tubuh, yang mana jika ada salah satu anggota yang sakit, maka seluruh tubuh akan turut merana kesakitan.
Bila kita memberikan komentar negatif terhadap sesama kita , kita harus ingat bahawa ada sesorang di kalangan kita yang tentunya sakit dan jika kita tidak dapat merasai kesakitan tersebut maka sesungguhnya semangat sebenar jamaah itu tidak ada dalam diri kita.
Bagaimanakemenangan akan menyebelahi kita jika semangat seperti itu tidak tertancap di dalam jiwa kita semua.
Oleh itu Presiden dan pimpinan tertingggi harus segera berusaha mencari jalan mengelakkan fenomena yang tidak sihat ini berkembang dalam parti. Lembaga Disiplin parti atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat harus segera mengeluarkan arahan yang jelas dan tindakan harus di ambil terhadap mana-mana pihak yang menggunakan media untuk mencela dan memberikan komentar negatif terhadap calon yang lain.
Lagi pun KEADILAN ini masih muda umurnya dan tentunya banyak kelemahan yang akan timbul di kalangan ahli dan juga dalam parti. Jadi janganlah sampai semua pihak membuka pintu seluasnya kepada musuh untuk masuk melihat kelemahan kita semua.
Jika seorang membuka satu pintu dan pihak yang lain membuka satu pintu lagi, maka habislah rahsia rumah tangga kita diketahui orang dan mudahlah musuh mengalahkan kita kerana kelemahan kita sudah ditangan mereka. Dan yang lebih bahaya dari itu adalah
“Jangan sampai rakyat bosan dengan kebobrokan politicking pemimpin KEADILAN”

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 6 September 2010

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI



Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Sabtu, 21 Ogos 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan datang lagi terus bergerak tanpa menoleh sedikitpun kebelakang.
Kehadiran Ramadhan ditunggu oleh semua orang. Bagi ahli ibadat ini peluang terbaik menggandakan pelaburan dalam beribadah kerana ibadat sunat dapat pahala wajib, ibadat wajib digandakan sehingga 70 kali ganda. Bagi ibubapa yang baru ada anak yang baru belajar puasa ia menguji kesungguhan mendidik anak-anak kecil untuk mengharungi puasa, kegagalan mendidik anak kecil ini berpuasa akan beri kesan buruk hingga anak ini dewasa nanti. Ahli bisnes ini waktu yang ditunggu untuk meraih lipatan keuntungan daripada bisnes jarum hingga yang bisnes kereta juga kapalterbang. Kehadiran ramadhan ini jugalah masa untuk masjid dan surau yang jarang dibersih dan dikemas dengan baik akan menjadi cerah dan teratur semua, cat yang pudar menjadi baru semula. Tanah perkuburan yang semak menjadi cantik dan menjadi taman barzah yang tidak menakutkan. Buat anak-anak kehadiran ramadhan yang diingati pastinya lepas ini hari raya tergambar baju baru, seluar baru dan kasut baru.

Ramadhan oh ramadhan..ia akan terus berlalu rugi kalau tak dimanfaatkan. Bulan ini juga ramai menjadi orang jadi munafik, bulan ini juga ramai orang jadi pura-pura, ramai jadi pelakon terbaik dan handalan. Mana taknya ada ke.... patut, ada yang merompak disiang hari menjelang malam harta rompakan diagih-agih kepada para jemaah surau dan masjid, diagih kepada fakir miskin...boleh ke macam tu. Untuk apa?, hanya kerana mereka hendak dikenali sebagai orang baik dan pemurah oleh masyarakat umum. Mereka nak jaga kedudukan..nak jaga kerusi..nak jaga kepentingan peribadi... benar dalam Islam digalakan sedekah dan menyumbang untuk jalan Allah...tapi Allah SWT bukan pandang jumlah dan nilai harta yang dikeluarkan kerana harta Allah tiada tolok bandingnya... pada orang miskin RM 1,000 itu cukup besar, tapi bagi seorang bertaraf jutawan RM 1,000 itu cukup kecil, tiada apa-apa yang terjejas kalau diambilnya RM 1,000 dan diberikan kepada orang lain seolah-olah tiada nilai. Tapi buat orang miskin nak tengok RM 1,000 mengeletar seluruh badan kalau dipinta.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI BAPA : PENGORBANAN ALMARHUM BAPAKKU TAK BOLEH KU BALAS...

Ya Allah ampunkan segala dosa ayahandaku Haji Mat Sahri bin Mat Rahman, terimalah segala amal ibadahnya, terima solatnya, terimalah, puasanya, terimalah zakatnya, terimalah hajinya, terimalah umrahnya, terimalah sedekahnya, terimalah amal jariahnya, terima doa daripada anak-anaknya Ya Allah tempatlah roh ayahandaku bersama para syuhadak, solehan, mukminin dan muslimin di dalm syurga. Kasihanilah ayahanda ku seperti dia mengasihi aku sejak kecik lagi, jauhkanlah ia daripada api neraka...Ya Allah terima doa ku ini makbulkan lah permohonan ku..Ya Allah Ya Karim..

Bapak ku Almarhum Hj Mat Sahri punya perwatakan yang cukup tegas, seingat aku daripada kecik sampai basar tak pernah aku boleh main-main macam anak aku sekarang. Adik beradik aku 11 orang sorang meninggal dunia masa kecik 8 lelaki 3 perempuan, sekarang yang masih hidup 6 lelaki 3 perempuan, kekanda ku Hj Yusof telah pulang kerahmatullah setahun yang lalu, muga Allah meletakan roh arwah kekanda ku di Syurga. Rasanya tiada sedikit kelonggaran dalam tatacara pendidikan bapakku kepada anak-anaknya.. tapi semua adik beradikku cukup hairan apa yang dilakukan kepada cucu-cucunya..semasa hayatnya dia boleh bawak cucu-cunya naik motosikal berasak-asak atas moto tu bawak keliling kampung, bawak pergi kedai beli jajan..sikap kasihnya terhadap cucu-cucu amat berbeza...kasihnya pada anak-anaknya secara tegas...pada cucu..amat lembut..namun semua adik beradik ku amat kagum dengan semangat dan kesungguhan almarhum bapakku..bayangkanlah zaman dulu kat kampung apa pendapatan yang boleh diharapkan..namun bapakku cukup kuat kerjanya..berkebun, bersawah, buat kontrak kat estate.. Ya Allah terimalah pengorbanan bapakku..

Selamat Hari Bapa Kepada Semua Bapa-Bapa...

Khamis, 17 Jun 2010

Malaysia Bangkrap 2019?

Malaysia nak bangkrap tahun 2019?
Zaman aku kecik kecik dulu bapak dan abang-abang aku kata kalau orang tu bangkrap maka dia kena pakai kasut sebelah lain warna dan pakai baju buruk sahaja. Pemahaman aku berterusan hingga aku masuk sekolah menengah tapi bila aku mula belajar tengok dunia secara terbuka aku tengok ramai aje orang yang dikatakan bangkrap masih pakai kereta besar, rumah besar, pakai kasut megerlip, baju segak bergaya jadi tak adalah garis antara bangkrap dengan tidak. Malah dengar-dengar cerita ada orang-orang kaya yang hutangnya berjuta-juta mereka ambil langkah untuk dibangkrapkan dan terus di kekal taraf sebagai seorang yang Muflis. Eh kenapa nak jadi muflis pelikkan, orang kata bila muflis hutang dah tak payah bayar, sapa pun dah tak boleh tuntut hutang daripada orang yang muflis atau bangkrap ini.

Apakah agaknya BN ambik langkah untuk jadikan Malaysia bangkrap atau muflis agar semua hutang tak payah dibayar. Kalau kat Malaysia ada Jabatan Pemegang Harta yang pejabatnya kat Putrajaya kat dunia nia Jabatan Pemegang Harta dia kat mana ye.. Jabatan Pemegang Harta kat Malaysia dia akan pastikan orang Muflis akan dapat pendapatan yang mencukupi untuk hidup dan dapat menampung kehidupan keluarga. Maka agak-agaknya BN ni pun dah rasa apalah susuh-susah nak jaga ekonomi Negara kita bagi bangkrap ajelah biar Jabatan Pemegang Harta dunia bagi makan kat rakyat Malaysia, ini agak aku lah.

Kita renung sikit lah kenapa kita boleh bangkrap, bila kita bangkrap maknanya kita dah tak boleh bayar hutang kita, harta kita dilelong untuk bayar hutang, hasil jualan harta itu pun masih tak boleh nak menglangsaikan hutang, maka bangkraplah kita..stutus nya muflis samalah tu. Kita tanya lagi hai berapa banyak hutang daaa..tak boleh kira hutang ke..tak boleh kira hasil atau pendapatan sendiri ke..sepatutnya kira tahu berapa pendapatan kita untuk banding dengan perbelanjaan kita atau yang mudah duit masuk berapa duit keluar berapa, duit masuk samada ia lebih atau sekurang-kurangnya sama atau imbang ia adalah pengurusan yang baik. Kalau duit keluar lebih banyak daripada duit keluar maka itu satu pengurusan yang kurang baik kecuali kita ada sebab yang kukuh untuk belanja lebih daripada duit masuk, tapi daripada sumber mana pulak kita dapat duit, maka sudah tentulah daripada sumber luar iaitu pinjaman. Salahkah kita meminjam memang tak salah, tetapi had masa meminjam mesti kita patuhi...kalau tempoh masa pinjaman itu 5 tahun maka kita lunaskan ikut tempoh masa tersebut jika tidak peratus faedah itu akan berlipat ganda. Biasanya kalau kita hendak buat pinjaman baru kita kena tengok pinjaman lama kita adakah sumbangan daripada pinjaman lama itu mendatangkan pendapatan atau keuntungan.

Malaysia telah lebih 10 tahun dalam defesit bajet, maknanya duit keluar lebih banyak daripada duit masuk selama lebih 10 tahun berturut-turut dan akan berterusan untuk lebih 10 tahun akan datang mengikut rekod prestasi hutang negera yang ada. Maknanya 15-20 tahun dalam defesit bajet, kenapa defesit bajet..belanja boros..pendapatan kurang...atau tak tahu urus harta dan kewangan dengan baik...

Kisah Al Quran surah Yusoff yang mengungkapkan kisah tafsiran mimpi oleh Nabi Yusoff tentang 7 ekor sapi kurus menelan 7 ekor sapi gemuk. Maka akan ada keperluan 7 musim subur dan 7 musim kemarau, maka ketika subur perlunya menyimpan gandum dan makan yang sederhana gunanya untuk makan ketika musim kemarau. Cerita Al Quran ini sepatutnya dijadikan sandaran yang kukuh dalam mengurus ekonomi negara.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 14 Jun 2010

PERGINYA SEORANG PEJUANG TULIN ALMARHUM USTAZ HASSAN SYUKRI

14 Jun 2010 (Isnin) jam 2.00 petang perginya menemui Illahi seorang insan yang aku gelar pejuang tulin. Almarhum Ustaz Hassan Syukri telah lama aku kenali lebih 15 tahun lalu, lebih rapat selepas tahun 1998 hampir setiap hari bertemu hingga menjelang pilihnaraya 1999. Teringat pertemuan secara rasmi bila mana aku mewakili parti bersama Dr Ghazali Basri, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan Nasional yang pertama membuat perbincangan rasmi bertempat di Pejabat Koperasi Al Hilal di Jalan Pahang Kuala Lumpur.
Almarhum Ustaz Hassan merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ketika itu memang telah lama juga mengenai Dr Ghazali Basri kerana Dr Ghazali dan Ustaz Hassan berasal daripada Sabak Bernam. Pertemuan awal kami dimulai dengan Almarhum Ustaz dan Dr Ghazali bercerita kisah-kisah silam di kampung serta perjuangan Islam masa silam.

Almarhum yang aku kenali seorang yang cukup tegas serta cukup komited dengan perjuangan Islam khusunya melalui wadah kerpartian, ikutnya bersama pergerakan Islam sejak sebelum merdeka. Mula bertanding dalam pilihanraya sejak sebelum merdeka. Bersama dalam penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Pelbagai jawatan dalam PAS yang pernah disandangnya antaranya Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Pesuruhjaya Negeri serta pelbagai Lajnah yang diterajuinya, diberi pengiktirafan oleh PAS dengan melantiknya menjadi Ahli Dewan Negara. Kecekalan Almarhum harus dijadikan contoh kerana beliau bersama PAS ketika setiap kali PAS bertanding dalam pilihanraya tak kira Pilihanraya Umum ataupun Pilihanraya Kecil, PAS akan hilang wang pertaruhan. Pada Almarhum kecurangan SPR dalam pilihanraya telah cukup masak, soal perundingan kerusi pilihanraya juga telah masak baginya. Teringat aku setiap kali perundingan kerusi DUN dan Parlimen Negeri Selangor maka kisah PAS dalam BN, kisah Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kisah Semangat 46 sentiasa menjadi bualan.

Sejak tahun 1999 Almarhum tidak menyertai Pilihanraya tapi aku bangga bila jumpa beliau di Parlimen sebaik sahaja beliau angkat sumpah sebagai senator. Tahniah ustaz aku hulurkan tangan, beliau jawap ini belum apa-apa perjuangan masih jauh lagi. Aku cukup bangga kerana aku mengenai seorang insan yang cukup komited dalam perjuangan , maka tahun ini aku sendiri kehilangan dua orang yang aku rasakan sebagai guru ku dalam megharungi perjuangan .
Ya Allah ampunkan segala dosa Ustaz Hassan Syukri, terimalah segala amal ibadatnya, terimalah solatnya, terimalah, hajinya, terimalah sedekah jariahnya, terimalah segala pengorbanan tenaganya ...Ya Allah tempatkan rohnya bersama para solehin dan para syuhadak..

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 1 Jun 2010

Isnin, 24 Mei 2010

CATITAN SEPANJANG APRIL DAN MEI 2010

Di Kg Kem Tiram Setia Tg Karang, rumah kerumah
Bersama DS Anwar, Yb Ravi (ADUN PD) & Pak Kudus
Ziarah pesakit yang lumpuh di Tiram Setia , Tg Karang
Berucap di Kg Bagan Pasir Tg Karang
Berucap di Bkt Belimbing, Kuala Selangor
Menyampaikan maklumat kepada rakyat
Menyambut ketibaan Puan Sri Salbiah di Blok T Sawah Sempadan
Jamuan ringan bersama DS Anwar Ibrahim
Menyambut ketibaan DS Anwar Ibrahim di Kg Bagan Pasir
Menerima cenderhati drp Delegasi Singapura
Riadah petang di Kem Ampang Pecah Kuala Kubu Bahru
Pasukan Pilihan Retreat Pilihanraya Kecil Hulu Selangor
Taklimat khas kepada petugas di retreat Hulu Selangor bersama YB Gan Pie Nie
Mengendalikan pembentangan dalam retreat Hulu Selangor
Bersama Tok Penghulu Retreat Sdr Zakaria Rahim































Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

SEKITAR PROGRAM SAMBUTAN LAWATAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU SINGAPURA, 22 MEI 2010, TG KARANG

Tetamu bersama Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut, Isteri Dato'Menteri Besar Selangor
Menyambut ketibaan Puan Sri Salbiah

Delegasi Singapura menerima cenderahati
Ucapan aluan oleh Yahya Sahri , Setiausaha Kehormat DPIM Selangor
Tetamu menikmati kelazatan jamuan tengahari memang lazat maskan kampung
Pelbagai jenis lauk kampung
Tetamu daripada Singapura menaiki kenderaan pacuan 4
Puan Junaidah Tarjo menyampaikan cenderahati


















Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 29 April 2010

Catatan Selepas PRK Hulu Selangor

CATATAN SAYA SELEPAS PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR

Perasaan pertama sedih dan hampa, saya antara orang yang awal turun bagi memastikan dapat membentuk jentera yang mantap.
Ketentuan Allah kena terima.
Apa perlu buat, kenapa kita kalah.
Reaksi saya kita lemah mereka kuat, walaupun pelbagai cara jahat. Itu cerita lain yang utama kenapa kita tidak bersedia bukankah kita sudah tahu mereka memang jahat.
Hakikat yang perlu diterima adalah struktur organisasi parti serta pengurusan dan pentadbiran parti di semua peringkat samada pusat, negeri, cabang dan ranting adalah lemah.
Apa perlu kita buat, saya mencadangkan semua ahli MPP diberi peranan yang jelas serta spesifik untuk memantau pengurusan serta pentadbiran cabang-cabang , katalah 200 cabang kita ada 50 orang MPP maka setiap seorang MPP perlu memantau 4 cabang.
Perkukuhkan cabang dan ranting, pentadbiran serta pengurusan cabang meliputi tahap aktif serta tidak aktif setiap anggota Jawatankuasa ini adalah kerana ramai AJK yang langsung tidak aktif selepas dipilih ataupun dilantik, cabang kena bergerak aktif dengan aktiviti serta program, kewangan cabang juga menjadi satu topik penting berapa banyak kewangan cabang ataupun sumber kewangan yang boleh diperolehi oleh cabang. Isu kewangan cabang ini adalah antara kelemahan yang ketara bagi cabang Hulu Selangor. Cabang tidak punya kewangan langsung jadi untuk membuka bilik gerakan di peringkat Daerah Mengundi juga diperingkat DUN terpaksa menungu duit daripada sumbangan Negeri yang terlalu lambat hingga mengkibatkan terpaksa membayar kos sewa yang tinggi.
Cabang kena bergerak aktif untuk menubuhkan ranting-ranting bagi membentuk asas jentera parti diperingkat Daerah Mengundi.
Kerjasama antara Parti Pakatan Rakyat mesti disegerakan diperingkat akar umbi. Jentera parti untuk Pilihanraya mesti disegerakan PRU 13 terlalu hampir. Latihan mengurus pilihanraya mesti dibuat segera , membentuk pasukan yang mantap juga mesti disegerakan.
Pada saya berpolitik diperingkat atasan akan menjadikan kita satu parti yang tidak jejak dibumi nyata. Orang Felda, Kelumpang, Sg Buaya, Rasa, Ulu Yam tak berapa kisah pasal APCO. Mereka kisah pasal geran tanah, tapak rumah, jalan tak ada lampu, jalan rosak, rumah nak roboh. Kita kata BN bila nak pilihanraya baru buat jalan, baru naik tiang letrik, tapi kita apa bezanya.
Ringkasan – cabang mesti ada sumber kewangan, program mesti tersusun, ranting mesti
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 26 Mac 2010

Alfatihah: muga Allah merahmati roh Dato Zainal

MP Hulu Selangor meninggal dunia


Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Malam tadi sejak mula hendak berceramah di Kampung Bestari Jaya dua tiga sms telah masuk menyatakan Dato' Dr Zainal telah meninggal dunia.Mula-mula tu teragak-agak sebab berita Almarhum meninggal ni telah bermain sejak beberapa minggu. Habis sahaja berceramah kenyataan rasmil melalui adilnet mengesahakan berita, innalillahiwainaillaihirojiunn.. muga Allah menempatkan roh bersama pasa solihin.

Almarhum semasa hayat punya kelebihan tersendiri, pengalaman saya bekerja bersama beliau di dalam Keadilan punyai warna warni tersendiri. Semua orang mesti maklum dan menyedari semasa Almarhum memimpin Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor selaku Pengerusi Perhubungan Negeri kejayaan paling bersinar iaitu dimana Keadilan bersama rakan-rakan parti lain telah berjaya menumbangkan BN dalam Pilihanraya ke 12 Mac 2008.

Keadilan Selangor semasa pilihanraya ke 12 telah bertanding 21 kerusi DUN telah memenangi 15 kerusi manakala bertanding 11 kerusi Parlimen menang 9 kerusi termasuk Parlimen Hulu Selangor walaupun kemenangannya begitu tipis iaitu majoriti 198.Parlimen Hulu Selangor merupakan antara kubu kuat BN dengan sejarah pilihanraya BN sentiasa mengekalkan majoriti yang tinggi melebihi 10 ribu tetapi kelebihan Almarhum dapat merubah senario serta landskap politik Hulu Selangor. Para penganalisa politik agak kelu bagaimana satu kawasan parlimen yang ketiga-tiga DUN dimenangani oleh BN tetapi Parlimen boleh berbeza keputusannya.

Selaku pengarah pilihanraya bila mana saya diminta untuk mencadangkan kerusi mana beliau untuk bertanding saya duduk bersama beliau berdua, saya tanya soalan kepada Almarhum Dato' Zainal, "Dato' nak jadi MB tak...dia pandang..dia renung..mata saya...kemudian dia senyum sinis..boleh ke Ya..saya jawab dengan penuh yakin..saya yakin kali ini boleh.... dia pandang...menjauh kepada saya..dia melontarkan jawapan...saya rasa..saya tak nak DUN la ya..saya nak bertanding Parlimen...saya tanya lagi betul ni Dato'...dia cuma angguk..saya kata ok... kalau macam tu ada beberapa kerusi yang saya cadangkan... kalau nak DUN saya kata Semenyih lah...dia kata...tak.tak.. ok Parlimen Hulu Langat...Almarhum..diam..sekejap..selain daripada Hulu Langat boleh tak ya...ok..Dato' nak Parlimen mana...saya rasa saya hendak sangat kalau dapat Parlimen Serdang...situ saya cukup yakin... dalam kepala saya dah ada jawapan iaitu tak boleh..tapi saya tak jawap terus..kita tengok sekejap..sambil sama-sama kertas data susunan agihan kerusi pilihanraya.. sambil menyemak saya nyatakan....Serdang ni susuah kita nak dapat pasal nak bincang dengan DAP boleh ke Dato'...oh ya.itu kerusi DAP kan...Yahya kenal baikkan dengan DAP..tak boleh ke nak bincang... saya garu kepala saya... memang le baik tapi kerusi ni awal-awal Pusat dah putus..kerusi DAP..dia tak bertindih..ikut daripada keputusan mesyuarat yang kita boleh bincang kerusi yang bertindih sahaj....ALmarhum Dato'...merenung saya sambil mengusap-ngusap kepalanya... mana lagi kerusi yang boleh...ok saya kata ada beberapa lagi yang berpotensi dan kosong...Sungai Besar, Kuala Langat, Kelana Jaya dan Hulu Selangor... saya buka data Sg Besar...saya rasa macam boleh..cuma kat sini kekangan agak kuat kerana Parlimen Timbalan Menteri Noriah Kasnon dan Ketua Bahagian UMNO MB Khir Toyo...boleh cuba..Dato' tanya situ sapa orang kita..saya kata Bakhtiar...kalau nak esok atau lusa kita pergi bincang dengan Bakhtiar dan survey kawasan... ok saya pun tanpa berlengah telefon Bakhtiar terus janji esok aku datang dengan Dato' Pengerusi Perhubungan Negeri untuk tengok potensi....perbincangan dengan Bakhtiar tidak berapa menarik Almarhum beri jawapan pada saya Sg Besar tak boleh lah.. kalau Hulu Selangor boleh tak...saya pun agak sukar juga nak berikan jawapan... bila beliau tengok macam saya susah nak beri jawapan dia pun cerita...Kampung isteri saya kat sana..mula-mula mengajar sekolah kat sana...saya banyak anak murid, kenalan serta keluarga...malah dia kata Tan Sri Muhamad Taib pun bekas murid saya... saya sukar kerana...itu kerusi MIC ...itu ok lagi..pulak tu Manikavasagem (Mike) nak Parlimen tu selain daripada Batu Caves..saya mula mencongak-congak....saya terus terus Nasharudin Ketua Bahagian Hulu Selangor...jawapan daripada Nash cukup positif....saya pun nyatakan dengan Almarhum Dato' ok Tok..boleh..besok boleh kesana... rupa-rupanya tak tunggu besok malam itu juga dia balik kampung terus jumpa dengan beberapa pimpinan kampung serta teman-teman di Hulu Selangor...esoknya awal pagi Dato' telefon..Ya boleh lah rasanya Hulu Selangor...ok Alhamdullilah..tapi Ya U mesti tolong saya untuk susun bagi menang..Insyaallah... pehhh lega satu beban aku telah sesesai.. satu lagi apa aku nak silat dengan agihan kerusi India ni... meeting kat rumah DSAI untuk selesaikan Batu Caves dan Mike. Sebelum bincang aku gamit Azmin aku kata gini..Batu Caves boleh selesai kita bawak Mike ke Kapar....masa meeting DSAI bangkit pasal Dato' Zainal saya kata dah seselai...Parlimen Hulu Selangor...ok."

Sekadar mengingat beberapa catitan sepanjang bersama ALmarhum YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad antara tokoh akademik hebat. Kita kehilangan satu lagi permata. Muga Allah ampunkan segala dosanya dan menerima segala amal serta kebajikannya. Kata bijak pandai bila meninggal hari Jumaat tanda Allah sayang.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 15 Mac 2010

Usia 22 Tahun dengan 22 Tahun Pengalaman

Alhamdullilah...hari ini ikut perkiraan usia cecah 44 tahun. Muga Allah terus merahmati aku dan seluruh keluargaku..amin
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 15 Februari 2010

Anaku Amirah Sariyati 17 Tahun


Hari ini hari ulang tahun ke 17 anakandaku Amirah Sariyati, muga Allah terus merahmati, memberkati, murahkan rezeki, jadi anak solehah dan insan yang bertaqwa. SPM tahun 2010 10A, teruskan kecemerlangan - UPSR 5A, PMR 8A..
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/