Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI BAPA : PENGORBANAN ALMARHUM BAPAKKU TAK BOLEH KU BALAS...

Ya Allah ampunkan segala dosa ayahandaku Haji Mat Sahri bin Mat Rahman, terimalah segala amal ibadahnya, terima solatnya, terimalah, puasanya, terimalah zakatnya, terimalah hajinya, terimalah umrahnya, terimalah sedekahnya, terimalah amal jariahnya, terima doa daripada anak-anaknya Ya Allah tempatlah roh ayahandaku bersama para syuhadak, solehan, mukminin dan muslimin di dalm syurga. Kasihanilah ayahanda ku seperti dia mengasihi aku sejak kecik lagi, jauhkanlah ia daripada api neraka...Ya Allah terima doa ku ini makbulkan lah permohonan ku..Ya Allah Ya Karim..

Bapak ku Almarhum Hj Mat Sahri punya perwatakan yang cukup tegas, seingat aku daripada kecik sampai basar tak pernah aku boleh main-main macam anak aku sekarang. Adik beradik aku 11 orang sorang meninggal dunia masa kecik 8 lelaki 3 perempuan, sekarang yang masih hidup 6 lelaki 3 perempuan, kekanda ku Hj Yusof telah pulang kerahmatullah setahun yang lalu, muga Allah meletakan roh arwah kekanda ku di Syurga. Rasanya tiada sedikit kelonggaran dalam tatacara pendidikan bapakku kepada anak-anaknya.. tapi semua adik beradikku cukup hairan apa yang dilakukan kepada cucu-cucunya..semasa hayatnya dia boleh bawak cucu-cunya naik motosikal berasak-asak atas moto tu bawak keliling kampung, bawak pergi kedai beli jajan..sikap kasihnya terhadap cucu-cucu amat berbeza...kasihnya pada anak-anaknya secara tegas...pada cucu..amat lembut..namun semua adik beradik ku amat kagum dengan semangat dan kesungguhan almarhum bapakku..bayangkanlah zaman dulu kat kampung apa pendapatan yang boleh diharapkan..namun bapakku cukup kuat kerjanya..berkebun, bersawah, buat kontrak kat estate.. Ya Allah terimalah pengorbanan bapakku..

Selamat Hari Bapa Kepada Semua Bapa-Bapa...

Khamis, 17 Jun 2010

Malaysia Bangkrap 2019?

Malaysia nak bangkrap tahun 2019?
Zaman aku kecik kecik dulu bapak dan abang-abang aku kata kalau orang tu bangkrap maka dia kena pakai kasut sebelah lain warna dan pakai baju buruk sahaja. Pemahaman aku berterusan hingga aku masuk sekolah menengah tapi bila aku mula belajar tengok dunia secara terbuka aku tengok ramai aje orang yang dikatakan bangkrap masih pakai kereta besar, rumah besar, pakai kasut megerlip, baju segak bergaya jadi tak adalah garis antara bangkrap dengan tidak. Malah dengar-dengar cerita ada orang-orang kaya yang hutangnya berjuta-juta mereka ambil langkah untuk dibangkrapkan dan terus di kekal taraf sebagai seorang yang Muflis. Eh kenapa nak jadi muflis pelikkan, orang kata bila muflis hutang dah tak payah bayar, sapa pun dah tak boleh tuntut hutang daripada orang yang muflis atau bangkrap ini.

Apakah agaknya BN ambik langkah untuk jadikan Malaysia bangkrap atau muflis agar semua hutang tak payah dibayar. Kalau kat Malaysia ada Jabatan Pemegang Harta yang pejabatnya kat Putrajaya kat dunia nia Jabatan Pemegang Harta dia kat mana ye.. Jabatan Pemegang Harta kat Malaysia dia akan pastikan orang Muflis akan dapat pendapatan yang mencukupi untuk hidup dan dapat menampung kehidupan keluarga. Maka agak-agaknya BN ni pun dah rasa apalah susuh-susah nak jaga ekonomi Negara kita bagi bangkrap ajelah biar Jabatan Pemegang Harta dunia bagi makan kat rakyat Malaysia, ini agak aku lah.

Kita renung sikit lah kenapa kita boleh bangkrap, bila kita bangkrap maknanya kita dah tak boleh bayar hutang kita, harta kita dilelong untuk bayar hutang, hasil jualan harta itu pun masih tak boleh nak menglangsaikan hutang, maka bangkraplah kita..stutus nya muflis samalah tu. Kita tanya lagi hai berapa banyak hutang daaa..tak boleh kira hutang ke..tak boleh kira hasil atau pendapatan sendiri ke..sepatutnya kira tahu berapa pendapatan kita untuk banding dengan perbelanjaan kita atau yang mudah duit masuk berapa duit keluar berapa, duit masuk samada ia lebih atau sekurang-kurangnya sama atau imbang ia adalah pengurusan yang baik. Kalau duit keluar lebih banyak daripada duit keluar maka itu satu pengurusan yang kurang baik kecuali kita ada sebab yang kukuh untuk belanja lebih daripada duit masuk, tapi daripada sumber mana pulak kita dapat duit, maka sudah tentulah daripada sumber luar iaitu pinjaman. Salahkah kita meminjam memang tak salah, tetapi had masa meminjam mesti kita patuhi...kalau tempoh masa pinjaman itu 5 tahun maka kita lunaskan ikut tempoh masa tersebut jika tidak peratus faedah itu akan berlipat ganda. Biasanya kalau kita hendak buat pinjaman baru kita kena tengok pinjaman lama kita adakah sumbangan daripada pinjaman lama itu mendatangkan pendapatan atau keuntungan.

Malaysia telah lebih 10 tahun dalam defesit bajet, maknanya duit keluar lebih banyak daripada duit masuk selama lebih 10 tahun berturut-turut dan akan berterusan untuk lebih 10 tahun akan datang mengikut rekod prestasi hutang negera yang ada. Maknanya 15-20 tahun dalam defesit bajet, kenapa defesit bajet..belanja boros..pendapatan kurang...atau tak tahu urus harta dan kewangan dengan baik...

Kisah Al Quran surah Yusoff yang mengungkapkan kisah tafsiran mimpi oleh Nabi Yusoff tentang 7 ekor sapi kurus menelan 7 ekor sapi gemuk. Maka akan ada keperluan 7 musim subur dan 7 musim kemarau, maka ketika subur perlunya menyimpan gandum dan makan yang sederhana gunanya untuk makan ketika musim kemarau. Cerita Al Quran ini sepatutnya dijadikan sandaran yang kukuh dalam mengurus ekonomi negara.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 14 Jun 2010

PERGINYA SEORANG PEJUANG TULIN ALMARHUM USTAZ HASSAN SYUKRI

14 Jun 2010 (Isnin) jam 2.00 petang perginya menemui Illahi seorang insan yang aku gelar pejuang tulin. Almarhum Ustaz Hassan Syukri telah lama aku kenali lebih 15 tahun lalu, lebih rapat selepas tahun 1998 hampir setiap hari bertemu hingga menjelang pilihnaraya 1999. Teringat pertemuan secara rasmi bila mana aku mewakili parti bersama Dr Ghazali Basri, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan Nasional yang pertama membuat perbincangan rasmi bertempat di Pejabat Koperasi Al Hilal di Jalan Pahang Kuala Lumpur.
Almarhum Ustaz Hassan merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ketika itu memang telah lama juga mengenai Dr Ghazali Basri kerana Dr Ghazali dan Ustaz Hassan berasal daripada Sabak Bernam. Pertemuan awal kami dimulai dengan Almarhum Ustaz dan Dr Ghazali bercerita kisah-kisah silam di kampung serta perjuangan Islam masa silam.

Almarhum yang aku kenali seorang yang cukup tegas serta cukup komited dengan perjuangan Islam khusunya melalui wadah kerpartian, ikutnya bersama pergerakan Islam sejak sebelum merdeka. Mula bertanding dalam pilihanraya sejak sebelum merdeka. Bersama dalam penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Pelbagai jawatan dalam PAS yang pernah disandangnya antaranya Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Pesuruhjaya Negeri serta pelbagai Lajnah yang diterajuinya, diberi pengiktirafan oleh PAS dengan melantiknya menjadi Ahli Dewan Negara. Kecekalan Almarhum harus dijadikan contoh kerana beliau bersama PAS ketika setiap kali PAS bertanding dalam pilihanraya tak kira Pilihanraya Umum ataupun Pilihanraya Kecil, PAS akan hilang wang pertaruhan. Pada Almarhum kecurangan SPR dalam pilihanraya telah cukup masak, soal perundingan kerusi pilihanraya juga telah masak baginya. Teringat aku setiap kali perundingan kerusi DUN dan Parlimen Negeri Selangor maka kisah PAS dalam BN, kisah Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kisah Semangat 46 sentiasa menjadi bualan.

Sejak tahun 1999 Almarhum tidak menyertai Pilihanraya tapi aku bangga bila jumpa beliau di Parlimen sebaik sahaja beliau angkat sumpah sebagai senator. Tahniah ustaz aku hulurkan tangan, beliau jawap ini belum apa-apa perjuangan masih jauh lagi. Aku cukup bangga kerana aku mengenai seorang insan yang cukup komited dalam perjuangan , maka tahun ini aku sendiri kehilangan dua orang yang aku rasakan sebagai guru ku dalam megharungi perjuangan .
Ya Allah ampunkan segala dosa Ustaz Hassan Syukri, terimalah segala amal ibadatnya, terimalah solatnya, terimalah, hajinya, terimalah sedekah jariahnya, terimalah segala pengorbanan tenaganya ...Ya Allah tempatkan rohnya bersama para solehin dan para syuhadak..

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 1 Jun 2010