Sabtu, 12 Januari 2013

Janji Bangunkan Hospital Tidak Ditepati

KENYATAAN MEDIA BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADIAN RAKYAT 2 Januari 2013 (Rabu) / Petaling Jaya Selangor •Aspek Kesihatan adalah keperluan asas manusia dan pengguna.Pengguna dan rakyat sememangnya berharap agar pihak kerajaan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkualiti secara percuma ataupun pada kadar kos yang paling minima. • Kerajaan wajib memberikan keutamaan kepada perkhidmatan kesihatan yang menjadi keperluan rakyat . •Penyediaan perkhidmatan kesihatan memerlukan pembinaan Hospital dan Klinik yang mencukupi mengikut jumlah penduduk. •Biro Kepenggunaan mendapat banyak rungutan dan aduan yang disampaikan melalui email, sms dan FB yang menyatakan ketidakpuasan hati mengenai perkhidmatan rawatan kesihatan di hospital-hospital dan klinik. •Pelbagai jenis aduan telah disampaikan oleh pengguna daripada seluruh pelusok negeri. Antara aduan yang banyak diterima adalah mengenai ; • Kesesakan pesakit dihospital, Jarak hospital yang terlalu jauh daripada kediaman, Sukar mendapatkan wad kerana tiada kekosongan katil,Sukar mendapat khidmat doktor pakar, Doktor tak cukup, Khidmat kakitangan yang kurang memuaskan, Ubat-ubatan yang kurang bermutu, Kelengkapan hospital yang telah usang, Bangunan yang begitu lama, Bangunan hospital tak siap-siap, Bangunan hospital tak di buat-buat – janji dalam ucapan, kenyataan dalam media, pecah tanah, potong riben, hanya papan tanda •Pada minggu ini Biro Kepenggunaan akan memberi fokus kepada satu sahaja isu mengenai hospital iaitu kegagalan Kerajaan di bawah Barisan Nasional dalam melunaskan janjinya serta memberikan khidmat kesihatan terbaik buat rakyat dan pengguna dengan kegagalan BN membina hospital yang dijanjikan dibanyak tempat. •Pembinaan Hospital sangat penting terutama dikawasan yang kepadatan penduduknya bertambah dengan cepat. •Daripada pengamatan dan penelitian Biro Kepanggunaan lebih 50% bangunan serta kemudahan hospital serta klinik diseluruh negeri telah usang dan terlalu lama untuk digunakan sebagai hospital kerana usianya lebih daripada 50 tahun. •Walaupun ada sebahagian bangunan hospital serta kelengkapan hospital telah dinaik taraf namun bangunan induk serta kelengkapan serta kemudahan utama masih menggunakan bangunan lama serta kemudahan yang telah usang. •Sebagai sebuah negera ‘maju’ pastinya kemudahan hospital untuk rawatan serta pemeriksaan pesakit juga ditahap yang maju dan canggih. • Banyak bangunan hospital yang telah dijanjikan dengan perkhabaran yang enak dan menarik untuk dibagunkan atau ditukar menjadi kompleks hospital baru, namun banyak janji-janji serta ayat-ayat ‘syurga’ ini hanya dilafazkan ketika ingin meraih undi dalam setiap kali pilihanraya umum (PRU), pilihanraya negeri (PRN) atau pilihanraya kecil (PRK) namun ia hanya menjadi upacara buat penghias paparan media. •Biro Kepenggunaan sekadar mengambil beberapa contoh Bangunan Hospital yang gagal direalitikan kewujudannya antaranya adalah ; •Hospital Tanjung Karang Selangor dalam Daerah Kuala Selangor berada di Kawasan Parlimen Tg Karang, hospital sediaada telah berusia 46 tahun digunakan sejak tahun 1966, kapasiti boleh menampung 114 katil, hospital tidak mempunyai doktor pakar tetapi memberi khidmat pakar dengan giliran doktor pakar daripada Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang. •Bangunan Hospital ini telah dijanjikan untuk dibagunkan dengan Kompleks baru dengan kos projek lebih RM 100 juta. •Perkhabarannya telah diwar-warkan sejak sebelum Pilihanaraya Umum ke 10 tahun 1999 lagi namun hingga kini masih tiada apa-apa berlaku, kini PRU yang ke 13 akan tiba, maknanya janji serta pernyataan tidak dikota dan dilaksana. •Rakyat dan Pengguna Tanjung Karang tertunggu-tunggu dan bertanya bila Hospital baru akan siap, kerana kemudahan dihospital sediada tidak mencukupi, penduduk dan pengguna terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Klang atau Sg Buloh yang jarak lebih 50 km. •Jarak hospital yang jauh menjadikan kos pengangkutan yang tinggi. Penduduk dan pengguna yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa menggunakan khidmat kereta sewa ‘sapu’ dengan kos tambang minima RM 50 seorang. •Kesukaran pengguna dan rakyat lebih dirasai bila pesakit terpaksa tinggal diwad kerana ahli keluarga sukar untuk menjaga dan menemani pesakit ini. Kisah di Tanjung Karang juga berlaku di Parit Buntar Perak, tahun 2008 sebelum PRU 12 terbentang disemua dada akhbar arus perdana mantan MB Perak Dato Tajol Rosli Ghazali umum projek bernilai lebih RM 140 juta untuk membina hospital baru Parit Buntar bagi menggantikan hospital yang telah beroperasi sejak tahun 1931, jumlah kapasiti katil 150 katil dijanjikan bagi memberi keselesaan penduduk. Namun hinggi kini tiada apa-apa terjadi. Malah janji terus dinodai dengan kehadiran YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama YAB MB Perak Dato’ Seri Zambry Abd Kadir umum sekali lagi untuk pembangunan hospital Parit Buntar. •Bila diselongkar cerita janji untuk bina hospital rupanya berlaku disetiap negeri, kisah hospital Rembau Negeri Sembilan lagi menarik, pengumuman dibuat, berita tertampang didada akhbar, papan tanda pembinaan Hospital Rembau di naikkan, upacara pecah tanah dibuat, kenduri telah selesai. •Penduduk tertunggu-tunggu bila agaknya boleh dapat ambil ubat di hospital baru namum pesakit yang asalnya demam biasa telah menjadi sakit kronik yang akhirnya meninggal dunia tanpa belum sempat merasai katil baru di hospital yang baru untuk merasai janji YAB MB Negeri Sembilan Dato’ Seri Hassan. •Projek bernilai lebih RM 100 juta dibangkitkan di sidang Parlimen dan sidang DUN namun pelbagai jawapan diterima. Satu jawapan kata lokasi akan berubah, satu jawapan ambil alih tanah belum selesai, ada jawapan isu harga pampasan tanah, ada jawapan bajet belum ada dan belum lulus. •Namun pada pengguna dan rakyat bukan jawapan yang pelbagai yang ingin didengari tetapi janji tak boleh dimungkiri, kata mesti dikota. Pengguna dan Rakyat Rembau perlukan hospital sebagai keperluan asas bukan sebagai lambang kemewahan tetapi satu kewajiban pemerintah kepada rakyatnya. •Di Negeri Pahang juga berlaku, Hospital Bera Pahang nilai projek lebih RM 60 juta di tapak seluas 26 ekar untuk kapasiti 60 katil. •Sebelum PRU 12 tahun 2008 majlis gilang gemilang dengan keberangkatan oleh kebawah DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah membuat upacara pecah tanah bagi projek hospital yang dijanjikan dapat digunakan dalam tempoh 3 tahun namun hingga kini masih ditunggu. •Lebih menarik lagi 2 tahun kemudian ditapak projek yang sama Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat acara yang sama membuat pecah tanah. •Pengguna dan rakyat Bera tidak mahu sekadar papan tanda dan tugu pengistiharan projek semata, pengguna dan rakyat tidak bermaya kerana sakit mereka perlukan rawatan yang baik dan selesa. Rakyat Bera tak mahu kata-kata pengliburlara yang menjadi racun berbisa, rakyat perlukan ubat serta penawar bagi menyembuhkan penyakit yang menyiksa. •Di Kedah sangat menyedihkan kerana Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sendiri terpaksa bertitah kesal kerana perancangan pembinaan hospital di daerah Pendang dan Bandar Baharu sejak 2006 masih belum terlaksana sehingga kini. •Janji Pilihanraya dan Perancangan BN yang masih gagal dilunaskan mengundang pelbagai pesepsi negetif rakyat dan pengguna di Pendang. •Di Sarawak Rakyat menanti kemunculan Hospital baru di Petra Jaya dengan nilai projek RM 500 juta untuk kapasiti 300 katil ditanah seluas 40 ekar, Hospital Sri Aman dengan nilai Projek RM 200 juta bagi menggantikan hospital yang telah beroperasi sejak 1959, begitu juga di Lawas Sarawak projek bernilai lebih RM 121 juta untuk kapasiti 76 katil diumumkan untuk pembinaan hospital baru bagi menggantikan hospital lama yang telah beroperasi sejak 1969. •Pengumuman pembinaan setiap kali pilihanraya umum dan negeri dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 lagi, namun hingga kini rakyat masih menunggu kemunculan hospital baru mereka. •Terengganu juga sama, Hospital Dungun yang telah dijanjikan sekian lama bersilih ganti MB datang, kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri juga berjanji, namun Hospital Dungun yang telah beroperasi sejak 1969 masih gagal untuk di bagunkan dengan hospital yang baru. •Di Kedah sangat menyedihkan kerana Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sendiri terpaksa bertitah kesal kerana perancangan pembinaan hospital di daerah Pendang dan Bandar Baharu sejak 2006 masih belum terlaksana sehingga kini. •Janji Pilihanraya dan Perancangan BN yang masih gagal dilunaskan mengundang pelbagai pesepsi negetif rakyat dan pengguna di Pendang. •Di Sarawak Rakyat menanti kemunculan Hospital baru di Petra Jaya dengan nilai projek RM 500 juta untuk kapasiti 300 katil ditanah seluas 40 ekar, Hospital Sri Aman dengan nilai Projek RM 200 juta bagi menggantikan hospital yang telah beroperasi sejak 1959, begitu juga di Lawas Sarawak projek bernilai lebih RM 121 juta untuk kapasiti 76 katil diumumkan untuk pembinaan hospital baru bagi menggantikan hospital lama yang telah beroperasi sejak 1969. •Pengumuman pembinaan setiap kali pilihanraya umum dan negeri dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 lagi, namun hingga kini rakyat masih menunggu kemunculan hospital baru mereka. •Terengganu juga sama, Hospital Dungun yang telah dijanjikan sekian lama bersilih ganti MB datang, kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri juga berjanji, namun Hospital Dungun yang telah beroperasi sejak 1969 masih gagal untuk di bagunkan dengan hospital yang baru. •Biro Kepenggunaan juga mengambil contoh beberapa projek sakit dan tidak menepati piawaian yang telah di syaratkan. • Projek pembinaan Hospital Shah Alam Selangor dengan kos kontrak RM 482.6 juta untuk kapasiti 300 katil dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011. Disenarai projek sakit ditenderkan semula pada 4 November 2010 dan dijangka siap pada Oktober 2013. Pengguna menanti hospital baru mereka. •Hospital Rompin yang menelan belanja RM110 juta dimulakan pada 2009 sepatut siap pada akhir November, 2011 namun hingga kini masih dinantikan kemunculannya. • Isu pembinaan Hospital Kluang Johor berkapasiti 256 unit katil kontraktor Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada sejak 1931. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina runding terus. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011, laporan Audit menyatakan secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Kos RM 380 juta. Lewat 1 tahun. •Kelemahan yang ditemui seperti berikut: •Pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan. Yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar. Bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani. •Asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalahdiragui. Kerja pembinaan yang berkualiti rendah. •Perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000. Kerugian minima RM 2.11 juta. •Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat sangat dukacita dengan nasib pengguna dan rakyat yang sepatutnya telah memperolehi khidmat kesihatan yang sempurna dan mencukupi namun ianya masih jauh daripada realitinya yang boleh menjadi mimpi ngeri. •BN gagal dalam tempoh 55 tahun memerintah untuk memenuhi janjinya sendiri dengan menyediakan pada kadar nisbah 2 katil bagi setiap 1000 orang penduduk. Keperluan anggaran katil berjumlah 60,000 unit bagi anggaran 30 juta penduduk termasuk warganegara dan warga asing, Setakat ini hanya 34 794 unit katil meliputi 58% daripada keperluan, kekurangan sebanyak 25 206 katil iaitu 42%. •Biro Kepenggunaan ingin menyimpulkan bahawa kegagalan pembinaan projek hospital adalah disebabkan terlalu banyaknya penyelewengan, salah guna, ketirisan wang rakyat serta ketidakcekapan pengurusan. •Jumlah penyelewengan dan salahguna wang bernilai RM 153,476,989,353 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puloh Tiga Billion Empat Ratus Tujoh Puloh Enam Juta Sembilan Ratus Lapan Puloh Sembilan Ribu Tiga Ratus Lima Puloh Tiga), daripada lebih 50 kes skandal serta penyelewengan antaranya adalah Skandal PKFZ RM 12.7 Billion, Komisyen Kapal Selam RM 500 juta, •Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion, Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion, Pembelian Eurocopter RM 1.67 Billion, Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion, Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta, Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta •Seandainya penyelewengan serta skandal-skandal salahguna wang ini tidak berlaku tentu sekali keseluruhan hospital di Malaysia akan berwajah baru serta dapat memberikan khidmat rawatan perubatan terbaik untuk pengguna dan rakyat. Dengan menganggarkan sebuah Hospital berkapasiti 100 katil dengan nilai projek RM 100 juta setiap satu, kekurangan kapasiti katil berjumlah 25,000 katil memerlukan 250 hospital dengan jumlah anggaran kos bernilai RM 25 Billion sahaja, ianya hanya sekitar 15% daripada jumlah kehilangan wang rakyat akibat penyelewengan yang dianggarkan bernilai RM 150 Billion •Pembentangan dan peryataan yang telah dikemukakan menunjukan bahawa akibat daripada penipuan, penyelewengan, pembaziran, salahguna serta kelemahan dalam pengurusan mengakibatkan kehilangan duit rakyat yang sepatutnya dapat dimanfaatkan secara maksima dalam mendirikan hospital baru juga menukar hospital lama menjadi baru. •Kepincangan yang berlaku datang daripada semua peringkat yang melibatkan kepimpinan peringkat yang tertinggi hinggalah pegawai bawahan. •Menyedari apa yang sepatutnya pengguna dan rakyat perolehi dan gagal disempurnakan oleh kerajaan maka sewajarnya kuasa hebat pengguna dan rakyat mesti digunakan bagi membuat perubahan . •Biro Kepenggunaan juga sangat mengharapkan agar Penjagaan kesihatan rakyat mestilah tidak dilayan seperti perniagaan serta mengekalkan bahawa perkhidmatan rawatan kesihatan mestilah sebagai “profesion perubatan” dan bukan “industri perubatan”. YAHYA SAHRI Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Pekerja Kilang Diberhenti Diterima Menjadi Pekerja Disektor Ladang

Kenyataan Media BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADILAN RAKYAT Pekerja Kilang Diberhenti Diterima Menjadi Pekerja Disektor Ladang Petaling Jaya, 8 Januari 2012 (Selasa) Pada 24 Disember 2012, Biro Kepenggunaan membuat kenyataan media menyatakan hasrat serta desakan 37 pekerja yang diberhentikan kerja akibat penutupan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Bukit Talang sebuah anak syarikat Sime Darby Berhad (SDB). Biro kepenggunaan mewakili 37 pekerja mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media yang telah memaparkan berita serta menyatakan hasrat mereka. Hasil berita yang tersiar pihak Pengurusan Sime Darby Berhad telah mengarahkan KKS Bkt Talang membuat perbincangan khas dengan pekerja yang diberhentikan. Hasil perbincangan kesemua 37 orang pekerja diterima bekerja di sektor ladang serta menerima segala pampasan serta ganjaran akibat pemberhentian kerja seperti mana tuntutan pekerja dalam kenyataan media. Walaupun sehingga hari ini pekerja belum lagi menerima persetujuan secara bertulis namun pekerja meletakkan kepercayaan persetujuan melalui perbincangan ditunaikan oleh pihak SDB. Pekerja sangat mengharapkan SDB menepati janji untuk melaksanakan dasar gaji minima iaitu berjumlah RM 900 sebulan. Maklumat yang pihak Biro Kepenggunaan perolehi ada beberapa lagi kilang kelapa sawit milik anak syarikat SDB akan ditutup. Kami mengharapkan nasib semua pekerja kilang itu mendapat pembelaan yang terbaik. Tenaga kerja warganegara ini mesti diberi keutamaan, menurut sumber maklumat daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) seramai 40,000 orang pekerja warga asing akan dibawa masuk oleh Syarikat-syarikat daripada sektor perladangan. Biro Kepenggunaan sekali mengucapakan terima kasih kepada pihak media, kami juga memohon agar pihak media terus membantu dan bekerjasama dengan pihak Biro Kepenggunaan bagi menyelesaikan masalah pengguna dan rakyat. Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

PEKERJA DIBERHENTIKAN KERANA KILANG DITUTUP

KENYATAAN MEDIA Petaling Jaya, 24 DISEMBER 2012 ISU PEKERJA DIBERHENTIKAN KERANA KILANG DITUTUP •Para pekerja merupakan pengguna yang mesti mendapat pembelaan sewajarnya. •Berita penutupan Kilang yang mengakibatkan Kes Pemberhentian seramai 37 orang pekerja Kilang Kelapa Sawit Bukit Talang adalah anak syarikat Konglamerat Perladangan terbesar di dunia merupakan berita burok dan ngeri kepada prestasi ekonomi negara. •Sebagai warganegara Malaysia yang selama ini disogokkan dengan berita betapa kukuhnya prestasi ekonomi Negara , sukar bagi saya menerima berita penutupan sebuah kilang yang telah begitu lama beroperasi menjangkau lebih 60 tahun usianya. •Bila saya menerima panggilan daripada wakil pekerja saya terus menggambil keputusan untuk berbincang bagi mendapat maklumat lanjut serta kesahihan cerita yang dikhabarkan. Saya lantas bertemu pekerja serta melawat tapak kilang di Ladang Bukit Talang Tg Karang Selangor. •Daripada pengamatan saya setelah mendengar serta melihat sendiri suasana tempat kerja serta ladang, saya merasakan ada helah serta muslihat yang dibuat oleh Pengurusan Kilang Kelapa Sawit Bukit Talang (KKS Bkt Talang) anak syarikat Sime Darby ini. Pengumuman Bajet 2013 oleh Kerajaan bagi mewajibkan Majikan Swasta mematuhi Peraturan Gaji Minima kepada pekerja berjumlah RM 900.00 sebulan ada kaitan kepada isu penutupan kilang serta pemberhentian pekerja ini. •Saya agak musykil bagaimana kilang yang telah begitu lama beroperasi boleh mengalami kerugian mengejut. •Bagaimana Kilang yang berada ditengah-tengah ladang yang mempunyai kesuburan serta penghasilan buah tandan sawit yang begitu baik boleh mengalami kerugian. •Kalau benar -benar Kilang ini mengalamai kerugian sehingga ditutup operasinya maka saya merasakan perlunya satu siasatan serta kajian mendalam kerana ia mengambarkan bahawa Ekonomi Negara dalam keadaan yang sedang merudum. •Biro Kepenggunaan menjadikan perjuangan pengguna bagi mendapat hak serta dapat menggunakan kuasa hebat pengguna dapat diberdayakan. •Biro Kepenggunaan merasakan bahawa penutupan serta pemberhentian pekerja adalah kerana KKS dan SDB tidak mahu terbeban dengan peraturan pematuhan kadar gaji minima sebanyak RM 950.00 sebulan. •Pekerja-pekerja ini selama ini hanya mendapat gaji berjumlah RM 350.00 sebulan. Maka pekerja terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapat tambahan pendapatan. •Pekerja yang diberhentikan oleh anak syarikat SDB merupakan warganegara yang mesti dibela. Walaupun sebagai majikan mereka KKS berjanji akan menunaikan tangungjawab mereka dengan memberi notis, membayar wang ganjaran serta wang pampasan menurut keperluan akta pekerjaan , namun pada saya tuntutan balas pekerja wajar dipenuhi oleh SDB sebagai Pemegang Saham utama dalam KKS Bkt Talang. •Pekerja telah mempunyai rekod perkhidmatan minima 5 bulan hingga 28 tahun. •Bagi pekerja yang telah mencecah usia bersara satu skim pembelaan sewajarnya mesti disediakan. Pekerja yang begitu setia dengan mengabdikan hayatnya kepada KKS sewajarnya diberikan perhatian. Memang ketika ini mereka sudah tidak punya keupayaan kerana faktor usia serta ada yang mengalami pelbagai jenis sakit (ini faktor biasa manusia) tetapi KKS perlu mengingati bahawa mereka ini ketika usia mudanya telah berkhidmat dengan tekun walaupun dengan paras gaji yang begitu rendah. •Kesemua pekerja ini tidak mempunyai kediaman ataupun tapak kediaman, kemana mereka hendak pergi selepas ini. Mereka bukan sengaja untuk tidak membeli rumah tetapi gaji dan pendapatan yang mereka perolehi yang begitu kecil tidak memungkinkan mereka mampu menyimpan wang untuk membeli kediaman sendiri. •Biro Kepenggunaan menjadikan perjuangan pengguna bagi mendapat hak serta dapat menggunakan kuasa hebat pengguna dapat diberdayakan. •Biro Kepenggunaan merasakan bahawa penutupan serta pemberhentian pekerja adalah kerana KKS dan SDB tidak mahu terbeban dengan peraturan pematuhan kadar gaji minima sebanyak RM 900.00 sebulan. •Pekerja-pekerja ini selama ini hanya mendapat gaji berjumlah RM 350.00 sebulan. Maka pekerja terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapat tambahan pendapatan. •Pekerja yang diberhentikan oleh anak syarikat SDB merupakan warganegara yang mesti dibela. Walaupun sebagai majikan mereka KKS berjanji akan menunaikan tangungjawab mereka dengan memberi notis, membayar wang ganjaran serta wang pampasan menurut keperluan akta pekerjaan , namun pada saya tuntutan balas pekerja wajar dipenuhi oleh SDB sebagai Pemegang Saham utama dalam KKS Bkt Talang. •Bagi pekerja yang masih muda dan baru berkhidmat mereka ini masih punya daya tenaga yang kuat, tenaga kerja ini mesti dimanfaatkan. •SDB sewajarnya mengambil tenaga kerja ini untuk berkhidmat dalam sektor perladangan atau sektor yang lain bagi menjamin mereka ini mempunyai pendapatan. •SDB melalui SD Plantations mempunyai ribuan ekar ladang yang memerlukan tenaga keraja. Pilihan SD Plantations mengajikan tenaga kerja secara kontrak dengan menggunakan khidmat tenaga kerja daripada luar negara sewajarnya dikurangkan kerana tenaga kerja warganegara masih ramai lagi. •Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat menyeru Kilang Kelapa Sawit Bukit Talang , Sime Darby Berhad , YB Menteri Sumber Manusia, YB Exco Kerajaan Selangor bagi Kebajikan Pekerja Ladang memberi perhatian bagi menyelesaikan isu pemberhentian pekerja akibat penutupan kilang. •YAHYA SAHRI •Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

SYABAS GAGAL: KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN MENDESAK SYABAS SERAH PENGURUSAN AIR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN MEDIA BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADILAN RAKYAT SYABAS GAGAL: KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN MENDESAK SYABAS SERAH PENGURUSAN AIR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR Petaling Jaya, 11 Januari 2013 / Jumaat Biro Kepenggunaan telah mendapat desakan daripada pelbagai pihak yang mewakili pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar membuat langkah bagi memastikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mesti mengundurkan diri dan menyerahkan pengurusan bekalan air terawat ini kepada kerajaan negeri Selangor. Desakan pengguna ini adalah kerana; Syabas telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna sebagai sebuah syarikat konsesi bekalan air terawat di Selangor dan Kuala Lumpur. Kegagalan Syabas jelas dapat dilihat dan dirasai oleh semua pengguna , Syabas gagal membekalkan air yang berkualiti dan bersih, hingga hari ini pengguna masih menerima bekalan air yang berkeladak walaupun Syabas berjanji banyak kali untuk membekalkan air yang berkualiti dan bersih. Syabas secara terang mengakui bahawa pengurusannya gagal member khidmat yang baik kepada pengguna bila bahagian aduannya setiap hari menerima ribuan aduan daripada pengguna.Sekiranya pengguna berpuas hati ataupun masalah air tidak berlaku maka pengguna tidak akan membuat aduan. Syabas sendiri mengakui bahawa mereka gagal menyelenggara pam – pam air yang mengakibatkan krisis air sering berlaku dan yang terbaru di kawasan Gombak, Ampang dan Kuala Lumpur. Syabas gagal menguruskan kewangan syarikatnya dengan sempurna, menurut laporan Syabas mempunyai jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan berjumlah RM2.8 billion ringgit. Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus. Laporan audit juga mendapati Syabas tidak melaksanakan kerja-kerja ‘capex’ (capital expenditure) dengan baik. Biro Kepenggunaan mahu Syabas berhenti daripada Berpolitik dan berhenti daripada menjadi bahagian UMNO yang ke 23 di Selangor dan yang ke 223 di Malaysia, Syabas adalah badan perniagaan. Biro Kepenggunaan juga mahu Syabas bertindak jujur dengan mencipta alasan kerana Projek Langat 2 tidak dilaksankan maka berlakukunya krisis air, semua pengguna tahu bahawa Projek Langat 2 baru nak bermula sedangkan krisis bekalan air berlaku sekarang dan berlarutan. Biro Kepenggunaan mendesak Syabas menyerahkan secara terhormat pengurusan air terawat di Selangor dan Kuala Lumpur kepada kerajaan negeri kerana air adalah anugerah Allah SWT bukan untuk dijual beli tetapi adalah tanggungjawab kerajaan menguruskan bagi keperluan rakyat. Biro Kepenggunaan bersama 35 NGO serta dengan sokongan 360 Ketua-Ketua Kampung, lebih 500 Ketua-Ketua Komuniti di Selangor dan Kuala Lumpur akan membuat kempen 1 juta tandatangan pengguna untuk mendesak Syabas berundur dengan cara terhormat serta kempen menyaman Syabas kerana gagal melaksanakan perjanjian membekal air terawatt dengan sempurna, kempen akan bermula esok SABTU 12 JANUARI 2013. Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

PERLAKSANAAN PROJEK KERAJAAN PUSAT DISELEWENG DAN BERSTATUS PROJEK HARAM

KENYATAAN MEDIA BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADILAN RAKYAT PERLAKSANAAN PROJEK KERAJAAN PUSAT DISELEWENG DAN BERSTATUS PROJEK HARAM Petaling Jya , 11 Januari 2013/ Jumaat Biro Kepenggunaan mendapat banyak rungutan dan aduan daripada Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Komuniti daripada pelbagai kawasan menyatakan bahawa terlalu banyak projek pembangunan serta pembinaan yang diselaraskan oleh Kerajaan Pusat khususnya yang melibatkan Negeri dibawah Pakatan Rakyat dilaksanakan dengan cara yang salah dan tidak mengikut peraturan. Banyak projek-projek yang diselaraskan oleh Kerajaan Pusat menjadi Projek Gajah Putih dan berstatus Projek Terbengkalai. Projek - projek senggaran serta baik pulih yang diuruskan oleh pihak ICU (Implementation Coordination Unit - ICU) iaitu Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi tanda tanya orang ramai dan masyarakat setempat. Biro Kepenggunaan difahamkan bahawa bajet bagi projek di bawah ICU tidak melalui KSN mahupun Perbendaharaan, Manual pelaksanaan projek mengariskan kaedah pelaksanaan projek seperti yang berikut ; semua projek permohonan cadangan dari ADUN dikemukakan kepada Pegawai Pembangunan Negeri (PPN ) untuk dipanjangkan kepada ICU. Senarai projek dibincang bersama diantara pegawai ICU dan PPN dan keputusan dilakukan oleh pegawai ICU. Senarai projek yang telah diluluskan dipanjangkan semula kepada PPN untuk dikemukakan ke Pejabat Daerah berserta waran pelaksanaan. Dalam manual peraturan juga menyatakan dengan jelas perlaksanaan semua projek pembangunan mestilah mengikut peraturan serta garis panduan yang telah dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Dalam membuat pembangunan Isu Pemilikan Tanah serta tukar syarat mesti diselesaikan selepas itu hendaklah memperolehi kebenaran merancang dari Pihak Berkuasa Tempatan terlebih dahulu serta mematuhi syarat-syarat kebenaran yang telah diberikan kepadanya. Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta 172, (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976) kebenaran merancang ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’. “Menjalankan pemajuan” disini bermaksud, sebarang tindakan pembangunan termasuk kerja-kerja yang memerlukan kelulusan di bawah lain-lain Akta. Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan, jika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan dijalankan berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 27 dan Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Rungutan serta aduan yang bertubi-tubi memaksa Biro Kepenggunaan membuat kajiselidik bagi mendapatkan pengesahan kepada aduan yang diterima. Kami merujuk kepada salah satu Daerah di Selangor iaitu Daerah Kuala Selangor, kami telah selidiki salah satu senarai Projek Kecil penyelarasan ICU. Terdapat 18 Projek Kecil yang dilaksanakan di kawasan kampong-kampung yang menimbulkan banyak keraguan, bagaimana nilai projek sehingga RM 90,000.00 boleh dibuat secara gotong-royong (maksudnya tanpa melantik kontraktor), bagaimana projek sebegini dibuat tanpa spesifikasi yang jelas, kemanakah pembayaran dibuat kerana projek dibuat secara gotong royong, siapakah pegawai teknikal dan pegawai pemantau bagi mengesahkan perjalanan projek. (hasil penyelidikan yang kami lakukan banyak pertindihan kerja dibuat) Kami juga dibawa melawat dan meneliti dua projek besar yang menelan belanja lebih RM 24 juta di dalam daerah yang sama. Projek pembinaan jeti pendaratan ikan LKIM Bagan Pasir Penambang Kuala Selangor yang menjadi projek Gajah Putih, projek telah siap lebih 2 tahun tetapi tidak dapat digunakan kerana pelbagai masalah. Daripada maklumat yang kami terima isu tapak pembinaan masih belum mendapat kelulusan tukar syarat, bila isu tanah tidak selesai maka proses mendapatkan kebenaran merancang daripada pihak PBT pasti tidak boleh dilakukan. Persoalan yang timbul adalah bagaimana projek pembangunan boleh dilaksanakan, bagaimana bangunan boleh di didirikan, bagaimana proses mengeluarkan tender boleh dilakukan serta bagaimana bayaran boleh dikeluarkan kepada kontraktor sedangkan perkara asas dalam melaksanakan pembangunan tidak dibuat iaitu Kebenaran Merancang. Begitu juga satu lagi pembinaan kompleks nelayan kecil serta jeti pendaratan ikan di Kg Sungai Yu Kuala Selangor.Perkara yang sama juga berlaku isu tapak pembangunan yang belum selesai iaitu hak pemilikan tanah, proses tukar syarat tanah, sudah tentulah Kebenaran Merancang daripada pihak PBT iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor tidak diperolehi. Penduduk dan Nelayan merungut kerana kompleks yang cantik, siap dengan kemudahan Chalet yang khabarnya menelan belanja lebih RM 5 juta tetapi tidak dapat digunakan dengan sempurna, perkhidmatan eletrik dan air tidak dapat dibekalkan, perkhidmatan kebersihan tapak serta kutipan sampah tidak dapat dilakukan oleh pihak MDKS. Biro Kepenggunaan mempunyai banyak lagi contoh-contoh projek seperti yang telah dinyatakan tadi, bagi isu yang telah dibentangkan kami ingin mendesak agar pihak Audit Negara dan SPRM membuat siasatan segera ke atas semua projek-projek yang dibina tanpa mengikut aturan sebagaimana manual membangunkan sesuatu projek seperti yang gariskan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan sendiri. Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan Layari http://myahyasahri.blogspot.com/