Sabtu, 12 Januari 2013

Janji Bangunkan Hospital Tidak Ditepati

KENYATAAN MEDIA BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADIAN RAKYAT 2 Januari 2013 (Rabu) / Petaling Jaya Selangor •Aspek Kesihatan adalah keperluan asas manusia dan pengguna.Pengguna dan rakyat sememangnya berharap agar pihak kerajaan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkualiti secara percuma ataupun pada kadar kos yang paling minima. • Kerajaan wajib memberikan keutamaan kepada perkhidmatan kesihatan yang menjadi keperluan rakyat . •Penyediaan perkhidmatan kesihatan memerlukan pembinaan Hospital dan Klinik yang mencukupi mengikut jumlah penduduk. •Biro Kepenggunaan mendapat banyak rungutan dan aduan yang disampaikan melalui email, sms dan FB yang menyatakan ketidakpuasan hati mengenai perkhidmatan rawatan kesihatan di hospital-hospital dan klinik. •Pelbagai jenis aduan telah disampaikan oleh pengguna daripada seluruh pelusok negeri. Antara aduan yang banyak diterima adalah mengenai ; • Kesesakan pesakit dihospital, Jarak hospital yang terlalu jauh daripada kediaman, Sukar mendapatkan wad kerana tiada kekosongan katil,Sukar mendapat khidmat doktor pakar, Doktor tak cukup, Khidmat kakitangan yang kurang memuaskan, Ubat-ubatan yang kurang bermutu, Kelengkapan hospital yang telah usang, Bangunan yang begitu lama, Bangunan hospital tak siap-siap, Bangunan hospital tak di buat-buat – janji dalam ucapan, kenyataan dalam media, pecah tanah, potong riben, hanya papan tanda •Pada minggu ini Biro Kepenggunaan akan memberi fokus kepada satu sahaja isu mengenai hospital iaitu kegagalan Kerajaan di bawah Barisan Nasional dalam melunaskan janjinya serta memberikan khidmat kesihatan terbaik buat rakyat dan pengguna dengan kegagalan BN membina hospital yang dijanjikan dibanyak tempat. •Pembinaan Hospital sangat penting terutama dikawasan yang kepadatan penduduknya bertambah dengan cepat. •Daripada pengamatan dan penelitian Biro Kepanggunaan lebih 50% bangunan serta kemudahan hospital serta klinik diseluruh negeri telah usang dan terlalu lama untuk digunakan sebagai hospital kerana usianya lebih daripada 50 tahun. •Walaupun ada sebahagian bangunan hospital serta kelengkapan hospital telah dinaik taraf namun bangunan induk serta kelengkapan serta kemudahan utama masih menggunakan bangunan lama serta kemudahan yang telah usang. •Sebagai sebuah negera ‘maju’ pastinya kemudahan hospital untuk rawatan serta pemeriksaan pesakit juga ditahap yang maju dan canggih. • Banyak bangunan hospital yang telah dijanjikan dengan perkhabaran yang enak dan menarik untuk dibagunkan atau ditukar menjadi kompleks hospital baru, namun banyak janji-janji serta ayat-ayat ‘syurga’ ini hanya dilafazkan ketika ingin meraih undi dalam setiap kali pilihanraya umum (PRU), pilihanraya negeri (PRN) atau pilihanraya kecil (PRK) namun ia hanya menjadi upacara buat penghias paparan media. •Biro Kepenggunaan sekadar mengambil beberapa contoh Bangunan Hospital yang gagal direalitikan kewujudannya antaranya adalah ; •Hospital Tanjung Karang Selangor dalam Daerah Kuala Selangor berada di Kawasan Parlimen Tg Karang, hospital sediaada telah berusia 46 tahun digunakan sejak tahun 1966, kapasiti boleh menampung 114 katil, hospital tidak mempunyai doktor pakar tetapi memberi khidmat pakar dengan giliran doktor pakar daripada Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang. •Bangunan Hospital ini telah dijanjikan untuk dibagunkan dengan Kompleks baru dengan kos projek lebih RM 100 juta. •Perkhabarannya telah diwar-warkan sejak sebelum Pilihanaraya Umum ke 10 tahun 1999 lagi namun hingga kini masih tiada apa-apa berlaku, kini PRU yang ke 13 akan tiba, maknanya janji serta pernyataan tidak dikota dan dilaksana. •Rakyat dan Pengguna Tanjung Karang tertunggu-tunggu dan bertanya bila Hospital baru akan siap, kerana kemudahan dihospital sediada tidak mencukupi, penduduk dan pengguna terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Klang atau Sg Buloh yang jarak lebih 50 km. •Jarak hospital yang jauh menjadikan kos pengangkutan yang tinggi. Penduduk dan pengguna yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa menggunakan khidmat kereta sewa ‘sapu’ dengan kos tambang minima RM 50 seorang. •Kesukaran pengguna dan rakyat lebih dirasai bila pesakit terpaksa tinggal diwad kerana ahli keluarga sukar untuk menjaga dan menemani pesakit ini. Kisah di Tanjung Karang juga berlaku di Parit Buntar Perak, tahun 2008 sebelum PRU 12 terbentang disemua dada akhbar arus perdana mantan MB Perak Dato Tajol Rosli Ghazali umum projek bernilai lebih RM 140 juta untuk membina hospital baru Parit Buntar bagi menggantikan hospital yang telah beroperasi sejak tahun 1931, jumlah kapasiti katil 150 katil dijanjikan bagi memberi keselesaan penduduk. Namun hinggi kini tiada apa-apa terjadi. Malah janji terus dinodai dengan kehadiran YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama YAB MB Perak Dato’ Seri Zambry Abd Kadir umum sekali lagi untuk pembangunan hospital Parit Buntar. •Bila diselongkar cerita janji untuk bina hospital rupanya berlaku disetiap negeri, kisah hospital Rembau Negeri Sembilan lagi menarik, pengumuman dibuat, berita tertampang didada akhbar, papan tanda pembinaan Hospital Rembau di naikkan, upacara pecah tanah dibuat, kenduri telah selesai. •Penduduk tertunggu-tunggu bila agaknya boleh dapat ambil ubat di hospital baru namum pesakit yang asalnya demam biasa telah menjadi sakit kronik yang akhirnya meninggal dunia tanpa belum sempat merasai katil baru di hospital yang baru untuk merasai janji YAB MB Negeri Sembilan Dato’ Seri Hassan. •Projek bernilai lebih RM 100 juta dibangkitkan di sidang Parlimen dan sidang DUN namun pelbagai jawapan diterima. Satu jawapan kata lokasi akan berubah, satu jawapan ambil alih tanah belum selesai, ada jawapan isu harga pampasan tanah, ada jawapan bajet belum ada dan belum lulus. •Namun pada pengguna dan rakyat bukan jawapan yang pelbagai yang ingin didengari tetapi janji tak boleh dimungkiri, kata mesti dikota. Pengguna dan Rakyat Rembau perlukan hospital sebagai keperluan asas bukan sebagai lambang kemewahan tetapi satu kewajiban pemerintah kepada rakyatnya. •Di Negeri Pahang juga berlaku, Hospital Bera Pahang nilai projek lebih RM 60 juta di tapak seluas 26 ekar untuk kapasiti 60 katil. •Sebelum PRU 12 tahun 2008 majlis gilang gemilang dengan keberangkatan oleh kebawah DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah membuat upacara pecah tanah bagi projek hospital yang dijanjikan dapat digunakan dalam tempoh 3 tahun namun hingga kini masih ditunggu. •Lebih menarik lagi 2 tahun kemudian ditapak projek yang sama Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat acara yang sama membuat pecah tanah. •Pengguna dan rakyat Bera tidak mahu sekadar papan tanda dan tugu pengistiharan projek semata, pengguna dan rakyat tidak bermaya kerana sakit mereka perlukan rawatan yang baik dan selesa. Rakyat Bera tak mahu kata-kata pengliburlara yang menjadi racun berbisa, rakyat perlukan ubat serta penawar bagi menyembuhkan penyakit yang menyiksa. •Di Kedah sangat menyedihkan kerana Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sendiri terpaksa bertitah kesal kerana perancangan pembinaan hospital di daerah Pendang dan Bandar Baharu sejak 2006 masih belum terlaksana sehingga kini. •Janji Pilihanraya dan Perancangan BN yang masih gagal dilunaskan mengundang pelbagai pesepsi negetif rakyat dan pengguna di Pendang. •Di Sarawak Rakyat menanti kemunculan Hospital baru di Petra Jaya dengan nilai projek RM 500 juta untuk kapasiti 300 katil ditanah seluas 40 ekar, Hospital Sri Aman dengan nilai Projek RM 200 juta bagi menggantikan hospital yang telah beroperasi sejak 1959, begitu juga di Lawas Sarawak projek bernilai lebih RM 121 juta untuk kapasiti 76 katil diumumkan untuk pembinaan hospital baru bagi menggantikan hospital lama yang telah beroperasi sejak 1969. •Pengumuman pembinaan setiap kali pilihanraya umum dan negeri dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 lagi, namun hingga kini rakyat masih menunggu kemunculan hospital baru mereka. •Terengganu juga sama, Hospital Dungun yang telah dijanjikan sekian lama bersilih ganti MB datang, kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri juga berjanji, namun Hospital Dungun yang telah beroperasi sejak 1969 masih gagal untuk di bagunkan dengan hospital yang baru. •Di Kedah sangat menyedihkan kerana Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sendiri terpaksa bertitah kesal kerana perancangan pembinaan hospital di daerah Pendang dan Bandar Baharu sejak 2006 masih belum terlaksana sehingga kini. •Janji Pilihanraya dan Perancangan BN yang masih gagal dilunaskan mengundang pelbagai pesepsi negetif rakyat dan pengguna di Pendang. •Di Sarawak Rakyat menanti kemunculan Hospital baru di Petra Jaya dengan nilai projek RM 500 juta untuk kapasiti 300 katil ditanah seluas 40 ekar, Hospital Sri Aman dengan nilai Projek RM 200 juta bagi menggantikan hospital yang telah beroperasi sejak 1959, begitu juga di Lawas Sarawak projek bernilai lebih RM 121 juta untuk kapasiti 76 katil diumumkan untuk pembinaan hospital baru bagi menggantikan hospital lama yang telah beroperasi sejak 1969. •Pengumuman pembinaan setiap kali pilihanraya umum dan negeri dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 lagi, namun hingga kini rakyat masih menunggu kemunculan hospital baru mereka. •Terengganu juga sama, Hospital Dungun yang telah dijanjikan sekian lama bersilih ganti MB datang, kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri juga berjanji, namun Hospital Dungun yang telah beroperasi sejak 1969 masih gagal untuk di bagunkan dengan hospital yang baru. •Biro Kepenggunaan juga mengambil contoh beberapa projek sakit dan tidak menepati piawaian yang telah di syaratkan. • Projek pembinaan Hospital Shah Alam Selangor dengan kos kontrak RM 482.6 juta untuk kapasiti 300 katil dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011. Disenarai projek sakit ditenderkan semula pada 4 November 2010 dan dijangka siap pada Oktober 2013. Pengguna menanti hospital baru mereka. •Hospital Rompin yang menelan belanja RM110 juta dimulakan pada 2009 sepatut siap pada akhir November, 2011 namun hingga kini masih dinantikan kemunculannya. • Isu pembinaan Hospital Kluang Johor berkapasiti 256 unit katil kontraktor Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada sejak 1931. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina runding terus. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011, laporan Audit menyatakan secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Kos RM 380 juta. Lewat 1 tahun. •Kelemahan yang ditemui seperti berikut: •Pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan. Yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar. Bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani. •Asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalahdiragui. Kerja pembinaan yang berkualiti rendah. •Perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000. Kerugian minima RM 2.11 juta. •Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat sangat dukacita dengan nasib pengguna dan rakyat yang sepatutnya telah memperolehi khidmat kesihatan yang sempurna dan mencukupi namun ianya masih jauh daripada realitinya yang boleh menjadi mimpi ngeri. •BN gagal dalam tempoh 55 tahun memerintah untuk memenuhi janjinya sendiri dengan menyediakan pada kadar nisbah 2 katil bagi setiap 1000 orang penduduk. Keperluan anggaran katil berjumlah 60,000 unit bagi anggaran 30 juta penduduk termasuk warganegara dan warga asing, Setakat ini hanya 34 794 unit katil meliputi 58% daripada keperluan, kekurangan sebanyak 25 206 katil iaitu 42%. •Biro Kepenggunaan ingin menyimpulkan bahawa kegagalan pembinaan projek hospital adalah disebabkan terlalu banyaknya penyelewengan, salah guna, ketirisan wang rakyat serta ketidakcekapan pengurusan. •Jumlah penyelewengan dan salahguna wang bernilai RM 153,476,989,353 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puloh Tiga Billion Empat Ratus Tujoh Puloh Enam Juta Sembilan Ratus Lapan Puloh Sembilan Ribu Tiga Ratus Lima Puloh Tiga), daripada lebih 50 kes skandal serta penyelewengan antaranya adalah Skandal PKFZ RM 12.7 Billion, Komisyen Kapal Selam RM 500 juta, •Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion, Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion, Pembelian Eurocopter RM 1.67 Billion, Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion, Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta, Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta •Seandainya penyelewengan serta skandal-skandal salahguna wang ini tidak berlaku tentu sekali keseluruhan hospital di Malaysia akan berwajah baru serta dapat memberikan khidmat rawatan perubatan terbaik untuk pengguna dan rakyat. Dengan menganggarkan sebuah Hospital berkapasiti 100 katil dengan nilai projek RM 100 juta setiap satu, kekurangan kapasiti katil berjumlah 25,000 katil memerlukan 250 hospital dengan jumlah anggaran kos bernilai RM 25 Billion sahaja, ianya hanya sekitar 15% daripada jumlah kehilangan wang rakyat akibat penyelewengan yang dianggarkan bernilai RM 150 Billion •Pembentangan dan peryataan yang telah dikemukakan menunjukan bahawa akibat daripada penipuan, penyelewengan, pembaziran, salahguna serta kelemahan dalam pengurusan mengakibatkan kehilangan duit rakyat yang sepatutnya dapat dimanfaatkan secara maksima dalam mendirikan hospital baru juga menukar hospital lama menjadi baru. •Kepincangan yang berlaku datang daripada semua peringkat yang melibatkan kepimpinan peringkat yang tertinggi hinggalah pegawai bawahan. •Menyedari apa yang sepatutnya pengguna dan rakyat perolehi dan gagal disempurnakan oleh kerajaan maka sewajarnya kuasa hebat pengguna dan rakyat mesti digunakan bagi membuat perubahan . •Biro Kepenggunaan juga sangat mengharapkan agar Penjagaan kesihatan rakyat mestilah tidak dilayan seperti perniagaan serta mengekalkan bahawa perkhidmatan rawatan kesihatan mestilah sebagai “profesion perubatan” dan bukan “industri perubatan”. YAHYA SAHRI Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan