Isnin, 2009 November 09

Warkah Perjuangan...1

Reformasi...Reformasi..Reformasi... Takbir...Takbir...Takbir...

Yang Kaya Bertambah Kaya
Yang Miskin Papa Kedana..

Kalau Bukan Hari Ini, Hari Esok
Kalau Bukan Bulan Ini, Bulan Depan
Kalau Bukan Tahun ini, Tahun Depan...

Mereka Boleh Tangkap Saya, Mereka Boleh Tahan Saya,
Tapi Mereka Perlu Ingat Satu Anwar Hilang akan Tumbuh 1000 orang Anwar...

Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Menang...

Antara ungkapan keramat yang membangkitkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan serta menuntut perubahan kepimpinan negara. Semangat rakyat terus membara rakyat bangkit menolak kezaliman. Medan pilihanraya menjadi pertaruhan, cabaran pimpinan UMNO agar penyokong dan pendokong Anwar yang menganjurkan Reformasi setiap petang sabtu juga setiap hari pembicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar menubuhkan parti politik mendapat sambutan terus. Pelbagai parti cuba didaftarkan antaranya Angkatan Reformasi Malaysia, Parti Malaysia Baru, Parti Keadilan Insan dan lain-lain namun satu pun tidak mendapat balasan serta jawapan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Datin Seri Dr Wan Azizah menjelajah seluruh negara juga keluar negara hanya bergerak atas nama NGO yang tidak didaftarkan iaitu ADIL, sokongan kepada kewujudan ADIL cukup meriah dalam masa tidak sampai 2 minggu pendaftaran sokongan mencecah 25,000 orang. Namun akhirnya dengan penuh hati-hati hasil perancangan strategi yang licik sebuah parti yang dormant dapat diambil alih, Parti Jemaah Islam Malaysia yang didaftarkan di Terengganu dapat di tukar nama kepada Parti Keadilan Nasional dengan menukar keseluruhan Pimpinan Tertinggi Parti serta menukarkannya dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Dato Dr Wan Ismail. Tidak ramai yang mengetahui siapakah orang yang memainkan peranan penting dalam proses mengambilalih parti. Setahu saya Kak Wan dan Anwar pun tak tahu sampai sekarang. Mereka ini masih menyokong sereta mendokong parti tetapi tidak pernah dihargai.
Sepatutnya sambil kita melihat kehadapan sesekali menoleh kebelakang dengan jelingan manja ohhh.. rupanya ada manusia yang memainkan watak-watak utama ala tok dalang wayang kulit yang beraksi dibalik layar tapi berperanan cukup bermakna serta berkesan. Sampai masanya satu proses penulisan semula sejarah Reformasi dan Kewujudan Parti Keadilan Nasional yang kini Parti Keadilan Rakyat ditulis dan dibukukan. Inisiatif sepatutnya untuk menjempt serta memanggil bekas Presiden Parti serta pimpinan parti yang telah bersama menubuhkan parti sebelum , semasa dan selepas 4 April 1999 dalam setiap Mesyuarat Agong dan Kongres Tahun sewajarnya perlu dilaksanakan, tanpa jiwa serta hati-hati ikhlas daripada pengasas parti kita semua tidak akan ada parti tentunya tidak akan boleh kita bertanding dalam pilihanraya.
Saya lagi ku ingati Pejabat Urusan parti di Seksyen 14 Petaling Jaya kemudian barulah pindah ke Phelio Damansara. Pejabat itu banyak kenangan, mula di seksyen 14 PJ satu pertemuan untuk menguruskan pembentukan Perhubungan Negeri Selangor maka satu mesyuarat sulit di sebuah rumah di Damansara, bertemulah kami sekitar 11 orang untuk bersetuju membentuk dengan rasminya JK Perhubungan Negeri Selangor dengan melantik Dr Ghazali Basri selaku Ketua Perhubungan, Ezam Timbalan Ketua, Idrus Wan Cik Ketua Pemuda, Anemah Ferrar Ketua Wanita, Yahya Sahri Setiausaha Perhubungan serta melantik beberapa orang untuk menubuhkan Bahagian-bahagian antaranya PJS Ezam, Dr Ghazali Sepang, Yahya Kuala Selangor, Sarifuddin Budin Hulu Selangor, Abdullah Sani Ampang Jaya kemudian ada 2 kali mesyuarat di Sek 14 dan akhirnya mesyuarat penuh Ketua-Ketua Bahagian di rumah Dr Ghazali Basri di Sg Merab Kajang dengan Asmadi Salleh Kuala Langat, Ahmad Mustafa Hulu Langat, Serdang Hj Yaakob Sapari, Tg Karang Hj Maie, Haji Jamali Kapar, Azman Hussien Shah Alam, Azmin Ali Gombak ada beberapa bahagian yang belum ada Ketua antaranya PJU dan Subang Jaya. Ketika ini Selangor ada 17 Kawasan Parlimen jadi ada 17 Bahagian.
Mula daripada tarikh tidak ingat tarikh tepat setiap malam turun ke bahagian-bahagian untuk menubuhkan JK Bahagian.Seminggu saya bawak Dr Ghazali turun pada hari Ahad di terus demam tak baik baik selama seminggu. Ingat lagi bagaimana sambutan hangat di Hulu Selangor dengan satu pertemuan beserta sesi dialog bagi penubuhan baru Parti Keadilan Nasional, nama nama seperti Pak Itam, Pak Abu, Nan dll lagi yang tinggal rasanya cuma Hunter. Di Sabak Bernam di Sepang dengan kerenah Pak Manaf sampai sekarang macam tu jugak, kisah Kuala Langat bagaimana seorang lupa pulak namanya teringin sangat nak jadi Ketua Bahagian, mengaku lawyer kenal orang itu kenal orang ini pehh..tapi semua tipu...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Asri Oh Asri...

Satu masa dulu nama Asri memang cukup popular, Dato' Asri pemimpin PAS tersohor satu masa dulu. Kemudian Ustaz Asri Al Arqam dengan kisah Bani Tamim dan Imam Mahadi.
Kini Dr Asri Bekas Mufti Perlis yang dikatakan pendokong utama ajaran Wahabi di Malaysia.
Kehangatan cerita bermula bila Dr Asri di tangkap oleh penguatkuasa JAIS dan di hadapkan di Mahkamah Syariah Gombak Timur tanpa caj dan dibebaskan.
Bagi penduduk Taman Seri Ukay , Ulu Klang agak terkeliru kerana penduduk dan masyarakat di sana yang membuat beberapa kali laporan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana rasa tidak senang mereka dengan kegiatan satu kumpulan yang dikatakan menyebarkan ajaran Wahabi melalui surau Taman Seri Ukay yang dikuasainya, kemudian kumpulan ini gagal mempertahankan penguasaan dalam pentadbiran surau dan terus membuat kegiatan di sebuah rumah pendokong kuat kumpulan tersebut.
Penduduk Taman Seri Ukay agak kecewa dengan drama yang berlaku, mereka memang berkehendakan JAIS bertindak atas laporan mereka tetapi cara JAIS bertindak menjadikan isu ini menjadi kronik. Mereka tidak menghalang seandainya kumpulan yang ingin mengamalkan fahaman wahabi teruskankanlah tetapi cara mereka yang cuba memaksa masyarakat mengikut mereka serta menghalang penduduk membuat amalan seperti biasa mengikut amalan sunnah wal jammah. Bagi masyarakat Taman Seri Ukay isu utama mereka adalah kumpulan pengamal ajaran wahabi ini telah memecah belah masyarakat dengan tindakan mereka.
Saya hairan dan kecewa kenapalah kita ni orang Islam tidak mahu benar-benar bersatu, pada sayalah yang kurang mendalami Ilmu Islam bukankah yang utama Iman, Laillahaill llawah, Muhammadarasullah. Benar benar yang Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasul Allah. Pertama yakin dan membenarkan yaitu dalam hati dan amalan perbuatan, kita nak beramal ikut mana mesti ikut yang nabi Muhammad tunjuk dan ajar. Bagaimana Nabi Muhammad ajar, adalah melalui hadis dan sunnahnya. Kekadang ada beberapa yang tidak jelas dan menjadi pertikaian ummat maka rujuk ajaran ulamak, itulah sebabnya pecahan kepada 4 mazhab utama Maliki, Hanafi, Hambali & Syafie banyak boleh diselesaikan. Kalaulah ada yang nak rujuk kepada selain 4 Imam yang utama ini rujuklah asal sahaja, Yakin Allah itu tuhan yang Satu , Nabi Muhammad itu Rasul Allah.
Kita banyak dengar isu bidaah, baca qunut bidaah, tahlil bidaah, salawat ada syaidina bidaah, berzanji bidaah, sunat tarawikh 8 bidaah dan macam-macam lagi. Pada pendapat sayalah bukankah kita ada banyak lagi masaalah yang lebih besar untuk kita atasi dan perangi, kalaulah masa yang kita gunakan untuk mempertikai antara satu sama lain kita guna dengan gabungkan tenaga dan fikiran untuk membantu ramai orang Islam yang langsung tak tahu solat dan mengaji rasanya amat- amat bermanfaat rasanya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 2009 November 04

Kes Mahkamah Yahya Sahri

Sedutan cerita akhbar Melayu mengenai kes Mahkamah Yahya Sahri

4 Ahli Politik Dihadapkan Mahkamah Atas Tuduhan Rasuah (kemaskini) Tv Selangor
Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional antara lima yang didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini di Mahkamah Shah Alam.
Dituduh melakukan rasuah atau pemalsuan dokumen, mereka ditahan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri ditahan bersama pembantunya kerana terlibat dalam pemalsuan invois-invois semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dahulu.
Pemalsuan invois tersebut bagi tujuan melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
Seorang lagi wakil rakyat BN, Yap Soo Sun yang merupakan bekas Adun Teratai dihadapkan dengan TUJUH pertuduhan selepas didapati mengemukakan permohonan peruntukan mengandungi butiran palsu untuk program perayaan yang tidak dijalankan, di empat lokasi, awal tahun lalu.
Seorang lagi ahli politik, iaitu bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Shari, 43, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan menipu membabitkan peruntukan bernilai RM50,000, tahun lalu.
Bagi tuduhan pertama, dia sebagai Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Karim Munisar, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality di sini, antara 1 dan 3 petang, 4 Jun 2008.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen palsu 'Resolusi Pembukaan Akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor' sebagai tulen di Maybank Bandar Sunway.
Dia dijamin RM10,000 dan perbicaraan kesnya ditetapkan 19 hingga 23 April depan.
Sementara itu, Pegawai Khas kepada Exco Selangor Ronnie Liew Thian Kiew, iaitu Wong Chuan How didakwa membuat tuntutan palsu ke Majlis Perbandaran Sepang untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu.
Wong dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.
Wong mengaku tidak bersalah dan mahu mempertahankan diri di mahkamah.
“Saya rasa Wong tidak ada apa-apa kes kerana saya tahu semua projek yang disebutkan dan saya tak nampak ada apa kesalahanya dari segi teknikal juga tiada apa tiada unsur rasuah,”katanya.
“Wang tersebut masih berada didalam akaun Pusat Khidmat beliau walaupun program yang direncanakan belum dapat dijalankan kerana pemohon program tersebut tidak berkesempatan untuk melaksanakanya,”jelasnya.
Hakim Seksyen Shah Alam, Mat Ghani Abdullah membebaskan semua tertuduh dengan ikat jamin.
Abd Rahman Bakri yang menghadapi lapan pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM 30,000 oleh seorang penjamin.
Manakala Yahya Mohd Shari yang menghadapi dua pertuduhan diperintah membayar wang jaminan RM 10,000 oleh seorang penjamin.
Sementara itu, Soo Sun yang menghadapi tujuh pertuduhan diperintahkan membayar wang jaminan RM25,000 oleh seorang penjamin.
Wong pula yang menghadapi tiga pertuduhan diperintahkan membayar wang jaminan RM 5,000 oleh seorang penjamin.
*RalatKenyataan TvSelangor semalam menyatakan bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri, 43, mengaku tidak bersalah atas kesalahan mengemukan invois mengandungi butiran palsu ke Pejabat Daerah Hulu Langat.
Invois itu bagi membekalkan barangan keperluan untuk program Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor tahun lepas namun pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.(Kesilapan amat dikesali)




Nafi menipu RM50,000 (my Metro)
SHAH ALAM: Bekas Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan RM50,000.Mohd Yahya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.Beliau selaku pengarah program, didakwa menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan itu bagi membiayai Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Gardenia Coffee House, Hotel Quality, Bangunan Peransang antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang, pada 4 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Mohd Yahya didakwa menggunakan dokumen iaitu ‘Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat Selangor’ sebagai tulen sedangkan dia tahu ia adalah palsu.Mohd Yahya didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lalu.

Orang BN, Pakatan dituduh seleweng dana DUN(Malaysia Kini)
Jimadie Shah Othman Nov 3, 09 8:42am
kemaskini 4.17pm Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi program yang tidak wujud. Lapan program itu meliputi bantuan kepada pelajar sekolah, penganjuran forum perdana dan sambutan Maulidur Rasul.Beliau, ketika itu ADUN Sungai Air Tawar, didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu antara 21 Januari hingga 18 Februari tahun lalu.Abd Rahman (foto kiri) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.Ahli parlimen Umno itu hadir sejak jam 8 pagi tadi di mahkamah tersebut dengan ditemani lapan ahli parlimen BN, antaranya Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Halimah Siddiq (Tenggara) dan Datuk Dr Mohamed Shahrom Osman (Lipis). Pertuduhan terhadap Abd Rahman dibacakan menjelang jam 1 tengah hari tadi.Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan tarikh perbicaraan pada 14 Februari depan.Sementara itu, pembantu Abd Rahman, Mohd Rosli Bushra pula didakwa bersubahat dengan majikannya membuat tuntutan palsu itu.Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan beliau diikatjamin dengan jumlah RM9,000.Mahkamah sama turut mendakwa bekas pegawai menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 bagi program sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu tahun lalu.Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu. Beliau mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000. Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub dan beberapa aktivis Pemuda PKR turut hadir memberikan sokongan kepada Mohd Yahya.Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How (foto kanan), dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.Wong, pembantu Ronnie Liu di DUN Sungai Pelek, juga dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000 bagi penganjuran satu perjumpaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di kawasan itu pada 19 Feb lalu.Hakim Syafeera membenarkan beliau diikat jamin RM10,000. Ronnie turut hadir ketika pertuduhan kes itu dibacakan kepadanya.Wong mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan. Kes tersebut akan dibicarakan pada 29 Mac depan.Kecuali Mohd Yahya yang didakwa bawah Kanun Keseksaan, kesemua mereka dituduh di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Keempat-empat tertuduh ini antara enam orang ahli politik dan pembantu mereka yang diseret oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke muka pengadilan berhubung penyelewengan dana kerajaan negeri untuk pembangunan DUN di Selangor.Sebelum itu Ronnie, sewaktu bercakap di luar mahkamah, berkata SPRM telah menjalankan siasatan terhadap 20 wakil rakyat Selangor dan turut merampas fail-fail daripada mereka."Wong adalah yang pertama, tetapi dia mungkin bukan yang terakhir," katanya.


8 tuduhan rasuah, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah (harakahdaily)
Harakahdaily Tue Nov 03, 09 2:23:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Nov:Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Abdul Rahman mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.
Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya yang lalu.
Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu,bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.
Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.
Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.
Selain itu, pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chuan How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.
Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.
Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.
Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.
Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dilaporkan telah menangkap lima orang termasuk bekas Pegawai Menteri Besar Selangor serta seorang anggota Parlimen Barisan Nasional dan akan didakwa hari ini.
Bekas pegawai MB itu ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan.
Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00, kata satu kenyataan SPRM semalam.
Menurut kenyataan itu, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini.
Selain itu, SPRM Selangor juga dilaporkan telah menangkap seorang bekas Adun dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Bekas Adun tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas Adun berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.
Selain mereka, turut ditangkap adalah seorang pembantu Exco kerajaan negeri Selangor dan seorang ahli perniagaan. Kedua-duanya juga akan didakwa.

Wakil rakyat BN, PR 'bermesra' di mahkamah(Berita Harian)

SHAH ALAM: Mereka mungkin sering bertikam lidah di Dewan Rakyat tetapi hari ini beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dilihat bermesra ketika hadir memberi sokongan kepada rakan masing-masing yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini. Mereka yang dilihat hadir ialah Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara), Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin)Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu), Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai). Turut sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng Sang, dan Ahli Exco Selangor, Ronnie Liu, kedua-dua daripada DAP.

Mereka yang dihadapkan ke mahkamah sama ada bagi pertuduhan rasuah atau menipu termasuk pembantu khas Liu, Wong Chuan How, serta Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, dan bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun, daripada BN. Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pula didakwa atas tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu. Sepanjang prosiding mahkamah berjalan, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan suasana terkawal.
Wartawan, kakitangan mahkamah, peguambela dan tertuduh serta penyokong masing-masing yang menunggu sejak jam 8 pagi resah apabila prosiding yang sepatutnya bermula pada 9 pagi tidak berjalan sehingga hampir tengah hari. Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, berkata beliau terpaksa mengambil masa kira-kira tiga jam untuk proses dokumentasi pendaftaran kes yang dihadapkan ke mahkamah hari ini. Prosiding mahkamah juga dijalankan di dua mahkamah berasingan sehingga mengelirukan wartawan dan menyebabkan hakim terpaksa menunggu sehingga peguam tertuduh yang sepatutnya hadir di mahkamah itu selesai prosiding di mahkamah lain. - Bernama

Bekas pegawai khas MB Selangor didakwa menipu(Utusan Malaysia)
SHAH ALAM 3 Nov. - Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan dan menggunakan dokumen palsu pada tahun lalu.
Mohd. Yahya Mat Sahri, 43, didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.
Perbuatan tertuduh sebagai pengarah sambutan itu telah mendorong Abdul Karim menyerahkan RM50,000 kepadanya di Gardenia Coffee House, Hotel Quality Bangunan Peransang di sini antara pukul 1 dan 3 petang, 4 Jun tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Mohd. Yahya turut didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat di Maybank Bhd. cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Josiendra Abu Senin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof memaklumkan anak guamnya memikul tanggungjawab dengan meletak jawatan walaupun wang sumbangan tersebut digunakan untuk manfaat masyarakat umum.
Katanya, Mohd. Yahya juga kini komited dengan kerja-kerja amal serta terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Syafeera membenarkan Mohd. Yahya dibebaskan secara ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 19 April tahun depan untuk perbicaraan.


Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 2009 November 03

MELAYARI BAHTERA SEBENAR PERJUANGAN

Hari ini 3 November 2009 (Selasa) bersamaan 5 Zulhijjah 1430 hari bersejarah yang dilakari dengan satu lagi pengalaman baru dalam kehidupanku yang kini menjangkau 43 tahun. Beberapa fasa kehidupan yang menjadikan aku lebih dewasa dan masak dengan pelbagai warna warni kehidupan, pengalaman kehidupan di sekolah rendah dengan penuh keindahan hidup kanak-kanak kampung cukup seronok. Berada di sekolah menengah dengan kehidupan di sebuah sekolah elit mengajar aku nilai kehidupan yang cukup mulia. Dunia kampus hanya menambah kedewasaan dalam alam remaja.
Fasa yang mencabar di dunia realiti dunia yang memang sebati dengan jiwaku iaitu dunia berbakti kepada masyarakat. Enam tahun disekolah rendah menjadi ketua darjah dan menjadi ketua murid, lima tahun menjadi ketua kelas di sekolah menengah, menjadi pengerusi dan ajk pelbagai kegiatan ko-kurikulum yang terutamanya pengakap serta menjadi class rep ketika didunia kampus banyak mengajar aku kini. Aku punya tekad untuk membantu masyarakat itu memang tekad aku.
Lepas dunia kampus aku bersama belia kampung aku Seri Tiram Jaya aku pimpin pergerakan belia kampung serta jadi ketua pemuda, pelbagai aktiviti daripada yang bertaraf kampung hingga bertaraf nasional. Aku mula bergelumbang dengan dunia politik sekitar tahun 1989 kini tahun 2009 cecah 20 tahun rupanya. Banyak aku pelajari terlalu banyak aku selusuri dan rasai.
Tahun 1998 tahun keramat aku mula menongkah arus dalam aliran politik negera demi keadilan aku bersama gelombang Reformasi...aku ingat lagi tengahari itu berita Anwar dipecat. Maghrib kumpul dirumah Anwar di kediaman rasmi TPM, daripad detik itu hingga kini. Pilihanraya 1999 aku bertanding dengan penuh semangat lawan Abu Hasan Omar (Tan Sri Dato') ketika itu dia adalah MB Selangor lawan tetap lawan lawan smapai menang. Pilihanaray 2004 rehat kerana langsung tak ada pulus. Bantu jentera pilihanraya Parlimen. Pilihanraya 2008 aku terajui jentera pilihanraya Selangor. Pada 9 Mac 2008 Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Mulai 12 mac 2008 aku berada di Tingkat 21 azam aku hanya satu berbakti pada masyarakat kerana Allah SWT. Setiap hari 20 hingga 40 oarang aku layani kehadiran tetamu, mesyuarat jangan kira daripada pagi sampai tengah malam. Cukup 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Selangor aku telah diminta untuk bercuti aku bingkas bangun dan meletak jawatan. Aku ambil tanggungjawab kerana ada sedikit masalah dalam penganjuran 100 hari Pakatan Rakyat Selangor.
Akhirnya hari ini sejarah baru aku lakarkan kerana aku dicaj di mahkamah sesyen Shah Atas kesalahan mempengaruhi Dato' Abd Karim Munisar, Presiden KDEB untuk sumbanagan RM 50,000.00. Caj Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Aku yakin dengan kebenaran serta keadilan akan terbukti, inilah bahtera kehidupan seorang pejuang pastinya akan diuji. Muga Allah merahmati kehidupanku.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 2009 Oktober 20

MENDEKATI MASYARAKAT





































Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Sabtu, 2009 September 26

CERITA RAYA 2009






Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 2009 September 24

SYAWAL 1430 - RAYA 2009

Ramadhan berlalu Syawal menjelma. SMS Raya bertalu-talu tak tahu berapa banyak pihak Telco dapat duit bila raya datang, kalau pengguna sms ada 2 juta sahaja setiap orang membelanjakan RM 5.00 maka pastinya RM 10 juta dibelanjakan pehhh... besar pak untuk tempoh 2 minggu.
Raya tahun ini banyak menyentuh perasaan ku..tahun pertama raya tanpa Almarhum Kekanda Yusof yang telah kembali kerahmatullah. Pada keluarga arwah lebih-lebih terasa, kakak iparku Hajjah Rahimah terasa begitu keseorangan. Muga Allah memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa Hj Mohd Yusof Shariff terima segala amal kebaikan serta terima segala ibadahnya, tempatkan rohnya dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa.
Alhamdullilah tahun ini aku sempat bawak Isteri dan Anak-anakku menziarahi semua adik beradikku..rumah abang , kakak serta adik-adik di Tg Karang, Sg Tekam Utara, Keratong, Labuan Dagang dan Bandar Baru Bangi.
Balik KL untuk memenuhi program rumah terbuka pulak...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/