Ahad, 17 Januari 2010

Buletin Utama 18 Julai 2007: Umno Hanya Pertahan Kuasa Bukan Bela Orang Melayu, PKR Selangor Tawan Selangor

Hari ini mengemas tatap balik respon saya kepada bualbicara saya bersama Sdr Zul wartawan Buletin Utama dan diterbitkan pada keluaran 18 Julai 2007. Jangkaan saya ketika itu cukup tepat PKR Selangor akan menang pada PRU 12..itu respon saya pada 2007 untuk PRU 12...saya tunggu media mana yang akan tanya saya mengenai PRU 13...

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 11 Januari 2010

Rehat

1.Sabtu hadir mesyuarat MPP di Ibu Pejabat, terima perletakan jawatan Dato' Salehuddin selaku Setiausaha Agung, diganti YB Saifuddin Nasution Ismail.
2.Ahad rehat dirumah tidak hadir program kolokium Negeri Selangor.Rasa aman damai bersama anak-anak, perkara yang tak pernah berlaku untuk tempoh 19 tahun.Pendam rasa hati, fokus pada diri sendiri dan famli.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 8 Januari 2010

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan
KUALA LUMPUR: Datuk Salehuddin Hashim hari ini meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.
Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain yang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.
Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.
Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.- BERNAMA
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 6 Januari 2010

Belang sebenar Chin Peng

Belang sebenar Chin Peng

Oleh Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin
bminggu@bharian.com.my




Pemimpin PKM itu tunjuk sikap angkuh mahu ideologi komunis diiktiraf

SEMINGGU lalu, genap 54 tahun peristiwa bersejarah Rundingan Baling 1955 yang diadakan selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955 bertempat di Baling English School atau nama barunya, Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putra (SRKTP).

Rundingan khas atau 'Baling Talk 55' antara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng itu antara usaha menuntut keamanan, menghentikan pertumpahan darah, kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat.


Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anak tempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan.

Buktinya, beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.

Namun, Rundingan Baling dikatakan gagal - puncanya cukup mudah, iaitu kerana sikap ego, degil serta keengganan Chin Peng menerima keamanan, tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagai saluran perjuangannya.

Dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien pada awal sesi rundingan. Gambar kecil, perakam suara yang dipasang pada siling bilik rundingan.

Sepanjang rundingan, Chin Peng sudah memperlihatkan sikap tidak percayakan sesiapa, sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakan proses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Sedikit suntingan catatan Setiausaha Peribadi Tunku, Tan Sri Shafie Abdullah yang menyertai rundingan itu dan catatan wartawan, Harry Miller, memperlihatkan belang sebenar Chin Peng, tetapi maklumat berkenaan sebenarnya jarang dihebahkan.

Catatan berbunyi: "Pada petang 28 Disember 1955, masuklah Tunku bersama Encik David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Encik Hamid Jumat, Datuk (Sir) Tan Cheng Lock, Encik Yaacob Latiff, Encik Too Joon Hing, Encik TH Tan dan Tuan Syed Jaafar Albar ke bilik rundingan.

Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin dibawa masuk ke bilik rundingan melalui jalan belakang, iaitu dari rumah penginapan mereka oleh Encik John LH Davis (Pegawai Daerah Butterworth). Chin Peng duduk bertentangan dengan Tunku dan diapit Rashid dan Chin Tien.

Orang ramai berkumpul sepanjang laluan ke sekolah untuk melihat wakil rundingan.

Sebaik saja duduk, Chin Peng terus memperlihatkan sikap curiga, memerhati keadaan sekeliling seolah-olah tidak percaya jaminan keselamatan yang dijanjikan kerajaan. Chin Peng curiga melihat sesuatu yang dilekatkan pada siling bilik rundingan.

Tunku menjelaskan, ia sebenarnya perakam suara untuk merekodkan butiran perbincangan dan meminta Chin Peng supaya yakin, bahkan membenarkan beliau sendiri memeriksa alat itu jika tidak berpuas hati.

Chin Peng bangun, diikuti Chen Tien lalu memeriksa bilik sebelah dan sekeliling tempat rundingan. Selepas berpuas hati, barulah mereka kembali semula ke kerusi rundingan."

Sikap tidak percaya dan curiga itu berterusan hinggalah tamat rundingan hari pertama. Chin Peng dan rakannya disediakan sebuah bilik tidur di bangunan bersebelahan tempat rundingan. Asal bangunan itu adalah rumah guru dan kini dijadikan galeri pameran.

Individu yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan buat pemimpin PKM itu ialah Jaafar Ismail, 83, tukang kebun sekolah yang bertanggungjawab menyiapkan keperluan rundingan, termasuk makanan dan minuman Chin Peng.

Membahasakan dirinya sebagai Pak Lang, Jaafar berkata, Chin Peng turut curiga dengan kemudahan yang disediakan di tempat penginapan dan langsung 'tidak menikmati' apa yang diterimanya.

"Saya diarahkan British supaya menyediakan bilik tidur, menyiapkan makanan dan minuman mereka. Sebuah bilik kecil mempunyai dua katil, siap dengan meja kecil untuk meletak makanan.

"Tetapi, sepanjang dua hari (rundingan), mereka langsung tak sentuh makanan. Langsung tak terusik, bila saya masuk selepas rundingan, keadaannya sama seperti asal. Ada yang kata, mereka takut makanan itu diracun," katanya.

Ketika diberi amanat penting itu, Pak Lang yang berasal dari Kampung Seberang Pekan, Baling, menyediakan roti, susu dan minuman yang semuanya diletakkan dalam bekas tin bertutup.

Anak jati Baling ini juga hairan bagaimana pemimpin PKM itu boleh bertahan dua hari tanpa makan dan minum. Terdetik dalam hatinya, jika beginilah keadaannya, rundingan pasti gagal kerana Chin Peng langsung tidak percayakan sesiapa.

Memang benar telahan itu kerana ketika rundingan tiba di penghujungnya pada hari kedua, Chin Peng sekali lagi memperlihatkan keangkuhannya untuk meneruskan ideologi komunis tetapi mahu memastikan kerajaan Tanah Melayu dan Singapura berkuasa penuh mengawal urusan pertahanan negara.

Chin Peng berjanji akan menghentikan peperangan serta merta jika syarat itu dipenuhi, lalu Tunku menjelaskan satu daripada sebab beliau ke England ialah untuk mendapatkan kuasa mengawal sendiri keselamatan dalam negeri.

Namun, Chin Peng menegaskan, meletak senjata bukan maksudnya menyerah senjata kepada kerajaan, keputusan yang kononnya hanya akan diambil mereka sekiranya PKM diakui dan kebebasan mereka tidak lagi disekat.

Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: "Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir".

Dengan tegas, Tunku membalas: "Kalau saudara tidak mahu menyerah kalah, kami juga tidak sanggup menerima saudara sekalian menjadi rakyat negeri ini. Kalau keamanan hendak dicapai dalam negeri ini, salah satu pihak daripada kita mesti menyerah.

"Saya tidak sanggup membiarkan Malaya menjadi seperti Korea atau Vietnam. Saya sendiri tidak akan menyerah, sebab itu saudaralah yang mesti menyerah diri," katanya.

Rundingan berakhir begitu saja disebabkan sikap Chin Peng yang angkuh, sedangkan pada pandangan Tunku, tempoh sehari sudah memadai untuk menyelesaikan rundingan.

Namun, Bapa Kemerdekaan ini sanggup memberi ruang dan peluang mendengar penjelasan Chin Peng hingga ke hari kedua, tetapi proses itu tetap juga menemui jalan buntu.

Info: Rundingan Baling

  • September 1955: Tawaran pengampunan beramai-ramai kepada komunis dan 40 juta risalah 'Tawaran Menyerah Diri' serta 12,000 pas pengampunan digugurkan di hutan belantara dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

  • Kandungannya 'kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat'.

  • Akhir September 1955, Chin Peng memberi jawapan bertulis menyatakan perjuangan komunis berakhir dan meminta gencatan senjata serta rundingan menamatkan perang.

  • Surat itu dihantar dari Kampung Kelian Intan, Keroh, Perak kepada Tunku Abdul Rahman; Ketua Menteri Singapura, David Marshall; Sir Tan Cheng Lock dan pemimpin Parti Perikatan lain.

  • Pertemuan awal: kerajaan diwakili Timbalan Menteri Pelajaran, Too Joon Hing dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu, Ian C Wylie, manakala PKM oleh Chen Tien.

  • Tiga rundingan awal berlangsung di Kampung Kelian Intan (sehingga November).

  • Wylie yang juga bekas Pegawai Pasukan 136 ketika Perang Dunia Kedua cukup kenal Chin Peng dan Chen Tien kerana berkhidmat dalam pasukan sama.

  • Tiga hari selepas Tunku pulang dari Indonesia, Chin Tien membawa surat Chin Peng mengandungi cadangan rundingan.

  • Tempoh 10 hari terakhir Disember, pasukan keselamatan diarah melaksanakan gencatan senjata mengejut meliputi kawasan 400 batu persegi termasuk Baling, Kroh (Pengkalan Hulu), Kelian Intan dan sempadan Thailand.

  • Tiada kata sepakat dicapai selepas PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata.

  • Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

    Selasa, 5 Januari 2010

    Murkakah Allah bila kalimahnya disebut oleh Belum Islam ?

    Astagfirullah hal azim, ya Allah ampunkan segala dosaku, terima lah segala amalku..ya Allah kalimah mu jadi polimik,ada yang ikhlas ada yang ambil kesempatan..kepada yang ikhlas terimalah keikhlasannya pada yang ambil kesempatan bukakanlah pintu hatinya untuk taat kepada perintahMu ya Allah.

    Isu penggunaan nama Allah oleh majalah gereja memulakan kepanasan suasana tahun 2010. Keputusan Mahkamah Tinggi dengan memberikan kebenaran penggunaan nama Allah bagi merujuk kepada nama Tuhan dalam majalah terbitan gereja kristian benar-benar menaikkan darjah kepanasan orang Islam di Malaysia.Saya terima banyak sms, email juga panggilan telefon bertanya apa respon juga apa pandangan. Saya jawap dengan nada selamba sambil bertanyakan soalan balik..agak-agaknya bila majalah tu gunakan nama Allah untuk rujuk nama Tuhan rasanya ALLah murka tak ye..Allah marah ke agaknaya.. maka teman-teman yang bertanya saya terus jawap secara spontan ehh kenapa Allah nak marah..tak ada masalah lah..

    1.Sebagai rakyat Malaysia yang akur dengan Perlembagaan negara kena hormat dulu keputusan Mahkamah, lebih-lebih lagi ada banyak lagi proses Mahkamah yang belum habis, lepas ni ada Mahkamah Rayuan kemudian Mahkamah Persekutuan.

    2.Sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip demokrasi juga kena hormat kepada bantahan-bantahan awam kerana ia hak kebebasan bersuara. serta berhimpun secara aman.Rakyat berhak menyuarakan pendapat serta pandangan.

    3.Sebagai orang Islam yang sepatutnya bersikap serta bersifat sabar dan punya hikmah yang tinggi perlu punya daya pemikiran yang global.Benar kita mesti menjaga kesucian kalimah Allah tetapi secara realitinya apakah Allah tu hanya milik orang Islam, apakah Allah itu hanya menjaga orang Islam sahaja, apakah Allah tidak menjaga serta memelihara orang 'belum Islam.' Saya ungkap belum Islam tidak bukan Islam kerana mereka punya potensi untuk Islam.Sebagai Muslim kita kena ada rasa tanggungjawap untuk menarik mereka yang belum Islam untuk menjadi Islam... semuanya kerja Allah kita mesti mencuba..

    4.Kepada penganut agama bukan Islam kenapa perlu hendak mencetuskan suasana yang kurang murni.Apa perlunya untuk mengungkap nama Tuhan sendiri menjadi Allah kalau selama ini tidak perlu ungkap nama Allah tetapi boleh lakukan upacara keagamaan secara aman dan mungkin khusuk tanpa gangguan.Kristian ada tiga Tuhan ada Tuhan Bapak ada Tuhan Emak ada Tuhan Anak maka yang dirujuk sebagai Allah yang mana satu, apakah ketiga-tiganya.Kalaulah ketiga-tiganya dirujuk sebagai Allah maka sewajarnyalah pihak berkuasa menghalang penggunaan nama Allah itu kerana apa, di Malaysia ini cuba rujuk maksud atau erti Allah itu ikut Kamus Dewan, ALlah membawa erti Tuhan Maha Esa maksudnya Tuhan yang satu..tiada dua.

    5.Sebagai muslim kita kena sama-sama renung balik apakah salah serta silap kita hingga orang belum Islam kurang hormat dengan Islam.Kegemilangan Islam adalah bila mana Islam diletakan dalam hati-hati setiap Muslim. Beriman serta beramal mesti menjadi tunjang kekuatan kita.

    Takbir..Allahhu akhbar..

    Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

    Ahad, 3 Januari 2010

    2010 : Tapak ke Langkah

    Alhamdullilah 2010 dapat dimulakan dengan gerak baru,
    1. Pada 1 Januari 2010, Kuliah Bisnes dimulakan ramai teman-teman yang masih tidak menguasai perkara asas dalam menjalankan bisnes di Malaysia. Percubaan hebahan melalui FB, agak awal membuat keputusan tetapi FB belum sesuai untuk bisnes, ia memang medan info sosial.
    2. Sabtu 2 Januari 2010 berbincang dengan teman-teman peguam berkenaan kes mahkamah, beberapa pandangan dikemukakan.
    3. Ahad 3 Januari 2010, hantar Amirah ke asrama, tahun tahun ke 5 pergi balik, pergi balik rasanya begitu cepat. Amirah ambik SPM tahun ni muga Allah memberikan keberkatan untuk peroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM seterusnya dalam kehidupannya. Tengok semangatnya masuk sekolah hari ini penuh keyakinan dalam UPSR dia buktikan 5A, PMR Alhamdullilah 8A, Insyaallah SPM juga semua A. Sorang lagi anak Khadijah tahun ni ambik UPSR ujian yang mencabarnya, nampak hari ni semasa antar kakak Mirah, Dijah menunjukan kesungguhan untuk belajar dia kena ikut jejak langkah kakak dia, muga anak-anakku berjaya dunia dan akhirat.
    4. Perkembangan politik Malaysia nampak kelam kabut, drama penggunaan nama Allah sedang di lakonkan. Ramai watak tambahan tetapi mereka tak sedar bahawa mereka menjadi pelakon tambahan secara tidak sengaja. Bijak ...bijak... mana taknya begitu ramai yang selama ini tak pernahpun patuh perintah ALlah tiba-tiba jadi Juara dan Jaguh ..nama Allah...Alhamdullih muga-muga kekal terus menjadi ..pejuang agama Allah...
    Layari http://myahyasahri.blogspot.com/