Selasa, 5 Januari 2010

Murkakah Allah bila kalimahnya disebut oleh Belum Islam ?

Astagfirullah hal azim, ya Allah ampunkan segala dosaku, terima lah segala amalku..ya Allah kalimah mu jadi polimik,ada yang ikhlas ada yang ambil kesempatan..kepada yang ikhlas terimalah keikhlasannya pada yang ambil kesempatan bukakanlah pintu hatinya untuk taat kepada perintahMu ya Allah.

Isu penggunaan nama Allah oleh majalah gereja memulakan kepanasan suasana tahun 2010. Keputusan Mahkamah Tinggi dengan memberikan kebenaran penggunaan nama Allah bagi merujuk kepada nama Tuhan dalam majalah terbitan gereja kristian benar-benar menaikkan darjah kepanasan orang Islam di Malaysia.Saya terima banyak sms, email juga panggilan telefon bertanya apa respon juga apa pandangan. Saya jawap dengan nada selamba sambil bertanyakan soalan balik..agak-agaknya bila majalah tu gunakan nama Allah untuk rujuk nama Tuhan rasanya ALLah murka tak ye..Allah marah ke agaknaya.. maka teman-teman yang bertanya saya terus jawap secara spontan ehh kenapa Allah nak marah..tak ada masalah lah..

1.Sebagai rakyat Malaysia yang akur dengan Perlembagaan negara kena hormat dulu keputusan Mahkamah, lebih-lebih lagi ada banyak lagi proses Mahkamah yang belum habis, lepas ni ada Mahkamah Rayuan kemudian Mahkamah Persekutuan.

2.Sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip demokrasi juga kena hormat kepada bantahan-bantahan awam kerana ia hak kebebasan bersuara. serta berhimpun secara aman.Rakyat berhak menyuarakan pendapat serta pandangan.

3.Sebagai orang Islam yang sepatutnya bersikap serta bersifat sabar dan punya hikmah yang tinggi perlu punya daya pemikiran yang global.Benar kita mesti menjaga kesucian kalimah Allah tetapi secara realitinya apakah Allah tu hanya milik orang Islam, apakah Allah itu hanya menjaga orang Islam sahaja, apakah Allah tidak menjaga serta memelihara orang 'belum Islam.' Saya ungkap belum Islam tidak bukan Islam kerana mereka punya potensi untuk Islam.Sebagai Muslim kita kena ada rasa tanggungjawap untuk menarik mereka yang belum Islam untuk menjadi Islam... semuanya kerja Allah kita mesti mencuba..

4.Kepada penganut agama bukan Islam kenapa perlu hendak mencetuskan suasana yang kurang murni.Apa perlunya untuk mengungkap nama Tuhan sendiri menjadi Allah kalau selama ini tidak perlu ungkap nama Allah tetapi boleh lakukan upacara keagamaan secara aman dan mungkin khusuk tanpa gangguan.Kristian ada tiga Tuhan ada Tuhan Bapak ada Tuhan Emak ada Tuhan Anak maka yang dirujuk sebagai Allah yang mana satu, apakah ketiga-tiganya.Kalaulah ketiga-tiganya dirujuk sebagai Allah maka sewajarnyalah pihak berkuasa menghalang penggunaan nama Allah itu kerana apa, di Malaysia ini cuba rujuk maksud atau erti Allah itu ikut Kamus Dewan, ALlah membawa erti Tuhan Maha Esa maksudnya Tuhan yang satu..tiada dua.

5.Sebagai muslim kita kena sama-sama renung balik apakah salah serta silap kita hingga orang belum Islam kurang hormat dengan Islam.Kegemilangan Islam adalah bila mana Islam diletakan dalam hati-hati setiap Muslim. Beriman serta beramal mesti menjadi tunjang kekuatan kita.

Takbir..Allahhu akhbar..

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu 'Allah'
    Jimadie Shah Othman
    Jan 5, 10
    3:04pm
    kemaskini 4.13pm Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

    Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

    "Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

    "Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

    Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

    "Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

    “Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

    Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

    Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).

    Usaha mendapatkan penjelasan lanjut Dr Haron setakat ini belum berhasil.

    ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata kenyataan Dr Haron itu bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berhubung perkara yang sama.

    "Hendak mengkafirkan orang bukan senang. Parti beliau sendiri kata golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

    "Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah," katanya.

    Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya dibenarkan kepada penganut agama Kristian dan Yahudi.

    Bagaimanapun, Abdul Hadi juga berkata, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

    Dr Mohd Asri sekali lagi menekankan keperluan mewujudkan satu panduan atau undang-undang berhubung penggunaan kalimah tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang provokasi.

    Sementara Ahmad pula menyifatkan keputusan mahkamah 31 Disember lalu mempunyai hikmah supaya umat Islam memantapkan lagi kepercayaan dan kefahaman tauhid masing-masing.

    Selain itu, bekas pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, bagi mengelakkan penggunaan kalimat tersebut secara salah, beliau mencadangkan pendekatan undang-undang dan dialog antara agama.

    BalasPadam