Sabtu, 1 Januari 2011

1 . 1. 11

Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT kerana memberikan umur padaku untuk meneruskan penghidupan di dunia ini. Ya Allah ampunkan segala dosaku, ampunkan dosa kedua ibubapaku Almarhum Hj Mat Sahri Mat Rahman & Hajjah Siti Sarah Hj Ishak terimalah segala amal baiknya bahagiakan kehidupannya dialam kubur dan tempatkan keduanya di Syurga. Ampunkan dosa Isteri dan anak-anakku. Berikan kesihatan yang baik, jauhkan daripada segala penyakit, murahkan rezeki mereka, berikan kejayaan dalam pelajaran anak-anakku, jadikan anak-anakku anak yang soleh dan solehah, jadikan penghidupan mereka didunia ini berguna pada agama dan umat.

Allah bersumpah dalam surah Al-Asr " Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan mencegah daripada kemungkaran"

Muga kehilangan 2010 yang penuh dengan pelbagai cerita suka duka dan munculnya 2011 akan mencatat sejarah gemilang dalam penghidupanku.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/