Ahad, 15 Mac 2009

Kerajaan PRNO memerintah Di Selangor...kata orangramai..

Minggu ni minggu yang cukup padat padaku. Minggu ni juga 1 tahun lepas minggu yang cukup mengembirakan serta mendebarkan...bermula dengan lambatnya pengistiharan oleh SPR kemenangan kerusi-kerusi di DUN dan Parlimen Selangor. Mencari proses pengistiharan serta angkat sumpah MB Selangor, bermula dengan mencari surat persetujuan daripada DAP dan PAS. Bertemu dengan SUK Selangor serta penasihat Undang-undang juga pihak Istana Selangor.

Inilah kali pertama aku masuk keluar Istana,baru tahu Istana Mestika, Istana Kayangan dan Istana Kelang. Baru Kenal Dato' Maharaja Lela Dato Munir Bani Setiausaha Sulit DYMM Sultan kenal Kol Ramli ADC Sultan, Kalvin Ong orang kepercayaan Sultan, Tengku Budris juga Kenal Adik Sultan Tengku Sulaiman Shah, Dato Mufti Tamzez. Dengan skil aku sekejab saja aku dapat meyakinkan mereka..segala urusan agak mudah serta segera.

DYMM setuju bertemu dengan Tan Sri Khalid lepas tu Dato Hasan drp PAS dan Teressa Kok DAP kemudian angkat sumpah Dato Menteri Besar...itu pengalaman serta sejarah lepas..sekadar mengimbau tarikh 9, 10, 11, 12 dan 13 Mac 2008 yang mendebarkan. Juga tak lupa bagaimana semua ADUN yang menang kena kurung dek Hamidi dan JEO....

Kini telah lewat satu tahun memerintah...apa hasil..apa kejayaan. Minggu ni aku sempat bersama dalam sesi Dialog dengan masyarakat Kg Bukit Talang dan Taman Manikavasagam di Tanjung Karang. Sempat solat Jumaat bersama ahli kariah Kg Batu 8 Jalan Raja Musa. Sempat solat Maghrib dengan jemaah Kg Seri Tiram Jaya kampung kesayangan aku...bersalam dengan pak imam Ali Jaafar yang keras..serta lain-lain ahli jemaah.

Sesi Pidato Umum yang dirancang oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang dilaksana di Dewan Orangramai Kg Bt 8 Jalan Raja Musa Kampung yang terpencil serta terpisah daripada orangramai...dulu sukar sangat untuk buat ceramah di kg ni...nak cari 15-30 orang hadir pun susah..kg kecil lepas pekat pulak tu...tapi Alhamdullilah ini usaha yang perlu kita buat...aku beritahu pada Sdr Zainal teruskan..jangan kira berapa oarang datang...Alhamdullilah berceramah bersama YB Amiruddin, orang muda yang memang aku secara sendiri mengharapkan dia bakal menjadi tokoh satu masa nanti..aku sendiri memastikan dia dapat bertanding di DUN Bt Caves dulu, dengan sedikit kaedah yang aku tahu aku berjaya pastikan sdr Manikavasagam yang betul-betul hendak kerusi tersebut aku alihkan tumpuan ke Kapar...kini YB Manikavasagam jadi Ahli Parlimen Kapar...

Aku bawak topik tentang Kematangan Berpolitik bersandarkan Perlembagaan Negara..bagaimana proses Ketuanan Rakyat dipatuhi..bagaimana rakyat mesti jadi tuan..dan pimpinan Negeri serta Negara menjadi wakil kepada Rakyat...prinsip Pemisahan Kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman mesti dihormati. Jangan menyalahgunakan kuasa yang ada..jangan menggunakan jentera dan alat kerajaan demi kepentingan politik..polis jangan diperalatkan..kita nak lihat sejauh mana rakyat mendapat agihan yang sebenar dalam pendidikan..apakah tahap..pendidikan rakyat..bagaimana bahasa Melayu diangkat serta dimartabatkan sebagai bahasa Ilmu..bagaiman akta 152 perlembangan negara dipatuhi...

Sembang serta isi dialog dengan penduduk dan orangramai amat menarik perhatian..mereka kata PR kini memerintah tetapi UMNO berkuasa..PR buat dasar...UMNO buat tak tahu aje..sebab..UMNO jadi pentadbir...kata mereka ini gabungan kuasa serta pemerintahan, jadi le kerajaan gabungan PR perintah politik...UMNO jadi pentadbir..maka jadile..dasar kerajaan tak dilaksana atau kena sabotaj...jadile semua program lembab..jadile semua projek..dapat ke UMNO jadi le..orang PR melihat sahaja...cantik gabungan yang orang ramai panggil kerajaan PRNO iaitu Pakatan Rakyat dan UMNO....benarkah ini berlaku..luahan orangramai dalam genapnya setahun...pemerintahan PRNO.di Selangor...

15 Mac Selamat Hari Lahir ke 43..

Alahamdullilah hari ni tepat hari ke 43 Allah SWT meminjamankan umur padaku, muga Allah merahmati dan merestui serta memberiku kekuatan untuk mengikut ajaran Baginda Rasullulah SAW dalam kehidupanku.

Sepanjang 43 tahun terlalu banyak kemuliaan serta cabaran yang Allah SWT berikan itulah kehidupan, Syukur Alhamdullilah aku dianugerahkan Emak dan Bapak yang amat besar pegorbanan kepada sepuloh orang anak-anak yang Alhamdullilah kini punya kehidupan yang sempurna.Muga roh emak dan bapak ku Almarhum Mat Sahri Dan Siti Sarah ditemaptkan bersama para Syuhadak, Solehen dan Mukminin..Syurga hendaknya tempatnya.

Kecil aku belajar dan bersekolah Alhamdullilah belajar peringkat Tinggi bisnes..berkeluarga Alhamdullilah Isteriku Rozana serta Anak-anakku Amirah Sariyati, Nuramirah Khadijah, Mohd Haiqal Dan Nuramirah Maisarah...muga Allah meberikan kerahmatan sentiasa.

Rabu, 11 Mac 2009

Peniaga Melayu perlu keluar dari kerangka jika ingin maju - Artikel Sinar Harian 10 Mac 2009 N18

Peniaga Melayu perlu keluar dari kerangka jika ingin maju

Usaha kerajaan ingin melihat orang Melayu Islam berjaya dalam bidang keusahawanan sangat ketara dengan kewujudan pelbagai kemudahan pinjaman seperti Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Ekonomi Negeri dan pelbagai lagi.

Sehingga kini kita masih tertanya-tanya mengapa sebahagian besar daripada orang Melayu masih lemah dari sudut ekonomi dan masih lagi ketinggalan. Setiausaha Kehormat Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Mohd Yahya Mat Sahri dalam wawancara bersama Sinar Harian berkata, terdapat beberapa sebab penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu lemah. Antaranya ialah orang Melayu lebih cenderung makan gaji daripada berniaga.

“Ini disebabkan persekitaran budaya dan sosial orang Melayu melihat berniaga itu sesuatu yang asing. Dan selalunya orang kita sering kaitkan perniagaan dengan rugi dan bankrap. Ia memberi gambaran bahawa berniaga dan rugi itu adalah seiring.

Manakala budaya orang Cina pula sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga di anggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai pekerjaan sementara dan untuk mendapatkan pengalaman sementara menunggu masa sesuai untuk memulakan perniagaan.

Pada masa yang sama kita juga hampir tidak terfikir bahawa orang Cina juga menghadapi kerugian dalam berniaga. Apa yang kita nampak ialah orang Cina berniaga untung, orang Melayu berniaga rugi. Persepsi sedemikian perlu diperbetulkan. Untung dan rugi adat orang berniaga tetapi jika bijak merancang saya percaya untungnya lebih banyak daripada rugi. Jika kita selalu memikirkan rugi, maka rugilah yang kita dapat.

Saya bercakap bukan dalam konteks di Malaysia sahaja malah melibatkan seluruh dunia. Masyarakat Cina menguasai ekonomi dunia sebanyak 90% manakala orang Yahudi pula menguasai ekonomi melalui pengurusan. Buktinya, kebanyakan di sudut dunia ini akan ada bangsa Cina berniaga dan akan ada bandar mereka yang digelar ‘China Town’.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa tidak ada satu sektor perniagaan pun di dunia ini dikuasai oleh orang Islam samada pertanian, penternakan, perladangan, perkhidmatan dan seterusnya. Sedangkan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.9 bilion. Jadi di manakah kedudukan orang Islam dalam bidang Ekonomi sebenarnya?

Dan apabila timbul isu boikot dan isu halal dan haram, ia sukar ditangani secara bijak kerana umat Islam boleh di katakan bergantung sepenuhnya kepada produk bangsa asing daripada hal yang kecil hinggalah kepada yang besar. Contohnya dalam soal pemakanan. Walaupun ia kelihatan remeh namun ia memberi impak yang besar dalam pembentukan sikap seseorang kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Lalu sampai bila orang Islam akan terus bergantung pada bangsa lain?

Bukan tidak ada orang Islam yang berjaya dalam dunia perniagaan tetapi jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Apa yang saya dapati, kebanyakkan usahawan-usahawan Melayu Islam perlu keluar dari kerangkanya jika ingin maju dan lebih berjaya. Terutama sekali syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan membuka lebih banyak cawangan di luar Malaysia kerana kuasa membeli dalam Malaysia adalah terhad.

Suka saya nyatakan di sini bahawa samada kita suka atau tidak, kita harus akui bahawa kita perlu belajar daripada bangsa yang berjaya menguasai ekonomi dengan melihat serta mempraktikan apa yang mereka buat kerana saya percaya hampir semua umat Islam tahu bahawa berniaga itu lebih baik daripada makan gaji kerana 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan.

Namun pada masa yang sama harus juga diingat bahawa mempelajari ilmu berniaga itu penting sebelum kita terjun ke dalam gelanggang. Tanpa persiapan yang lengkap belum tentu kita dapat bertahan dengan segala cabaran yang mendatang. Dan selebihnya jadikan pengalaman-pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan sebagai pengajaran dalam memperkemaskan lagi strategi dan perancangan perniagaan.

Isnin, 9 Mac 2009

9 MAC 2008....9 Mac 2009....Ketuanan Rakyat



Semalam sempat bersama-sama teman-teman mendengar ucapan keramat kepada rakyat Malaysia oleh DSAI di MBSA, lepas tu sempat minum digerai dekat Hotel Quality bersama Ustaz Ramli, Pok Nik, Hj Md Shah, Din Muis, Hunter, Ali, Yb Amran, Yb Zul, Hamidi dan ramai lagi. Yang menghairankan aku kawan-kawan lama DSAI terpegun dengan ucapannya padal mereka dah lama serta saban masa dengar ucapanya...apatah lagi kawan-kawan dariapada Sabah, Sarawak dan yang lain....

Setahun lepas hari ini 9 Mac ..pagi minum kat Jalan Ampang tak Tido pun...solat subuh pun kat restoran..gembira semua...tengahri berkumpul di Bukit Segambut...

Ahad, 8 Mac 2009

8 MAC 2008....8 MAC 2009...

8 Mac masihkah kau ingat .....pastinya semua ingat..rakyat ingat...Malaysia ingat...Dunia ingat..tapi ada yang tak ingat atau sengaja tak mau ingat...tapi aku tetap mengingati...tarikh yang cukup bersejarah..detik permulaan sejarah baru Politik Malaysia..detik..bermulanya..pemikiran baru pemikiran Malaysia..detik bermulanya...memahami sebenar manusia memang tetap manusia..serban besar kupiah tak tinggal tasbih tak lekang...masaaalah istigfar dibibir namun bila kuasa sedikit yang mendatang..menjadi alpa..aku bersama teman-teman merasai melihat mendengar semua punya rakaman video tersendiri dalam kotak fikiran...

Teman-temanku yang aku anggap cukup setia dan gigih...mantap dalam perjuangan..ingat lagi pagi 8 mac semua bergerak dengan berbekal kamera digital dan video camera berpecah kepada kawasan masing-masing yang telah dipersetujui...Sdr Hamidi, Sdr Jeo, Dato Mat Ghazali, Sdr Bahrin....janji jam 6 petang berkumpul balik di Bilik Gerakan. Masih segar lagi rakaman-rakaman di Kuala Langat, di Klang, Sepang, Ampang, Selayang, Shah Alam, PJ..

Aku terngiang lagi pangilan daripada Sdr Amkah dan Hj Bakir...lebih kurang jam ini 9.30 pagi...tak kala kereta aku bersama Bahrin menuju Kuala Selangor , Tg Karang , Sg Besar dan Sabak Bernam...sampai berhampiran Ijok..mulanya Akmah kata..Suzaimi..hilang..tak muncul..Hj Bakir pulak telefon..macamana ni..boleh ke..dapat duit untuk bayar..deposit nak letak calon BEBAS Suzaimi hilang...aku tanpa buang masa kata..boleh ada..perut aku pulak meragam..berhenti sekejap kat Assam Jawa buang air..ni perkara biasa..bila..kelam kabut..perut menggigil..aku terus pecut sempat ke ni...masa tinggal beberapa minit saja...aku telefon Dr Syed Husin aku telefon KakWan beritahu perkara yang terjadi..sms pada DSAI...aku hanya berdoa sembil mengharapkan masa ada untuk aku sampai namun...masa tak mengizinkan...calon ganti ada..borang ada..nak cop pesurujaya sumpah..tak ada..masa penyerahan borang pencalonan telah tutup...aku cukup kecewa...hilang separuh semangat aku bagi memulakan..kerja kuat untuk pastikan kemenangan...

Bincang bersama-sama jentera Kapar dirumah..Sdr Saadon, kak Midah, Hj Bakir, Amkah, Hashim, Ali dll...aku tanya mana Kojet..cal pun tak dapat..bincang nak buat sikit rentetan cerita...malam tadi katanya sampai jam 1.00 pagi Suzaimi masih melawat bilik gerakan..bagi duit lagi...lebih kurang jam 7.00 pagi Amkah nak ambil dia dah tak ada..anak isterinya juga tak ada...Suzami hilang..cuma pada akau kenapa lambat beritahu...bincang-bincang aku kata..tak apa lupakan sekejap...kita ada 3 DUN dan Parlimen untuk kita bekerja...pastikan Parlimen Kapar Menang...semua setuju walaupun nada suara semua kecewa...satu kenangan yang tak dapat aku lupakan..satu perancangan aku serta teman-teman bilik gerakan negeri yang kurang mantap aku akui kelemahan serta kesilapan kerana tidak bersedia calon..simpanan...

Aku gagahkan semangat walaupun telah lemah sedikit...handal jugak Raman Palil ni..celaka betul...aku menyumpah dalam hati...teruskan perjalanan ke Kuala Selangor terus ke Stadium nampaknya sokongan cukup baik...semangat jitu..aku ke tempat BN berkumpul jumpa dengan kawan-kawan UMNO aku tengok Abu Hassan(Tan Sri) duduk jauh terceruk tak sapa yang endah...aku terus mengunjunginya...aku salam tanya khabar..aku peluk dia..banyak mata memerhati pada aksi aku...polis semua tergamam..bagaimana aku dengan lambang Keadilan boleh berada di kelompok BN orang BN boleh gelak ketawa pulak dengan aku....aku tetap dengan prinsip politik politik kawan tetap kawan...Hanafi, Hadi, Jakiran, Mat Nita..dan ramai lagi. Aku cuma kata kali ni aku yakin menang...mereka hanya diam...

Terus ke Tanjung Karang di Dewan Dato Hormat ....sokongan amat memberangsangkan..persediaan rapi..ada gaya menang...terus ke Sabak kerana Sg Besar Keadilan tak bertanding...sempat makan kat Bilik Gerakan Sabak Bernam...balik Ke Bilik Gerakan..singgah kejap kat rumah Pak Kudus...jam 4 sampai di BG Negeri..
Bersiap sedia untuk mengumpul keputusan...aku punya keyakinan...gerak hati aku rasa penuh...tangan kanan aku asyik bergerak gerak ada tanda positif...sms demi sms aku kirim pada semua petugas calon dan pengarah jentera....

Jam 6.30 petang keputusan daripada beberapa saluran mula diperolehi...nampak gayanya saluran 1 pun banyak yang menang..jam 6.45 aku lebih yakin...7.30 malam...angin kemenangan Selangor telah menyerlah...8.30 malam jelas dan nyata Selangor kita menang...jam 8.45 malam aku telefon DSAI yang ada kat Permatang Pauh..kita menang, jam 9.00 malam aku Telefon TSKI...kita menang apa arahan...

Teman-teman bilik gerakan yang sampai kini belum pernah mendapat apa-apa surat terima kasih jua apa pun jamuan teh..tanda terima kasih..aku bangga dengan kalian..semangat teman-teman sangat jitu kental sanggup tunggu sampai pagi untuk pastikan bahan-bahan kempen sampai dan mencukupi... sanggup bergerak kemerata bilik gerakan DUN dan Parlimen untuk melihat dan mengenal pasti masalah memberi bantuan dalam pelbagai bentuk...turun bersama dalam majlis penerangan dan kursus-kursus, berkorban masa tenaga wang rinngit...tiada siapa yang dapat menafikan bahawa teman-teman semua adalah dalam pasukan kemenangan yang cuba dinyahkan dan dilupakan...namun sejarah dan hakikat sebenar tak boleh dipadamkan...

Terima Kasih Sdr Hamidi, Sdr Sufari, Dato' Ghazali, Hafiz, Pak Wan , Onn, Romli, Kak Tsu, Kak Ani, Zak, D Mazlan, Pak Kudus, Arijan, Sahar dll yang tak tercatit...jua pada semua jentera DUN dan Parlimen Abg Talib, Bakhtiar, Zainal, Arshad, Hj Bakir, Azlan, Halim, Latif, Nash, Hunter, Suhaimi juga semua calon yang bertanding...yang tak tercatit pohon maaaf kekadang memori penuh... hari ini genap 1 Tahun...sejarah tersendiri...muga Allah merhmati...

Sabtu, 7 Mac 2009

PERJUANGAN MELAYU DAH LAPOK...belajarlah bagaimana Nabi SAW serta Sahabat..

Aku lah pejuang bangsa Melayu, pejuang Agama, Pejuang Budaya, tak derhaka, Hidup Melayu ….hidup Melayu..Daulat Tuanku…Daulat Tuanku… aku lah UMNO..tak caya ..tikam aku pasti darah yang mengalir ada lambang keris telanjang UMNO…. Aku akan mendaulatkan Bahasa Melayu aku akan berjuang dan pertahankan Tanah Melayu, Tanah Rezab Melayu, Keretapi Tanah Melayu, Kueh Melayu, Baju Melayu, Keris Melayu, Rumah Melayu…ini semua warisan kita, kita mesti pertahankan..ini perjuagan datuk nenek kita..ini perjuangan….pejuang kemerdekaan… ini lah ucapan dan ungkapan berapi-api..wira masa hadapan UMNO….nyanyilah ramai-ramai ..anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi..air mata darah..bercampur keringat…harta dipijak milik orang… begitu semangat…berkobar-kobar…

Sedar ke tak sedar, tahu ke tak tahu atau buat tak tahu..aku nak beritahu sempena Maulidur Rasul..perjuangan sempit Bangsa dan Kaum tak pegi mana..sekadar semangat…lihat lah sapa yang sebenarnya derhaka pada Sultan, sapa yang mengecilkan Bahasa Melayu…sapa yang jual dan gadai Tanah Melayu..sapa yang membiarkan Keretapi Tanah Melayu terus mundur dan layak menjadi bahan Muzium…mana peginya Keris Melayu…sejauh mana kueh Melayu… sedarlah kawan-kawan dan teman-teman ku…ayuh kita berjuangan dalam ruang lingkup yang besar dan luas…belajarlah untuk berfikir luar daripada kerangka serta kotak yang kecil…

Perdana Menteri Melayu, Menteri- Menteri Melayu, Ketua Setiausaha Negera Melayu, Ketua Setiausaha Kementerian Melayu, Ketua Pengarah Melayu, Pengarah Melayu, Pegawai Melayu, Pemandu Melayu, Tukang Kebun Melayu, Tukang Masak Melayu…mana yang tak Melayu, tapi tak berdaya dan tak mampu memartabatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa Ilmu, bahasa pertuturan, bahasa bisnes..bahasa Melayu tercorot…hingga gagal mempertahankan perkara yang cukup jelas dalam Akta 152 Dalam Perlembagaan Negara berkenaan Pendaulatan Bahasa Melayu… tak mampu pertahan dan membangunkan Tanah Rezab Melayu….gagal mempertahankan Biasiswa untuk Melayu…hampir semua gagal…jadi maknanya perjuangan semata untuk Melayu dah lapok…kena bergerak kepada Fasa yang disaran oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW iaitu Islam, tak payahlah DYMM Sultan nak bertitah orang Melayu gila kuasa…sudah berpecah belah…ada pulak yang kata derhaka pada Sultan…selagi pemimpin terus perjuang untuk Islam kita kena patuh…kalau hanya ruang lingkup pada bangsa…yang tidak akan ditanyapun oleh Malaikat..apa bangsa mu..apa parti mu..tak ada…tapi kalu nak jawab …Melayu agama ku…UMNO ..ikutanku..silakan saja….ayuhlah..teman-teman..mari kita sama-sama belajar serta ikut tatacara Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat Baginda berjuangan serta membangunkan masyarakat dan ummah… Selamat Menyambut Maulidur Rasul …

NAK MARAH..MARAH LAH..NAK MAKI..MAKI LAH...pemimpin kena dengar

Semalam 6 Mac 2009 melaksanakan program Jejak Masjid Di Masjid Ar Riduan Kg Berjuntai Bestari dan Dialog bersama masyarakat di Kampung Berjuntai Bestari. Bermula dengan solat jumaat bersama penduduk kemudian terus berkumpul di dewan Masyarakat untuk sama-sama berdialog.

Pak Kudus, Tok Penghulu Hanis , Ketua Kg Rantau Panjang, Ketua Kg Berjuntai Bestari dan juga Sdr Zainal yang mempengerusikan majlis. Inilah program yang sangat-sangat aku harapkan terlaksana disemua tempat, dimerata ceruk, di semua kampong juga taman-taman perumahan. Pada penduduk Kampung juga masyarakat mereka berkehendakkan agar suara mereka didengari, hasrat hati mereka dapat diluahkan, mereka hendak marah-marahlah, mereka nak maki hamun makilah, sebagai pimpinan dengar sahajalah. Orangramai akan lega bila rasa hatinya dapat diluahkan, mereka akan rasa bangga bila dapat maki hamun pemimpin, sebagai pemimpin tak ada kurang satu atau sedikitpun kalau kena marah.

Beberapa isu seperti masalah tanah, tapak rumah, kedai, kebersihan, keselamatan, padang bola menjadi isu yang dibangkitkan..aku nyatakan betapa beruntungnya penduduk Bistari Jaya kerana memperoleh UNISEL ..orang lain pergi ke Universiti oarang kat sini Universiti datang kesini...

Beberapa hari lepas sempat ceramah di Kg Sg Gulang-Gulang bersama dengan YB Ng Seu Lim dan YB Wahid Endut aku sebut tentang perlunya perundangan dan perlembagaan dipatuhi mengikut lunasnya. Perlaksanaan perundangan bukan hanya dibicara ikut selera media yang mencatat berita ikut selera penguasa yang hanya ingin menegak kuasa. Jangan mentafsir derhaka rakyat juga pemimpin kepada sang Raja satu penderhakaan yang harus menerima hukuman, bagaimana sembah dehaka Bendahara Tun Perak terhadap penderhakaan hukuman mati Hang Tuah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud akhirnya akur bahawa titahnya terhadap hukuman mati pada Hang Tuah satu kesilapan, maka adakah ketidak patuhanan Bendahara untuk membunuh Hang Tuah satu penderhakaan yang harus dihukum...

Pagi ni Sabtu 7 Mac aku awal-awal pagi dah bertolak ke Kg Bukit Belimbing untuk memberi ucapan dalam mesyuarat Agung PIBG Sek Rendah Agama Kg Bkt Belimbing, jumpa YDP Sdr Ramli Beton. Ketua Kg Sdr Shamsuddin, Pak Imam dan Guru Besar...aku sarankan kerjasama mantap daripada semua pihak untuk kemajuan sekolah.... bebrapa program seperti interksi akademik dan meneruskan program motivasi murid ibubapa mesti dimantapkan....

Khamis, 5 Mac 2009

PASIR DUA BUTIR...MENTERI PASOLA & KING LOUIS XVI

Menarik bagi yang melihat ia sebagai satu perstiwa, cemas bagi yang melaluinya selaku watak utama, bodo dan tak patut berlaku kata mereka yang melihat politik ini
macam katun...itulah krisis Politik Perak... Filem P.Ramle... kata Alif Mim NUn tendang Wau ...SARKAS daa.... P.Ramlee dah cakap lama dulu UMNO tu macam sarkas
..tengok pulak...cerita..Laksamana Do Re Mi..Negeri Pasir Dua Butir..dan Pasir Berdengung...dengan Menteri Pasolanya... ada pulak Cerita..yang cakap, itu Undang-Undang Aku yang buat... juga kisah pernah berlaku betul-betul pernah berlaku di Perancis dimana bila Raja Mengunci Bilik Mesyuarat maka mesyuarat dibauat di Gelanggang Tenis....itu tahun 1789...sekarang berlaku..di Perak pada tahun 2009...sidang DUN berlaku dibawah Pokok...

Ini email daripada sahabat...
2009/3/5 SHARIPUDDIN MUIS

Pada 1789 King Louis XVI telah tidak memperkenankan tindakan "Third Estate" atau wakil rakyat pada ketika itu utk bertemu dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah negara yg sangat penting. Disebabkan halangan tersebut "Third Estate" telah bermesyuarat di sebuah gelanggang tenis di Paris yg akhirnya menghasilkan the "Tennis Court Oath".

Pada hari peristiwa Tennis Court Oath berlaku, wakil2 rakyat tersebut pergi ke bilik mesyuarat mereka tetapi bilik tersebut telah dikunci dan dikawal oleh pengawal2 raja. Kerana tak dapat masuk, mereka beredar dan bermesyuarat sebuah gelanggang tennis yg terletak bersebelahan dengan Palace of Versailles yg menempatkan tempat persidangan asal mereka.

Tidak lama selepas peristiwa ini, bermulalah Revolusi Perancis.

Selepas dari peristiwa Tennis Court Oath sistem beraja masih diamalkan di Perancis tetapi tidak lagi sebagai "absolute monarchy". Lebih kurang macam raja berpelembagaan (titular head). Sistem ini berakhir pada 1870 dgn Napolean III sebagai emperor terakhir.

Selasa, 3 Mac 2009

MENTERI PASOLA...NEGERI PASIR DUA BUTIR..

3 Mac 2009, Hari ini hari yang cukup bersejarah, satu dunia menyaksikan bagaimana pincangnya sistem demokrasi Malaysia, bagaimana pentadbiran sebuah jabatan kerajaan boleh lebih berkuasa daripada satu Intitusi dan badan perundangan. Bagaimana Dewan Undangan Negeri dihalang daripada beroperasi, bagaimana satu pentadbiran jabatan boleh menghalang Speaker DUN daripada menjalankan tugas untuk membolehkan DUN bersidang...

Cerita P.Ramlee Laksamana Do Re Mi bagaimana Raja telah digulingkan kuasa..dan memerintah dibawah pokok dengan seorang pemegang payung...begitulah hari ini terjadi di sebuah negeri yang memang daripada dulu mencetus kontrovesi...kerana Perak lah campurtangan British kerana peristiwa JWW Birch yang memang sengaja dibunuh..siapa Dato Maharajalela..siapa sipitung... hai lah Perak...hari ini dunia menyaksikan Sidang DUN Perak bersidang di bawah Pokok rendang...

Isnin, 2 Mac 2009

RUKUN NEGARA...BN tak faham

RUKUN NEGARA
-KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
-KELUHURAN PERLEMBAGAAN
-KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-KESOPANAN DAN KESUSILAAN

UMNO & BN ni dah hilang arah nampak gayanya, kata kawan-kawan aku macam orang gila talak, macam orang meroyan...entah le..dulu kat kampung aku ada seorang yang agak kurang perempuan...keluarga dia terpaksa kurung dia..kesian..tapi sebenarnya dia tak kacau orang cuma suka merayau..berdandan...pegi rumah orang...dan macam-macam.

Tapi gila BN ni memang gila..ada ka patut...sampai tutup DUN, dia tak faham ke prinsip rukun negara, KELUHURAN PERLEMBAGAAN.. serta asas pemisahan kuasa..
1.Kuasa Perundangan
2.Kuasa Eksekutif
3.Kuasa Kehakiman

Menggunakan kuasa Eksekutif melampau, mengarah pentadbir...tak hormat DUN, DUN itu adalah satu Institusi tersendiri...entah lah..

Menggunakan eksekut

Ahad, 1 Mac 2009

BATANG AI...POWERRRR....

Pagi ni bangun aku tengok anak aku Dijah tengah solat subuh..Alhamdullilah..cepat pulak dia siap pagi sabtu ni..ada koko katanya...lepas solat aku terus bukak komputer...tekan-tekan asyik internet putus aje..aku siapkan kerja untuk persiapan Wacana Ekonomi Ummah 2009...baru sekerat jalan..sikecik Maisarah pulak bangun..nak ayah..aku turun...nak ayah..ibu mana..keje..pastu suruh pok-pok pulak...sambung tidor..sampai abaang dia bangun.. siap mandi..bawak pegi...makan..sempat juaga aku siap kerja sikit..dan siap email pada semua draf..mintak komen...

Lepas solat zohor antar anak-anak pegi rumah nenek dia..aku pegi terus Shah Alam..ada program Amanat drp DSAI..sampai kat kualiti Hotel agak lewat..jem sikit..penuh sesak..dewan....beberapa perkara disentuh pasal..kepimpinan parti, gerakerja parti, isu derhaka sultan, isu perak, pilihanraya kecil bkt gantang, selambau dan batang ai..
Semangat Batang AI..akan menjadi langkah mula..menawan Sarawak..memang power ..

Semangat ucapan inilah juga dibawa oleh Zak untuk Selangor menang lawan Kelantan 3-0, power tu..hari ni main bola ganas..tapi bagus..penontong perang...nasib baik tak ada yang pecah kepala..kerusi melayang...