Ahad, 15 Mac 2009

Kerajaan PRNO memerintah Di Selangor...kata orangramai..

Minggu ni minggu yang cukup padat padaku. Minggu ni juga 1 tahun lepas minggu yang cukup mengembirakan serta mendebarkan...bermula dengan lambatnya pengistiharan oleh SPR kemenangan kerusi-kerusi di DUN dan Parlimen Selangor. Mencari proses pengistiharan serta angkat sumpah MB Selangor, bermula dengan mencari surat persetujuan daripada DAP dan PAS. Bertemu dengan SUK Selangor serta penasihat Undang-undang juga pihak Istana Selangor.

Inilah kali pertama aku masuk keluar Istana,baru tahu Istana Mestika, Istana Kayangan dan Istana Kelang. Baru Kenal Dato' Maharaja Lela Dato Munir Bani Setiausaha Sulit DYMM Sultan kenal Kol Ramli ADC Sultan, Kalvin Ong orang kepercayaan Sultan, Tengku Budris juga Kenal Adik Sultan Tengku Sulaiman Shah, Dato Mufti Tamzez. Dengan skil aku sekejab saja aku dapat meyakinkan mereka..segala urusan agak mudah serta segera.

DYMM setuju bertemu dengan Tan Sri Khalid lepas tu Dato Hasan drp PAS dan Teressa Kok DAP kemudian angkat sumpah Dato Menteri Besar...itu pengalaman serta sejarah lepas..sekadar mengimbau tarikh 9, 10, 11, 12 dan 13 Mac 2008 yang mendebarkan. Juga tak lupa bagaimana semua ADUN yang menang kena kurung dek Hamidi dan JEO....

Kini telah lewat satu tahun memerintah...apa hasil..apa kejayaan. Minggu ni aku sempat bersama dalam sesi Dialog dengan masyarakat Kg Bukit Talang dan Taman Manikavasagam di Tanjung Karang. Sempat solat Jumaat bersama ahli kariah Kg Batu 8 Jalan Raja Musa. Sempat solat Maghrib dengan jemaah Kg Seri Tiram Jaya kampung kesayangan aku...bersalam dengan pak imam Ali Jaafar yang keras..serta lain-lain ahli jemaah.

Sesi Pidato Umum yang dirancang oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang dilaksana di Dewan Orangramai Kg Bt 8 Jalan Raja Musa Kampung yang terpencil serta terpisah daripada orangramai...dulu sukar sangat untuk buat ceramah di kg ni...nak cari 15-30 orang hadir pun susah..kg kecil lepas pekat pulak tu...tapi Alhamdullilah ini usaha yang perlu kita buat...aku beritahu pada Sdr Zainal teruskan..jangan kira berapa oarang datang...Alhamdullilah berceramah bersama YB Amiruddin, orang muda yang memang aku secara sendiri mengharapkan dia bakal menjadi tokoh satu masa nanti..aku sendiri memastikan dia dapat bertanding di DUN Bt Caves dulu, dengan sedikit kaedah yang aku tahu aku berjaya pastikan sdr Manikavasagam yang betul-betul hendak kerusi tersebut aku alihkan tumpuan ke Kapar...kini YB Manikavasagam jadi Ahli Parlimen Kapar...

Aku bawak topik tentang Kematangan Berpolitik bersandarkan Perlembagaan Negara..bagaimana proses Ketuanan Rakyat dipatuhi..bagaimana rakyat mesti jadi tuan..dan pimpinan Negeri serta Negara menjadi wakil kepada Rakyat...prinsip Pemisahan Kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman mesti dihormati. Jangan menyalahgunakan kuasa yang ada..jangan menggunakan jentera dan alat kerajaan demi kepentingan politik..polis jangan diperalatkan..kita nak lihat sejauh mana rakyat mendapat agihan yang sebenar dalam pendidikan..apakah tahap..pendidikan rakyat..bagaimana bahasa Melayu diangkat serta dimartabatkan sebagai bahasa Ilmu..bagaiman akta 152 perlembangan negara dipatuhi...

Sembang serta isi dialog dengan penduduk dan orangramai amat menarik perhatian..mereka kata PR kini memerintah tetapi UMNO berkuasa..PR buat dasar...UMNO buat tak tahu aje..sebab..UMNO jadi pentadbir...kata mereka ini gabungan kuasa serta pemerintahan, jadi le kerajaan gabungan PR perintah politik...UMNO jadi pentadbir..maka jadile..dasar kerajaan tak dilaksana atau kena sabotaj...jadile semua program lembab..jadile semua projek..dapat ke UMNO jadi le..orang PR melihat sahaja...cantik gabungan yang orang ramai panggil kerajaan PRNO iaitu Pakatan Rakyat dan UMNO....benarkah ini berlaku..luahan orangramai dalam genapnya setahun...pemerintahan PRNO.di Selangor...

6 ulasan:

  1. mana tak nye yahya, contoh, kalau ada syarikat yang pegi ke jps nak jengok2 projek tak dapat meminangpun sebab dah bagi kat company lain. bila tanya2 sana sini pegi kat geng umno jugak orang khir jugak yang dapat. camne tu?
    tu sebab orang kata nama je pr memrintah tapi orang umno kenyang jugak bukan kenyang sikit kenyang sama macam masa si khir jadi mb dulu.
    dah pegawai sama jugak buat keputusan takde check n balance langsung. lepas tu, n ak jumpa mb khalid pun bukan senang. selalu takde. tulah protokol orang korporat masih tebal. gemoklah macam ni..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Nama yg lebih sesuai PRONO...

    ~Sivaji The Boss ~

    BalasPadam
  3. bukan prono tapi porno. heheheh

    BalasPadam
  4. Memang ejaannya PRNO...bacanya PORNO...hah?

    BalasPadam
  5. Dah habis tu buatpa??Jangan duk ngaga saja..nati jadi cam Perak baru la mengelabah!!

    BalasPadam
  6. salam..
    sy memerlukan pertolongan sahabat2 utk mengundi sy di contest ni..
    sahabat2 yg ada kelpgn masa blh la klik kt cni utk vote sy..
    http://www.milo.com.my/fuze/VIEWENTRY.htm?galID=3582

    BalasPadam