8 Mac masihkah kau ingat .....pastinya semua ingat..rakyat ingat...Malaysia ingat...Dunia ingat..tapi ada yang tak ingat atau sengaja tak mau ingat...tapi aku tetap mengingati...tarikh yang cukup bersejarah..detik permulaan sejarah baru Politik Malaysia..detik..bermulanya..pemikiran baru pemikiran Malaysia..detik bermulanya...memahami sebenar manusia memang tetap manusia..serban besar kupiah tak tinggal tasbih tak lekang...masaaalah istigfar dibibir namun bila kuasa sedikit yang mendatang..menjadi alpa..aku bersama teman-teman merasai melihat mendengar semua punya rakaman video tersendiri dalam kotak fikiran...
Teman-temanku yang aku anggap cukup setia dan gigih...mantap dalam perjuangan..ingat lagi pagi 8 mac semua bergerak dengan berbekal kamera digital dan video camera berpecah kepada kawasan masing-masing yang telah dipersetujui...Sdr Hamidi, Sdr Jeo, Dato Mat Ghazali, Sdr Bahrin....janji jam 6 petang berkumpul balik di Bilik Gerakan. Masih segar lagi rakaman-rakaman di Kuala Langat, di Klang, Sepang, Ampang, Selayang, Shah Alam, PJ..
Aku terngiang lagi pangilan daripada Sdr Amkah dan Hj Bakir...lebih kurang jam ini 9.30 pagi...tak kala kereta aku bersama Bahrin menuju Kuala Selangor , Tg Karang , Sg Besar dan Sabak Bernam...sampai berhampiran Ijok..mulanya Akmah kata..Suzaimi..hilang..tak muncul..Hj Bakir pulak telefon..macamana ni..boleh ke..dapat duit untuk bayar..deposit nak letak calon BEBAS Suzaimi hilang...aku tanpa buang masa kata..boleh ada..perut aku pulak meragam..berhenti sekejap kat Assam Jawa buang air..ni perkara biasa..bila..kelam kabut..perut menggigil..aku terus pecut sempat ke ni...masa tinggal beberapa minit saja...aku telefon Dr Syed Husin aku telefon KakWan beritahu perkara yang terjadi..sms pada DSAI...aku hanya berdoa sembil mengharapkan masa ada untuk aku sampai namun...masa tak mengizinkan...calon ganti ada..borang ada..nak cop pesurujaya sumpah..tak ada..masa penyerahan borang pencalonan telah tutup...aku cukup kecewa...hilang separuh semangat aku bagi memulakan..kerja kuat untuk pastikan kemenangan...
Bincang bersama-sama jentera Kapar dirumah..Sdr Saadon, kak Midah, Hj Bakir, Amkah, Hashim, Ali dll...aku tanya mana Kojet..cal pun tak dapat..bincang nak buat sikit rentetan cerita...malam tadi katanya sampai jam 1.00 pagi Suzaimi masih melawat bilik gerakan..bagi duit lagi...lebih kurang jam 7.00 pagi Amkah nak ambil dia dah tak ada..anak isterinya juga tak ada...Suzami hilang..cuma pada akau kenapa lambat beritahu...bincang-bincang aku kata..tak apa lupakan sekejap...kita ada 3 DUN dan Parlimen untuk kita bekerja...pastikan Parlimen Kapar Menang...semua setuju walaupun nada suara semua kecewa...satu kenangan yang tak dapat aku lupakan..satu perancangan aku serta teman-teman bilik gerakan negeri yang kurang mantap aku akui kelemahan serta kesilapan kerana tidak bersedia calon..simpanan...
Aku gagahkan semangat walaupun telah lemah sedikit...handal jugak Raman Palil ni..celaka betul...aku menyumpah dalam hati...teruskan perjalanan ke Kuala Selangor terus ke Stadium nampaknya sokongan cukup baik...semangat jitu..aku ke tempat BN berkumpul jumpa dengan kawan-kawan UMNO aku tengok Abu Hassan(Tan Sri) duduk jauh terceruk tak sapa yang endah...aku terus mengunjunginya...aku salam tanya khabar..aku peluk dia..banyak mata memerhati pada aksi aku...polis semua tergamam..bagaimana aku dengan lambang Keadilan boleh berada di kelompok BN orang BN boleh gelak ketawa pulak dengan aku....aku tetap dengan prinsip politik politik kawan tetap kawan...Hanafi, Hadi, Jakiran, Mat Nita..dan ramai lagi. Aku cuma kata kali ni aku yakin menang...mereka hanya diam...
Terus ke Tanjung Karang di Dewan Dato Hormat ....sokongan amat memberangsangkan..persediaan rapi..ada gaya menang...terus ke Sabak kerana Sg Besar Keadilan tak bertanding...sempat makan kat Bilik Gerakan Sabak Bernam...balik Ke Bilik Gerakan..singgah kejap kat rumah Pak Kudus...jam 4 sampai di BG Negeri..
Bersiap sedia untuk mengumpul keputusan...aku punya keyakinan...gerak hati aku rasa penuh...tangan kanan aku asyik bergerak gerak ada tanda positif...sms demi sms aku kirim pada semua petugas calon dan pengarah jentera....
Jam 6.30 petang keputusan daripada beberapa saluran mula diperolehi...nampak gayanya saluran 1 pun banyak yang menang..jam 6.45 aku lebih yakin...7.30 malam...angin kemenangan Selangor telah menyerlah...8.30 malam jelas dan nyata Selangor kita menang...jam 8.45 malam aku telefon DSAI yang ada kat Permatang Pauh..kita menang, jam 9.00 malam aku Telefon TSKI...kita menang apa arahan...
Teman-teman bilik gerakan yang sampai kini belum pernah mendapat apa-apa surat terima kasih jua apa pun jamuan teh..tanda terima kasih..aku bangga dengan kalian..semangat teman-teman sangat jitu kental sanggup tunggu sampai pagi untuk pastikan bahan-bahan kempen sampai dan mencukupi... sanggup bergerak kemerata bilik gerakan DUN dan Parlimen untuk melihat dan mengenal pasti masalah memberi bantuan dalam pelbagai bentuk...turun bersama dalam majlis penerangan dan kursus-kursus, berkorban masa tenaga wang rinngit...tiada siapa yang dapat menafikan bahawa teman-teman semua adalah dalam pasukan kemenangan yang cuba dinyahkan dan dilupakan...namun sejarah dan hakikat sebenar tak boleh dipadamkan...
Terima Kasih Sdr Hamidi, Sdr Sufari, Dato' Ghazali, Hafiz, Pak Wan , Onn, Romli, Kak Tsu, Kak Ani, Zak, D Mazlan, Pak Kudus, Arijan, Sahar dll yang tak tercatit...jua pada semua jentera DUN dan Parlimen Abg Talib, Bakhtiar, Zainal, Arshad, Hj Bakir, Azlan, Halim, Latif, Nash, Hunter, Suhaimi juga semua calon yang bertanding...yang tak tercatit pohon maaaf kekadang memori penuh... hari ini genap 1 Tahun...sejarah tersendiri...muga Allah merhmati...
Ahad, 8 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
syabas wak
BalasPadam