Sabtu, 28 Februari 2009

TOL....LOLLL...

Dulu zaman Samy Vellu jadi menteri kerjaraya..kitapun panggil dia samytol..sekarang Zain Badak..jadi Menteri kena tukar nama dia jadi ..JINTOLL..sebab tu satu masa dulu masa arwah Dato' Miskon Sutero ura-ura bertanding Parlimen kemudian nak dilantik jadi Timbalan Menteri Kerja Raya dia tak mau pasal dikata takut nanti orang panggil dia MISKONTOL....muga arwah dicucuri rahmat.

Apa punya kerajaan la rakyat Malaysia ada..cuba tengok..dalam keadaan semua orang sibuk dengan kegawatan ekonomi, orang kena berhenti kerja..Kementerian Sumber Manusia sibuk dengan pelbagi skim konon nak bantu pekerja yang kena buang..pastu Najib umum pakej rangsangan ekonomi untuk bantu orang UMNO dan tokey BN yang dah nak nazak..tup-tup tiba-tiba sipekak badak...naikkan pulak tol..apa ni...reti ke tak reti tadbir..negara...kalau reti sepatutnya dia cakap dengan semua konsesi tol terutama PLUS..ok untuk tahun 2009 dan 2010 kita beri rakyat dikaun 50%..sekarang, negara tengah susah..ekonomi teruk..

Kalau benarlah sibadak tu tak pekak awak tu menteri kena bercakap bagi pihak rakyat, kamu bukan CEO konsesi tol...PLUS, NPE, BESRAYA entah apa lagilah nama syarikat yang dapat konsesi lebuhraya...itu tu semua syarikat milik UMNO/BN orang-oarang besar UMNO ada kepentingan termasuk Pengersusi Jawatankuasa Displin UMNO Kudin...apa khidmat Syarikat kepada rakyat dan negera..bila mana negara dan rakyat dalam keadaan susah dan payah..kamu dah puluh tahun dapat duit..kini..negara susah nak tuntut pulak supaya tol naik...patut ke..betul semua orang ada perjanjian...apakah perjanjian yang dibuat oleh manusia tak boleh dilanggar ataupun dibawa berunding...

Benarlah kata orang tua kat kampung aku..wak tu cakap...orang senang dan kaya memang tak akan hendak membatu kesusahan orang lain...jaman dulu masa nak Merdeka..dan jaman Jepun...mana peginya orang 'sugih'@ kaya ni..dia menyorok...tak mahunya..dia sama-sama berjuang..tengok masa , parti UMNO nak naik..makcik-makcik juga pakcik-pakcik sanggup bagi gelang,cincin, duit dan apa saja...tapi tak dengar oarang sugih serta saudagar juga juragan yang punya tanah sanggup beri tanah 10/20 ekar tak ada...macam tu juga lah perjuagan PAS juga keadilan semua..orang susah...

Maka sekarang syarikat yang dah dapat nikmat daripada pembangunan negara..patut berkorban sikit..ni bila tak dapat naik tol..kerajaan kena bayar pampasan pulak bukan sikit RM 240 juta tu...macam manalah ceritanya...yang nak dibayar duit rakyat tu..entah lah..jaman ethan..sekarang ni...yang kaya bertambah kaya..yang miskin papa kedana...

Jumaat, 27 Februari 2009

PESURUHJAYA SUMPAH

MAKAN TEMPE..OTAK CERDAS..

Jumaat- sudah satu minggu aku tak menulis dalam blog aku ni, agak kelam kabut dibuatnya pulak internet meragam asyik putus aje. Hari Ahad lepas sembat ke Kuala Kubu Baru memberikan taklimat kepada petugas-petugas sukarela parti dalam tatacara mengurus dan mentadbir organisasi. Ramai yang tidak faham kaedah bermesyuarat, dengan notis, agenda dan minit. Ramai yang memberi respon pengerusi mesyuarat tak tahu tatacara mesyuarat, asyik bercakap sorang aje...yang ini memang terjadi dibanyak tempat.
Pada teman-teman peranan setiausha penting dalam memandu pengerusi bermesyuarat mengikut agenda dan aturcara program. Akhirnya aku sentuh berkenaan kaedah menyediakan kertas cadangan atau kertas kerja, ini juga satu tatacara perancangan yang mesti dibuat oleh setiap organisasi agar merancang setiap program bulanan dan tahunan dengan baik serta terancang.

Hari Isnin ke Sungai Besar berbincang dengan Sdr Bakhtiar dan Ketua-Ketua Kampung masih juga berkisar mengenai kaedah pengurusan, nampaknya perlunya semua tenaga kerja kita menghadiri program kursus pengurusan dan pentadbiran

Hari Selasa ke Tanjung Karang mengikuti program pengagihan sumbangan Skim Usia Emas lebih kerang 25 keluarga terlibat. Jumpa denga Hj Misri DO K.Selangor, Yb Dr Rani, Tok Penghulu, Ketua-Ketua Kampung. Sempat bincang dengan DO untuk membuat karnival Kampung anjuran Pejabat Daerah sebagai memperkenalkan struktur organisasi kampung yang baru juga peranan Pejabat Daerah dalam membantu rakyat. Lama tak jumpa teman-teman PAS mereka cukup gembira dengan kehadiran aku, beberapa perancangan program aku rancang dan cadangkan untuk disusun atur sepanjang tahun..aku cadangkan program untuk Pelajar, Belia, wanita, Islam dan wargamas...

Rabu mesyuarat bagi pelaksanaan program Road Tour HALALAN TOYYIBAN bersama Yayasan Ekonomi Sejagat (YES)ini antara tumpuan utama , keperluan menguasai industri Halal cukup penting saya pernah sebut sejumlah 430,000 ekor ayam disembelih setiap hari di Selangor dan Kuala Lumpur, 70% dimakan oleh orang Islam namum begitu 80% tuan punya pusat sembelihan ayam adalah bukan Islam..fikirkan..inilah tumpuan YES..untuk mengambil alih pusat-pusat sembelihan.

Sambung mesyuarat dengan UNISEL untuk progaram Wacana Ekonomi Ummah dan Gerak Usahawan Siswa, nampaknya semua bakal terlaksana dengan baik, progaram DPIM Selangor bersama IPT. Program ni agak besar insyaallah 27,28 dan 29 Mac 2009.

Khamis bincang dengan YM Tengku Presiden DPIM Tengku Ahmad Ritaudeen pertemuan singkat bersama Hj Md Shah, Hj Sahar dan Anuar..halatuju DPIM dan perjuangan menjadi topik perbincangan nampakna banyak positif..ada juga pasal peralihan kuasa...

Sepanjang minggu ini topik yang masih hangat pasal Kereta, Lembu dan Kuasa..kerana agak menghairankan ..bila mana seoarang Speaker Dewan Undangan Negeri disoal siasat oleh polis dan SPRM...bukan ke Parlimen dan DUN tempat membauat dasar dan undang-undang, apakah kuasa pentadbir lebih tinggi daripada pengubal undang-undang...

Ahad, 22 Februari 2009

LEMBU WAK KARTO...

Semalam aku dapat panggilan daripada orang kanan DYMM Sultan Selangor, dia kata kat aku wak apa nak jadi ni wak...aku jawab kena, apa halnya, apa ceritanya, buat-buat tak faham. Ni apa nak jadi dengan Melayu ni apa kesudahannya, ni oarang cina dan india dah melampau ni, orang Melayu pulak bergaduh. Aku gelak..kkkkkk...dia kata ko gelak pulak..aku serius ni..aku pun cakap. Apa yg tak kena dengan Melayu..ok je aku tengok, yg gaduh tu, politik..itu biasalah, kalu politik diam je..mana ada kicknya..kalaulah isu terkini mencemaskan Melayu..aku kata dulu...kita dah cakap, rakyat dah ingatkan pimpinan UMNO jangan melampau..jangan buat ikut sedap sendiri..nanti rakyat ambil sikap dan jalan sendiri..masih juga sombong..buat dekkk aje..dan akhirnya..UMNO dan BN hampir pupus..itu lumrah alam hidup ada mati, muda ada tua...takan umno nak lawan sunnah alam... jangan cemas..Sultan dan Istana tetap terpelihara sapapun memerintah. Cuma aku kata..baru ni bila DYMM Sultan ambil sikap dan membuat titah yang nampak menyebelah maka rakyat marah dan ambil sikap terhadap Sultan, sepaptutnya kalau le Sultan nak jadi tempat penyelesai masalah Tuanku tak boleh ambil sikap dan menyebelah lebih-lebih lagi membuat titah yg dikeluar oleh media..kesannya burok. Sepatutnya Tuanku kalau tak puas hati kena panggil pihak-pihak yang dikatakan berbalah tu..panggillah ke Landon, ke singapore ke atau mana le, katalah tak puas hati dengan Khir Toyo, TS Khalid, Karpal, DSAI panggil semuka..itu jalan paling baik...jangan pulak orang politik perang Tuanku yang sepatutnya jadi pengadil nak terut serta jadi pemain tak betulll...panjang juga aku sembang...dia kata betul tu...aku cakap kena beritahu DYMM Sultan.

Isu Lembu Isu Kereta..atau kereta lembu..atau lembu kereta..dulu kat kampung aku ada oarang tua nama Wak Karto, dia boleh bercakap dengan lembu-lembu dia..dia suruh makan lembu makan, suruh duduk dia duduk, suruh diam dia diam, cerita wak karto ada dalam satu buku sekolah dulu... aku ingat lembu-lembu wak karto tu kini dah dijelamakan jadi orang UMNO le agaknye...

Jumaat, 20 Februari 2009

WAK JUGA ORANG JAWA TAPI TAK SUKA ORANG JAWA SOMBONG...catatan daripada seseoarang yg di post pada aku..

Wak juga orang Jawa tapi wak tak suka apabila orang Jawa jadi sombong dan khianati bangsa Jawa.. Wak lega apabila Khir Toyo tidak lagi menjadi Menteri Besar tapi wak tidak puas hati bila dia tidak di bawa ke muka pengadilan dan terlepas dengan segala dosa yang dilakukan semasa menjadi Menteri Besar dahulu.
Kita renung kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu :
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Selasa, 17 Februari 2009

N37 BUKIT LANJAN

N37 BUKIT LANJAN

Jumlah Pengundi: 25,550
Peratusan Kaum: M:31.8% C: 52.8% I: 14.7% L: 0.7%
1. Elizabeth Wong (PKR) (12,125)
2. Datin Paduka Yong Dai Ying (BN) (6,970)
Majoriti: 5,155
Jumlah undi: 19,394
Peratus mengundi: 75.91%
Undi rosak: 299
Penyandang: Yong Dai Ying (BN)
(Majoriti: 8,339 undi)

2 BUKIT JADI 3 BUKIT...BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU..BUKIT LANJAN ?

Berita panas semalam..menghantaui benak pemikiran aku..mungkin oleh kerana Zahid baru balik Mekah dan dengar sirah Nabi maka dia terpikir strategi Perang di Bukit dan Gua..dapat saja perang. Bkt Gantang..terus serang Bkt Selambau..kini Bukit Lanjan...
Mungkinkah satu lagi Pilihanraya Kecil akan berlaku..Bukit Lanjan...

Dua bukit menarik kalu 3..eeeehhhhh tiada erti...

Isnin, 16 Februari 2009

CERITA PANAS...DI TEMPAT SEJUK...KELUARNYA API

Meletup...macam.. mercun raya cina..oppp..macam bomm..seperti aku sebut semalam..politik gelora..gelora politik..UMNO keluar letupan lagi...apalah punya perang..masa UMNO memerintah kita kena serang..masa kita perintah pun ..kena serang juga..tak reti perang betulll...Eli oh Eli kenapa engkau..bogel..bagaimana aku tak bogel..perut aku sakit..perut oh perut kena engkau sakit...bagaimana aku tak sakit..Khir Toyo bagi julap..KT..oh KT..kenapa kau bagi julap..bagaimana aku tak bagi...memang keja aku...memang keje aku...

Kita dah tau yg UMNO memang akan terus buat pelbagai tipu muslihat..tapi kita tido..

Ahad, 15 Februari 2009

GELORA POLITIK...POLITIK MEMANG BERGELORA...

Daulat Tuanku...Ampun Tuanku.. aku teringat zaman aku sekolah rendah dulu, sekolah aku dulu nama Sek Keb Tiram Burok, pelabohan awal aku kenal ABC..aku tak pernah masuk tadika..belajar huruf dan angka di sekolah rendah bukan itu saje..belajar bahasa Melayu pun masa masuk darjah satu..orang jawa le...mana tau cakap Melayu.. masa kat sekolah rendah dulu bila hujung penggal akan ada persembahan daripada setiap kelas..maka aku ingat lakonan terakhir masa darjah 6, adalah cerita pahlawan Hang Tuah..adale watak sang Raja..dan Laksmana..Ampun Tuanku..aku ingat ia hanya sekadar cerita dalam buku cerita saja..nah kali ini ia jadi cerita nyata...

2009 menjadi tahun kebangkitan Istana yang telah lama disisih dan dipinggirkan oleh sang penguasa...namun penguasa yang bertopeng...manusia jadi-jadian, ada kalanya boleh jadi harimau, jadi lembu, jadi ular jua jadi monyet...tiba-tiba jadi manusia yg ada tanjak bersilat bagai panglima..bagai nukilan dalam hikayat Hang Tuah. Aku ingat Istana akan hanya tinggal menjadi bahan sejarah..rupa-rupa..keris yang lama disarung..boleh mengegar dunia. Politik Malaysia menjadi seronok ditonton...sang penguasa yang dulunya begitu anti..demostrasi kini mengambil alih..para reformis..dulu reformis..menjerit..REFORMASI..REFORMASI..REFORMASI..Kini..sang durjana..menjerit..Daulat Tuanku..Daulat Tuanku... tapi aku tetap yakin..sebagaimana sejarah mencatatkan..belum pernah..kebangkitan rakyat tewas...bila..bertemu dengan..sang penguasa..yang durjana...

Perak..Nizar..Nazrin...Azlan Shah..& Zambery, ini pelakon utama.Kalau dulu aku kenal Perak pasal JWW Birch..SiPitung..dan Dato Maharaja Lela..kini Perak sekali lagi melakar sejarah. Tapi kali ini pada aku bagai kebagkitan para ulama daripada gunung Semanggol...ayoh orang-orang Perak..jom koma, teman nak seru..dema semua usoh le..dok saje..meh.bangun..ini bukan main kejor-kejor..yeop tak perlu kejor..yeop semua mesti bagi faham yg Zambery telah di pergunakan oleh Najib yang jahat..dengan meganiaya Azlan Shah dan Nazrin... rakyat Perka kena bersatu...

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU AMIRAH SARIYATI KE 16

Hari ini tanggal 15 Febuari 2009, anakku Amirah Sariyati meyambut hari lahir ke 16, muga Allah merahmatinya, YA Allah murahkanlah rezekinya, berilah kesihatan yg baik, terangkanlah hatinya, jadikanlah ia anak yg solehah, taat perintah Allah,taat ajran Rasul, taat aturan ibubapa, sampaikanlah hajat cita-citanya, muliakan lah dirinya, berikanlah rezeki yang halal, jauhkanlah malapetaka, jauhkanlah bala bencana, jauhkan sifat hasad dengki, peliharalah daripada godaan iblis dan syaitan...Amin.

Amirah anakku.. kini telah masuk alam remaja, tetapkan hati, fokus pada cita-cita, nak kejar cita-cita ada banyak ranjau, di usia inilah perlunya ketekunan, sidikit-sedikit kepayaan itu memang lumrah...yg utama dirimu anakku..Amirah Allah berikan akal fikiran , tubuh badan yg sempurna bayak kelebihan yg Allah berikan...akal yg bijak sekiranya tidak digunakan pada tempat yg tetap akan memudaratkan diri...tabahlah.

Ingat selalu pesan Ayah yang begitu mudah..yg Haiqal selalu nyanyikan BELAJAR RAJIN-RAJIN...DEGAR CAKAP CIKGU...KAWAN BAIK-BAIK...

ALLAH MAHA KUASA : SEMALAM 14 FEBUARI 2009 SAHABATKU SHAHRIR MD NOOR KEMBALI KERAHMATULLAH..

Semalam tanggal 14 Febuari 2009, lepas subuh aku senam sikit, kemudian rehat kejab. Teingat sahabatku Shahrir lantas aku telefon Mat Bab, aku tanya bila nak ziarah Shahrir Bab cuba jawab..pagi ni kita jumpa kita bincang..memang aku janji jam 10.00 nak jumpa dan sembang dengan anak-anak dia pasal padang bola... tak lama pastu aku dapat sms..Allah lebih menyayangi Sdr Shahrir ..baru sekejap dia telah meninggal..Innalilahiwainnailahirojiun... muga Allah menempatkan Roh Sahabatku..bersama para Solehen.. SMS bertalu-talu drp kawan-kawan..perihatinnya semua.
Mat Bab telefon aku kata..jom kita ke Jitra ok..dia cal Jamal dan yg lain..jamal jadi, moklan dan faris tak.

Bertolak ke Jitra tengah jalan sms..kata, hisham, zaidi dan syukoq, juga nizam dan sarip.SMS Jitra jam berapa simpan...lepas asar..nampak sempat..cal Halim Lawyer dan Cikgu Zaki.. jam 3.00 sampai..masuk bandar darul aman, solat jamak, qasar kat masjid AL Mutaqin.. lepas tu makan laksa dan pekena cendol..pehhh semua ..bagai terangkat..
Lepas solat terus kekediaman 23C Taman Bahagia,Jitra.Sanak sedra dan jiran-jiran telah ramai, jenazah telah siap dimandi dan kapankan..aku dan teman-teman terus, masuk menatap muka arwah..terus menghadiahkan fatihah, bacaan yassin, tahlil dan doa..sahabatku Shahrir Md Nor..muga Allah menerima segala amalan kebaikan mu, mengampunkan segala dosamu, dan menempatkan rohmu bersama para anbiah, solehen jua para pejuang Islam.

Tahun Januari 1979 tarikh mula aku kena, tarikh mula aku menjejak satu Institusi yang begitu terkenal yg mencorak sejarah Malaysia..Kolej Melayu Kuala Kangsar sebuah Insitusi yg mencorakan banyak gaya pemikiran aku dan teman-teman. Prep School tempat mula..Sdr Shahrir duduk katil atas aku katil bawah..nombor aku 72 , shahrir 71.
Bacaan talqin semalam..selamat tinggal saudaraku..kini berada di Alam Barzah..alam ketiga selepas..alam rahim, alam dunia, alam barzah...muga Allah meneriam segala amalmu sahabatku...

Rabu, 11 Februari 2009

SEMASHUR Sekolah Terbilang, terkilan tak sebutpun sumbangan PIBG atau Ibubapa

Sekolah Terbilang: Sasar terbilang 2010
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
upen@bharian.com.my

PELAJAR tingkatan lima diwajibkan mengikuti seminar teknik menjawab soalan peperiksaan bagi meningkatkan pencapaian mereka.

Semashur terbaik dalam keputusan PMR 2008 di kalangan SBP, juara pelbagai acara kokurikulum

TERGOLONG dalam kelompok sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur), Batang Kali, memikul tanggungjawab besar dalam melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Tanggungjawab itu disedari pihak pengurusan mahupun pelajar, sekali gus meningkatkan semangat dan komitmen mereka untuk berusaha menonjolkan keupayaan dalam pelbagai bidang.

Semashur buat julung kalinya melakar sejarah dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 apabila 134 daripada keseluruhan 153 calon mendapat semua A dalam peperiksaan itu.

Lebih membanggakan, pencapaian itu meletakkan Semashur di tempat teratas dalam kelompok SBP seluruh negara.

Pengetuanya, Nor Paizin Ibrahim, berkata sekolah itu berjaya mendapat pencapaian gred purata keseluruhan 1.02 peratus.

PELAJAR memberi tumpuan ketika menjalani latihan amali di makmal sains.

“Perkembangan ini membuktikan keupayaan Semashur mencapai visi sebenar menjadi pusat pendidikan terbilang menjelang 2010 menjadi realiti, lebih awal daripada yang dirancang.

“Sejak dibuka pada 2000, warga sekolah ini optimis mencapai kecemerlangan dalam semua aspek termasuklah bidang akademik ini.

“Pelbagai usaha dilakukan termasuk penganjuran 17 program akademik untuk meningkat kecemerlangan,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, antaranya seminar belajar, teknik menjawab soalan peperiksaan yang dianjurkan dengan kerjasama sisipan SKOR terbitan Berita Harian, program mentor mentee, kem belajar, program 'guru muda' dan homestay di SBP pilihan.

PASUKAN ragbi Semashur gigih menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan yang disertai.

Bangga dengan pencapaian PMR tahun lalu, beliau berkata, pihaknya turut mensasarkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 setelah menjalankan pelbagai program pemantapan sepanjang tahun lalu.

“Selain akademik, pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum juga menyerlah bukan saja di peringkat kebangsaan, malah global.

“Sekolah ini sinonim sukan ragbi sejak 2002 dengan kejayaan muncul johan pertandingan ragbi peringkat daerah, negeri, malah pernah menjuarai di peringkat kebangsaan.

“Tahun lalu, kita menjadi juara Kejohanan Ragbi Piala SBP, Piala Terbuka kategori Plate Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Piala Sekolah Primier kategori Cup , Kejohanan Ragbi Terbuka Universiti Kebangsaan Malaysia kategori Plate , Kejohanan Cross Straits Bawah 15 tahun kategori Plate dan Kejohanan Cross Straits Bawah 14 tahun kategori Cup (naib johan),” katanya.

Beliau berkata, pasukan ragbi sekolah juga didedahkan di peringkat antarabangsa menerusi penganjuran perlawanan persahabatan dengan empat sekolah di Singapura pada 13 hingga 15 Februari tahun lalu, sebagai persediaan menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia tahun ini.

Selain itu, Paizin berkata, Semashur juga menyerlah dalam pertandingan catur apabila menjuarai kategori individu Kejohanan Terbuka Sekolah Alam Shah dan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (naib johan) dan Kejohanan Catur kategori negara Asean (individu, tempat ke - 11).

Dalam sukan bola keranjang, pasukan sekolah itu berjaya dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Tampar (Maba) Petronas-SBP 2008.

“Pembabitan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sejajar dengan matlamat memakmur dan mengantarabangsakan sekolah.

“Saya turun padang memantau pelajar agar mereka tidak lari dari matlamat asal mereka ditempatkan di sekolah ini. Ketegasan penting dalam merencanakan sesuatu kejayaan berharga kepada sekolah,” katanya.

Katanya, antara rahsia kejayaan sekolah adalah melaksanakan sistem 'kelas tahanan' kepada pelajar yang gagal menyiapkan tugasan seharian. Pelajar berkenaan tidak dibenarkan melakukan kegiatan lain sehinggalah kerja mereka selesai.

FAKTA: Sekolah Semashur

Dibuka pada 16 Jun 2000
Mempunyai 68 guru, 22 staf sokongan dan 774 pelajar
Pencapaian terbaik dalam PMR 2008 dengan 88.58 peratus calon memperoleh semua A
Menyerlah dalam sukan ragbi dan catur.

CATATATAN DYMM SULTAN AZLAN SHAH- drp email sdr Romli & Onn

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Selasa, 10 Februari 2009

renungi sirah Nabi S.A.W ketika mana Heraklius memanggil Abu Sufyan- drp Blog Anwar Ibrahim

Buat pendokong Pakatan Rakyat marilah kita sama-sama renungi sirah Nabi S.A.W ketika mana Heraklius memanggil Abu Sufyan:

Heraklius: Adakah pengikutnya dari kalangan orang kaya atau marhaen.

Abu Sufyan: Rakyat marhaen.

Heraklius: Adakah pengikutnya bertambah atau berkurangan?

Abu Sufyan: Bertambah

Heraklius: Bagaimana perang antara kamu dengan dia?

Abu Sufyan: Ada kala kami menang, ada kala dia.

Isnin, 9 Februari 2009

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK - sedikit sedutan

KUASA MEMERINTAH

XII (I) Yang Maha Mulia hendaklah melantik, dengan surat perintah yang ditandatngani Baginda dan dicap dengan mohor kerajaan, seseorang Menteri Besar jadi ketua pegawai-pegawai dan pegawai pemerintah (executive) yang kanan sekali dalam negeri ini.

(2) Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Menteri Besar melainkan daripada bangsa melayu dan beragama Islam dengan syarat bahawa Duli Yang Maha Mulia bolehb dengan timbagannya melepaskan salah satu atau kedua-dua kewajipan perenggan ini berkenaan dengan bangsa dan agama Islam bila-bila ia memikirkan berfaedah berbuat demikian itu.

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN KERJAAN

XVI. (I) Yang Maha Mulia hendaklah melantik satu Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(2) Ada pun Majlis Mesyuarat Kerajaan itu hendaklah dilantik sebagai berikut iaitu:

(a) Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagaio Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Perhimpunan Undangan yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Perhimpunan itu, dan

(b) Hendaklah Baginda dengan nasihat Menteri Besar melantik tidak lebih daripada lapan orang atau tidak kurang daripada empat orang ahli-ahli lain dari antara ahli-ahli dari antara ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan itu.

Tetapi jikalau satu lantikan itu diperbuat pada masa Dewan Perhimpunan Undangan itu dibubarkan, seorang yang telah menjadi ahli Dewan Perhimpunan Undangan yang akhir bolehlah dilantik tetapi tidaklah boleh ia melanjutkan jawatannya kemudian daripada perjumpaan yang pertama bagi Dewan Perhimpunan Undangan yang baharu itu kecualinya ia menjadi seorang ahli bagi Dewan itu.

(3) Walaupun ada apa-pa terkandung dalam Fasal ini seoarang yang menjadi warganegara dengan jalan sebab mastautin atau dengan pendaftaran menurut perkara 17 dalam Perlembagaan persekutuan tidaklah boleh menjadi Menteri Besar.

(6) Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan itu, kemudian hendaklah ia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonannya Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Perhimpunan Undangan itu.

(7)Tertakluk kepada perenggan (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Yang Maha Mulia, tetapi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakan jawatannya.

YANG MAHA MULIA HENDAKLAH MENGKUT NASIHAT

XVIII (I) Pada menjalankan kewajipan-kewajipannya dibawah Undang-undang atau sebagai seorang ali Majlis Mesyuarat Raja-Raja hendaklah yang Maha Mulia berbuat mengikut sebagaimana nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seoarang ahli majlis itu mengikutkuasa-kuasa am yang diberi kepadanya oleh majlis itu, kecuali disyaratkan secara lain oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ini tetapi berhaklah ia, dengan permintaannya mendapat apa-apa keterangan berkenaan dengan kerajaan negeri ini seperti yang boleh diadakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

MELETAKKAN JAWTAN MENJADI AHLI-AHLI

XXXV. Maka seseorang ahli Dewan Perhimpunan Undangan itu bolehlah meletakakn jawatan menjadi ahli dengan menulis surat yang ditandatanganinya dan dialamatkan kepada speaker.

XLV. Tidaklah boleh dijalankan apa-apa pekerjaan oleh Dewan Perhimpunan Undangan itu selain daripada pekerjaan menangguhkan mesyuarat jika sekiranya ada bantahan daripada mana-mana ahli yang hadir bahawa bilangan ahli-ahli yang hadir itu dengan tidak termasuk speaker atau orang lain yang mengetuai mesyuarat itu kurang daripada satu suku daripada jumlah sekelian ahli-ahli dean itu,

PERAK : CADANGAN PENYELARASAN- saya telah email pada DSAI

Assalamualaikum wbkt,YB Dato' Seri setelah 3 siri ceramah saya ikuti di Perak, termasuk malam tadi di Kediaman Rasmi MB dan Di Cenderong Balai saya berpendapat penyelarasan point ceramah sangat diperlukan bagi memantapkan kefahaman dan semangat rakyat;

1. Semua penceramah kena seiring iaitu Pakatan Rakyat tuntut pembubaran DUN dan bagi menentukan kerajaan yg dipilih oleh rakyat. (perjuangan PR bukan semata-mata hendak memperjuagankan MB Nizar) ini kena jelas. Sebab ada beberapa penceramah memberi penjelasan agak kabur jua boleh keliru rakyat.

2. PR jangan kelihatan melawan DYMM Sultan, kena jelas memperkatakan PR mengangkat martabat Institusi Raja, kerana Najib , BN & UMNO memperkudakan Sultan dengan nasihat yang salah.

3. PR kena jelaskan ingkar titah Sultan bukan bermakna derhaka kepada Sultan yg telah diperalat oleh UMNO kerana ketika Sultan Mahmud Melaka menitah kepada bendahara Tun Perak untuk membunuh Hang Tuah, tetapi bendahara Tun Perak menyembunyikan Hang Tuah, kemudian Hang Jebat mengamuk, Sultan Mahmud menitah alangkah baiknya sekiranya Hang Tuah masih hidup lantas Bendahara bertanya adakah Tuanku memaafkan Hang Tuah, jawapan Sultan Mahmud , beta telah ampunkan. Begitulah jua Sultan Azlan pastinya akan terkenang pada MB Nizar tatkala Dr Zambery mencuri harta rakyat.

4.PR jua kena jelaskan krisis di Perak bukan PR yang mulakan tetapi UMNO yg merampas kerajaan secara tidak sah.

5. PR kena nyatakan bahawa kes seperti ini pernah berlaku pada awal tahun 70an kes Ghazali Jawi- Perak, Stephen Kalong Ningkam- Sarawak, Osman Saad- Johor.

6. Penghinaan terhadap Sultan sangat teruk dilakukan oleh UMNO kes berlaku di Terengganu, bagaimana UMNO sanggup membahasakan BINATANG pada tunku.

7. Paling utama PR kena perkukuh ini sebagai penajaran, bilik gerakan PR bagi menangani krisis dibuka disemua peringkat Negeri dan Parlimen, BG bersiap sedia juga untuk Pilihanraya. Isu-isu tempatan yg melibatkan JKKK dan PBT mesti ditangani dengan baik.

Wsalam, sekadar pandangan serta cadangan.

Ahad, 8 Februari 2009

CATATAN CADANGAN PENYELESAIAN DI PERAK

Assalamualaikum wbkt, YB Dato' Seri disertakan beberapa cadangan untuk penyelesain krisis di Perak;
1. Saya rasa Speaker DUN dah tentu mencari jalan untuk panggil sidang DUN khas, ok .
2. Bila berlangsung sidang DUN dah tentu BN, masuk-masuk cabar speaker untuk berundur atau cabar untuk usul undi tak percaya pada Speaker, maka speaker kena mahon bertenang dan ambil keputusan untuk 3 ADUN BEBAS tidak dibenarkan masuk Dewan maka kecuh Dewan,
3. Speaker kata dia berpuas hati mendapati bahawa surat mengosongkan Kerusi adalah sah...dewan bising, maka arah 3 DUN - Behrang, Changkat Jering dan Jelapang keluar dewan atau panggil pengawal untuk bawa mereka keluar. Dewan kecoh.
4. Sekali lagi speaker mohon bertenang, kemudian speaker arah pulak Adun Pangkor untuk keluar kerana digantung atas alasan membelakangi DUN yg mulia serta cuba mengambil alih kerajaan secara tidak sah ( INI KENA RUJUK PERATURAN DEWAN YG KHUSUS - kena cari biar ada sedikit kuasa speaker kena guna) maka dewan akan kecoh lagi. Speaker minta semua tenang dan duduk, pohon Pangkor keluar Dewan boleh juga arah kepada EXCO BN yg angkat sumpah. Pastinya ramai BN atau semua anggota keluar DEWAN tak apa,...
5. Bila BN keluar ataupun Adun Pangkor keluar maka Speaker sendiri bawa usul untuk DUN dibubarkan...undi...dah tentu menang...
6. Persembah pada DYMM Sultan mengatakan DUN dibubarkan...Sultan kata tak setuju...tetapi , setuju tak setuju dalm tempoh 21 hari keputusan DUN akan terpakai.
7. Apa yang penting dan kena terus jelas serta berterusan Pakatan Rakyat bukan hendak mengekalkan YAB Nizar tetapi PR melihat bahawa krisis yang melibatkan kerajaan kena dikembalikan kepada rakyat, masalah kepimpinan dan kerjaan adalah masalah rakyat, rakyat yang memilih kerajaan bukan ketetapan Istana. Istana kena akur bahawa kewujudan Institusi Raja adalah kerana rakyat.
8. PR kena komited dan bertegas bahawa kedaulatan serta kemulian Institusi Raja telah diangkat secara baik dizaman PR memerintah, ketika BN Istana ini sudah hilang taringnya, kita rujuk kes pembentukan kerajaan Perak dan Selangor bagaimana Sultan kita hormati...Kalau BN memerintah sultan tak tahu apa-apa, hanya ibarat tukang pukul gong sahaja...

Jumaat, 6 Februari 2009

TRAGEDI PERAK...belajar dan bertindak segera..

Assalamualaikum wbkt...YAB Tan Sri saya mohon maaf kerana menggangu tapi saya rasa saya perlu tulis samada YAB Tan Sri baca atau tidak itu perkara yang lain yang utama pada saya, saya telah menyatankan sesuatu seandainya sesuatu berlaku saya tidak akan terkilan kerana saya telah laksankan tugas dan tanggungjawab saya, tindakan segera mesti dibuat:
1. Tukarkan segera Dato' SUK kerana kes Perak mengajar bagaimana SUK Perak menghalang MB masuk opis.
2.Tukar semua YDP PBT, apa yg berlaku di Perak bagaimana MBI telah diarah oleh Dato' Bandar Ipoh untuk membuat halangan dan kepungan bagi menghalang orangramai berkumpul, juga tidak membenarkan penggunaan stadium.
3. Tukarkan segera PWN kerana segala cerita berkenaan duit dia beritahu pada musuh, kes melibatkan belanja kereta Tan Sri serta yang lain.
4.Tukarkan SUSK Tan Sri kerana segara rahsia pejabat MB sudah tidak jadi rahsia.
Pada saya hampir semua pegawai kanan kerajaan ketaatanya masih pada kerajaan pusat.

Saya hanya menyatakan pandangan saya, pertimbagan utama pada Tan Sri. Wsalam.

Catatan email yang aku hantar kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

Khamis, 5 Februari 2009

Mengapa Yahudi Bijak - Artikel yg Sdr Romli & Fairus

Mengapa Yahudi Bijak
Sunday, January 25, 2009
Mengapa Yahudi Bijak
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Rabu, 4 Februari 2009

SEDIH...akibat tak jaga kubu..ini satu pelajaran dan pengajaran

Hari ni 4 Febuari 2009 hari Rabu, aku seperti biasa uniform MCOBA, jam 9.00 pagi hadir program kat SSM, ramai Company Secretary tapi kawan-kawan aku tak ada, 70% China. Jam 1.00 tgahri meeting dengan Sdr Bain dan Sdr Rashid pasal Company Tax.

Cerita Perak daripada semalam amat hangat, apa yang jadi di Perak kena jadi tauladan kita,pandangan aku yang penting sekarang kita kena jaga SELANGOR ini satu-satu nya negeri Keadilan, banyak isu di sebabkan keadilan takut rakyat hilang keyakinan pada kita. Kena jaga SELANGOR.. kerana Mat Taib telah merisik ramai orang kita.

Di Kedah juga ...genting. Pada aku strategi yang utama dalam peperangan adalah sebelum kita menembak atau menyerang kita kena bina kubu yang kuat terlebih dahulu. Sekarang ni apa yang kita buat,langsung tidak apa , tiada kubu tiada pertahanan, seandainya pertahanan kita tiada, kita kena bina kekuatan dibawah kita latih orang kita tapi apa yang kita buat.

Tiada langsung strategi kita pakai...

Selasa, 3 Februari 2009

Makan Kat Sri Kaya Shah Alam..

Rasa begitu lama tak dapat makan dengan beberapa teman tengahari tadi makan bersama Arijan, Amran, Zak, Mad, Arshad, Sapujagat dan Yahya Kecik. Aku kat tak boleh kaya dapat makan makan kat seri Kaya pun ok. Beberapa isu dibualkan, masih isu perak serta beberapa isu tempatan, jkkk, ahli majlis juga perilaku YB.

JUMPA YB TUAN ZAMRI ADUN GUTCHIL KELANTAN

Semalam pagi sempat sarapan dengan Sdr YB Tuan Zamri, ADUN Gutchil sembang banyak pasal kelantan, yg utama kes Perak. Agak menarik strategi ADUN Kelantan katanya KBSM (kenduri,b ,salam,mati) lupa lak B. Lepas sarapan meeting dengan Sdr YB Yakop berkenaan program keusahawanan. Sebelum naik mesyuarat jumpa Akil pilot MB, dia dan Bang Mail angkat dua kotak besar barang lama aku. Penuh kereta. Punyalah panas barang tu sampai aircond aku rosak. Berpeluh aku bawak kereta drp Shah Alam sampai KL.

Isu Perak menyeronokkan perkembangan dunia politik tanahair.

Ahad, 1 Februari 2009

RUMAHKU DIPECAH OLEH PENCURI...

Hari ni 1 hb Febuari 2009 ikut sejarah Negara tarikh pembentukan Wilayah Persekutuan tapi hari ni juga hari bersejarah buat keluargaku...masa Allah...orang telah pecah masuk rumah. TV, 2 Laptop, 5 handphone dan Digital kamera telah disapu dek penjenayah..sabar dugaan Allah.

Semalam petang aku bersama keluarga pegi belanja kat giant dan terus ke Rumah Mertua di Tmn Bunga Raya, malam tidur kat sana. Malam sempat meeting bersama Pak Kudus dan Rosli Ibrahim bincang kemasukan dana untuk parti dan ekonomi ummah.

Pagi ada jemputan untuk pembentangan program bisnes bersama ahli Keadilan Hulu Selangor, aku terus ke opis nak prepare sikit power point, isteri dan anak-anak terus balik rumah. Isteri dan anak-anak aku terkejut pasal bukak aje rumah, rumah berselerak...pintu belakang telah terbuka...habis bersepah rumah. Dapat cal aku terus kemas barang dan balik, aku cal polis IPD Gombak... tak lama kemudian kereta peronda polis datang....

Aku buat repot...kemudian diambil keterangan ..kemudian..jurufoto polis datang rumah..ambil tempat yg boleh kenalpasti cop jari...

Terima kasih pada teman-teman yang sms, tel dan ziarah. Terima Kasih..semua. Saranan U Bad sabar..dugaan muga Allah beri kekuatan dan limpah rezeki...aku tenang..muga Allah ampun segala dosa-dosa ku..