Ahad, 1 Februari 2009

RUMAHKU DIPECAH OLEH PENCURI...

Hari ni 1 hb Febuari 2009 ikut sejarah Negara tarikh pembentukan Wilayah Persekutuan tapi hari ni juga hari bersejarah buat keluargaku...masa Allah...orang telah pecah masuk rumah. TV, 2 Laptop, 5 handphone dan Digital kamera telah disapu dek penjenayah..sabar dugaan Allah.

Semalam petang aku bersama keluarga pegi belanja kat giant dan terus ke Rumah Mertua di Tmn Bunga Raya, malam tidur kat sana. Malam sempat meeting bersama Pak Kudus dan Rosli Ibrahim bincang kemasukan dana untuk parti dan ekonomi ummah.

Pagi ada jemputan untuk pembentangan program bisnes bersama ahli Keadilan Hulu Selangor, aku terus ke opis nak prepare sikit power point, isteri dan anak-anak terus balik rumah. Isteri dan anak-anak aku terkejut pasal bukak aje rumah, rumah berselerak...pintu belakang telah terbuka...habis bersepah rumah. Dapat cal aku terus kemas barang dan balik, aku cal polis IPD Gombak... tak lama kemudian kereta peronda polis datang....

Aku buat repot...kemudian diambil keterangan ..kemudian..jurufoto polis datang rumah..ambil tempat yg boleh kenalpasti cop jari...

Terima kasih pada teman-teman yang sms, tel dan ziarah. Terima Kasih..semua. Saranan U Bad sabar..dugaan muga Allah beri kekuatan dan limpah rezeki...aku tenang..muga Allah ampun segala dosa-dosa ku..

1 ulasan:

  1. Terima Kasih kepada semua yang begitu perihatin tentang musibah yang menimpa aku dan keluarga.Sampai tengah malam ini masih ada lagi sedra dan teman-teman datang berkunjung, sms dan telefon berterusan. Namun nasib aku masih begitu baik dibandingkan dengan sahabat kita di palastien.

    Cuma aku rasa agak terkilan dan kecewa kerana tidak dapat bersama rakan-rakan di Hulu Selangor yang telah menjemput aku untuk berkongsi sedikit input berkenaan bisnes. Mereka telah menyusun program tapi apakan daya aku tak dapat hadir..maaf kupinta..buat teman-teman Hulu Selangor.

    BalasPadam