Isnin, 9 Februari 2009

PERAK : CADANGAN PENYELARASAN- saya telah email pada DSAI

Assalamualaikum wbkt,YB Dato' Seri setelah 3 siri ceramah saya ikuti di Perak, termasuk malam tadi di Kediaman Rasmi MB dan Di Cenderong Balai saya berpendapat penyelarasan point ceramah sangat diperlukan bagi memantapkan kefahaman dan semangat rakyat;

1. Semua penceramah kena seiring iaitu Pakatan Rakyat tuntut pembubaran DUN dan bagi menentukan kerajaan yg dipilih oleh rakyat. (perjuangan PR bukan semata-mata hendak memperjuagankan MB Nizar) ini kena jelas. Sebab ada beberapa penceramah memberi penjelasan agak kabur jua boleh keliru rakyat.

2. PR jangan kelihatan melawan DYMM Sultan, kena jelas memperkatakan PR mengangkat martabat Institusi Raja, kerana Najib , BN & UMNO memperkudakan Sultan dengan nasihat yang salah.

3. PR kena jelaskan ingkar titah Sultan bukan bermakna derhaka kepada Sultan yg telah diperalat oleh UMNO kerana ketika Sultan Mahmud Melaka menitah kepada bendahara Tun Perak untuk membunuh Hang Tuah, tetapi bendahara Tun Perak menyembunyikan Hang Tuah, kemudian Hang Jebat mengamuk, Sultan Mahmud menitah alangkah baiknya sekiranya Hang Tuah masih hidup lantas Bendahara bertanya adakah Tuanku memaafkan Hang Tuah, jawapan Sultan Mahmud , beta telah ampunkan. Begitulah jua Sultan Azlan pastinya akan terkenang pada MB Nizar tatkala Dr Zambery mencuri harta rakyat.

4.PR jua kena jelaskan krisis di Perak bukan PR yang mulakan tetapi UMNO yg merampas kerajaan secara tidak sah.

5. PR kena nyatakan bahawa kes seperti ini pernah berlaku pada awal tahun 70an kes Ghazali Jawi- Perak, Stephen Kalong Ningkam- Sarawak, Osman Saad- Johor.

6. Penghinaan terhadap Sultan sangat teruk dilakukan oleh UMNO kes berlaku di Terengganu, bagaimana UMNO sanggup membahasakan BINATANG pada tunku.

7. Paling utama PR kena perkukuh ini sebagai penajaran, bilik gerakan PR bagi menangani krisis dibuka disemua peringkat Negeri dan Parlimen, BG bersiap sedia juga untuk Pilihanraya. Isu-isu tempatan yg melibatkan JKKK dan PBT mesti ditangani dengan baik.

Wsalam, sekadar pandangan serta cadangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan