Khamis, 31 Disember 2009

CATITAN MAZLAN MENGENAI BISNES WEB SITE

Salam sejahtera yahyasahri,

Disini saya ingin berkongsi mengenai beberapa kelebihan jika kita mempunyai pengetahuan membina website.

1. Anda mendahului orang lain dalam proses menyampaikan maklumat dan idea sendiri kepada para pelanggan. Jika anda anda adalah leader yang hebat kerana jika anda mempunyai maklumat terkini, ianya dapat disebarkan didalam website anda lebih dahulu daripada orang lain. Maka anda merupakan orang pertama dapat menyambar apa jua peluang yang ada.

2. Anda boleh mengambil upah membina website. Wow yahyasahri, bukan murah ambil upah buat website. Saya baru lepas menyiapkan satu website syarikat perkapalan, saya buat dalam seminggu siap, upahnya RM15,000 termasuk penyelenggaraan dari masa kesemasa. Itu website yang susah sikit, kalau setakat empat lima ratus dan boleh dibuat dalam masa sehari dua, memang ramai pelanggan itu itu, anda hanya kena pandai mencari mereka, memang ramai.

3. Anda boleh buka kelas mengajar membina website. Anda boleh tanya pendapatan guru-guru yang mengajar membina website ini, busuk2 pun sebulam boleh dapat lima enam ribu. Kalau buat fulltime lagi banyak duit.

Pendapatan kesemuanya sudah memadai untuk beli duit dapur, belum dikira dari pendapatan program affiliate lagi.

Sekarang nak belajar sudah menjadi mudah, website percuma sudah disediakan, masuk kedalam rumah anda lagi, jadi untuk permulaan belajarlah.

Untuk yang dah pakar membuat website, satu perkara yang sering terjadi, website cantik tapi orang tak masuk. Kerana apa, sebab konsep website itu sendiri mungkin ada kesilapan.

Cuba anda masuk kedalam alexa.com dan lihat website-website yang ramai pengunjungnya. Kenapa website itu ramai pengunjungnya? Satu hari berjuta orang masuk kesitu.

Lihat website yang paling tinggi rankingnya:
1. Google
2. Facebook
3. Yahoo
4. Youtube etc etc

Apakah sifat2 website ini yang menyebabkan ramai pelawatnya?

Simple macam google, tiada flash sana dan sini, simple je, tak juga, wikipedia tak simple juga. Penuh sendat dengan maklumat. Jika anda perhatikan betul2 kesemua website ini ada 2 sifat utama yang menyebabkan web mereka sering dilawati:

1. Pertama PERCUMA
2. Kedua BERGUNA

Jika website anda mempunyai 2 sifat ini, saya yakin dengan sekelip mata website anda akan menjadi tumpuan ramai.

Jadi, perah otak anda untuk mencipta website yang percuma dan berguna pada orang ramai. Apabila website dah tinggi trafficnya maka pandai2 lah nak menggunakan untuk mencari sedikit keutungan dari situ.

Google, percuma search engine dan gmail, dan mereka jugalah antara website yang mengaut keuntungan berjuta dollar setiap bulan.

Terima kasih
Mazelan Abas,
0122856223

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 30 Disember 2009

2010 DATANG, 2009 BERLALU

30 Disember 2009 (Rabu) dua hari sebelum menjelang tahun baru 2010. Pastinya pelbagai pesta telah disusun untuk menyambut kehadiaran tahun baru, semua akan gembira macam menyambut kehadiran insan baru samada anak baru, isteri baru, suami baru, menantu baru, mertua baru serta pelbagai yang baru. Kegembiraan serta kemeriahan sambutan sewajarnya diisi dengan susunan perancangan yang lebih jitu dan lebih bermakna.Nampak gayanya yang pasti ramai telah menempah tarikh 01.01.10 juga tarikh 10.10.10 samada tarikh perkhawinan juga pertunangan. Bagi hotel serta peniaga katering tarikh ini cukup mewah.

Muga 2010 menjadikan hidup ini lebih bermakna. Tahun baru, keyakinan baru, langkah baru, fikiran baru, cara baru, gaya baru...Ya Allah ampunkan Dosa ku, IbuBapaku, Isteri & Anak-anak ku, Saudara Maraku, Jiran-jiranku, Teman-temanku, Sahabat-Sahatku, Para Kenalan ku serta muslimin dan mukminin...


Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 24 Disember 2009

CATITAN SDR MAZLAN ABAS MENGENAI ONLINE-BACA

Salam sejahtera yahyasahri,Ramai diantara kita yang telah pun mencuba berbagai-bagaijenis perniagaan online, tetapi mereka telah mencuba bertahuntahun lamanya tetapi masih juga gagal.Apakah punca kegagalan tersebut? Ramai yang menyalahkanperniagaan tersebut dan beranggapan ianya kurang sesuai, samaseperti saya satu ketika dulu. Sering bertukar-tukar bisnesuntuk berjaya didalam dunia internet marketing.Tetapi setelah mengkaji menggunakan konsep 7 habits highly effectifpeople, Dr Stephen R Covey, saya mula menyenaraikan nama nama orang yang hebat didalam dunia merketing. Saya mengkaji lebihkurang 10 nama orang yang hebat termasuk Robert Kiyosaki,Tissa, tim sibert dan berbgai lagi nama yang hebat. Mengapaorang hebat ini menjadi hebat?Cara mudah untuk mengkaji kehebatan mereka adalah dengan memerhatikan kesamaan mereka.
Pada akhir kajian saya, sayadapati mereka ini mempunyai 3 sifat yang sama dan menguasainya.3 Sifat Internet Marketer yang berkesan.
1. Mereka tahu membuat website mereka sendiri.
2. Mereka mempunyai autoresponder dan mahir menggunakan email kempen.
3. Mereka menggunakan konsep PERCUMA untuk marketing mereka.
Waktu saya didalam kegelapan didalam dunia internet, seringmencuba dan sering gagal. Saya berhenti sejenak. Dimana silapnya cara saya. Sudah berbagai produk dan program sayasertai dan cuba jual secara online tetapi tak pernah berjaya,duit pun habis, cari downline tak pernah nak dapat, akhirnyaberbalik juga buat bisnes secara offline. Ada lah untung sedikit,tetapi apa bila dikira pula masa yang habis, duit yang habispergi meeting sana sini, memang tak berbaloi. Penat !!! Buatbisnes offline.________________________________________________________ Bila saya bertapa dan mengkaji 3 sifat IM yang berkesan ini, baru saya sedar yang saya selama ini telah mengikuti formulayang salah. Saya mula belajar membina website, saya mula belajar menggunakan autoresponder sendiri, belajar menulis email kempen sendiri, belajar buat website percuma sendiridan mula sebarkan di dalam beberapa yahoo group.Keputusannya AutoMLMAnda meletup, FreeSchool website meletupdiluar negara, AutoMLMAnda dikenali hingga ke Indonesia,Singapura dan Brunei dan mendapat sambutan menggalakkan diMalaysia. Pendapatan secara online naik secara mendadak.Pendapatan tak masuk akal, berganda-ganda berbanding semasasaya menjadi manager kilang dahulu.Sekarang baru saya akui memang benar dan terbukti ianya benarbila saya menjalankan bisnes affiliate autoersponder.Disamping memahirkan tentang email kempen, saya juga menjanapendapatan yang dikira lumayan hanya dengan autoresponder.Saya mula tersenyum sendiri, memang sah, jika anda sudahmemahirkan ketiga-tiga sifat tersebut, duit akan datang sendiri.Anda sudah tidak boleh mengelak lagi, anda terpaksa ambilduit dari internet walaupun anda sudah tidak mahu lagi.Anda makan, duit masuk, anda tidur duit masuk, anda ke tandas,duit masuk, anda bercuti duit masuk, anda tak buat kerjapun duit masuk. Baru saya tahu itulah hasilnya penat lelah dahulu.________________________________________________________ Untuk belajar membuat website anda perlukan webhosting,tanpa webhosting tiada website, webhosting adalah tempatuntuk menyiarkan website anda kepada umum, kalau tiadawebhosting website anda tidak akan masuk kedalam internet.Webhosting company tumbuh macam cendawan selepas hujan,dan salah satunya adalah GDI, dan saya memilih GDI keranaia ada pilihan membuat affiliate. Jadi sambil belajar buatwebsite dan memerlukan webhosting, sambil2 tu boleh promoteaffiliate GDI, kalau ada orang join dapat gak hasil.Tetapi kalau tiada affiliate pun saya MESTI menyewa tapakwebhosting kalau tidak website saya tak masuk dalam internet.Jadi pesan saya kepada semua, jika anda benar2 ingin menjanapendapatan melalui online,belajar buat website sendiri,belajar buat website sendiri,belajar buat website sendiri,belajar buat website sendiri,belajar buat website sendiri,belajar buat website sendiri,belajar buat website sendiri,barulah anda mendapat kunci pertama untuk berjaya dalamonline. Jika tidak anda hanya akan jadi pengikut setiapmasa.99.99% Saya pasti anda tidak akan berjaya. Walau apapun perniagaan online yang anda ceburi anda tidak akanberjaya kalau anda tidak tahu buat website sendiri.Tetapi jika anda sudah menguasai 3 ilmu diatas, apapun juga perniagaan online yang anda ceburi anda akan berjaya.Janganlah nak uji lagi formula ini kerana saya mengujinyadengan jerit perih, tak cukup tidur berbulan2 dan bila dahmengetahuinya saya berikan kepada anda secara percuma. Sayatak kisah jika anda sewa webhosting selain GDI, atau autoresponder selain trafficwave, saya tak kisah jika andabukan datang dari group saya, tapi nasihat ini khas untukyahyasahri supaya tidak mencontohi orang yang tidak berjaya.Kerana setiap kesilapan memerlukan $$ untuk menebusnya.________________________________________________________ Selepas anda sudah pandai membuat website sendiri, belajarlahmenggunakan autoresponder. Terutama membuat landing page dan yang paling penting membuat email kempen. Jika andahanya tahu buat website tetapi tidak menggunakan autoresponderdan tidak mempunyai email kempen sendiri, anda tidak akankemana. Usaha pertama anda akan sia-sia. Autoresponder adalahalat untuk mengumpulkan pengikut, tanpa mereka anda tidakkemana. Tanpa website dan autoresponder anda hanya jadi pengikutkepada orang yang hebat ini. Pengikut tidak akan berjaya.Saya ada terjumpa seorang yang menjual barangan Jusmate5 denganwebsite sendiri dan autoresponder sendiri. Dia menjanapendapatan lima angka walaupun baru beberapa bulan menyertainya.Dia mendapat keuntungan dari Jusmate5 itu sendiri, dari komisyenGDI dan komisyen autoresponder. Kiri kanan depan belakang dia menjana income. Dan dia memang dah tak kerja sekarang ini.Nak kerja apa lagi, tiap2 bulan berbelas ribu pendapatannya.Saya juga ada menjumpai downline saya di GDI yang mendapatpendapatan lebih 30 ribu setiap bulan dengan perniagaanVemma, dan dai menggunakan webhosting GDI, jadi dalam masayang sama dia juga menjana pendapatan vemma, gdi dan trafficwave.________________________________________________________1) Untuk memiliki website anda perlukan webhosting kompani,anda boleh sewa mana2 webhosting kompani, tetapi jika tiadasaya galakkan sewa di GDI kerana mereka ada affiliate.2) Untuk menggunakan sistem autoresponder anda kena melanggandengan mana2 kompani yang menawarkan sistem tersebut, jikamasih tiada saya galakkan anda gunakan perkhidmatantrafficwave kerana mereka juga ada pilihan affiliate.Ingatlah pesanan ini, anda perlu ada kedua-duanya, jika andaboleh dapatkan percuma ditempat lain, sila gunakan. Tetapijangan tinggalkan. Mahirkan kedua2 bidang ini, saya yakinanda tidak akan menyesal.Ramai yang melakukan kesilapan kerana terpengaruh dengan ajakanmenyertai GDI anda akan mendapat pulangan lumayan. Tidak!Itu tidak betul. Anda tidak boleh kaya dengan menyertai GDI,anda tidak boleh kaya dengan menyertai Trafficwave.Anda akan kaya, anda akan mendapat pendapatan lumayan sekiranyaanda1) tahu buat website sendiri yang asas,2) Anda tahu menggunakan email kempen sebaik mungkin3) dan anda tahu mempromosikan landing page anda dengan konsep PERCUMA.Selagi anda tidak menumpukan kepada tiga perkara diatas,apa yang anda lakukan hanyalah membazirkan duit.Saya melarang KERAS anda menyertai GDI kerana inginkanpendapatan lumayan, saya melarang anda menyertai trafficwavekerana inginkan keuntungan yang tinggi, kerana saya takmahu anda bazirkan duit anda, kalau dah masuk elok cancelkankerana anda pasti tak akan dapat apa yang dihajatkan dengancara itu. 100% PASTI.Tetapi saya galakkan jika anda menyertai GDI kerana inginkanwebhosting untuk menyiarkan website anda,untuk berlatihmembuat website sendiri, saya galakkan andamemiliki autoresponder dengan trafficwave atau mana2 kompanyyang lain kerana ingin membina email kempen sendiri bagimenarik pelanggan membeli barangan anda, mempelajari emailkempen yang macamana boleh menarik orang ramai, email kempenyang macamana boleh memikat orang membeli barangan kita.kerana bagi saya keduanya wajib dalam bidang internet marketing.
Terima KasihAutoMLMAndaMazelan Abas0122856223http://tutorialgdi.ws/AutoMLMAnda.html
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 22 Disember 2009

TAHUN BARU PENDIRIAN BARU, SEMANGAT BARU, LAKARAN BARU, ------- BARU

Tanggal 22 Disember 2009/5 Muharram 1431 hari selasa memberikan aku kekuatan untuk aku melangkah dengan mengikut kata hati sendiri, pendirian sendiri, cara sendiri dan gaya sendiri. Semangat jiwa besar mesti, fikir besar niat besar dan tidak menurut orang yang belum tentu hala tujunya. Hanya panduan serta ajaran Nabi dan Rasul sahaja boleh kita jadikan rujukan.
Hari ini menyerlahkan keyakinan ku yang selama ini hanya aku anggap mungkin, eh tak lah..atau ...semalam sejarah..yang penting hari esok dan hari-hari mendatang, Ya Allah ampunkan dosaku sekiranya sepanjang umurku aku memilih cara berfikir serta mengambil keputusan dengan cara serta kaedah yang salah, mungkin aku salah mengambil rujukan.
Aku yakin aku punya kekuatan sendiri aku tahu aku punya banyak kelebihan yang aku rasa tidak dimiliki oleh oarang lain.. aku juga punya kelemahan sendiri yang tidak ada pada orang lain. Mulai saat ini aku akan bangkit sendiri..membuat hala tuju sendiri..Ya Allah pandulah aku, berilah aku kekuatan..
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 17 Disember 2009

ULAMA' TERSOHOR SHEIKH DR YUSUF AL-QARDAWI




Rabu 16 Disember 2009, Ketibaan Ulama' Tersohor 'Alamah Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi, Presiden Majlis Ulama' Sedunia telah disambut oleh beberapa pegawai daripada Jakim disertai juga oleh wakil daripada Biro Pemahaman & Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat.





Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 27 November 2009

WARKAH PERJUANGAN II

Reformasi...Reformasi...Reformasi..

Keadilan...Keadilan..Keadilan..

Hidup..Hidup..Hidup..Anwar..

Undur..Undur..Mahathir..Undur..



Antara era semangat Reformasi dan era semangat Keadilan ia seolah-olah tiada beza masanya namun ia ada perbezaan. Bagi watak-watak manusia yang kosong daripada arus politik ketika berlakunya pemecatan Anwar ia hanya inginkan Anwar bebas mendapat keadilan dan Mahatir undur daripada kerusi PM. Mereka cukup yakin bahawa kebangkitan rakyat melalui jalanraya adalah jalan yang paling tepat bagi menyahkan UMNO/ BN daripada mencengkam pemerintahan Malaysia. Setiap minggu ratusan malah banyak ketikanya ribuan rakyat turun di jalan raya laungan REFORMASI...MAHATHIR ZALIM...UNDUR MAHATHIR...UNDUR.. siri turun dijalanraya merebak kebandar-bandar besar di Utara, Selatan dan Pantai Timur...namum begitu semua orang menjangkakan ia pasti tidak akan lama dan akan ada akhirnya...tapi jangkaan ramai silap dan salah..selagi Anwar di penjara semangat membara rakyat tidak mungkin padam. Penguasa terpaksa menggunakan kekerasan..tangkap..masukan dalam..lori, tendang, terajang, pukul, tembak gas, sembur air..kekerasan polis menyemarakan lagi semangat rakyat..Penguasa bertindak lebih rakus tidak sekadar menangkap dan masukan para reformis dalam lokap..tapi menangkap beberapa pimpinan ke ISA..


Membentuk Jawatankuasa Bahagian...

Pembentukan JK Perhubungan Negeri telah selesai untuk peringkat awal, fasa membentuk JK Bahagian-Bahagian lebih mencabar. Ketua-Ketua Penaja Bahagian yang dilantik telah mula membentuk JK masing-masing, program-program ceramah dan penerangan dimulakan. Selaku Setiausaha Perhubungan Negeri aku bersama Ketua Penerangan Negeri Sdr Hunter telah atur ceramah setiap minggu hampir di setiap bahagian, bayangkanlah betapa peningnya SB SB ketika itu laporan minggu lepas belum siap buat laporan dah masuk program baru..setiap minggu tak kurang 5 program satu bulan 20 ceramah dan program. Namun begitu banyak program yang terpaksa beralih tempat serta terpaksa disuraikan kerana tak ada permit. Pengalaman mengatur ceramah bukan perkara mudah, setiap hari asyik tengok mana ada kawasan yang lapang..kalau berjalan tengok kawasan lapang terliur ini tanah sapa lah...kalau boleh buat ceramah bagus ni...Cari tempat dapatkan persetujuan tuan punya tanah, dapatkan pengesahan penceramah, mohon permit, buat handbill dan sewa PA. Ramai yang bersedia memberikan tempat secara sukarela namun begitu aksi SB SB yang menggunakan pelbagai taktik untuk mengugut tuan punya tanah memang taktik kotor sang penguasa. Terkenang bagaimana ikhlasnya ramai penyokong serta pendokong yang memberikan pelbagai sumbangan mengikut kemampuan mereka.


Nak Pilihanraya nie..

Berdendang di jalanraya kelihatan bukan langkah yang mendapat persetujuan ramai, orang Malaysia masih ada makan dan pakai tidak mungkin jalanraya maka tiada lain iaitu Pilihanraya. Maka satu perbincangan dimulakan bersama parti-parti pembangkang terutamanya PAS dan DAP



Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 26 November 2009

CATITAN KENANGAN DI TANAH SUCI MAKKAH...

Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar... Walilahilham.....
Jutaan tetamu Allah kini berada di Arafah..satu..warna..satu kalimah...satu niat..
Bergerak ke Mudzalifah untuk mabit disana pada tengah malam...kemudian terus ke Mina..maka akan berlaku asakan yang padat bila hari melontar Jamrahtul Akabah di mulakan...ada yang akan lakukan nafar awal bila hari melontar ketiga-tiga jamrah dibuat, boleh terus tinggalkan Bumi Mina dengan balik ke Mekah dan buat tawaf haji....tetapi bagi Jemaah Malaysia jarang dibuat kerana Jemaah Malaysia antara Jemaah yang patuh dengan arahan kecuali beberapa Jemaah yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki daripada Jamarah ke Masjidil Haram Mekah...pengalaman yang saya lalui tak jauh mana lebih kurang 45 minit atau 1 jam jalan kaki bagi yang masih bertenaga muda.
Di Mina...
Hari ini memang teringat dan terkenang semua peristiwa bersama beberapa teman naik diatas van daripada Mina ke Masjidil Haram satu orang 30/50 rial pada hal pada waktu biasa cuma 2 rial sahaja. Ikut pengalaman tak boleh berkenderaan 2/3 jam belum tentu sampai kerana jalan begitu sesak, berjalan kaki jauh lebih mudah. Pengalaman malam tidur di atas jalan dipersekitaran kawasan Jamrah.
Peritiwa hujan lebat di Mekah memang pengalaman ngeri dan indah. Mulanya angin yang cukup kuat berpusing-pusing ketika itu masih di kawasan Jamrah. Keluar daripada kawasan Jamrah terus berjalan kaki menggunakan tempat pejalan yang berbumbung , hujan mula turun dengan lebat, air begitu deras sekali mengalir daripada lereng-lereng bukit, ialah di Mekah semua bukit batu gondol bukan ada pokok dan rumput. Kelihatan anak-anak Arab Mekah yang jarang jumpa hujan begitu seronok sekali bermain hujan, tetapi di tak tahu bahayanya kerana air begitu deras. Dijalan raya air mula penuh, terutama di kawasan memasuki terowong telah banyak kereta yang ditengelami air, maklumlah bumi Mekah bukan ada longkang jadi air terus memenuhi jalan raya. Mengikut khabar angin yang diterima daripada Mina yang hanyut bersama arus deras tetapi tiada pengesahan berita. Logik memang ada kerana jalan keluar daripada kawasan jamrah ke kawasan khemah-khemah jemaah jalannya menurun sampai ke terowong mua'sin, kepadatan orang yang tak terkira memang menggundang pelbagai cerita.
Meredah Hujan di Makkah...
Bersama teman-teman jemaah antaranya yang masih ingat Cikgu Mohammad, sorang tu daripada Kangar, sorang tu askar, Pak Ibrahim Bandar Tun Razak, lagi Sorang tu daripada Terengganu. Kami ambil langkah berhenti sekejap kerana air mengalir begitu deras diatas jalan. Kemudian teruskan perjalanan kerana melihat hujan berterusan akhirnya berhampiran Masjid terus meredah hujan. Peristiwa yang tak dapat dilupa adalah bertemu dengan seorang Makcik yang begitu tertekan kelihatannya, bila ditanya dia telah terputus daripada teman-teman jemaahnya. Aku mengambil keputusan bersama-sama teman yang lain untuk membantunya, kami bersama menjinjit beg yang dibawa oleh Makcik ni. Akhirnya sampai di Masjidil Haram terus tanya pada makcik tu mana maktab, mana hotel dia pun mana nak tau..nasib baik sistem Tabung Haji Malaysia agak baik tanda nama makcik tu ada nama Maktab dan Hotel penginapan maka bersama kawan yang dariapada Perlis tu terus hantar Mak Cik tu...sampai kat bilik hotel, kawan-kawan Mak Cik tu dah ada dah kat hotel....Mak Cik tu pun punyalah lega ucap terima kasih tak putus putus nak bagi duit lah kami kata ini tugas kami...
Jumpa Malaikat Agaknya...
Beberapa pengalaman serta peristiwa di kawasan tawaf ketika menunggu waktu solat masih segar dalam ingatan. Satu hari tu ketika tunggu waktu maghrib tengah baca Quran kemudian datang sorang tua katanya daripada Yaman, dia bekerja jadi pemandu sebuah syarikat.Dia memberikan aku beberapa amalan dalam Al Quran antaranya dalam surah Al Baqarah, surah Ali Imran, Surah Yussof tapi yang juga agak menghairankan lepas saja dia berikan ayat-ayat itu yang aku tulis dalam buku nota kecil, azan maghrib lepas tu solat, tak sempat nak ucap terima kasih dan bersalam dia bangun dan terus tidak kelihatan. Ketika itu rasa biasa saja sebab lepas solat sunat terus tawaf sunat sementara tunggu Isya'. Lepas solat Isya terus balik bilik kerana perut lapar, sebelum tidur...ha baru teringat nama kawan-kawan Hj.Rofi, Hj Razi..bercerita pada kawan-kawan peristiwa jumpa dengan lelaki Yaman yang bagi beberapa amalan ayat quran tu..dia orang cakap agaknya dia tu Malaikat tak...kalau lah betul...masaallah...apa sal lah aku tak peluk dia...
Mencium Hajatul Aswad....
Tawaf di Kaabah tak sukar mana..yang jadi sukar adalah bila pusingan sampai di kawasan Hajatul Aswad...tempat ini memang jem sesak ada yang bertindak kasar kerana hendak membuat ibadat...rasanya tak berapa betul..sepatutnya nak beramal kena dalam tekun dan tawaduk. Aku ingat lagi pesanan guru-guru semua benda adalah hak Allah milik Allah jadi bila berkehendakan dengannya mesti mintak daripada tuan punyanya. Maka aku setiap kali berhajat hendak cium hajatul aswad pegi belakang makam ibrahim solat sunat dua rakaat kemudian doa pada Allah untuk dapat cium hajatul aswad..Aku suka masuk melalui sebelah pintu Kaabah bergerak mengiring kekiri berdiri sahaja sambil zikir dan doa tak perlu tolak orang hanya perlu tahan sikit tolakan orangramai sambil tu betulkan posisi sedikit demi sedikit akhirnya kita akan sampai depan hajatul aswad yang kita cari-cari...Alhamdullilah cara ini memberikan aku peluang mengucup dan mencium batu hajatul aswad. Lepas kucup dan cium keluar dan pergi sujud syukur dan solat sunat. Ada banyak tempat-tempat yang diketegorikan tempat mustajab untuk berdoa antara hajatul aswad dan pintu kaabah, depan pintu kaabah, bahagian bawah sebelah kanan pintu kaabah, di telaga zam-zam mana posisi telaga zam-zam kalau tak silap bila kita menghadap pintu kaabah sebelah kanan maqam Ibrahim udur sedikit daripada maqam Ibrahim dalam 5 petak batu mar-mar kemudian bergerak kira-kira 12/13 petak mar-mar akan ada tanda kat batu mar-mar tu macam mar-mar tu boleh diangkat. Tempat yang agak sukar berdoa di bawah pancur emas, serta di kawasan hijir Ismail ini adalah kawasan kaabah juga asalnya. Tempat lain adalah di balik pintu kaabah, asalnya dulu ada juga pintu tetapi sekarang terus ditutup, juga di bucu yang dikenal sebagai rukun yamani. Tempat-tempat ini dikatakan mustajab, tetapi tidak mudah untuk dapatkan posisi untuk solat , berdoa, mengucup dan sebagainya tetapi kalau nak mudah buat langkah ini...bila tengah ada jemaah tengah solat kita jaga dia atau kawal dia agar tidak dirempuh dia akan solat dengan tenang kemudian dia bangun kita pulak masuk solat...
Pengorbanan Nabi Ibrahim patut dicontohi,
Ketaatan Nabi Ismail wajar diikuti,
Kesetiaan Siti Hajar lambang Kasih Sejati,
Nilai Taqwa jadi Saksi.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 9 November 2009

Warkah Perjuangan...1

Reformasi...Reformasi..Reformasi... Takbir...Takbir...Takbir...

Yang Kaya Bertambah Kaya
Yang Miskin Papa Kedana..

Kalau Bukan Hari Ini, Hari Esok
Kalau Bukan Bulan Ini, Bulan Depan
Kalau Bukan Tahun ini, Tahun Depan...

Mereka Boleh Tangkap Saya, Mereka Boleh Tahan Saya,
Tapi Mereka Perlu Ingat Satu Anwar Hilang akan Tumbuh 1000 orang Anwar...

Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Menang...

Antara ungkapan keramat yang membangkitkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan serta menuntut perubahan kepimpinan negara. Semangat rakyat terus membara rakyat bangkit menolak kezaliman. Medan pilihanraya menjadi pertaruhan, cabaran pimpinan UMNO agar penyokong dan pendokong Anwar yang menganjurkan Reformasi setiap petang sabtu juga setiap hari pembicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar menubuhkan parti politik mendapat sambutan terus. Pelbagai parti cuba didaftarkan antaranya Angkatan Reformasi Malaysia, Parti Malaysia Baru, Parti Keadilan Insan dan lain-lain namun satu pun tidak mendapat balasan serta jawapan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Datin Seri Dr Wan Azizah menjelajah seluruh negara juga keluar negara hanya bergerak atas nama NGO yang tidak didaftarkan iaitu ADIL, sokongan kepada kewujudan ADIL cukup meriah dalam masa tidak sampai 2 minggu pendaftaran sokongan mencecah 25,000 orang. Namun akhirnya dengan penuh hati-hati hasil perancangan strategi yang licik sebuah parti yang dormant dapat diambil alih, Parti Jemaah Islam Malaysia yang didaftarkan di Terengganu dapat di tukar nama kepada Parti Keadilan Nasional dengan menukar keseluruhan Pimpinan Tertinggi Parti serta menukarkannya dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Dato Dr Wan Ismail. Tidak ramai yang mengetahui siapakah orang yang memainkan peranan penting dalam proses mengambilalih parti. Setahu saya Kak Wan dan Anwar pun tak tahu sampai sekarang. Mereka ini masih menyokong sereta mendokong parti tetapi tidak pernah dihargai.
Sepatutnya sambil kita melihat kehadapan sesekali menoleh kebelakang dengan jelingan manja ohhh.. rupanya ada manusia yang memainkan watak-watak utama ala tok dalang wayang kulit yang beraksi dibalik layar tapi berperanan cukup bermakna serta berkesan. Sampai masanya satu proses penulisan semula sejarah Reformasi dan Kewujudan Parti Keadilan Nasional yang kini Parti Keadilan Rakyat ditulis dan dibukukan. Inisiatif sepatutnya untuk menjempt serta memanggil bekas Presiden Parti serta pimpinan parti yang telah bersama menubuhkan parti sebelum , semasa dan selepas 4 April 1999 dalam setiap Mesyuarat Agong dan Kongres Tahun sewajarnya perlu dilaksanakan, tanpa jiwa serta hati-hati ikhlas daripada pengasas parti kita semua tidak akan ada parti tentunya tidak akan boleh kita bertanding dalam pilihanraya.
Saya lagi ku ingati Pejabat Urusan parti di Seksyen 14 Petaling Jaya kemudian barulah pindah ke Phelio Damansara. Pejabat itu banyak kenangan, mula di seksyen 14 PJ satu pertemuan untuk menguruskan pembentukan Perhubungan Negeri Selangor maka satu mesyuarat sulit di sebuah rumah di Damansara, bertemulah kami sekitar 11 orang untuk bersetuju membentuk dengan rasminya JK Perhubungan Negeri Selangor dengan melantik Dr Ghazali Basri selaku Ketua Perhubungan, Ezam Timbalan Ketua, Idrus Wan Cik Ketua Pemuda, Anemah Ferrar Ketua Wanita, Yahya Sahri Setiausaha Perhubungan serta melantik beberapa orang untuk menubuhkan Bahagian-bahagian antaranya PJS Ezam, Dr Ghazali Sepang, Yahya Kuala Selangor, Sarifuddin Budin Hulu Selangor, Abdullah Sani Ampang Jaya kemudian ada 2 kali mesyuarat di Sek 14 dan akhirnya mesyuarat penuh Ketua-Ketua Bahagian di rumah Dr Ghazali Basri di Sg Merab Kajang dengan Asmadi Salleh Kuala Langat, Ahmad Mustafa Hulu Langat, Serdang Hj Yaakob Sapari, Tg Karang Hj Maie, Haji Jamali Kapar, Azman Hussien Shah Alam, Azmin Ali Gombak ada beberapa bahagian yang belum ada Ketua antaranya PJU dan Subang Jaya. Ketika ini Selangor ada 17 Kawasan Parlimen jadi ada 17 Bahagian.
Mula daripada tarikh tidak ingat tarikh tepat setiap malam turun ke bahagian-bahagian untuk menubuhkan JK Bahagian.Seminggu saya bawak Dr Ghazali turun pada hari Ahad di terus demam tak baik baik selama seminggu. Ingat lagi bagaimana sambutan hangat di Hulu Selangor dengan satu pertemuan beserta sesi dialog bagi penubuhan baru Parti Keadilan Nasional, nama nama seperti Pak Itam, Pak Abu, Nan dll lagi yang tinggal rasanya cuma Hunter. Di Sabak Bernam di Sepang dengan kerenah Pak Manaf sampai sekarang macam tu jugak, kisah Kuala Langat bagaimana seorang lupa pulak namanya teringin sangat nak jadi Ketua Bahagian, mengaku lawyer kenal orang itu kenal orang ini pehh..tapi semua tipu...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Asri Oh Asri...

Satu masa dulu nama Asri memang cukup popular, Dato' Asri pemimpin PAS tersohor satu masa dulu. Kemudian Ustaz Asri Al Arqam dengan kisah Bani Tamim dan Imam Mahadi.
Kini Dr Asri Bekas Mufti Perlis yang dikatakan pendokong utama ajaran Wahabi di Malaysia.
Kehangatan cerita bermula bila Dr Asri di tangkap oleh penguatkuasa JAIS dan di hadapkan di Mahkamah Syariah Gombak Timur tanpa caj dan dibebaskan.
Bagi penduduk Taman Seri Ukay , Ulu Klang agak terkeliru kerana penduduk dan masyarakat di sana yang membuat beberapa kali laporan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana rasa tidak senang mereka dengan kegiatan satu kumpulan yang dikatakan menyebarkan ajaran Wahabi melalui surau Taman Seri Ukay yang dikuasainya, kemudian kumpulan ini gagal mempertahankan penguasaan dalam pentadbiran surau dan terus membuat kegiatan di sebuah rumah pendokong kuat kumpulan tersebut.
Penduduk Taman Seri Ukay agak kecewa dengan drama yang berlaku, mereka memang berkehendakan JAIS bertindak atas laporan mereka tetapi cara JAIS bertindak menjadikan isu ini menjadi kronik. Mereka tidak menghalang seandainya kumpulan yang ingin mengamalkan fahaman wahabi teruskankanlah tetapi cara mereka yang cuba memaksa masyarakat mengikut mereka serta menghalang penduduk membuat amalan seperti biasa mengikut amalan sunnah wal jammah. Bagi masyarakat Taman Seri Ukay isu utama mereka adalah kumpulan pengamal ajaran wahabi ini telah memecah belah masyarakat dengan tindakan mereka.
Saya hairan dan kecewa kenapalah kita ni orang Islam tidak mahu benar-benar bersatu, pada sayalah yang kurang mendalami Ilmu Islam bukankah yang utama Iman, Laillahaill llawah, Muhammadarasullah. Benar benar yang Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasul Allah. Pertama yakin dan membenarkan yaitu dalam hati dan amalan perbuatan, kita nak beramal ikut mana mesti ikut yang nabi Muhammad tunjuk dan ajar. Bagaimana Nabi Muhammad ajar, adalah melalui hadis dan sunnahnya. Kekadang ada beberapa yang tidak jelas dan menjadi pertikaian ummat maka rujuk ajaran ulamak, itulah sebabnya pecahan kepada 4 mazhab utama Maliki, Hanafi, Hambali & Syafie banyak boleh diselesaikan. Kalaulah ada yang nak rujuk kepada selain 4 Imam yang utama ini rujuklah asal sahaja, Yakin Allah itu tuhan yang Satu , Nabi Muhammad itu Rasul Allah.
Kita banyak dengar isu bidaah, baca qunut bidaah, tahlil bidaah, salawat ada syaidina bidaah, berzanji bidaah, sunat tarawikh 8 bidaah dan macam-macam lagi. Pada pendapat sayalah bukankah kita ada banyak lagi masaalah yang lebih besar untuk kita atasi dan perangi, kalaulah masa yang kita gunakan untuk mempertikai antara satu sama lain kita guna dengan gabungkan tenaga dan fikiran untuk membantu ramai orang Islam yang langsung tak tahu solat dan mengaji rasanya amat- amat bermanfaat rasanya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 4 November 2009

Kes Mahkamah Yahya Sahri

Sedutan cerita akhbar Melayu mengenai kes Mahkamah Yahya Sahri

4 Ahli Politik Dihadapkan Mahkamah Atas Tuduhan Rasuah (kemaskini) Tv Selangor
Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional antara lima yang didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini di Mahkamah Shah Alam.
Dituduh melakukan rasuah atau pemalsuan dokumen, mereka ditahan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri ditahan bersama pembantunya kerana terlibat dalam pemalsuan invois-invois semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dahulu.
Pemalsuan invois tersebut bagi tujuan melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
Seorang lagi wakil rakyat BN, Yap Soo Sun yang merupakan bekas Adun Teratai dihadapkan dengan TUJUH pertuduhan selepas didapati mengemukakan permohonan peruntukan mengandungi butiran palsu untuk program perayaan yang tidak dijalankan, di empat lokasi, awal tahun lalu.
Seorang lagi ahli politik, iaitu bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Shari, 43, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan menipu membabitkan peruntukan bernilai RM50,000, tahun lalu.
Bagi tuduhan pertama, dia sebagai Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Karim Munisar, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality di sini, antara 1 dan 3 petang, 4 Jun 2008.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen palsu 'Resolusi Pembukaan Akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor' sebagai tulen di Maybank Bandar Sunway.
Dia dijamin RM10,000 dan perbicaraan kesnya ditetapkan 19 hingga 23 April depan.
Sementara itu, Pegawai Khas kepada Exco Selangor Ronnie Liew Thian Kiew, iaitu Wong Chuan How didakwa membuat tuntutan palsu ke Majlis Perbandaran Sepang untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu.
Wong dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.
Wong mengaku tidak bersalah dan mahu mempertahankan diri di mahkamah.
“Saya rasa Wong tidak ada apa-apa kes kerana saya tahu semua projek yang disebutkan dan saya tak nampak ada apa kesalahanya dari segi teknikal juga tiada apa tiada unsur rasuah,”katanya.
“Wang tersebut masih berada didalam akaun Pusat Khidmat beliau walaupun program yang direncanakan belum dapat dijalankan kerana pemohon program tersebut tidak berkesempatan untuk melaksanakanya,”jelasnya.
Hakim Seksyen Shah Alam, Mat Ghani Abdullah membebaskan semua tertuduh dengan ikat jamin.
Abd Rahman Bakri yang menghadapi lapan pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM 30,000 oleh seorang penjamin.
Manakala Yahya Mohd Shari yang menghadapi dua pertuduhan diperintah membayar wang jaminan RM 10,000 oleh seorang penjamin.
Sementara itu, Soo Sun yang menghadapi tujuh pertuduhan diperintahkan membayar wang jaminan RM25,000 oleh seorang penjamin.
Wong pula yang menghadapi tiga pertuduhan diperintahkan membayar wang jaminan RM 5,000 oleh seorang penjamin.
*RalatKenyataan TvSelangor semalam menyatakan bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri, 43, mengaku tidak bersalah atas kesalahan mengemukan invois mengandungi butiran palsu ke Pejabat Daerah Hulu Langat.
Invois itu bagi membekalkan barangan keperluan untuk program Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor tahun lepas namun pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.(Kesilapan amat dikesali)




Nafi menipu RM50,000 (my Metro)
SHAH ALAM: Bekas Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan RM50,000.Mohd Yahya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.Beliau selaku pengarah program, didakwa menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan itu bagi membiayai Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Gardenia Coffee House, Hotel Quality, Bangunan Peransang antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang, pada 4 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Mohd Yahya didakwa menggunakan dokumen iaitu ‘Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat Selangor’ sebagai tulen sedangkan dia tahu ia adalah palsu.Mohd Yahya didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lalu.

Orang BN, Pakatan dituduh seleweng dana DUN(Malaysia Kini)
Jimadie Shah Othman Nov 3, 09 8:42am
kemaskini 4.17pm Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi program yang tidak wujud. Lapan program itu meliputi bantuan kepada pelajar sekolah, penganjuran forum perdana dan sambutan Maulidur Rasul.Beliau, ketika itu ADUN Sungai Air Tawar, didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu antara 21 Januari hingga 18 Februari tahun lalu.Abd Rahman (foto kiri) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.Ahli parlimen Umno itu hadir sejak jam 8 pagi tadi di mahkamah tersebut dengan ditemani lapan ahli parlimen BN, antaranya Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Halimah Siddiq (Tenggara) dan Datuk Dr Mohamed Shahrom Osman (Lipis). Pertuduhan terhadap Abd Rahman dibacakan menjelang jam 1 tengah hari tadi.Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan tarikh perbicaraan pada 14 Februari depan.Sementara itu, pembantu Abd Rahman, Mohd Rosli Bushra pula didakwa bersubahat dengan majikannya membuat tuntutan palsu itu.Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan beliau diikatjamin dengan jumlah RM9,000.Mahkamah sama turut mendakwa bekas pegawai menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 bagi program sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu tahun lalu.Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu. Beliau mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000. Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub dan beberapa aktivis Pemuda PKR turut hadir memberikan sokongan kepada Mohd Yahya.Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How (foto kanan), dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.Wong, pembantu Ronnie Liu di DUN Sungai Pelek, juga dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000 bagi penganjuran satu perjumpaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di kawasan itu pada 19 Feb lalu.Hakim Syafeera membenarkan beliau diikat jamin RM10,000. Ronnie turut hadir ketika pertuduhan kes itu dibacakan kepadanya.Wong mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan. Kes tersebut akan dibicarakan pada 29 Mac depan.Kecuali Mohd Yahya yang didakwa bawah Kanun Keseksaan, kesemua mereka dituduh di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Keempat-empat tertuduh ini antara enam orang ahli politik dan pembantu mereka yang diseret oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke muka pengadilan berhubung penyelewengan dana kerajaan negeri untuk pembangunan DUN di Selangor.Sebelum itu Ronnie, sewaktu bercakap di luar mahkamah, berkata SPRM telah menjalankan siasatan terhadap 20 wakil rakyat Selangor dan turut merampas fail-fail daripada mereka."Wong adalah yang pertama, tetapi dia mungkin bukan yang terakhir," katanya.


8 tuduhan rasuah, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah (harakahdaily)
Harakahdaily Tue Nov 03, 09 2:23:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Nov:Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Abdul Rahman mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.
Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya yang lalu.
Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu,bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.
Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.
Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.
Selain itu, pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chuan How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.
Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.
Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.
Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.
Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dilaporkan telah menangkap lima orang termasuk bekas Pegawai Menteri Besar Selangor serta seorang anggota Parlimen Barisan Nasional dan akan didakwa hari ini.
Bekas pegawai MB itu ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan.
Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00, kata satu kenyataan SPRM semalam.
Menurut kenyataan itu, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini.
Selain itu, SPRM Selangor juga dilaporkan telah menangkap seorang bekas Adun dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Bekas Adun tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas Adun berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.
Selain mereka, turut ditangkap adalah seorang pembantu Exco kerajaan negeri Selangor dan seorang ahli perniagaan. Kedua-duanya juga akan didakwa.

Wakil rakyat BN, PR 'bermesra' di mahkamah(Berita Harian)

SHAH ALAM: Mereka mungkin sering bertikam lidah di Dewan Rakyat tetapi hari ini beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dilihat bermesra ketika hadir memberi sokongan kepada rakan masing-masing yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini. Mereka yang dilihat hadir ialah Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara), Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin)Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu), Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai). Turut sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng Sang, dan Ahli Exco Selangor, Ronnie Liu, kedua-dua daripada DAP.

Mereka yang dihadapkan ke mahkamah sama ada bagi pertuduhan rasuah atau menipu termasuk pembantu khas Liu, Wong Chuan How, serta Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, dan bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun, daripada BN. Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pula didakwa atas tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu. Sepanjang prosiding mahkamah berjalan, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan suasana terkawal.
Wartawan, kakitangan mahkamah, peguambela dan tertuduh serta penyokong masing-masing yang menunggu sejak jam 8 pagi resah apabila prosiding yang sepatutnya bermula pada 9 pagi tidak berjalan sehingga hampir tengah hari. Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, berkata beliau terpaksa mengambil masa kira-kira tiga jam untuk proses dokumentasi pendaftaran kes yang dihadapkan ke mahkamah hari ini. Prosiding mahkamah juga dijalankan di dua mahkamah berasingan sehingga mengelirukan wartawan dan menyebabkan hakim terpaksa menunggu sehingga peguam tertuduh yang sepatutnya hadir di mahkamah itu selesai prosiding di mahkamah lain. - Bernama

Bekas pegawai khas MB Selangor didakwa menipu(Utusan Malaysia)
SHAH ALAM 3 Nov. - Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan dan menggunakan dokumen palsu pada tahun lalu.
Mohd. Yahya Mat Sahri, 43, didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.
Perbuatan tertuduh sebagai pengarah sambutan itu telah mendorong Abdul Karim menyerahkan RM50,000 kepadanya di Gardenia Coffee House, Hotel Quality Bangunan Peransang di sini antara pukul 1 dan 3 petang, 4 Jun tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Mohd. Yahya turut didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat di Maybank Bhd. cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Josiendra Abu Senin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof memaklumkan anak guamnya memikul tanggungjawab dengan meletak jawatan walaupun wang sumbangan tersebut digunakan untuk manfaat masyarakat umum.
Katanya, Mohd. Yahya juga kini komited dengan kerja-kerja amal serta terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Syafeera membenarkan Mohd. Yahya dibebaskan secara ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 19 April tahun depan untuk perbicaraan.


Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 3 November 2009

MELAYARI BAHTERA SEBENAR PERJUANGAN

Hari ini 3 November 2009 (Selasa) bersamaan 5 Zulhijjah 1430 hari bersejarah yang dilakari dengan satu lagi pengalaman baru dalam kehidupanku yang kini menjangkau 43 tahun. Beberapa fasa kehidupan yang menjadikan aku lebih dewasa dan masak dengan pelbagai warna warni kehidupan, pengalaman kehidupan di sekolah rendah dengan penuh keindahan hidup kanak-kanak kampung cukup seronok. Berada di sekolah menengah dengan kehidupan di sebuah sekolah elit mengajar aku nilai kehidupan yang cukup mulia. Dunia kampus hanya menambah kedewasaan dalam alam remaja.
Fasa yang mencabar di dunia realiti dunia yang memang sebati dengan jiwaku iaitu dunia berbakti kepada masyarakat. Enam tahun disekolah rendah menjadi ketua darjah dan menjadi ketua murid, lima tahun menjadi ketua kelas di sekolah menengah, menjadi pengerusi dan ajk pelbagai kegiatan ko-kurikulum yang terutamanya pengakap serta menjadi class rep ketika didunia kampus banyak mengajar aku kini. Aku punya tekad untuk membantu masyarakat itu memang tekad aku.
Lepas dunia kampus aku bersama belia kampung aku Seri Tiram Jaya aku pimpin pergerakan belia kampung serta jadi ketua pemuda, pelbagai aktiviti daripada yang bertaraf kampung hingga bertaraf nasional. Aku mula bergelumbang dengan dunia politik sekitar tahun 1989 kini tahun 2009 cecah 20 tahun rupanya. Banyak aku pelajari terlalu banyak aku selusuri dan rasai.
Tahun 1998 tahun keramat aku mula menongkah arus dalam aliran politik negera demi keadilan aku bersama gelombang Reformasi...aku ingat lagi tengahari itu berita Anwar dipecat. Maghrib kumpul dirumah Anwar di kediaman rasmi TPM, daripad detik itu hingga kini. Pilihanraya 1999 aku bertanding dengan penuh semangat lawan Abu Hasan Omar (Tan Sri Dato') ketika itu dia adalah MB Selangor lawan tetap lawan lawan smapai menang. Pilihanaray 2004 rehat kerana langsung tak ada pulus. Bantu jentera pilihanraya Parlimen. Pilihanraya 2008 aku terajui jentera pilihanraya Selangor. Pada 9 Mac 2008 Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Mulai 12 mac 2008 aku berada di Tingkat 21 azam aku hanya satu berbakti pada masyarakat kerana Allah SWT. Setiap hari 20 hingga 40 oarang aku layani kehadiran tetamu, mesyuarat jangan kira daripada pagi sampai tengah malam. Cukup 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Selangor aku telah diminta untuk bercuti aku bingkas bangun dan meletak jawatan. Aku ambil tanggungjawab kerana ada sedikit masalah dalam penganjuran 100 hari Pakatan Rakyat Selangor.
Akhirnya hari ini sejarah baru aku lakarkan kerana aku dicaj di mahkamah sesyen Shah Atas kesalahan mempengaruhi Dato' Abd Karim Munisar, Presiden KDEB untuk sumbanagan RM 50,000.00. Caj Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Aku yakin dengan kebenaran serta keadilan akan terbukti, inilah bahtera kehidupan seorang pejuang pastinya akan diuji. Muga Allah merahmati kehidupanku.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 20 Oktober 2009

MENDEKATI MASYARAKAT





































Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Sabtu, 26 September 2009

CERITA RAYA 2009






Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 24 September 2009

SYAWAL 1430 - RAYA 2009

Ramadhan berlalu Syawal menjelma. SMS Raya bertalu-talu tak tahu berapa banyak pihak Telco dapat duit bila raya datang, kalau pengguna sms ada 2 juta sahaja setiap orang membelanjakan RM 5.00 maka pastinya RM 10 juta dibelanjakan pehhh... besar pak untuk tempoh 2 minggu.
Raya tahun ini banyak menyentuh perasaan ku..tahun pertama raya tanpa Almarhum Kekanda Yusof yang telah kembali kerahmatullah. Pada keluarga arwah lebih-lebih terasa, kakak iparku Hajjah Rahimah terasa begitu keseorangan. Muga Allah memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa Hj Mohd Yusof Shariff terima segala amal kebaikan serta terima segala ibadahnya, tempatkan rohnya dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa.
Alhamdullilah tahun ini aku sempat bawak Isteri dan Anak-anakku menziarahi semua adik beradikku..rumah abang , kakak serta adik-adik di Tg Karang, Sg Tekam Utara, Keratong, Labuan Dagang dan Bandar Baru Bangi.
Balik KL untuk memenuhi program rumah terbuka pulak...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 10 September 2009

KHATAM QURAN

20 Ramadhan 1430, Alhamdullilah lepas subuh pagi tadi dapat khatam juz terakhir. Tahun ini agak lambat hajat nak boleh 2 kali Khatam tapi rasanya tak boleh, kalau mula malam ini pun lepas raya jugak baru habis. Terpendam dalam hati untuk belajar Quran sedalam yang mungkin tapi setakat ini belum kesempatan, muga Allah ampunkan aku kerana kelalaian ini...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 4 September 2009

KPN: Dah tak ada orang lain yang layak jadi ketua..

Hari ini rakyat Malaysia menerima berita yang amat sedih kerana terpaksa menerima berita peyambungan kontrak KPN selama setahun lagi. Oleh kerana sekarang ini dalam bulan puasa maka para jemaah waktu more selepas solat sunat terawikh menjadikan berita sambung kontrak KPN sebagai tajuk utama untuk bersembang.
Apa topik yang dijadikan bualan;
1. Apalah Najib ni tak ada ke polis lain yang boleh jadi ketua..
2. Apa ke bagusnya Musa Hassan ni sampai 3 orang timbalan yang gigit jari...
3. Apa rekod yang cemerlang sangat sampai boleh sambung sampai 2 kali...
4. KPN ni pencen dia penuh...kan ke baik kalau dia bagi orang lain sama peluang untuk dapat pencen penuh...
5. Kes jenayah makin tambah...
Rata-rata bual bicara orang ramai rasa muak... muga Allah SWT memberikan kita rahmat serta berkat Lailatul Qadar satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan = 84 tahun...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA !

Merdeka minda, medeka jiwa , merdeka rakyat
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 26 Ogos 2009

MEDIA MALAYSIA DAH MABUK...BN kalah bukan satu berita

1.Alhamdullilah Ramadhan bulan penuh rahmat, muga Allah terus merahmati kita semua.
2.Semalam catatan sejarah sekali lagi terlakar dalam kacah politik tanahair, PAS kekal kerusi N11 Permatang Pasir, Permatang Pauh. Tahniah YB Hj Salleh Man muga dapat memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat .
3. Selama hampir dua minggu media menjadikan Permatang Pasir jadi bahan utama berita, pelbagai cerita, tulisan, catitan, ulasan , gambaran mengenai Permatang Pasir. Sebelum penamaan calon mengupas khidmat wakil rakyat sebelum ini, sapa bakal-bakal calon. Kisah nenek tua lah, kisah jalan rosaklah, cerita air lah, cerita suraulah, kisah masjid lah. Bila calon dah umum kupasan pasal calon, calon ini dah tua selalu kalah..calon ni muda profesional...peguam lawan peniaga serta pelbagai lagi...
4.Hari ini selepas pengumuman kekalahan BN ditangan PAS langsung tiada berita....TV tiada..Utusan dan BH...entahlah apa nak jadi dengan Media Malaysia..apakah berita BN kalah bukan satu cerita atau berita..atau hanya bila BN menang baru jadi berita...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 25 Ogos 2009

ANTARA TERBUKA DAN DISPLIN...

1. Alhamdullilah muga peroleh Lailatulqadar Ramdhan kali ini.
2. Baca komen YB Zul Nordin bagus la kalu nak pertahan seorang kawan semangat yang baik. Tapi betui ka cara dan tindakan yang Sdr Zul buat. Kalau kita nak kira hak asasi buat la, tapi kita perlu ingat tentang displin, saya ambik contoh dalam permainan bolasepak contoh pasukan Selangor;
i. Satu masa dulu Akmar Reza pernah main untuk pasukan Selangor jadi penyerang kini main untuk pasukan KL Plus ke kalu tak silap. Masa dia main untuk Selangor semua teman sepasukan memberi sokongan yang padu, Amri Yahya dan yang lain hantar bola kat dia pastikan dia boleh score , sekarang bila KL Plus lwn Selangor boleh ke Amri beri laluan untuk Akmar kerana semangat sukan..boleh ke...kerana Akmar kawan Amri..ini pulak hak asasi ni Akmar berhak score gol..betul ..ke ini macam.
ii. Sdr Zul kena belajar sesuatu sampai hadam jangan belajar ilmu separuh masak, semua hentam sama aje...sebagai Peguam serta pengamal undang-undang memang benar seseorang itu adalah hanya bersalah bila telah dibuktikan dia bersalah, tetapi dalam politik tidak boleh bertindak sebagaimana mahkamah.
iii. Seorang tukang masak tidak boleh mengaku dia terror masak semua benda, tukang masak tomyam ok bab tomyam dia handal..tapi suruh masak asam penas tak jadi beb...
iv. Sdr Zul Nordin saya rasa perlu menghadamkan bahawa setiap organisasi dan parti punya peraturan serta undang-undang. Sebelum seseorang masuk mana-mana parti diberhak membuat pilihan tetapi bila dia telah masuk sesuatu parti atau organisasi kita kena patuh mengikut displin parti tersebut.
v . Saya ketika mana-mana kawan yang keluar parti saya tak marah itu hak dia, tapi bila ada kawan pertahan dia bila mana dia hentam parti saya tidak setuju. Saya hendak cadangkan Sdr Zul Nordin sepatutnya mencadangkan kepada sahabat intemnya Radhi untuk melepaskan jawatan exco walaupun jawatan exco itu Sultan yang lantik tetapi adalah cadangan YAB MB kerana kedudukan parti memerintah, Sdr Zul juga patutnya mencadangkan kepada Radhi untuk letak jawatan ADUN kerana pengundi menggundi lambang Parti Keadilan Rakyat bukan gambar muka dia. Saya juga ingin mencadangkan kepada Sdr Zul Nordin kalau dia hendak tingggalkan Pakatan Rakyat dan mennjadi MP Bebas beliau juga kena letak jawatan MP.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 24 Ogos 2009

PERJUANGAN PLASTIK...Selangor berhati-hati

1. Alhamdullilah puasa hari ketiga.
2. Dalam satu kuliah subu ustaz respon pada soalan jemaah pasal Melayu, ustaz kata kalau Melayu tidak taat dan patuh pada perintah Allah maka kaum itu akan diganti dengan kaum lain yang sayang dan cintakan Allah. contoh kaum aad dan samud. Maka kalau Melayu nak terus dihormati hanya satu jalan saja iaitu taat dan patuh pada Allah SWT.
3. Hari ni kecoh satu Malaya YB Radhi Padang Serai Adun Lunas keluar Parti Keadilan Rakyat, banyak pelajaran yang perlu kita belajar dalam memimpin parti atau mana-mana organisasi;
i- Kisah Radhi ini bukan baru sejak hari pertama PR memerintah Kedah dan timbul cerita dia
nak lompat. Rundingan dengan Mahathir Khir terlaksana dengan baik dan mantap. Malah dia
telah ajar beberapa kawan ADUN lain untuk lompat sama. Tapi parti buat apa, UMNO tawar
duit dan jawatan timbalan MB. Betulah kita kata perjuangan tapi sejauh mana orang macam
Radhi boleh tahan dengan tawaran-tawaran lumayan, orang yg tawar cakap terimalah
peluang datang cuma sekali apa PR boleh bagi...dah hampir 2 tahun apa ..hang dapat ..patut
jadi EXCO dah kaya raya..hang ada apa...bla..bla..bla. Pada saya pimpinan patut ambil
langkah berani iaitu ambil tindakan displin sejak awal.
ii -Kisah Jamaluddin dan Osman di Perak patut kita belajar, tapi kita simpan semua bawah
karpet. Akhirnya Perak kita hilang pemerintahan, kerana apa .... ketidakcerdikan sendiri.
iii -Lompat bermula dengan kisah Wan Indera Putra, Hj Bam ni zaman PRK Port Dickson
Ruslan Kassim akhirnya lan pun lompat jugak. Marina Yusoff , Chandra, Lokman, Hamdan,
Hanafiah, Ezam, Ghani , Nazmi, Sd dll.
iv. Apa respon kita, maka pelbagai kutukan kita hentam. Cukup ke dengan itu. Apa program
pengukuhan ahli yang kita buat. Apa program kebajikan yang telah kita lancarkan sekarang
setelah kita mula menampakan diri untuk memerintah.
4. Saya cukup yakin apa yang berlaku di Lunas hanya satu tektik, BN bukan nak tembak Kedah,
ambil kedah rugi tak ada hasil, sekarang KB UMNO untung pasal semua projek Federal turun
melalui KB. BN nak tembak Selangor, kita sibuk Lunas maka UMNO akan ambil Selangor. Ada
hujah kata nak ambil Selangor susah pasal perlu 9 kerusi. Pada saya cukup mudah BN bukan
perlu tawar dan jaga 9 tapi perlu tawar dan jaga 3 sahaja. Apa itu 3..kenapa 3... saya ada
jawapannya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Ahad, 23 Ogos 2009

KULIAH SUBUH H1N1- HARAM 1 NAJIS 1

1. Alhamdullilah Puasa hari kedua.
2. Semalam berbuka puasa kat rumah mertua bersama keluarga dan ipar duai serta anak-anak sedara.
3. Solat sunat terawikh di Taman Bunga Raya.
4. Hari ini buka puasa kat rumah sebelum memenuhi jemputan majlis-majlis berbuka puasa yang telah siap sedia.
5. Subuh hari ni, Mohd Haiqal tak ikut bangun sahur dia mandi kemudian sementara tunggu subuh tidur kejut tak bangun.
6 . Kuliah subuh Ustaz Dr Adnan kupas hadis drp Imam Nawawi berkenaan Iman. Percaya dan Yakin kepada sekelian Rasul. Rasul menyampaikan agama kerana agama tak boleh dibelajar hanya sekadar guna logik akal. Ahli falsafah yang terkenal Aristotle, Pluto, Carl dan sebagainya hanya sekadar mentafsir ilmu yang di atas sahaja. Dunia satu pelabuhan sahaja untuk sampai satu destinasi yang utama dan kekal, macam satu drama/ filem akhirnya samada happy ending / sad ending. Dunia seperti permainan itu tempat seronok sahaja, maka Rasul menerangkan kaedah menggunakan dunia agak akhirnya kita dapat happy ending dan menjadikan padang permainan seronok yang menguntungkan.
7. H1N1 - HARAM 1 NAJIS 1.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Sabtu, 22 Ogos 2009

TERAWIKH

1.Alhamdullilah, hari ini hari pertama Ramadhan
2.Semalam Jumaat selepas ambik anak Amirah Sariyati balik daripada asrama terus ke Tanjung Karang solat jumaat. Lepas solat jumaat mesyuarat AJK cabang Tg Karang untuk atur program bulan puasa dan hariraya.
3. Malam tadi solat sunat terawikh di Surau Al Ikwan Taman Samudra, lama tak ke surau Taman sendiri. Haiqal ikut sekali begitu seronok dia , dalam perjalanan dia tanya terawikh berapa rakaat , kat surau ni 8 rakaat..haiqal jawab lapan aje tak banyak...aku kata boleh buat 20 ada masjid dan surau buat 20..haiqal jawab..20 aje yang boleh buat...tak banyak..kalau 1000 baru banyak... kat surau tengah salawat aku jeling kat saf budak-budak aku tengok dia tekun..aku ingatkan yang jerit-jerit kat luar surau termasuk haiqal rupanya tidak...muga jadi anak soleh.
4. Hari ni haiqal puasa...subuh tadi ikut pegi surau Taman Selaseh...haiqal kata kita jalan kaki aje ke ayah..aku kata senamam pagi..dia seronok...
5. Kuliah subuh Dr Adnan kupas banyak perkara...yang utama orang Islam tak banyak mengkaji apa yang Quran sebut...contohnya kisah Nabi Yusoff...cara komunikasi dan psykologi abang-abang Nabi Yusop bila bawak baju yang berlumuran darah...Abang-abang nya berkata pada bapanya percayalah...ini ayat orang utk menipu. Ada 3 kisah yang mengaitkan baju dalam cerita Nabi Yusof, i. Baju yang berlumuran darah ii. Baju koyak belakang iii. Bajunya yang diberikan kepada bapanya untuk disapukan pada mata bapanya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN Bulan Mulia, Rahmat dan Keampunan

Maghrib hari ini akan bermulanya bulan Ramadhan bulan yang Mulia, bulan penuh istimewa, bulan penuh rahmat, bulan penuh keampunan. Malam ni kita mula solat sunat terawikh solat sunat ni cukup istimewa kerana ia hanya dibolehkan pada bulan Ramadhan, solat sunat yang digalakkan berjemaah. Doalah muga kita digolongkan pada insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk terus dapat beramal dan mendapat rahmat serta rahim Nya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA : Insyaalah Khatam Quran Ramadhan ini

Ramadhan datang lagi, banyak amal ibadat, kalau boleh kurangkan aktiviti luar itu azam setiap tahun bila awal puasa. Insyaalah tahun ini boleh khatam Quran lagi.
1. Al quran ada 604 muka surat
2. Sebulan Puasa ada 30 hari.
3. Satu hari baca 20 muka
4. Satu hari ada 5 waktu solat
5. Setiap waktu baca 4 muka - 4 m/s x 5 waktu = 20 x 30 hari= 600
6. Baca Quran ni sedap, rajin sikit boleh Khatam 2/3 kali.
7. Ini cara aku , ada banyak cara baca ikut juz pun boleh.
8. Solat sunat jangan lupa, pagi Israk, Tengahri Duha, sebelum dan selepas Solat, malam Taubat, hajat, Tahajjud. Muga Allah merahmati...
Selamat Berpuasa.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

KONVENSYEN ZAKAT : Intergriti di yakini, Institusi Zakat dihormati


Alahamdullilah pagi semalam Rabu 19 Ogos 2009 hadir dalam konvesnyen Zakat bertempat di Hotel Bluewave Shah Alam.

1. DYMM Sultan Selangor berkenan merasmikan Konvesyen

2. Enam kertas Kerja dibentangkan daripada tokoh-tokoh agama, pemikir dan ahli akademik.

3. Jumpa ramai teman-teman agen zakat dan pegawai Pusat Zakat Selangor.

4. Sembang dengan beberapa pegawai Istana Dato' Munir, Tengku Sulaiman, Rohaisam dan Adib semua kata hilang aje tak muncul-muncul.
5. Beberapa pegawai kanan Kerajaan Selangor tegur Dato' Suk, Dato' Arif, YDP dan Datuk Bandar.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 14 Ogos 2009

PERGI TAK KEMBALI...

1. Muga Allah SWT meletakan roh Allayarham Sdr Asri Rabbani bersama para solehin. Masa hayatnya beberapa kali aku jumpa dia, beberapa kali berbincang terutama ketika zaman kumpulan nasyid tengah merosot. Aku bersama dua tiga kawan memberikan saranan bagaimana artis nasyid boleh menjadi ikon baru dalam membina masyarakat. Alhamdullilah selepas daripada itu nasyid mendapat tempat. Beberapa kali Rabbani buat show yang aku panggil tanpa bayaran. Sedih kehilangan seorang pejuang seni...lebih-lebih orang jawa yang punya semangat juang yang tinggi. Al- Fatihah...
2. Semalam menyampaikan ucapan dan sumbangan dalam program Mesra Usia Emas Parlimen Tg Karang. Aku nyatakan ini merupakan program kebajikan yang menjadi tumpuan utama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
3. Malam bersama teman-teman DPIM Selangor dalam meraikan kejayaan teman-teman dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi DPIM.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 12 Ogos 2009

SAPA KHIANAT SAPA, ANWAR KHIANAT MELAYU ?

Saya nak setuju dulu dengan emosi UMNO mengatakan Anwar pengkhianat Melayu. Tapi apa yang dikhianati oleh Anwar , Apakah Anwar kaut projek berbillon ringgit, Anwar ambik beribu ekar tanah, Anwar kuasai saham korporat dan saham mewah..entahlah mana satu kalau semua tu ada saya pun nak ikut demo bersama Khairi Jamaluddin.
Tapi rasanya kena buat demo dan buat banner kata begini TUNKU ABD RAHMAN, TUN RAZAK, DR MAHATHIR, PAK LAH & NAJIB PENGKHIANAT MELAYU... kerana pada pandangan saya begini;
1. Tunku punya pasal berlaku 13 Mei, kerana tak mengurus dan mentadbir negara dengan kemas.
2. Tunku punya pasal Singapura milik Tanah Melayu di serah pada orang Cina.
3. Tun Razak pergi melawat China hasilnya semua orang Cina dapat Kad Pengenalan dan Warganegara Tanah Melayu.
4. Dr Mahathir lepaskan banyak tanah rezab Melayu atas nama pembangunan tapi akhirnya dapat kat tauke cina dan India.
5. Dr M atas nama pengkopratan memerikan banyak bisnes strategik kepada orang bukan Melayu. Sapa kawal telekomunikasi serta pendataan Malaysia.
6. Pak Lah melalui projek Iskandar Malaysia atas alasan liberasasi ekonomi memberi ruang penguasaan ekonomi Melayu bertambah kecil.
7. Najib berselindung atas nama keselamatan negara merompak wang negara dengan memanupulasi kontrak pembelian Jet Pejuang Sukoi , kapal selam, senjata serta peralatan pertahanan negara. Semua pembelian senjata serta yang melibatkan ketenteraan adalah sulit tak boleh orang kacau.
Jadi semua pengkhianat Melayu. Sasaran 30% penguasaan ekonomi Melayu gagal kerana semua mengkhianati Melayu.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

DYMM RAJA PERLIS : Keberangkatan Pulang

Raja dan Sultan dia tak Makan dia Santap, dia tak Mandi dia Bersiram, Dia tak Tidur dia Beradu...tapi kentut tak dia..
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 11 Ogos 2009

SEMINAR PEMBANGUNAN HARTANAH ISLAM : DPIM, UIAM, IKIM, PERSATUAN PEMAJU HARTANAH SELANGOR, JCORP anjuran seminar di dewan IKIM.




Selasa 11 Ogos 2009 bertempat di dewan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seminar pembangunan hartanah dari perspektif Islam telah berlangsung dengan majlis dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Saya telah menjadi pengerusi bagi 10 kertas kerja yang dibentangkan secara terus tanpa henti.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

DPIM: Mesyuarat Agong Kali ke 16, menguruskan pemilihan.






Dewan Perdagangan Islam Malaysia telah mengadakan mesyuarat Agong Kali ke 16 pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Beberapa jawatan utama dimenangi tanpa ditandingi, Pengerusi Tetap : Sdr Romli Ishak (DPIM Selangor) , Presiden: Tengku Tan Sri Dato' Seri Ahmad Riuthdeen, Timbalan Presiden: Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim (DPIM Johor), Naib Presiden 5 calon bertanding keputusan akhir dimenangi oleh Dato' Dr Latiff Awang (DPIM Terengganu) Hj Md Shah Amin (DPIM Selangor) Hj Mukhti Syubari(DPIM Sabah), Ahli Majlis Tertinggi 18 calon bertanding 5 yang terpilih adalah Datuk Hajjah Ilani Isahak (DPIM Kelantan), Hj Muhammad Sahar Mat Din (DPIM Selangor) Hj Jamaludin (Biro Korporat) Dr Ammar (DPIM Kedah), Datin Majidah (DPIM Terengganu). Ketua operasi Jawatankuasa Pemilihan Sdr Sarifuddin Muis.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA: DPIM menganjurkan Majlis Santapan Diraja sempena Ulangtahun ke 15 DPIM



Sabtu 7 Ogos 2009 bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam Majlis Santapan Diraja yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia sempena ulangtahun ke 15 penubuhan DPIm telah berlangsung di dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Tetamu diraja adalah DYMM Sultan Perlis dan DYMM Raja Perempuan Perlis. Antara orang kenamaan yang turut hadir adalah YB Dato' Dr Abdullah Mat Zin Penasihat Agama YAB PM, YAB MB Perlis Dato' Seri Dr Md Isa Sabu, Yb Dato' Seri Azmi Khalid, Yb Tn Hj Yaakob Sapari, Yb Senator Ahmad Husin, Yb Dato' SUK Perlis, Tengku Tan Sri Ahmad Riuthdeen, dato Seri Yusoff Latiff, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dll. Selingan hiburan dua kumpulan telah memberikan persembahan kumpulan muzik bale-bale dan pertunjukan busana muslimah Ana Solehah.