Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar... Walilahilham.....
Jutaan tetamu Allah kini berada di Arafah..satu..warna..satu kalimah...satu niat..
Bergerak ke Mudzalifah untuk mabit disana pada tengah malam...kemudian terus ke Mina..maka akan berlaku asakan yang padat bila hari melontar Jamrahtul Akabah di mulakan...ada yang akan lakukan nafar awal bila hari melontar ketiga-tiga jamrah dibuat, boleh terus tinggalkan Bumi Mina dengan balik ke Mekah dan buat tawaf haji....tetapi bagi Jemaah Malaysia jarang dibuat kerana Jemaah Malaysia antara Jemaah yang patuh dengan arahan kecuali beberapa Jemaah yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki daripada Jamarah ke Masjidil Haram Mekah...pengalaman yang saya lalui tak jauh mana lebih kurang 45 minit atau 1 jam jalan kaki bagi yang masih bertenaga muda.
Di Mina...
Hari ini memang teringat dan terkenang semua peristiwa bersama beberapa teman naik diatas van daripada Mina ke Masjidil Haram satu orang 30/50 rial pada hal pada waktu biasa cuma 2 rial sahaja. Ikut pengalaman tak boleh berkenderaan 2/3 jam belum tentu sampai kerana jalan begitu sesak, berjalan kaki jauh lebih mudah. Pengalaman malam tidur di atas jalan dipersekitaran kawasan Jamrah.
Peritiwa hujan lebat di Mekah memang pengalaman ngeri dan indah. Mulanya angin yang cukup kuat berpusing-pusing ketika itu masih di kawasan Jamrah. Keluar daripada kawasan Jamrah terus berjalan kaki menggunakan tempat pejalan yang berbumbung , hujan mula turun dengan lebat, air begitu deras sekali mengalir daripada lereng-lereng bukit, ialah di Mekah semua bukit batu gondol bukan ada pokok dan rumput. Kelihatan anak-anak Arab Mekah yang jarang jumpa hujan begitu seronok sekali bermain hujan, tetapi di tak tahu bahayanya kerana air begitu deras. Dijalan raya air mula penuh, terutama di kawasan memasuki terowong telah banyak kereta yang ditengelami air, maklumlah bumi Mekah bukan ada longkang jadi air terus memenuhi jalan raya. Mengikut khabar angin yang diterima daripada Mina yang hanyut bersama arus deras tetapi tiada pengesahan berita. Logik memang ada kerana jalan keluar daripada kawasan jamrah ke kawasan khemah-khemah jemaah jalannya menurun sampai ke terowong mua'sin, kepadatan orang yang tak terkira memang menggundang pelbagai cerita.
Meredah Hujan di Makkah...
Bersama teman-teman jemaah antaranya yang masih ingat Cikgu Mohammad, sorang tu daripada Kangar, sorang tu askar, Pak Ibrahim Bandar Tun Razak, lagi Sorang tu daripada Terengganu. Kami ambil langkah berhenti sekejap kerana air mengalir begitu deras diatas jalan. Kemudian teruskan perjalanan kerana melihat hujan berterusan akhirnya berhampiran Masjid terus meredah hujan. Peristiwa yang tak dapat dilupa adalah bertemu dengan seorang Makcik yang begitu tertekan kelihatannya, bila ditanya dia telah terputus daripada teman-teman jemaahnya. Aku mengambil keputusan bersama-sama teman yang lain untuk membantunya, kami bersama menjinjit beg yang dibawa oleh Makcik ni. Akhirnya sampai di Masjidil Haram terus tanya pada makcik tu mana maktab, mana hotel dia pun mana nak tau..nasib baik sistem Tabung Haji Malaysia agak baik tanda nama makcik tu ada nama Maktab dan Hotel penginapan maka bersama kawan yang dariapada Perlis tu terus hantar Mak Cik tu...sampai kat bilik hotel, kawan-kawan Mak Cik tu dah ada dah kat hotel....Mak Cik tu pun punyalah lega ucap terima kasih tak putus putus nak bagi duit lah kami kata ini tugas kami...
Jumpa Malaikat Agaknya...
Beberapa pengalaman serta peristiwa di kawasan tawaf ketika menunggu waktu solat masih segar dalam ingatan. Satu hari tu ketika tunggu waktu maghrib tengah baca Quran kemudian datang sorang tua katanya daripada Yaman, dia bekerja jadi pemandu sebuah syarikat.Dia memberikan aku beberapa amalan dalam Al Quran antaranya dalam surah Al Baqarah, surah Ali Imran, Surah Yussof tapi yang juga agak menghairankan lepas saja dia berikan ayat-ayat itu yang aku tulis dalam buku nota kecil, azan maghrib lepas tu solat, tak sempat nak ucap terima kasih dan bersalam dia bangun dan terus tidak kelihatan. Ketika itu rasa biasa saja sebab lepas solat sunat terus tawaf sunat sementara tunggu Isya'. Lepas solat Isya terus balik bilik kerana perut lapar, sebelum tidur...ha baru teringat nama kawan-kawan Hj.Rofi, Hj Razi..bercerita pada kawan-kawan peristiwa jumpa dengan lelaki Yaman yang bagi beberapa amalan ayat quran tu..dia orang cakap agaknya dia tu Malaikat tak...kalau lah betul...masaallah...apa sal lah aku tak peluk dia...
Mencium Hajatul Aswad....
Tawaf di Kaabah tak sukar mana..yang jadi sukar adalah bila pusingan sampai di kawasan Hajatul Aswad...tempat ini memang jem sesak ada yang bertindak kasar kerana hendak membuat ibadat...rasanya tak berapa betul..sepatutnya nak beramal kena dalam tekun dan tawaduk. Aku ingat lagi pesanan guru-guru semua benda adalah hak Allah milik Allah jadi bila berkehendakan dengannya mesti mintak daripada tuan punyanya. Maka aku setiap kali berhajat hendak cium hajatul aswad pegi belakang makam ibrahim solat sunat dua rakaat kemudian doa pada Allah untuk dapat cium hajatul aswad..Aku suka masuk melalui sebelah pintu Kaabah bergerak mengiring kekiri berdiri sahaja sambil zikir dan doa tak perlu tolak orang hanya perlu tahan sikit tolakan orangramai sambil tu betulkan posisi sedikit demi sedikit akhirnya kita akan sampai depan hajatul aswad yang kita cari-cari...Alhamdullilah cara ini memberikan aku peluang mengucup dan mencium batu hajatul aswad. Lepas kucup dan cium keluar dan pergi sujud syukur dan solat sunat. Ada banyak tempat-tempat yang diketegorikan tempat mustajab untuk berdoa antara hajatul aswad dan pintu kaabah, depan pintu kaabah, bahagian bawah sebelah kanan pintu kaabah, di telaga zam-zam mana posisi telaga zam-zam kalau tak silap bila kita menghadap pintu kaabah sebelah kanan maqam Ibrahim udur sedikit daripada maqam Ibrahim dalam 5 petak batu mar-mar kemudian bergerak kira-kira 12/13 petak mar-mar akan ada tanda kat batu mar-mar tu macam mar-mar tu boleh diangkat. Tempat yang agak sukar berdoa di bawah pancur emas, serta di kawasan hijir Ismail ini adalah kawasan kaabah juga asalnya. Tempat lain adalah di balik pintu kaabah, asalnya dulu ada juga pintu tetapi sekarang terus ditutup, juga di bucu yang dikenal sebagai rukun yamani. Tempat-tempat ini dikatakan mustajab, tetapi tidak mudah untuk dapatkan posisi untuk solat , berdoa, mengucup dan sebagainya tetapi kalau nak mudah buat langkah ini...bila tengah ada jemaah tengah solat kita jaga dia atau kawal dia agar tidak dirempuh dia akan solat dengan tenang kemudian dia bangun kita pulak masuk solat...
Pengorbanan Nabi Ibrahim patut dicontohi,
Ketaatan Nabi Ismail wajar diikuti,
Kesetiaan Siti Hajar lambang Kasih Sejati,
Nilai Taqwa jadi Saksi.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan