Yang Kaya Bertambah Kaya
Yang Miskin Papa Kedana..
Kalau Bukan Hari Ini, Hari Esok
Kalau Bukan Bulan Ini, Bulan Depan
Kalau Bukan Tahun ini, Tahun Depan...
Mereka Boleh Tangkap Saya, Mereka Boleh Tahan Saya,
Tapi Mereka Perlu Ingat Satu Anwar Hilang akan Tumbuh 1000 orang Anwar...
Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Menang...
Antara ungkapan keramat yang membangkitkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan serta menuntut perubahan kepimpinan negara. Semangat rakyat terus membara rakyat bangkit menolak kezaliman. Medan pilihanraya menjadi pertaruhan, cabaran pimpinan UMNO agar penyokong dan pendokong Anwar yang menganjurkan Reformasi setiap petang sabtu juga setiap hari pembicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar menubuhkan parti politik mendapat sambutan terus. Pelbagai parti cuba didaftarkan antaranya Angkatan Reformasi Malaysia, Parti Malaysia Baru, Parti Keadilan Insan dan lain-lain namun satu pun tidak mendapat balasan serta jawapan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Datin Seri Dr Wan Azizah menjelajah seluruh negara juga keluar negara hanya bergerak atas nama NGO yang tidak didaftarkan iaitu ADIL, sokongan kepada kewujudan ADIL cukup meriah dalam masa tidak sampai 2 minggu pendaftaran sokongan mencecah 25,000 orang. Namun akhirnya dengan penuh hati-hati hasil perancangan strategi yang licik sebuah parti yang dormant dapat diambil alih, Parti Jemaah Islam Malaysia yang didaftarkan di Terengganu dapat di tukar nama kepada Parti Keadilan Nasional dengan menukar keseluruhan Pimpinan Tertinggi Parti serta menukarkannya dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Dato Dr Wan Ismail. Tidak ramai yang mengetahui siapakah orang yang memainkan peranan penting dalam proses mengambilalih parti. Setahu saya Kak Wan dan Anwar pun tak tahu sampai sekarang. Mereka ini masih menyokong sereta mendokong parti tetapi tidak pernah dihargai.
Sepatutnya sambil kita melihat kehadapan sesekali menoleh kebelakang dengan jelingan manja ohhh.. rupanya ada manusia yang memainkan watak-watak utama ala tok dalang wayang kulit yang beraksi dibalik layar tapi berperanan cukup bermakna serta berkesan. Sampai masanya satu proses penulisan semula sejarah Reformasi dan Kewujudan Parti Keadilan Nasional yang kini Parti Keadilan Rakyat ditulis dan dibukukan. Inisiatif sepatutnya untuk menjempt serta memanggil bekas Presiden Parti serta pimpinan parti yang telah bersama menubuhkan parti sebelum , semasa dan selepas 4 April 1999 dalam setiap Mesyuarat Agong dan Kongres Tahun sewajarnya perlu dilaksanakan, tanpa jiwa serta hati-hati ikhlas daripada pengasas parti kita semua tidak akan ada parti tentunya tidak akan boleh kita bertanding dalam pilihanraya.
Saya lagi ku ingati Pejabat Urusan parti di Seksyen 14 Petaling Jaya kemudian barulah pindah ke Phelio Damansara. Pejabat itu banyak kenangan, mula di seksyen 14 PJ satu pertemuan untuk menguruskan pembentukan Perhubungan Negeri Selangor maka satu mesyuarat sulit di sebuah rumah di Damansara, bertemulah kami sekitar 11 orang untuk bersetuju membentuk dengan rasminya JK Perhubungan Negeri Selangor dengan melantik Dr Ghazali Basri selaku Ketua Perhubungan, Ezam Timbalan Ketua, Idrus Wan Cik Ketua Pemuda, Anemah Ferrar Ketua Wanita, Yahya Sahri Setiausaha Perhubungan serta melantik beberapa orang untuk menubuhkan Bahagian-bahagian antaranya PJS Ezam, Dr Ghazali Sepang, Yahya Kuala Selangor, Sarifuddin Budin Hulu Selangor, Abdullah Sani Ampang Jaya kemudian ada 2 kali mesyuarat di Sek 14 dan akhirnya mesyuarat penuh Ketua-Ketua Bahagian di rumah Dr Ghazali Basri di Sg Merab Kajang dengan Asmadi Salleh Kuala Langat, Ahmad Mustafa Hulu Langat, Serdang Hj Yaakob Sapari, Tg Karang Hj Maie, Haji Jamali Kapar, Azman Hussien Shah Alam, Azmin Ali Gombak ada beberapa bahagian yang belum ada Ketua antaranya PJU dan Subang Jaya. Ketika ini Selangor ada 17 Kawasan Parlimen jadi ada 17 Bahagian.
Mula daripada tarikh tidak ingat tarikh tepat setiap malam turun ke bahagian-bahagian untuk menubuhkan JK Bahagian.Seminggu saya bawak Dr Ghazali turun pada hari Ahad di terus demam tak baik baik selama seminggu. Ingat lagi bagaimana sambutan hangat di Hulu Selangor dengan satu pertemuan beserta sesi dialog bagi penubuhan baru Parti Keadilan Nasional, nama nama seperti Pak Itam, Pak Abu, Nan dll lagi yang tinggal rasanya cuma Hunter. Di Sabak Bernam di Sepang dengan kerenah Pak Manaf sampai sekarang macam tu jugak, kisah Kuala Langat bagaimana seorang lupa pulak namanya teringin sangat nak jadi Ketua Bahagian, mengaku lawyer kenal orang itu kenal orang ini pehh..tapi semua tipu...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan