Rabu, 29 April 2009

TAHNIAH DR MANSOR....

Bakal Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akhirnya ditemui, kawan lama aku Dr Mansor Osman calon yang dinanti-nanti..Teringat aku zaman reformasi..sebelum tubuh parti setelah beberapa kali perbincangan di Kuala Lumpur maka...aku bersama beberapa teman..Hj Mat Ghazali..bergerak kebeberapa negeri...ke Pulau Pinang....malam tu sampai..kat Penang..terus ...menyeberang Jambatan arah ke Airport..telefon..akhirnya sampai dirumah Dr Mansor..malam tu tidor rumah dia..Kak Aisyah kalu tak silap isteri Dr M siapkan air dan tempat tidor...sebang sat..dah lewat..tidoqlah...subuh bangkit..solat kat surau..apa nama..nama macam nama ikan...

Sejak daripada tu..pagi pi Balik Pulau..kemudian ..pi Permatang Pauh...daripada Penang bergerak ke Kuantan..tempat Wan Jusoh..jumpak..beberapa orang...Mak Dato Fauzi belanja makan..lat beberapa hari..bawak ..Kak Wan ke Kuantan...kemudian ..kita atur road show..ke Melaka..rumah Ustaz , kemudian Tampin...

Muga Dr M akan dapat berkhidmat sebagai ADUN dan TKM1 dengan baik...sebagaimana harapan baru rakyat penang...saya tau..Dr M..org yang bijak...

Selasa, 28 April 2009

SISTEM : BERSALAM MEMBAZIR..?

28 Mei 2009 hari ni masuk hari kedua ceramah kat Batu Pahat semalam menyentuh berkenaan proses membuat Jaringan Perniagaan serta penggunaan ICT dalam memperluas Pasaran Bisnes, hari ni menyentuh berkenaan peranan Sumber Manusia yang mesti diurus dan ditadbir dengan baik bagi membangkitkan satu kefahaman serta budaya kerja yang berkesan dalam mencapai objektif Syarikat.

Sistem Nilai saya bangkitkan dalam membuat penilaian terhadap analisa prestasi wargakerja. Apakah nilai wang dan duit sahaja yang boleh menjadi ukuran kepada sistem organisasi dan kehidupan kini. Peserta membangkitkan berkenaan angpaw yang diterima oleh anak-anak kita masa hari raya,yang kini kita jadikan satu budaya semacam sukar untuk kita kikis dan bendung. Seolahnya bila menjelang hari raya sudah menjadi kelaziman maka ia menjadi satu aktiviti mengumpul wang. Sedangkan Hari Raya adalah sebahagian ibadah..bukankah masa hari rayalah satu-satu waktu yang semua orang samada miskin atau kaya bersedia membuka rumahnya untuk menerima kehadiran tetamu, bagaimana keadaan pun semua orang akan membuat persediaan untuk menerima tetamu, malah kehadiran tetamu adalah untuk ziarah serta bermaaf-maafan..inikan ibadah..hadir membawa rahmat pulang meninggalkan berkat..inilah Nilai..namun nilai ini diketepikan...inilah yang menjadikan kita akan hidup dalam satu budaya yang perkiraan nilai hanya semata-mata duit dan wang...

Maka kira-kiranya...bila kita membilang waktu dan ketika hanya berdasarkan wang kita akan ketinggalan...pasal apa nak bersalam..ia tak produktif, tadi dah salam kenapa nak salam lagi...kalau pemimpin yang datang satu majlis atau program itu satu sumbangan besar..kalau rakyat marhain..ia memang kemestian..bukankah..orang kecil dan orang besar mesti saling bersatu...

Kekalkan modal RM300j - BNM

Kekalkan modal RM300j - BNM
KUALA LUMPUR 27 April - Bank perdagangan yang baharu perlu mengekalkan dana modal minimum yang tidak akan terjejas oleh kerugian sebanyak RM300 juta pada setiap masa, demikian kata BNM hari ini.

Bank perdagangan itu hendaklah diperbadankan di Malaysia dan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Mengenai pegangan saham asing, bank perdagangan itu dibenarkan memegang ekuiti asing sehingga 100 peratus, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sehingga dua lesen perbankan perdagangan baharu akan dikeluarkan kepada peserta asing yang berkelayakan dalam bidang perniagaan khusus bagi memenuhi keperluan dalam sektor kewangan dan merangsang perkembangan ekonomi sasaran.

Beliau berkata, tiga lesen perbankan perdagangan baharu akan dikeluarkan pada 2011 kepada peserta asing yang berkelayakan, yang boleh memberikan manfaat yang besar kepada Malaysia.

Pemohon hendaklah merupakan institusi kewangan asing bertaraf dunia yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, bereputasi tinggi dan mempunyai rekod prestasi yang teguh.

Dalam menilai kualiti pemohon, kriteria berikut akan digunakan:

n Pemohon hendaklah merupakan institusi kewangan berlesen asing yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan juga mempunyai reputasi tinggi serta mempunyai rekod prestasi yang teguh dalam bidang perniagaan khusus;

n Pemohon hendaklah dikawal selia oleh pihak berkuasa pengawalseliaan yang berwibawa di negara asalnya;

n Pemohon hendaklah disokong oleh pemegang saham yang mempunyai reputasi tinggi yang boleh menyediakan sokongan berterusan; dan

n Pemohon hendaklah mempunyai pelan perniagaan komprehensif, manfaat besar yang akan diperoleh dalam bidang kepakaran khusus, yang boleh menyediakan perkhidmatan kewangan kepada sektor pertumbuhan baharu dan ekonomi sasaran yang buat masa ini kurang mendapat perhatian dalam sektor kewangan.

Pemohon hendaklah berupaya untuk membawa masuk kepakaran khusus yang diperlukan, serta pengetahuan dan teknologi bagi menyumbang secara membina terhadap bidang perniagaan khusus dalam sektor kewangan.

Menurut bank pusat itu, kriteria yang sama juga digunakan terhadap tiga lesen perbankan yang akan dikeluarkan pada 2011 dengan peruntukan tambahan yang memerlukan pemohon menyumbang ke arah usaha mempertingkatkan kesalinghubungan global dan membantu aliran perdagangan antarabangsa dan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain di dunia.

"Selain itu, manfaat besar kepada Malaysia akan antara lain, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa dan pusat perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (SSO)," katanya.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Disember 2009. Pemohon yang berjaya akan memulakan operasi di Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2011.

Ahad, 26 April 2009

MALAYSIA : SEMUA PERSAINGAN DITENTUKAN OLEH ORANG TG KARANG

Malam tadi 25 April 2009 memang malam yang meyaksikan sejarah tercipta dalam Bolasepak Malaysia, Selangor menang kalahkan Kelantan...bukan kemenangan piala FA itu yang penting...tapi yang utama adalah ...Malaysia meyaksikan orang Tanjung Karang memang handal.... Amri Yayah anak kampung Parit Serong punya kelebihan...dia punya kesungguhan dan kerajinan...dan dalam kacah politik terkini...Tg Karang bakal menjadi gelanggang utama untuk melihat samada Malaysia bertukar parti pemerintah atau tidak...Tg Karang akan menjadi ... batu tanda..kalau Tg Karang boleh kita tawan maknanya...Malaysia akan punya PM daripada Parti Pemerintah yang baru...maka selayaknya kita letakan UMNO yang telah punya jasa yang banyak kita simpan kat muzium..jadi barang antik..

Ahad, 19 April 2009

ORANG TG KARANG..MEMANG HANDAL ....BANYAK YANG BOLEH DIHARAP...1 TAK BOLEH..

Rasanya begitu lama tak masuk stadium...hari ni pehhh...agak derita batin...tengok main bagus..cantik..tapi asyik tak masuk gol aje..kalau permainan cantik boleh dapat markah..memang boleh menang macam ..buat drama le..tapi ni bola ...dia kira sapa masuk gol dia menang..walaupun..main hancuss..tapi kalau dia score..maka dia menang....tapi aku tengok ..satu budak Kg Parit Serong..ni handal..bagus...boleh harap..syabas ...orang Tg Karang sekarang ni memang jadi fokus utama...kali..ni semua pentas akan menyaksikan..orang Tg Karang mana yang hebat...Amri hari ni jadi pemain terbaik...memang dia main bagus..rajin..2 biji dia score...lega Zak..lega semua...Selangor masuk akhir...lawan Kelantan...mari kita ramai-ramai datang stadium Bukit Jalil...25 april...tiket kena beli sendiri..kalau boleh..beli lebih bagi aku satu...kita sokong abg Zak...

Khamis, 16 April 2009

SEMALAM UMNO..HARI INI PRNO...ESOK PR...NO TO UMNO

Selepas Pak Lah Najib...kabinet lama tukar kabinet baru...macam buat kabinet dapur le..tengok kabinet tak ada siapa pun rasa ghairah...tengok PM ada yang geli..dan menyampah...tengok ajelah Bukit Selambau dan Bukit Gantang ...tak hormat langsung rakyat kat PM baru...biasanya...ada orang baru semua ghairah...ini tidak...mungkin rakyat takut kat..sanggul rambut...kak rosmah yang tinggi kehadapan...PM baru pegi Siam ...kena serbu...itu semua pentanda tak baik...

TKM1 Pulau Pinang pulak letak jawatan...pengganti belum ada..orang politik asyik main..politik itu memang kerja dia..tapi kalau...pentadbir main politik..itu namanya..gila...ELI terus kekal jadi EXCO...alahai Selangor...seram sejuk aku...nyilu aku....degap degup jantung aku...ini nak kena..libasan maut..ni...Khir Toyo yang pendek..akan ..lompat..berpusing dua kali..dan melibas...pas tu..Noh tonjol..pulak..

Isnin, 13 April 2009

Nabil Bintang Paling Popular



In trend masa kini...anak muda suka santai...bersahaja...tiada serius...

Nabil Bintang Paling Popular

BINTANG Paling Popular ABPBH 2008, Nabil bersama trofi yang dimenanginya pada majlis kemuncak yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.

GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Ahad, 12 April 2009

Satu perjalananan seorang kanak-kanak ...(Drp Koleksi Maklumat)

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah

Allah s.w.t.

SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA
Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur.
Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama
yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah
sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan
makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul
dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu
saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar
masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa
kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar
ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk
adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil
tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah
RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil
kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang
bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam
plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan
ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan
saya, siapa kita sebenarnya! "

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... (Drp koleksi Maklumat)

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yangditanggung
(ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

The Pig (daripada koleksi maklumat)

The Pig

Babi dari dulu bertanggungjawab atas terjadinya berbagai macam penyakit. Umumnya penyakit yang ditimbulkan oleh babi sangat-sangat misterius. Tahun 1918, babi bertanggungjawab atas berjangkitnya penyakit yang bernama "Spanish Flu". Menurut kabar resim 21 juta nyawa melayang akibat penyakit ini. Kabar tak resmi menyebut angka 40 juta.

Belum lama, ketika berjangkit SARS, babi juga jadi monster yang menakutkan. Semenanjung China dan Singapura jadi sepi pengunjung. Lalu, lagi-lagi babi yang menjadi biang kerok merebaknya Nipah Virus, yang membunuh sedikitnya 100 orang di Malaysia.
Bulan Agustus 2005, di China puluhan orang mendadak mati, dengan gejala misterius, seperti mual, demam, muntah-muntah dan pendarahan di bawah kulit. Mereka adalah para petani yang secara langsung melakukan kontak dengan babi-babi.
Sekarang di Indoensia sedang heboh membicarakan Flu Burung. Flu burung sendiri sebetulnya hanya penyakit yang menular dari unggas ke unggas, seperti ayam, burung, bebek dan sama sekali tidak bisa menular kepada jenis hewan lain, seperti kadal, kelinci, atau primata seperti, kera, baboon, monyet dan manusia (dalam dunia biologi, manusia termasuk primata lho, jangan marah), karena kelainan GEN antara manusia dan unggas.
Flu burung sendiri termasuk salah satu dari 15 afian influenza yang secara rutin menyerang para hewan unggas. Pasti kita sering mendengar wabah penyakit unggas, yang biasanya menyerang ayam secara massal, seperti tetelo dll. Itu juga termasuk afian influenza atau flu burung. Tidak heran kalau para peternak ayam sering ditinggal mati mendadak oleh ternaknya secara berjamaah.
Lalu kenapa flu burung bisa masuk ke tubuh manusia dan hewan lainnya? Ini yang menjadi "misterius link". Ternyata lagi-lagi si babi yang musti bertanggungjawab. Ceritanya begini, Virus flu burung secara diam-diam merasuk ke dalam tubuh si babi dan tubuh si babi secara alami menjadi lahan yang subur bagi firus flu burung untuk bermutasi menjadi jenis H5n1 yang bisa menembus kekebalan tubuh manusia.
Lalu virus yg sudah bermutasi tersebut lompat lagi dari babi ke unggas, ke hewan lainnya, dan manusia. Nah, kini kemampuan si virus bukan hanya menjangkiti unggas-unggas, tapi sudah pandai pula menjangkiti manusia. Dan pada tingkat yang lebih parah nantinya, virus itu bisa menular dari manusia ke manusia. Tidak heran kalau detektif depkes RI sampai sekarang tidak menemukan tokoh intelektual dibalik terbunuhnya para penderita flu burung. Karena walaupun mereka, para korban, tidak makan ayam atau tidak punya unggas, bisa jadi virus itu dari jenis binatang lainnya.
Kembali ke cerita si babi. Hebatnya si babi ini, walaupun menjadi lahan subur bagi berkembangnya berbagai macam virus dan penyakit, si babi sendiri tidak menderita penyakit tersebut! Ini yang masih menjadi bahan penyelidikan para ahli. (Makanya tidak ada babi yang beli obat ke apotik).
Kenapa sih berbagai penyakit dan virus mematikan dari babi bisa dengan mudah bermutasi, dan menyerang manusia? Pertama, karena kedekatan DNA (Deoxyribo Nucleid Acid) manusia dan babi hanya selisih 3 persen saja. Tidak heran kalau anatomi tubuh babi, lebih mirip manusia. Hingga organ tubuh babi lebih cocok digunakan untuk transplantasi / cangkok organ tubuh manusia.
Bahkan suatu riset di Australia pernah mencoba mencampur sperma manusia dan indung telur babi untuk dibuahi. Dan ternyata berhasil. Karena DNA manusia dan babi sangat-sangat mirip. Hanya hasil dari riset pembuahan itu tidak dipublikasikan, menjadi manusia atau babi, atau manusia setengah babi, atau babi setengah manusia.
Kedua, babi mempunyai PERV (Porcine Endogenous Retrovirus), semacam virus asli yang diindap babi. Dengan kata lain, sejak lahir babi di seluruh dunia sudah memiliki Deoxyribo Nucleid Acid yang mengandung Porcine Endogoneous Retrovirus, yang berpotensi menyebar berbagai macam penyakit. Sekurangknya 25 jenis virus yang berbeda dari babi, dapat menjangkiti manusia. The National Institute Standard Tecnology (NIST) pernah menghabiskan dana sebesar US$ 1,9 juta dalam rangka menghilangkan Porcine Endogenous Retrovirus dari babi, tapi gagal.
Jadi tidak heran, kalau sedari dulu lagi, Islam melarang pemeluknya untuk mencerna segala produk makanan yang mengandung unsur B2 (babi) ini. Lagian masih banyak jenis makanan lain, yang free PERV, seperti ayam, kalkun, sapi, tempe, tahu dll.

Dan kalau ada rekan non-muslim yang menawari saya makan babi, karena kekerabatan DNA itu, saya lebih suka mengatakan, supaya lebih mudah, "No, thanks, he is our brother".

Dari berbagai sumber

Sabtu, 11 April 2009

SELANGOR : NOH GANAS....YAAKOB LEMAH

Perkembangan dalam BN/UMNO menarik. Ramai menteri drp Johor dan Sabah Sarawak.
Tetapi yang patut diberi perhatian adalah portfolio Noh Omar kawan aku sendiri aku cukup kenal dia...Selangor hanya dapat seorang Menteri Sahaja dan Timbalan seorang Noriah Kasnon (Sg Besar)Noh (Tg Karang)

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ia menjadikan Noh akan cukup berkuasa di Selangor khususnya di kawasan luar bandar. Noh ni brutal..berani..ganas...bukan macam menteri lain...lembik...dia biasa kena rotan..kena gantung sekolah..kena pindah kerja...dan..punya grassroot yang kuat...dikalangan pegawai kerajaan dia cukup baik...orang kerajaan suka dengan Noh..dia tak sombong dengan..pegawai kerajaan....

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dia punya akses yang cukup dalam pentadbiran kerajaan dibawahnya termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Jabatan Perikanan, Mardi, Jabatan Saliran, Jabatan Tanah Daerah (secara tak langsung), FAMA, LPP, PPK, Barat Laut, Agro Bank malahan kalau dilihat sekarang ni dah tak ada Kementerian Pembangunan Usahawan...maka Industri Asas Tani akan mengambil peranan Keusahawanan ...sebahagian fungsi MARA boleh diguna pakai, Bank Rakyat boleh diguna pakai... Ingat pola penggundi luar bandar dalam Mac 2008 masih berpihak kepada UMNO...orang kampung khususnya Orang Jawa..suka..dibelai dan dipok..pok...awasi pergerakan NOH OMAR...

Sdr YB Yaakob Sapari...kelihatan gagal berfungsi dengan baik...reputasi dikalangan pegawai kerajaan sangat teruk...hampir semua pengarah jabatan yang berkaitan dengan pertanian memberi signal negatif terhadap peranan YB Hj Yaakob...portfolio utama Negeri yang mesti bergerak adalah Pertanian...kalau tidak...kita lingkup...dalam struktur Portfolio EXCO Pertanian mempunyai peranan yang cukup penting....kerana kebergantungan rakyat banyak yang melibatkan pertanian juga orang kampung....

Rabu, 8 April 2009

MAJLIS PERASMIAN AGM DPIM SELANGOR 2009




MAJLIS PERASMIAN WACANA EKONOMI UMMAH 2009 - UNISEL





CATITAN BUKIT SELAMBAU PRK N 25 - 7 APRIL 2009

2 Bukit 1 Batang...daripada bulan Febuari lagi telah aku nyatakan dalam satu perbincangan dengan teman-teman berkenaan PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang..susunan gerakerja kena bermula daripada awal. Kerja dan tugasan pilihnraya ada banyak bukan sekadar poster dan bendera serta makan minum. Betulah kata ramai orang, PR menang bukan kerana pengurusan serta pentadbiran juga jentera parti yang baik tetapi keran bencinya rakyat kepada pimpinan UMNO dan BN. Apakah PR sedang menunggu serta mencari ruang untuk dibenci rakyat.

Komen aku mengenai jentera PRK Bkt Selambau...sangat teruk.Aku ingatkan dalam tempoh 2 bulan diberi masa bersiap sedia makan kita akan punya jentera serta susunan tugasan yang ada kelas..tapi..tidak..hancuss. Sampai bila nak harap kepada kawan PAS lama-lama PAS pun bosan...tidak boleh kita ada 2 jentera yang berbeza sepatutnya PR punya jentera..bukan PKR atau PAS..

Aku datang ke Selambau kerana sms serta deringan telefon yang tak henti-henti..bila nak mai..bila nak datang...dok mana...dll...daripada hari Jumaat sampai hari Selasa..aku beraksi di Selambau..buat bilik gerakan ...misi Khas..Terima Kasih Cikgu Zaki...setiap hari bilik gerakan bertukar-tukar...banyaknya di Restoran Nassim... tingkat 1..kat situ ada WIFI...

Lap top ada printer tak ada..maka buat kerja kat CC le jawapnya..tapi akhirnya boleh kawal..SPR serta gerak kerja...PR tak hilang arah..kita ada jentera sulit...terima kasih...Seremban, Sepang, Wangsa Maju, AMK Selangor....

Buat teman-teman Din, Jeo, Bahrin, Rozi dan Shakir yang banyak membantu...cikgu zain, Hj Nawi, Wan dll...terima kasih...

BN / UMNO - YESTERDAY, PR/PKR - TODAY & TOMORROW

Melihat situasi serta iklim politik masakini, agak-agak apalah perasaan seorang PM yang baru duduk dikerusi panas ini belumpun cukup 1 minggu tetapi telah secara jelas ditolak dan tidak dialu-alukan oleh rakyat.

Saya menyimpulkan bahawa UMNO adalah parti semalam dan masa lalu (Yesterday) ia hanya parti yang wajar dihargai sebagai bahan artifak penting di dalam muzium sejarah negara. Rakyat mesti menghargai dan wajib meletakan UMNO ditempat yang cukup tinggi dan tidak wajar sebagai bahan sejarah untuk dibebani dengan pelbagai masalah macam kita tengok bahan kat muzium harganya tidak ternilai tetapi tak boleh berfungsi. Kalau artifak tu dah 50 tahun usianya macam kereta Tunku Abd Rahman kat Muzium Negera. Pada saya amat kejam bila kita mintak kereta Merdeka Tunku Abd Rahman untuk membawa penumpang keluar Muzium untuk ke Pasar Seni...kejam kita. Kereta ini sewajarnya digilap agar bersinar..barulah meletakkan sesuatu ditempatnya..baru adil.

Pakatan Rakyat merupakan parti Sekarang dan Akan Datang(Today & Tommorow), PR kena bina dan membentuk pasukan yang mantap. Untuk mendapat kecemerlangan tak boleh kita hanya seronok sendiri. Sebagai warga Malaysia yang telah mencecah usia 43 tahun..ini masa kita...suka tak suka kalau ikut sunnah alam yang telah berusia mencecah 50 an 60an..tidak akan lagi menjadi pemimpin..untuk tempat 5 ke 10 tahun akan datang...kalau adapun tinggal 4/5 oarang...mojoritinya akan berubah dan bertukar....ini pentas dan gelanggan sebenar kita...kita kena corakan....kita akan menjadi pemimpin dalam disemua tempat...samada dalam pentadbiran kerajaan, agensi swasta ataupun politik...

UMNO/BN - Parti Semalam dan Masa Lampau, PKR/PR-Parti Hari Ini Dan Akan Datang..semalam merupakan masa yang paling jauh kerana tak mungkin kita boleh sampai kembali...umpamanya , PRK Bkt Selambau - S.Manikumar telah mencipta sejarah dunia kerana telah menewaskan 14 orang calon dalam Pilihanraya.
Semalam di Selambau tak mungkin boleh diundur kembali..kerana pastinya...13 calon Bebas utamanya Calon Kapalterbang...serta lain-lain calon yang telah hilang wang pertaruhan apa yang dia oarang fikir kalau dapat mereka akan setuju dengar nasihat ramai orang yang tidak galakan mereka bertanding....

BUKIT SELAMBAU - S.MANIKUMAR MENANG KALAHKAN 14 LAWAN

SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

Beliau turut mengumumkan bahawa kesemua 13 calon Bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:

1. R Loganathan (kelapa sawit) - 31

2. Tan Hock Huat (kunci) - 78

3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60

6. L Sarala (basikal) - 49

7. A Jayagopal (payung) - 35

8. S Moganakumar (buku) - 46

9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29

10. Husaini Yaacob (bas) - 257

11.M Vaneson (ikan) - 32

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528

13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73

Sementara itu, Manikumar ketika ditemui selepas diumumkan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.

"Saya berterima kasih kerana pengundi memilih saya untuk memimpin mereka di masa hadapan dan saya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang memutuskan kita perlu menang dalam pilihan raya ini bagi mempertahankan kerusi ini.

"Hari ini ia telah menjadi realiti dan kita akan berjuang dengan lebih tinggi selepas ini untuk menuju ke satu tahap yang teratas," katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan pilihan raya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah referendum rakyat terhadap peralihan kuasa yang berlaku dalam kerajaan baru-baru ini.

"Walaupun Datuk Seri Najib memperkecilkan isu referendum rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tetapi hari ini terbukti bahawa rakyat Kedah dan Perak memberikan mesej yang jelas bahawa mereka tidak langsung yakin dengan kepimpinan baru Umno, BN dan kerajaan.

"Perdana Menteri baru mempunyai tugas yang besar untuk terus meyakinkan rakyat bahawa beliau benar-benar akan melakukan tranformasi dalam kerajaan," katanya.

Sabtu, 4 April 2009

POSTER S.MANIKUMAR - KEADILAN BKT SELAMBAU



KEMPEN BUKIT SELAMBAU - 4 April 2009

Hari ini adalah hari kelahiran Parti Keadilan Nasional yang ke 10. Bersama teman-teman berkampung di Laguna Merbok untuk seri kempen N25 Bukit Selambau. Pagi ni atur program pertama dengan NGO-NGO di Sungai Petani lebih 150 orang hadir mewakili 17 Badan NGO daripada NGO Pengguna, Peniaga, Ulama, Bahasa, Pendidikan, Sosial, India dan China.DSAI bercakap dengan Sdr Cikgu Azmi Teras menjadi moderator, bersama dalam program Sdr YB Ahmad Kasim, Dr Mandor, William, Tien Chua, Hee serta beberapa lagi pimpinan parti.DSAI ditanya berkenaan Pakej Ransangan Ekonomi, Pengelibatan Tun Dr M, Najib jadi PM serta beberapa perkara. Sambutan daripada peserta.

Sebelum program berjalan sempat berbincang dengan S.Manikavasagam bersama teman-temanya mengenai kempen di Bkt Selambau, Mike melahirkan rasa tak puas hati dengan cara kempen yang tidak teratur dan tersusun juga berjalan dengan kurang sempurna. Juga bertemu dengan beberapa teman yang hadir melahirkan ayat yang sama. Saya mengambil inisiatif bertemu dengan Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Sdr YB Ahmad Kasim, saya nyatakan kena buat perubahan serta pengubahsuaian cara bekerja. Saya cadangkan beberapa tempat yang tidak bergerak kena ditambah atau diganti dengan jentera lain. Begitu juga mengenai kertas undi cara kertas dicetak tidak menguntungkan kita.