Selasa, 28 April 2009

SISTEM : BERSALAM MEMBAZIR..?

28 Mei 2009 hari ni masuk hari kedua ceramah kat Batu Pahat semalam menyentuh berkenaan proses membuat Jaringan Perniagaan serta penggunaan ICT dalam memperluas Pasaran Bisnes, hari ni menyentuh berkenaan peranan Sumber Manusia yang mesti diurus dan ditadbir dengan baik bagi membangkitkan satu kefahaman serta budaya kerja yang berkesan dalam mencapai objektif Syarikat.

Sistem Nilai saya bangkitkan dalam membuat penilaian terhadap analisa prestasi wargakerja. Apakah nilai wang dan duit sahaja yang boleh menjadi ukuran kepada sistem organisasi dan kehidupan kini. Peserta membangkitkan berkenaan angpaw yang diterima oleh anak-anak kita masa hari raya,yang kini kita jadikan satu budaya semacam sukar untuk kita kikis dan bendung. Seolahnya bila menjelang hari raya sudah menjadi kelaziman maka ia menjadi satu aktiviti mengumpul wang. Sedangkan Hari Raya adalah sebahagian ibadah..bukankah masa hari rayalah satu-satu waktu yang semua orang samada miskin atau kaya bersedia membuka rumahnya untuk menerima kehadiran tetamu, bagaimana keadaan pun semua orang akan membuat persediaan untuk menerima tetamu, malah kehadiran tetamu adalah untuk ziarah serta bermaaf-maafan..inikan ibadah..hadir membawa rahmat pulang meninggalkan berkat..inilah Nilai..namun nilai ini diketepikan...inilah yang menjadikan kita akan hidup dalam satu budaya yang perkiraan nilai hanya semata-mata duit dan wang...

Maka kira-kiranya...bila kita membilang waktu dan ketika hanya berdasarkan wang kita akan ketinggalan...pasal apa nak bersalam..ia tak produktif, tadi dah salam kenapa nak salam lagi...kalau pemimpin yang datang satu majlis atau program itu satu sumbangan besar..kalau rakyat marhain..ia memang kemestian..bukankah..orang kecil dan orang besar mesti saling bersatu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan