Rabu, 8 April 2009

BN / UMNO - YESTERDAY, PR/PKR - TODAY & TOMORROW

Melihat situasi serta iklim politik masakini, agak-agak apalah perasaan seorang PM yang baru duduk dikerusi panas ini belumpun cukup 1 minggu tetapi telah secara jelas ditolak dan tidak dialu-alukan oleh rakyat.

Saya menyimpulkan bahawa UMNO adalah parti semalam dan masa lalu (Yesterday) ia hanya parti yang wajar dihargai sebagai bahan artifak penting di dalam muzium sejarah negara. Rakyat mesti menghargai dan wajib meletakan UMNO ditempat yang cukup tinggi dan tidak wajar sebagai bahan sejarah untuk dibebani dengan pelbagai masalah macam kita tengok bahan kat muzium harganya tidak ternilai tetapi tak boleh berfungsi. Kalau artifak tu dah 50 tahun usianya macam kereta Tunku Abd Rahman kat Muzium Negera. Pada saya amat kejam bila kita mintak kereta Merdeka Tunku Abd Rahman untuk membawa penumpang keluar Muzium untuk ke Pasar Seni...kejam kita. Kereta ini sewajarnya digilap agar bersinar..barulah meletakkan sesuatu ditempatnya..baru adil.

Pakatan Rakyat merupakan parti Sekarang dan Akan Datang(Today & Tommorow), PR kena bina dan membentuk pasukan yang mantap. Untuk mendapat kecemerlangan tak boleh kita hanya seronok sendiri. Sebagai warga Malaysia yang telah mencecah usia 43 tahun..ini masa kita...suka tak suka kalau ikut sunnah alam yang telah berusia mencecah 50 an 60an..tidak akan lagi menjadi pemimpin..untuk tempat 5 ke 10 tahun akan datang...kalau adapun tinggal 4/5 oarang...mojoritinya akan berubah dan bertukar....ini pentas dan gelanggan sebenar kita...kita kena corakan....kita akan menjadi pemimpin dalam disemua tempat...samada dalam pentadbiran kerajaan, agensi swasta ataupun politik...

UMNO/BN - Parti Semalam dan Masa Lampau, PKR/PR-Parti Hari Ini Dan Akan Datang..semalam merupakan masa yang paling jauh kerana tak mungkin kita boleh sampai kembali...umpamanya , PRK Bkt Selambau - S.Manikumar telah mencipta sejarah dunia kerana telah menewaskan 14 orang calon dalam Pilihanraya.
Semalam di Selambau tak mungkin boleh diundur kembali..kerana pastinya...13 calon Bebas utamanya Calon Kapalterbang...serta lain-lain calon yang telah hilang wang pertaruhan apa yang dia oarang fikir kalau dapat mereka akan setuju dengar nasihat ramai orang yang tidak galakan mereka bertanding....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan