Sabtu, 11 April 2009

SELANGOR : NOH GANAS....YAAKOB LEMAH

Perkembangan dalam BN/UMNO menarik. Ramai menteri drp Johor dan Sabah Sarawak.
Tetapi yang patut diberi perhatian adalah portfolio Noh Omar kawan aku sendiri aku cukup kenal dia...Selangor hanya dapat seorang Menteri Sahaja dan Timbalan seorang Noriah Kasnon (Sg Besar)Noh (Tg Karang)

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ia menjadikan Noh akan cukup berkuasa di Selangor khususnya di kawasan luar bandar. Noh ni brutal..berani..ganas...bukan macam menteri lain...lembik...dia biasa kena rotan..kena gantung sekolah..kena pindah kerja...dan..punya grassroot yang kuat...dikalangan pegawai kerajaan dia cukup baik...orang kerajaan suka dengan Noh..dia tak sombong dengan..pegawai kerajaan....

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dia punya akses yang cukup dalam pentadbiran kerajaan dibawahnya termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Jabatan Perikanan, Mardi, Jabatan Saliran, Jabatan Tanah Daerah (secara tak langsung), FAMA, LPP, PPK, Barat Laut, Agro Bank malahan kalau dilihat sekarang ni dah tak ada Kementerian Pembangunan Usahawan...maka Industri Asas Tani akan mengambil peranan Keusahawanan ...sebahagian fungsi MARA boleh diguna pakai, Bank Rakyat boleh diguna pakai... Ingat pola penggundi luar bandar dalam Mac 2008 masih berpihak kepada UMNO...orang kampung khususnya Orang Jawa..suka..dibelai dan dipok..pok...awasi pergerakan NOH OMAR...

Sdr YB Yaakob Sapari...kelihatan gagal berfungsi dengan baik...reputasi dikalangan pegawai kerajaan sangat teruk...hampir semua pengarah jabatan yang berkaitan dengan pertanian memberi signal negatif terhadap peranan YB Hj Yaakob...portfolio utama Negeri yang mesti bergerak adalah Pertanian...kalau tidak...kita lingkup...dalam struktur Portfolio EXCO Pertanian mempunyai peranan yang cukup penting....kerana kebergantungan rakyat banyak yang melibatkan pertanian juga orang kampung....

1 ulasan:

  1. Tengok ni...orang lain belum..duduk dia dah melangkah...
    Noh cadang insurans untuk ternakan, tanaman
    12/04/2009 4:53pm


    BUTTERWORTH 12 April — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan insurans bagi ternakan dan tanaman untuk membantu pengusaha yang kerugian akibat hasil keluaran musnah dalam kejadian banjir atau wabak penyakit.

    Menteri berkenaan Datuk Nor Omar berkata skim insurans perlu supaya petani atau penternak terlibat mempunyai sedikit modal untuk memulakan kembali tanaman atau ternakan mereka. Katanya pada masa ini Agro Bank dengan kerjasama sebuah syarikat juru perunding sedang mempertimbangkan idea itu dan menyediakan kertas kerja bagi melihat sama ada skim insurans berkenaan boleh dilaksanakan atau tidak.

    “Saya sudah lama mencadangkan kepada kerajaan supaya skim insurans diwujudkan bagi membantu petani atau penternak yang terjejas dengan bencana alam atau serangan wabak penyakit. Saya harap perkara ini dapat diperhalusi dan boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Tanaman Peringkat Kebangsaan disini hari ini.

    Noh berkata buat permulaan perbincangan sudah dimulakan untuk dua projek perintis iaitu ternakan ayam di Johor serta tanaman padi di Kedah dan Agro Bank dijangka membentangkan hasil perbincangan kepada beliau tidak lama lagi.

    - BERNAMA

    BalasPadam