Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA !

Merdeka minda, medeka jiwa , merdeka rakyat
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 26 Ogos 2009

MEDIA MALAYSIA DAH MABUK...BN kalah bukan satu berita

1.Alhamdullilah Ramadhan bulan penuh rahmat, muga Allah terus merahmati kita semua.
2.Semalam catatan sejarah sekali lagi terlakar dalam kacah politik tanahair, PAS kekal kerusi N11 Permatang Pasir, Permatang Pauh. Tahniah YB Hj Salleh Man muga dapat memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat .
3. Selama hampir dua minggu media menjadikan Permatang Pasir jadi bahan utama berita, pelbagai cerita, tulisan, catitan, ulasan , gambaran mengenai Permatang Pasir. Sebelum penamaan calon mengupas khidmat wakil rakyat sebelum ini, sapa bakal-bakal calon. Kisah nenek tua lah, kisah jalan rosaklah, cerita air lah, cerita suraulah, kisah masjid lah. Bila calon dah umum kupasan pasal calon, calon ini dah tua selalu kalah..calon ni muda profesional...peguam lawan peniaga serta pelbagai lagi...
4.Hari ini selepas pengumuman kekalahan BN ditangan PAS langsung tiada berita....TV tiada..Utusan dan BH...entahlah apa nak jadi dengan Media Malaysia..apakah berita BN kalah bukan satu cerita atau berita..atau hanya bila BN menang baru jadi berita...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 25 Ogos 2009

ANTARA TERBUKA DAN DISPLIN...

1. Alhamdullilah muga peroleh Lailatulqadar Ramdhan kali ini.
2. Baca komen YB Zul Nordin bagus la kalu nak pertahan seorang kawan semangat yang baik. Tapi betui ka cara dan tindakan yang Sdr Zul buat. Kalau kita nak kira hak asasi buat la, tapi kita perlu ingat tentang displin, saya ambik contoh dalam permainan bolasepak contoh pasukan Selangor;
i. Satu masa dulu Akmar Reza pernah main untuk pasukan Selangor jadi penyerang kini main untuk pasukan KL Plus ke kalu tak silap. Masa dia main untuk Selangor semua teman sepasukan memberi sokongan yang padu, Amri Yahya dan yang lain hantar bola kat dia pastikan dia boleh score , sekarang bila KL Plus lwn Selangor boleh ke Amri beri laluan untuk Akmar kerana semangat sukan..boleh ke...kerana Akmar kawan Amri..ini pulak hak asasi ni Akmar berhak score gol..betul ..ke ini macam.
ii. Sdr Zul kena belajar sesuatu sampai hadam jangan belajar ilmu separuh masak, semua hentam sama aje...sebagai Peguam serta pengamal undang-undang memang benar seseorang itu adalah hanya bersalah bila telah dibuktikan dia bersalah, tetapi dalam politik tidak boleh bertindak sebagaimana mahkamah.
iii. Seorang tukang masak tidak boleh mengaku dia terror masak semua benda, tukang masak tomyam ok bab tomyam dia handal..tapi suruh masak asam penas tak jadi beb...
iv. Sdr Zul Nordin saya rasa perlu menghadamkan bahawa setiap organisasi dan parti punya peraturan serta undang-undang. Sebelum seseorang masuk mana-mana parti diberhak membuat pilihan tetapi bila dia telah masuk sesuatu parti atau organisasi kita kena patuh mengikut displin parti tersebut.
v . Saya ketika mana-mana kawan yang keluar parti saya tak marah itu hak dia, tapi bila ada kawan pertahan dia bila mana dia hentam parti saya tidak setuju. Saya hendak cadangkan Sdr Zul Nordin sepatutnya mencadangkan kepada sahabat intemnya Radhi untuk melepaskan jawatan exco walaupun jawatan exco itu Sultan yang lantik tetapi adalah cadangan YAB MB kerana kedudukan parti memerintah, Sdr Zul juga patutnya mencadangkan kepada Radhi untuk letak jawatan ADUN kerana pengundi menggundi lambang Parti Keadilan Rakyat bukan gambar muka dia. Saya juga ingin mencadangkan kepada Sdr Zul Nordin kalau dia hendak tingggalkan Pakatan Rakyat dan mennjadi MP Bebas beliau juga kena letak jawatan MP.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 24 Ogos 2009

PERJUANGAN PLASTIK...Selangor berhati-hati

1. Alhamdullilah puasa hari ketiga.
2. Dalam satu kuliah subu ustaz respon pada soalan jemaah pasal Melayu, ustaz kata kalau Melayu tidak taat dan patuh pada perintah Allah maka kaum itu akan diganti dengan kaum lain yang sayang dan cintakan Allah. contoh kaum aad dan samud. Maka kalau Melayu nak terus dihormati hanya satu jalan saja iaitu taat dan patuh pada Allah SWT.
3. Hari ni kecoh satu Malaya YB Radhi Padang Serai Adun Lunas keluar Parti Keadilan Rakyat, banyak pelajaran yang perlu kita belajar dalam memimpin parti atau mana-mana organisasi;
i- Kisah Radhi ini bukan baru sejak hari pertama PR memerintah Kedah dan timbul cerita dia
nak lompat. Rundingan dengan Mahathir Khir terlaksana dengan baik dan mantap. Malah dia
telah ajar beberapa kawan ADUN lain untuk lompat sama. Tapi parti buat apa, UMNO tawar
duit dan jawatan timbalan MB. Betulah kita kata perjuangan tapi sejauh mana orang macam
Radhi boleh tahan dengan tawaran-tawaran lumayan, orang yg tawar cakap terimalah
peluang datang cuma sekali apa PR boleh bagi...dah hampir 2 tahun apa ..hang dapat ..patut
jadi EXCO dah kaya raya..hang ada apa...bla..bla..bla. Pada saya pimpinan patut ambil
langkah berani iaitu ambil tindakan displin sejak awal.
ii -Kisah Jamaluddin dan Osman di Perak patut kita belajar, tapi kita simpan semua bawah
karpet. Akhirnya Perak kita hilang pemerintahan, kerana apa .... ketidakcerdikan sendiri.
iii -Lompat bermula dengan kisah Wan Indera Putra, Hj Bam ni zaman PRK Port Dickson
Ruslan Kassim akhirnya lan pun lompat jugak. Marina Yusoff , Chandra, Lokman, Hamdan,
Hanafiah, Ezam, Ghani , Nazmi, Sd dll.
iv. Apa respon kita, maka pelbagai kutukan kita hentam. Cukup ke dengan itu. Apa program
pengukuhan ahli yang kita buat. Apa program kebajikan yang telah kita lancarkan sekarang
setelah kita mula menampakan diri untuk memerintah.
4. Saya cukup yakin apa yang berlaku di Lunas hanya satu tektik, BN bukan nak tembak Kedah,
ambil kedah rugi tak ada hasil, sekarang KB UMNO untung pasal semua projek Federal turun
melalui KB. BN nak tembak Selangor, kita sibuk Lunas maka UMNO akan ambil Selangor. Ada
hujah kata nak ambil Selangor susah pasal perlu 9 kerusi. Pada saya cukup mudah BN bukan
perlu tawar dan jaga 9 tapi perlu tawar dan jaga 3 sahaja. Apa itu 3..kenapa 3... saya ada
jawapannya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Ahad, 23 Ogos 2009

KULIAH SUBUH H1N1- HARAM 1 NAJIS 1

1. Alhamdullilah Puasa hari kedua.
2. Semalam berbuka puasa kat rumah mertua bersama keluarga dan ipar duai serta anak-anak sedara.
3. Solat sunat terawikh di Taman Bunga Raya.
4. Hari ini buka puasa kat rumah sebelum memenuhi jemputan majlis-majlis berbuka puasa yang telah siap sedia.
5. Subuh hari ni, Mohd Haiqal tak ikut bangun sahur dia mandi kemudian sementara tunggu subuh tidur kejut tak bangun.
6 . Kuliah subuh Ustaz Dr Adnan kupas hadis drp Imam Nawawi berkenaan Iman. Percaya dan Yakin kepada sekelian Rasul. Rasul menyampaikan agama kerana agama tak boleh dibelajar hanya sekadar guna logik akal. Ahli falsafah yang terkenal Aristotle, Pluto, Carl dan sebagainya hanya sekadar mentafsir ilmu yang di atas sahaja. Dunia satu pelabuhan sahaja untuk sampai satu destinasi yang utama dan kekal, macam satu drama/ filem akhirnya samada happy ending / sad ending. Dunia seperti permainan itu tempat seronok sahaja, maka Rasul menerangkan kaedah menggunakan dunia agak akhirnya kita dapat happy ending dan menjadikan padang permainan seronok yang menguntungkan.
7. H1N1 - HARAM 1 NAJIS 1.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Sabtu, 22 Ogos 2009

TERAWIKH

1.Alhamdullilah, hari ini hari pertama Ramadhan
2.Semalam Jumaat selepas ambik anak Amirah Sariyati balik daripada asrama terus ke Tanjung Karang solat jumaat. Lepas solat jumaat mesyuarat AJK cabang Tg Karang untuk atur program bulan puasa dan hariraya.
3. Malam tadi solat sunat terawikh di Surau Al Ikwan Taman Samudra, lama tak ke surau Taman sendiri. Haiqal ikut sekali begitu seronok dia , dalam perjalanan dia tanya terawikh berapa rakaat , kat surau ni 8 rakaat..haiqal jawab lapan aje tak banyak...aku kata boleh buat 20 ada masjid dan surau buat 20..haiqal jawab..20 aje yang boleh buat...tak banyak..kalau 1000 baru banyak... kat surau tengah salawat aku jeling kat saf budak-budak aku tengok dia tekun..aku ingatkan yang jerit-jerit kat luar surau termasuk haiqal rupanya tidak...muga jadi anak soleh.
4. Hari ni haiqal puasa...subuh tadi ikut pegi surau Taman Selaseh...haiqal kata kita jalan kaki aje ke ayah..aku kata senamam pagi..dia seronok...
5. Kuliah subuh Dr Adnan kupas banyak perkara...yang utama orang Islam tak banyak mengkaji apa yang Quran sebut...contohnya kisah Nabi Yusoff...cara komunikasi dan psykologi abang-abang Nabi Yusop bila bawak baju yang berlumuran darah...Abang-abang nya berkata pada bapanya percayalah...ini ayat orang utk menipu. Ada 3 kisah yang mengaitkan baju dalam cerita Nabi Yusof, i. Baju yang berlumuran darah ii. Baju koyak belakang iii. Bajunya yang diberikan kepada bapanya untuk disapukan pada mata bapanya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN Bulan Mulia, Rahmat dan Keampunan

Maghrib hari ini akan bermulanya bulan Ramadhan bulan yang Mulia, bulan penuh istimewa, bulan penuh rahmat, bulan penuh keampunan. Malam ni kita mula solat sunat terawikh solat sunat ni cukup istimewa kerana ia hanya dibolehkan pada bulan Ramadhan, solat sunat yang digalakkan berjemaah. Doalah muga kita digolongkan pada insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk terus dapat beramal dan mendapat rahmat serta rahim Nya.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA : Insyaalah Khatam Quran Ramadhan ini

Ramadhan datang lagi, banyak amal ibadat, kalau boleh kurangkan aktiviti luar itu azam setiap tahun bila awal puasa. Insyaalah tahun ini boleh khatam Quran lagi.
1. Al quran ada 604 muka surat
2. Sebulan Puasa ada 30 hari.
3. Satu hari baca 20 muka
4. Satu hari ada 5 waktu solat
5. Setiap waktu baca 4 muka - 4 m/s x 5 waktu = 20 x 30 hari= 600
6. Baca Quran ni sedap, rajin sikit boleh Khatam 2/3 kali.
7. Ini cara aku , ada banyak cara baca ikut juz pun boleh.
8. Solat sunat jangan lupa, pagi Israk, Tengahri Duha, sebelum dan selepas Solat, malam Taubat, hajat, Tahajjud. Muga Allah merahmati...
Selamat Berpuasa.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

KONVENSYEN ZAKAT : Intergriti di yakini, Institusi Zakat dihormati


Alahamdullilah pagi semalam Rabu 19 Ogos 2009 hadir dalam konvesnyen Zakat bertempat di Hotel Bluewave Shah Alam.

1. DYMM Sultan Selangor berkenan merasmikan Konvesyen

2. Enam kertas Kerja dibentangkan daripada tokoh-tokoh agama, pemikir dan ahli akademik.

3. Jumpa ramai teman-teman agen zakat dan pegawai Pusat Zakat Selangor.

4. Sembang dengan beberapa pegawai Istana Dato' Munir, Tengku Sulaiman, Rohaisam dan Adib semua kata hilang aje tak muncul-muncul.
5. Beberapa pegawai kanan Kerajaan Selangor tegur Dato' Suk, Dato' Arif, YDP dan Datuk Bandar.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 14 Ogos 2009

PERGI TAK KEMBALI...

1. Muga Allah SWT meletakan roh Allayarham Sdr Asri Rabbani bersama para solehin. Masa hayatnya beberapa kali aku jumpa dia, beberapa kali berbincang terutama ketika zaman kumpulan nasyid tengah merosot. Aku bersama dua tiga kawan memberikan saranan bagaimana artis nasyid boleh menjadi ikon baru dalam membina masyarakat. Alhamdullilah selepas daripada itu nasyid mendapat tempat. Beberapa kali Rabbani buat show yang aku panggil tanpa bayaran. Sedih kehilangan seorang pejuang seni...lebih-lebih orang jawa yang punya semangat juang yang tinggi. Al- Fatihah...
2. Semalam menyampaikan ucapan dan sumbangan dalam program Mesra Usia Emas Parlimen Tg Karang. Aku nyatakan ini merupakan program kebajikan yang menjadi tumpuan utama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
3. Malam bersama teman-teman DPIM Selangor dalam meraikan kejayaan teman-teman dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi DPIM.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 12 Ogos 2009

SAPA KHIANAT SAPA, ANWAR KHIANAT MELAYU ?

Saya nak setuju dulu dengan emosi UMNO mengatakan Anwar pengkhianat Melayu. Tapi apa yang dikhianati oleh Anwar , Apakah Anwar kaut projek berbillon ringgit, Anwar ambik beribu ekar tanah, Anwar kuasai saham korporat dan saham mewah..entahlah mana satu kalau semua tu ada saya pun nak ikut demo bersama Khairi Jamaluddin.
Tapi rasanya kena buat demo dan buat banner kata begini TUNKU ABD RAHMAN, TUN RAZAK, DR MAHATHIR, PAK LAH & NAJIB PENGKHIANAT MELAYU... kerana pada pandangan saya begini;
1. Tunku punya pasal berlaku 13 Mei, kerana tak mengurus dan mentadbir negara dengan kemas.
2. Tunku punya pasal Singapura milik Tanah Melayu di serah pada orang Cina.
3. Tun Razak pergi melawat China hasilnya semua orang Cina dapat Kad Pengenalan dan Warganegara Tanah Melayu.
4. Dr Mahathir lepaskan banyak tanah rezab Melayu atas nama pembangunan tapi akhirnya dapat kat tauke cina dan India.
5. Dr M atas nama pengkopratan memerikan banyak bisnes strategik kepada orang bukan Melayu. Sapa kawal telekomunikasi serta pendataan Malaysia.
6. Pak Lah melalui projek Iskandar Malaysia atas alasan liberasasi ekonomi memberi ruang penguasaan ekonomi Melayu bertambah kecil.
7. Najib berselindung atas nama keselamatan negara merompak wang negara dengan memanupulasi kontrak pembelian Jet Pejuang Sukoi , kapal selam, senjata serta peralatan pertahanan negara. Semua pembelian senjata serta yang melibatkan ketenteraan adalah sulit tak boleh orang kacau.
Jadi semua pengkhianat Melayu. Sasaran 30% penguasaan ekonomi Melayu gagal kerana semua mengkhianati Melayu.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

DYMM RAJA PERLIS : Keberangkatan Pulang

Raja dan Sultan dia tak Makan dia Santap, dia tak Mandi dia Bersiram, Dia tak Tidur dia Beradu...tapi kentut tak dia..
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Selasa, 11 Ogos 2009

SEMINAR PEMBANGUNAN HARTANAH ISLAM : DPIM, UIAM, IKIM, PERSATUAN PEMAJU HARTANAH SELANGOR, JCORP anjuran seminar di dewan IKIM.




Selasa 11 Ogos 2009 bertempat di dewan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seminar pembangunan hartanah dari perspektif Islam telah berlangsung dengan majlis dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Saya telah menjadi pengerusi bagi 10 kertas kerja yang dibentangkan secara terus tanpa henti.

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

DPIM: Mesyuarat Agong Kali ke 16, menguruskan pemilihan.






Dewan Perdagangan Islam Malaysia telah mengadakan mesyuarat Agong Kali ke 16 pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Beberapa jawatan utama dimenangi tanpa ditandingi, Pengerusi Tetap : Sdr Romli Ishak (DPIM Selangor) , Presiden: Tengku Tan Sri Dato' Seri Ahmad Riuthdeen, Timbalan Presiden: Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim (DPIM Johor), Naib Presiden 5 calon bertanding keputusan akhir dimenangi oleh Dato' Dr Latiff Awang (DPIM Terengganu) Hj Md Shah Amin (DPIM Selangor) Hj Mukhti Syubari(DPIM Sabah), Ahli Majlis Tertinggi 18 calon bertanding 5 yang terpilih adalah Datuk Hajjah Ilani Isahak (DPIM Kelantan), Hj Muhammad Sahar Mat Din (DPIM Selangor) Hj Jamaludin (Biro Korporat) Dr Ammar (DPIM Kedah), Datin Majidah (DPIM Terengganu). Ketua operasi Jawatankuasa Pemilihan Sdr Sarifuddin Muis.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA: DPIM menganjurkan Majlis Santapan Diraja sempena Ulangtahun ke 15 DPIM



Sabtu 7 Ogos 2009 bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam Majlis Santapan Diraja yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia sempena ulangtahun ke 15 penubuhan DPIm telah berlangsung di dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Tetamu diraja adalah DYMM Sultan Perlis dan DYMM Raja Perempuan Perlis. Antara orang kenamaan yang turut hadir adalah YB Dato' Dr Abdullah Mat Zin Penasihat Agama YAB PM, YAB MB Perlis Dato' Seri Dr Md Isa Sabu, Yb Dato' Seri Azmi Khalid, Yb Tn Hj Yaakob Sapari, Yb Senator Ahmad Husin, Yb Dato' SUK Perlis, Tengku Tan Sri Ahmad Riuthdeen, dato Seri Yusoff Latiff, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dll. Selingan hiburan dua kumpulan telah memberikan persembahan kumpulan muzik bale-bale dan pertunjukan busana muslimah Ana Solehah.

FAKULTI KEJURUTERAAN UPM: Menyampaikan Anugerah kecemerlangan pada 7 Ogos 2009 (Jumaat)








Sabtu 7 Ogos 2009 bertempat di dewan persidangan Fakulti Kejuruteraan UPM, majlis kecemerlangan pelajar telah diadakan. Seperti tahun-tahun sebelum ini pihak Fakulti menjemput saya untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan bagi pemenang anugerah projek terbaik kejuruteraan awam. Dekan Fakulti kejuruteraan Prof Dr Mohd Salleh banyak membantu YSP dalam perkembangan program latihan YSP dan UPM.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

BOLASEPAK PIALA SELANGOR : Dalam kesibukan sempat tengok Selangor menang lawan Kelab Bandung







Pergi stadium tonton bolasepak sempat gambar dengan Dato' Satim Diman, mantan Pengurus Selangor sekarang Mr Zack.



Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Khamis, 6 Ogos 2009

MENTERI, PM & MB BOLEH JADI TAPI SULTAN & RAJA TAK BOLEH BERANGAN-ANGAN.........

1.Minggu ini cukup padat dan amat meletihkan.
2.Tugasan dan kerja agak menekan, semua perlu diurus dengan baik, segera dan mantap.
3. Program berjalan dengan berterusan Jumaat 7 ogos, Majlis Santapan Diraja bersama DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis. Jawatan Raja dan Sultan ni yang pasti kat dunia ni aku tak boleh perolehi dan tak boleh berangan-angan kecuali Raja Sehari. Program ni memenatkan terlalu banyak vip dan protokol Menteri Besar, Menteri, EXCO, Ahli Parlimen, ADUN, Ketua Jabatan & Ahli Majlis Tertinggi Dewan. Pengalaman baru.
4. Lepas Santapan Diraja 8 Ogos, urus pulak Mesyuarat Agong Tahunan DPIM kali ke 16, ada pemilihan pulak. Mengurus persiapan pemilihan ahli majlis tertinggi (AMT) DPIM.
5. Petang Sabtu & Ahad kena hadir jadi Moderator Konvensyen Jawatankuasa Pilihanraya Pusat.
6. Selasa 11Ogos Konvensyen Zakat Kebangsaan kat PWTC. Sebelah petang kena jadi moderator seminar Hartanah di Ikim.
7. Jumaat , Sabtu dan Ahad 14, 15 & 16 melunaskan tugasan untuk Program GAMAT.

Ahad, 2 Ogos 2009

BERCAKAP DENGAN DSAI

Malam tadi berkali-kali DSAI telefon, dia telefon aku tengah cakap, aku telefon dia tengah cakap jadi miss call beberapa kali. Sampai terakhir jam 1.28 pagi dia cal aku dah sampai rumah telefon masuk beg.
Pagi aku cal dia tak angkat. Jam 11.00 DSAI cal. Beberapa pesanan yang aku agat terkedu pasal tak buat kerja.
1. Pasal sokongan masyarakat Jawa, aku kata aku dah buat pertemuan dengan beberapa tokoh jawa. Mesyuarat saja belum buat. Dia tanya bila lagi..aku dia, aku kata ok Boss.
2. Dr Md Nor Manuty, program betul U tolong bagus, tapi untuk ulasan dan hebahan media u tak buat. Sepatutnya setiap kali isu pendidikan dan agama kena buat kenyataan media. Apasal tak buat..lagi aku diam..ok boss..itu saja yg boleh cakap.
3. Isu anak arwah Muayat, Selangor tak ada yang boleh tolong ke..aku jawap yg itu aku tak boleh jawab bagi pihak kerajaan negeri. DSAI mintak hantar surat untuk dapat bantuan Yayasan Aman. Terus aku telefon Sdr Arshad untuk buat surat dan biodata.

Sabtu, 1 Ogos 2009

TAKZIAH : ARUMI BT RAMLI (ISTERI ARWAH MUAYAT YUSOF) MENINGGAL LEBIH KURANG JAM 11.30 PAGI, 1 OGOS 2009

Takziah buat Ita dan Jawad , Yaumminya telah pergi buat selamanya.
Arumi isteri arwah Sdr Muayat. Sdr Muayat antara penjuang awal keadilan, bersama saya dan pak Kudus dalam menubuhkan bahagian Kuala Selangor. Menjadi Setiausaha Bahagian Kuala Selangor pertama dimana saya menjadi Ketua Bahagian pertama pada tahun 1998 pada tahun penubuhan parti Keadilan Nasional.
Rumahnya di Kaurters JKR Kuala Selangor menjadi rumah singgahan setiap kali apa saja program yang akan dilaksankan. Arwah Muayat pergi pada tahun 2004 kini Ummi pergi pula. Dua anaknya Ita dan Jawad anak yang cukup kuat dan tabah, Jawad ketika berlakunya reformasi baru usia 5/6 tahun Ita dah sekolah menengah. Kini mereka hanya tinggal berdua.
Muga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan Arumi bersama para solehin..

PARTI POLITIK BISNES UTAMANYA PILIHANRAYA

1. Takziah kepada keluarga YB Dato' Hamdan , ADUN Permatang Pasir. Muga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
2. Telahan dan jangkaan saya pada awal musim kemenangan PR pada 2008 saya nyatakan bahawa akan berlaku sekurang kurangnya 2 bulan sekali pilihanraya kecil sebelum menjelang PRU 13. Agak tepat.
3. Pagi pagi lagi Pak Kudus dah mengomel dia kata mulut ko memang celupar bila dengar berita ADUN Permatang Pasir meninggal. Maka pilihanraya lagi lah kita.
4.Berapa PRK telah kita lalui Permatang Pauh, Batang AI, Bkt Gantang, Selambau, K.Terengganu, Penanti, Manik Urai apa yang sebenarnya Allah SWT nak kita belajar, tetapi kita tak belajar. Kita tak faham..tak mau faham...kalau kali ini juga kita tak belajar maka kita sebenarnya kurang layak utk memimpin sebuah negara.
5.Apa, Dimana, Siapa, Bagaimana yang dikatakan Pakatan Rakyat..kat mana, apa bentuk dia...kalau dalam PRK kita tak belajar utk bentuk jentera Pilihanraya PR, calon PR maka PR tak boleh pegi jauh...
6.Kita kena syukur...Allah SWT berikan kita jalan utk belajar..menang negeri..tengok boleh ke perintah negeri..ehhh kelam kelibut...test pulak PRK ...
7. Kita mesti bertekat utk membentuk jentera pilihanraya PR...