Ahad, 2 Ogos 2009

BERCAKAP DENGAN DSAI

Malam tadi berkali-kali DSAI telefon, dia telefon aku tengah cakap, aku telefon dia tengah cakap jadi miss call beberapa kali. Sampai terakhir jam 1.28 pagi dia cal aku dah sampai rumah telefon masuk beg.
Pagi aku cal dia tak angkat. Jam 11.00 DSAI cal. Beberapa pesanan yang aku agat terkedu pasal tak buat kerja.
1. Pasal sokongan masyarakat Jawa, aku kata aku dah buat pertemuan dengan beberapa tokoh jawa. Mesyuarat saja belum buat. Dia tanya bila lagi..aku dia, aku kata ok Boss.
2. Dr Md Nor Manuty, program betul U tolong bagus, tapi untuk ulasan dan hebahan media u tak buat. Sepatutnya setiap kali isu pendidikan dan agama kena buat kenyataan media. Apasal tak buat..lagi aku diam..ok boss..itu saja yg boleh cakap.
3. Isu anak arwah Muayat, Selangor tak ada yang boleh tolong ke..aku jawap yg itu aku tak boleh jawab bagi pihak kerajaan negeri. DSAI mintak hantar surat untuk dapat bantuan Yayasan Aman. Terus aku telefon Sdr Arshad untuk buat surat dan biodata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan