Sabtu, 1 Ogos 2009

TAKZIAH : ARUMI BT RAMLI (ISTERI ARWAH MUAYAT YUSOF) MENINGGAL LEBIH KURANG JAM 11.30 PAGI, 1 OGOS 2009

Takziah buat Ita dan Jawad , Yaumminya telah pergi buat selamanya.
Arumi isteri arwah Sdr Muayat. Sdr Muayat antara penjuang awal keadilan, bersama saya dan pak Kudus dalam menubuhkan bahagian Kuala Selangor. Menjadi Setiausaha Bahagian Kuala Selangor pertama dimana saya menjadi Ketua Bahagian pertama pada tahun 1998 pada tahun penubuhan parti Keadilan Nasional.
Rumahnya di Kaurters JKR Kuala Selangor menjadi rumah singgahan setiap kali apa saja program yang akan dilaksankan. Arwah Muayat pergi pada tahun 2004 kini Ummi pergi pula. Dua anaknya Ita dan Jawad anak yang cukup kuat dan tabah, Jawad ketika berlakunya reformasi baru usia 5/6 tahun Ita dah sekolah menengah. Kini mereka hanya tinggal berdua.
Muga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan Arumi bersama para solehin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan