Selasa, 3 November 2009

MELAYARI BAHTERA SEBENAR PERJUANGAN

Hari ini 3 November 2009 (Selasa) bersamaan 5 Zulhijjah 1430 hari bersejarah yang dilakari dengan satu lagi pengalaman baru dalam kehidupanku yang kini menjangkau 43 tahun. Beberapa fasa kehidupan yang menjadikan aku lebih dewasa dan masak dengan pelbagai warna warni kehidupan, pengalaman kehidupan di sekolah rendah dengan penuh keindahan hidup kanak-kanak kampung cukup seronok. Berada di sekolah menengah dengan kehidupan di sebuah sekolah elit mengajar aku nilai kehidupan yang cukup mulia. Dunia kampus hanya menambah kedewasaan dalam alam remaja.
Fasa yang mencabar di dunia realiti dunia yang memang sebati dengan jiwaku iaitu dunia berbakti kepada masyarakat. Enam tahun disekolah rendah menjadi ketua darjah dan menjadi ketua murid, lima tahun menjadi ketua kelas di sekolah menengah, menjadi pengerusi dan ajk pelbagai kegiatan ko-kurikulum yang terutamanya pengakap serta menjadi class rep ketika didunia kampus banyak mengajar aku kini. Aku punya tekad untuk membantu masyarakat itu memang tekad aku.
Lepas dunia kampus aku bersama belia kampung aku Seri Tiram Jaya aku pimpin pergerakan belia kampung serta jadi ketua pemuda, pelbagai aktiviti daripada yang bertaraf kampung hingga bertaraf nasional. Aku mula bergelumbang dengan dunia politik sekitar tahun 1989 kini tahun 2009 cecah 20 tahun rupanya. Banyak aku pelajari terlalu banyak aku selusuri dan rasai.
Tahun 1998 tahun keramat aku mula menongkah arus dalam aliran politik negera demi keadilan aku bersama gelombang Reformasi...aku ingat lagi tengahari itu berita Anwar dipecat. Maghrib kumpul dirumah Anwar di kediaman rasmi TPM, daripad detik itu hingga kini. Pilihanraya 1999 aku bertanding dengan penuh semangat lawan Abu Hasan Omar (Tan Sri Dato') ketika itu dia adalah MB Selangor lawan tetap lawan lawan smapai menang. Pilihanaray 2004 rehat kerana langsung tak ada pulus. Bantu jentera pilihanraya Parlimen. Pilihanraya 2008 aku terajui jentera pilihanraya Selangor. Pada 9 Mac 2008 Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Mulai 12 mac 2008 aku berada di Tingkat 21 azam aku hanya satu berbakti pada masyarakat kerana Allah SWT. Setiap hari 20 hingga 40 oarang aku layani kehadiran tetamu, mesyuarat jangan kira daripada pagi sampai tengah malam. Cukup 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Selangor aku telah diminta untuk bercuti aku bingkas bangun dan meletak jawatan. Aku ambil tanggungjawab kerana ada sedikit masalah dalam penganjuran 100 hari Pakatan Rakyat Selangor.
Akhirnya hari ini sejarah baru aku lakarkan kerana aku dicaj di mahkamah sesyen Shah Atas kesalahan mempengaruhi Dato' Abd Karim Munisar, Presiden KDEB untuk sumbanagan RM 50,000.00. Caj Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Aku yakin dengan kebenaran serta keadilan akan terbukti, inilah bahtera kehidupan seorang pejuang pastinya akan diuji. Muga Allah merahmati kehidupanku.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

4 ulasan:

  1. Semoga diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan ini.

    Saya doakan sdr beroleh kemenangan di dalam pertuduhan ini. Ameen!

    BalasPadam
  2. Semoga sdr tabah dan kejayaan akan tetap menjadi milik sdr.

    BalasPadam
  3. ini cuma kesilapan teknikal
    banyakkan bermunajat tuan
    Allah lebih mengetahui
    tuan bakal pemimpin rakyat
    pasti akan diuji
    ingatlah...
    ini baru sekecil debu
    ujian lebih besar bakal menanti...

    BalasPadam
  4. harap kerajaan pr diselangor tidak melupakan jasa org2 lama dan pejuang asal refomasi...
    terutama mereka2 yg menjadi mangsa kezaliman polis dan isa.
    jgn sampai hilang kuasa ditolak oleh rakyat!

    BalasPadam