YB Abd Wahid tewaskan Dato Wan Farid...mesra tewaskan sombong, sokongan rakyat nampak jelas inginkan perubahan. Rakyat muak dengan sikap pimpinan BN, sokongan pada Pakatan Rakyat bukan 100% kerana suka dan sokong PR.
Obama menjadi Presiden Amerika yang ke 44 lakaran sejarah baru bagi kuasa besar dunia.Tiada apa yang mustahil. Tapi bagi umat Islam jangan harapkan Obama akan menjadi pejuangan Islam..kalau orang Islam tidak memahami perjuangan Islam mana mungkin Non Muslim akan menjadi pejuang Islam.
Semalam sempat hadir mempengerusikan mesyuarat bagi program Jelajah Halalan Toyyiban yang dianjurkan oleh YES dengan kerjasama DPIM Selangor. Nilai bisnes berjumlah RM 360 juta setahun tersedia bagi program pemilikan ekonomi Islam. Fasa awal adalah fokus kepada Ayam, di Selangor & KL setiap hari sebanyak 430,000 ekor ayam diperlukan dengan nilai RM 4.6 juta sehari, 70% pengguna adalah orang Islam.
Daripada segi pemasaran 64% pengguna mendapatkan ayam daripada Pasar Pagi, Pasar Malam & Pasar Tani, 10% terus ke Hotel, Hostel & Restoran Besar, 26% daripada Hypermarket dan Supermarket.
ISU utama adalah daripada 430,000 ekor ayam yang disembelih datangnya daripada pusat sembelihan yang 80% daripadanya bukan milik orang Islam. Walaupun mereka mendapat status halal keran penyembelihnya orang Islam namun...Halal ini kena datang sekali Halal dan Toyyiban..halal lagi suci...
Khamis, 22 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan