Jumaat, 2 Januari 2009

PUTERAKU MUHAMAD HAIQAL MASUK SEKOLAH...

Jumaat 2 Januari 2009, hari ni cipta sejarah tersendiri puteraku yang sorang ni masuk sekolah Alhamdullilah. Baju sekolah serta yang dia perlu kakak-kakak dia dah sibuk daripada awal untuk mintak dibelikan. Tutup saja penggal persekolahan 2008 semua keperluan sekolahnya dibeli...malam tadi haiqal dia bahasakan dirinya abang...abang kena tidur awal esok nak gi sekolah cukup seronok dia kelihatannya...aku mintak abang cuba semua pakaiannya..baju, seluar, stokin,kasut dan tali leher...pehhhh...hensem dan segar sekali...aku bagi dia peraturan pakai baju dan aturan membuka pakaian...mana nak letak..beg, kasut, stokin dan kaedah menggantung baju...nampak dia buat dengan teratur bagus...satu yang cukup mengusik perhatian ibu dan kakak-kakak dia..Abang nak jadi Ketua Kelaslah rasanya...itu yang cukup memyentuh aku..anakku..dah nak tunjuk bakat awal-awal lagi...Doaku muga Allah SWT terus merahmati dan memberikan kesihatan, kecerdasan, kepandaian, rezeki yang melimpah dan menjadikan Puteraku Muhammad Haiqal anak yang soleh...menjadi pemimpin Islam hendaknya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan