Hari ini satu ucapan daripada Anak Raja berdarah Rakyat sangat mengkagumkan.Kalu beginilah semua Raja dan Sultan rasanya Islam dan Melayu akan memimpin serta meneraju Ummah dengan megah dan bermaruah. Teguran YM Raja Nazrin mengenai kelemahan pentadbiran serta pengurusan KEI pertama dan kedua juga KEM kerana tidak menyimpan apa-apa dokumen langsung mengenai kertas kerjanya, senarai kehadiran, cara resolusi dibuat juga resolusinya, maklumat hanya diperolehi daripada laporan media yang terbatas. YM juga menyatakan bahawa berpuloh resolusi yang menyentuh dasar serta pengurusan dalam kongres namun akan terus diulangi dalam kongres yang dibuat sekarang ini..kelemahan seperti jelas kelihatan.
Amanat..wasiat..serta pesanan Tun Dr Ismail (Allahyarham)berkaitan ekonomi Islam serta kepimpinan Islam yang bagai langsung tidak diendahkan menjadikan kedudukan Islam dan Melayu kehilangan taring serta longlai.Masyarakat Islam masih kekal menjadi masyarakat pengguna tidak sebagai pengeluar dan pengilang.
Anak Raja berdarah Rakyat...muga kekal semangatnya bila berada ditahta kelak..
Khamis, 15 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan