Ahad, 4 Januari 2009

BENTANG PROGRAM KECEMERLANGAN SPM & PMR 2009 - SEK MEN SAINS HULU SELANGOR (SEMASHUR)

Hari ini 4 Jan 2009, awal-awal pagi terpaksa mengemaskini data serta maklumat untuk pembentangan bagi program kecemerlangan PMR dan SPM 2009 bagi pelajar Sek Men Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Lepas mesyuarat pada 29 dis lepas AJK PIBG memberikan amanah padaku untuk bentang dengan Ibu Bapa Pelajar tingkatan 5 & 3, aku pun setuju. Hari ni aku terkial-kial untuk buat sesuatu, Cikgu Maodiah banyak bantu aku. Jam 12.30 tengahari aku bertolak untuk antar anak balik sekolah dia sibuk nak balik cepat pasal nak dapat katil yang ok katanya...aku isteri dan anak-anak yang lain pegi sampai kat Taman Bendahara makan kat kedai tokey kedai tu ok gak..dia pengerusi penyewa-penyewa kat pudu raya, sempat berbual beberapa perkara..dia hairan wahhh..en tau banyak..encik kerja UDA ke..aku bilang tidak...

Jam 2.30 pegi dewan Titiwangsa Semashur, tengok belum ada orang ada sorang cikgu baru..jam 3.00 dah ramai datang..wah baik sambutan ibu bapa..jam 3.15 ucapan Pengetua di mulakan...3.30 aku pulak..aku pun mulakan pembentangan dengan mintak semua bangun..dan menghulurkan salam..dan ucap tahniah....semua agak enjoy..aku bentangkan 13 program kecemerlangan yang melibatkan guru dan pelajar..dengan kos untuk SPM RM 90 ribu dan PMR RM 80 ribu, dibahagi setiap pelajar untuk SPM rm 600, PMR 560. Sebulan hanya RM 60 sahaja. Pelbagai respon ibu bapa. Tapi keseluruhan amat baik, aku cukup tekankan bahwa keputusan PMR 2008 SEMASHUR no 1 SBP seluruh Malaysia, 138 straight A, 87.58%.

Inilah antara tugas dan tanggungjawab aku...aku tak boleh beri tumpuan kepada pelajaran anak-anak ku tapi aku luangkan masa secara paksa untuk aktif dalam PIBG sekolah anak-anakku...Isteriku pulak ku aturkan dulu untuk menguruskan bisnes Kelas Tiusyen..maka dia pun ..dapat jaga anak-anak ku belajar sambil tengok anak orang lain..itulah strategi aku..yang sentiasa sibuk dan menyibuk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan