Hari ini hari akhir ikut kalender masihi bagi tahun 2008, tahun yang punya banyak kenangan dalam dairi kehidupan sepanjang usia 43 tahun.Rasanya begitu cepat masa bergerak walaupun sebenarnya masa dan waktu sama sahaja. Teringat lagi bulan November 2007 tarikh mula memang jawatan selaku Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor, dua bulan awal banyak maklumat yang saya kumpul untuk membuka langkah juga membentuk JK Jentera Negeri dan terus Bilik Gerakan Pilihanraya Negeri pun dibuka.
Mula sahaja januari 2008 saya terus melangkah turun membentuk jentera Pilihanraya peringkat Parlimen dan DUN.Siri kursus dan latihan Pilihanraya saya mulakan. Latihan PACA, Pidato, Kempen, Personaliti Calon, Tugas Pengarah juga Jentera Pilihanraya. Semua latihan saya bersama AJK cari duit sendiri tanpa bajet parti, terima kasih tak terhingga kepada semua penyumbang terutama Sdr Dato' Mat Ghazali yang banyak membantu.
Hari demi hari mendebarkan, tarikh 12 Febuari 2008 pengumuman pembubaran Parlimen malam itu saya panggil semua Pengarah Pilihanraya serta JK Jentera seluruh Parlimen dan DUN. Satu yang saya umumkan adalah setakat malam ini kita telah pasti menang dalam 15 kerusi DUN. Semua orang tercengang serta terpingga-pingga , ye ke...Yahya ni. Tapi saya umum lagi saya punya keyakinan pada tengah malam 8 Mac dan menjelang 9 Mac kita pasti membentuk Kerajaan Baru.
Semua ucapan serta kata-kata saya menjadi kenyataan pada 8 mac 2008, jam 7.45 malam 8 mac saya telah telefon DSAI saya nyatakan bahawa kita berjaya bentuk kerajaan di Selangor...jam 8.15 malam saya maklum juga pada TSKI bahawa kita menang di Selangor....jam 9 malam bililk gerakan mula sesak, telefon tak henti bergetar...semua tinggal kenangan....muga Allah merahmati diri ku.... daku berdoa hendaknya Allah terus memberikan aku tenaga fikir yang terus cerdas...yang aku pasti aku punya sedikit kelebihan yang Allah kurniakan....
Rabu, 31 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan