Hari ini 3 Disember 2008 (Rabu), Alhamdullilah subuh yang tenang dan nyaman. Pagi ni awal-awal lagi Isteriku dah mengadap Komputer dia tengah asyik dengan bisnes IT cari duit guna rangkaian blog dan lain-lain, dia pun cerita kat aku, aku pun jadi pendengar yang tekun...ok gak tu.
Cuma sebenarnya kepala aku melayang sejenak mengingatkan sesi 'pecah kepala' malam tadi yang dianjurkan oleh beberapa teman-teman kat UK. Pehhh...cuma bila minta komen serta menjawap isu-isu terkini, aku cuma jawap. Harapan Baru untuk Politik Baru sudah tiada Harapan...aku sebut aku cukup bimbang aku serta kawan-kawan yang lain jatuh 'Munafik' pasal kita dok kempen kuat..janji nak buat serta laksana Politik Baru..yang intinya adalah..keadilan, ketelusan,kewibawaan,setiakawan...nampaknya tidak muncul dalam semangat politik.. yang ada sekarang...aku bimbang...akhirnya hampir semua...ahli kumpulan'pecah kepala' setuju dengan pandangan aku...mereka agak mendesak..kemana aku lepas ni...
Aku bilang...politik ni sebahagian dunia aku... politik ni luas..pentas juga pelbagai..keadilan tetap akan aku perjuangankan...
Rabu, 3 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan