Sabtu, 7 Mac 2009

NAK MARAH..MARAH LAH..NAK MAKI..MAKI LAH...pemimpin kena dengar

Semalam 6 Mac 2009 melaksanakan program Jejak Masjid Di Masjid Ar Riduan Kg Berjuntai Bestari dan Dialog bersama masyarakat di Kampung Berjuntai Bestari. Bermula dengan solat jumaat bersama penduduk kemudian terus berkumpul di dewan Masyarakat untuk sama-sama berdialog.

Pak Kudus, Tok Penghulu Hanis , Ketua Kg Rantau Panjang, Ketua Kg Berjuntai Bestari dan juga Sdr Zainal yang mempengerusikan majlis. Inilah program yang sangat-sangat aku harapkan terlaksana disemua tempat, dimerata ceruk, di semua kampong juga taman-taman perumahan. Pada penduduk Kampung juga masyarakat mereka berkehendakkan agar suara mereka didengari, hasrat hati mereka dapat diluahkan, mereka hendak marah-marahlah, mereka nak maki hamun makilah, sebagai pimpinan dengar sahajalah. Orangramai akan lega bila rasa hatinya dapat diluahkan, mereka akan rasa bangga bila dapat maki hamun pemimpin, sebagai pemimpin tak ada kurang satu atau sedikitpun kalau kena marah.

Beberapa isu seperti masalah tanah, tapak rumah, kedai, kebersihan, keselamatan, padang bola menjadi isu yang dibangkitkan..aku nyatakan betapa beruntungnya penduduk Bistari Jaya kerana memperoleh UNISEL ..orang lain pergi ke Universiti oarang kat sini Universiti datang kesini...

Beberapa hari lepas sempat ceramah di Kg Sg Gulang-Gulang bersama dengan YB Ng Seu Lim dan YB Wahid Endut aku sebut tentang perlunya perundangan dan perlembagaan dipatuhi mengikut lunasnya. Perlaksanaan perundangan bukan hanya dibicara ikut selera media yang mencatat berita ikut selera penguasa yang hanya ingin menegak kuasa. Jangan mentafsir derhaka rakyat juga pemimpin kepada sang Raja satu penderhakaan yang harus menerima hukuman, bagaimana sembah dehaka Bendahara Tun Perak terhadap penderhakaan hukuman mati Hang Tuah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud akhirnya akur bahawa titahnya terhadap hukuman mati pada Hang Tuah satu kesilapan, maka adakah ketidak patuhanan Bendahara untuk membunuh Hang Tuah satu penderhakaan yang harus dihukum...

Pagi ni Sabtu 7 Mac aku awal-awal pagi dah bertolak ke Kg Bukit Belimbing untuk memberi ucapan dalam mesyuarat Agung PIBG Sek Rendah Agama Kg Bkt Belimbing, jumpa YDP Sdr Ramli Beton. Ketua Kg Sdr Shamsuddin, Pak Imam dan Guru Besar...aku sarankan kerjasama mantap daripada semua pihak untuk kemajuan sekolah.... bebrapa program seperti interksi akademik dan meneruskan program motivasi murid ibubapa mesti dimantapkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan