Selasa, 3 Mac 2009

MENTERI PASOLA...NEGERI PASIR DUA BUTIR..

3 Mac 2009, Hari ini hari yang cukup bersejarah, satu dunia menyaksikan bagaimana pincangnya sistem demokrasi Malaysia, bagaimana pentadbiran sebuah jabatan kerajaan boleh lebih berkuasa daripada satu Intitusi dan badan perundangan. Bagaimana Dewan Undangan Negeri dihalang daripada beroperasi, bagaimana satu pentadbiran jabatan boleh menghalang Speaker DUN daripada menjalankan tugas untuk membolehkan DUN bersidang...

Cerita P.Ramlee Laksamana Do Re Mi bagaimana Raja telah digulingkan kuasa..dan memerintah dibawah pokok dengan seorang pemegang payung...begitulah hari ini terjadi di sebuah negeri yang memang daripada dulu mencetus kontrovesi...kerana Perak lah campurtangan British kerana peristiwa JWW Birch yang memang sengaja dibunuh..siapa Dato Maharajalela..siapa sipitung... hai lah Perak...hari ini dunia menyaksikan Sidang DUN Perak bersidang di bawah Pokok rendang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan