Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan
KUALA LUMPUR: Datuk Salehuddin Hashim hari ini meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.
Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain yang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.
Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.
Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.
Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.- BERNAMA
Semua berjalan dengan agak pantas. Masa Sdr Salehuddin masuk semua orang rasa satu perkembangan baru akan berlaku, Dato Saleh yang saya kenali dia bukan orang politik, langkah dan gayanya bukan politik, maka dalam detik hatiku berkata tak lama ni.
BalasPadam