Sabtu, 12 Januari 2013

Pekerja Kilang Diberhenti Diterima Menjadi Pekerja Disektor Ladang

Kenyataan Media BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADILAN RAKYAT Pekerja Kilang Diberhenti Diterima Menjadi Pekerja Disektor Ladang Petaling Jaya, 8 Januari 2012 (Selasa) Pada 24 Disember 2012, Biro Kepenggunaan membuat kenyataan media menyatakan hasrat serta desakan 37 pekerja yang diberhentikan kerja akibat penutupan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Bukit Talang sebuah anak syarikat Sime Darby Berhad (SDB). Biro kepenggunaan mewakili 37 pekerja mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media yang telah memaparkan berita serta menyatakan hasrat mereka. Hasil berita yang tersiar pihak Pengurusan Sime Darby Berhad telah mengarahkan KKS Bkt Talang membuat perbincangan khas dengan pekerja yang diberhentikan. Hasil perbincangan kesemua 37 orang pekerja diterima bekerja di sektor ladang serta menerima segala pampasan serta ganjaran akibat pemberhentian kerja seperti mana tuntutan pekerja dalam kenyataan media. Walaupun sehingga hari ini pekerja belum lagi menerima persetujuan secara bertulis namun pekerja meletakkan kepercayaan persetujuan melalui perbincangan ditunaikan oleh pihak SDB. Pekerja sangat mengharapkan SDB menepati janji untuk melaksanakan dasar gaji minima iaitu berjumlah RM 900 sebulan. Maklumat yang pihak Biro Kepenggunaan perolehi ada beberapa lagi kilang kelapa sawit milik anak syarikat SDB akan ditutup. Kami mengharapkan nasib semua pekerja kilang itu mendapat pembelaan yang terbaik. Tenaga kerja warganegara ini mesti diberi keutamaan, menurut sumber maklumat daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) seramai 40,000 orang pekerja warga asing akan dibawa masuk oleh Syarikat-syarikat daripada sektor perladangan. Biro Kepenggunaan sekali mengucapakan terima kasih kepada pihak media, kami juga memohon agar pihak media terus membantu dan bekerjasama dengan pihak Biro Kepenggunaan bagi menyelesaikan masalah pengguna dan rakyat. Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan