Sabtu, 12 Januari 2013

SYABAS GAGAL: KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN MENDESAK SYABAS SERAH PENGURUSAN AIR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN MEDIA BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADILAN RAKYAT SYABAS GAGAL: KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN MENDESAK SYABAS SERAH PENGURUSAN AIR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR Petaling Jaya, 11 Januari 2013 / Jumaat Biro Kepenggunaan telah mendapat desakan daripada pelbagai pihak yang mewakili pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar membuat langkah bagi memastikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mesti mengundurkan diri dan menyerahkan pengurusan bekalan air terawat ini kepada kerajaan negeri Selangor. Desakan pengguna ini adalah kerana; Syabas telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna sebagai sebuah syarikat konsesi bekalan air terawat di Selangor dan Kuala Lumpur. Kegagalan Syabas jelas dapat dilihat dan dirasai oleh semua pengguna , Syabas gagal membekalkan air yang berkualiti dan bersih, hingga hari ini pengguna masih menerima bekalan air yang berkeladak walaupun Syabas berjanji banyak kali untuk membekalkan air yang berkualiti dan bersih. Syabas secara terang mengakui bahawa pengurusannya gagal member khidmat yang baik kepada pengguna bila bahagian aduannya setiap hari menerima ribuan aduan daripada pengguna.Sekiranya pengguna berpuas hati ataupun masalah air tidak berlaku maka pengguna tidak akan membuat aduan. Syabas sendiri mengakui bahawa mereka gagal menyelenggara pam – pam air yang mengakibatkan krisis air sering berlaku dan yang terbaru di kawasan Gombak, Ampang dan Kuala Lumpur. Syabas gagal menguruskan kewangan syarikatnya dengan sempurna, menurut laporan Syabas mempunyai jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan berjumlah RM2.8 billion ringgit. Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus. Laporan audit juga mendapati Syabas tidak melaksanakan kerja-kerja ‘capex’ (capital expenditure) dengan baik. Biro Kepenggunaan mahu Syabas berhenti daripada Berpolitik dan berhenti daripada menjadi bahagian UMNO yang ke 23 di Selangor dan yang ke 223 di Malaysia, Syabas adalah badan perniagaan. Biro Kepenggunaan juga mahu Syabas bertindak jujur dengan mencipta alasan kerana Projek Langat 2 tidak dilaksankan maka berlakukunya krisis air, semua pengguna tahu bahawa Projek Langat 2 baru nak bermula sedangkan krisis bekalan air berlaku sekarang dan berlarutan. Biro Kepenggunaan mendesak Syabas menyerahkan secara terhormat pengurusan air terawat di Selangor dan Kuala Lumpur kepada kerajaan negeri kerana air adalah anugerah Allah SWT bukan untuk dijual beli tetapi adalah tanggungjawab kerajaan menguruskan bagi keperluan rakyat. Biro Kepenggunaan bersama 35 NGO serta dengan sokongan 360 Ketua-Ketua Kampung, lebih 500 Ketua-Ketua Komuniti di Selangor dan Kuala Lumpur akan membuat kempen 1 juta tandatangan pengguna untuk mendesak Syabas berundur dengan cara terhormat serta kempen menyaman Syabas kerana gagal melaksanakan perjanjian membekal air terawatt dengan sempurna, kempen akan bermula esok SABTU 12 JANUARI 2013. Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan