Sabtu, 22 November 2008

PROGRAM JEJAK MASJID Di Meru Kapar & Peluang Bisnes AGRO

Semalam 21 November 2008, Jumaat . Solat Jumaat di Masjid Meru, khatib jumaat YB Dr Rani ADUN Meru tahniah bagus YB. Khutbah berkisar mengenai Islam dan Agama lain.Agak tinggi tajuk khutbah untuk diperdengarkan kepada jemaah yang saya kira rata-rata penduduk tempatan Meru.

Lepas solat makan tenghari di rumah Hj Bakir Ketua Bahagian Kapar, makan lauk cukup menarik, dah puluhan tahun tak makan lauk ni, apa tau Kulit Lembu. Sedap lama tak makan. Ramai yg tak tau.... kulit lembu biasa, di jemur, dikeringkan, dikikis bulunya, dikeringkan lagi, biasa pelbagai cara untuk buang bau dulu, arwah bapak bubuh kapur.. dah kering simpan. bila nak masak rebus utk lembutkannya.

Lepas makan dah kenyang...sambil tersandar...dengar pulak taklimat peluang bisnes dalam tanaman serai. Sdr Hanapi yg aku bawak drp AlAnsar Agro bagi penerangan. Serai peha ayam, 1 ekar perlu kos dalam RM 2000.00. Minggu lepas penerangan buat kat Sg Besar di rumah Sidang Saidin...ikut Hanafi ada 2 orang yang betul-betul minat. Ini lah peluang untuk tambah pendapatan juga yg penting bagi Ketua-ketua kampung boleh bagi peluang kerja pada orang kampung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan