Sabtu, 22 November 2008

SESI CAMBAH FIKIRAN ISU-ISU SEMASA KERAAJAN PERAK

Hari ni 22 November 2008, sabtu. Janji dengan Sdr Zul dan Ustaz Zul datang ke Perak. Nak bertolak jam 9.00 pagi tapi jam 10.15 baru pegi pasal tunggu Ali yang banyak lewatnya. Naik kereta sdr Din. Sampai Ipoh 12.45 tengahari sempat dengar pembentangan Cikgu Bahrom Bakar kemudian makan dan solat Jamak zohor dan asar kat surau SUK Perak.

Bangunan baru, nampak cantik. Lepas solat dengar pembentangan forum oleh YB Zainudin, YB Ganli, pengerusi Cikgu Ismail. Nampak menarik dan respon peserta cukup baik.

Sesi akhir aku buat pembentangan iaitu pelan tindakan. Apa perlu buat sebagai tindakan segera untuk beri penerangan pada rakyat. Lebih kurang 18 catatan untuk dibawa ke pihak urusetia penerangan negeri. Melihat daripada perkembangan Pentadbiran Perak nampak agak baik. Proses penerangan dibuat dengan agak baik, ada urusetia penerangan, sudah ada buletin bulanan..Citra Perak. Belah pagi YAB MB datang buat perasmian. Team penerangan nampak bergerak..lepas habis saja, CD telah siap untuk dijual.. pantas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan