Hari ni 28 November 2008 (Sabtu) sepatutnya merupakan tarikh yang amat membahagiakan ramai terutama aku kerana Parti Keadilan yang Nasional telah dirakyatkan hasil kemasukan semangat rakyat PRM mengadakan sidang Kongres kali ke lima, dulu nama sidang ni namanya Persidangan Agung.
Parti Keadilan tahun ini 2008 kalau dikira rekod telah memecah rekod yang cukup baik, jarang sebuah parti yang baru berusia 11 tahun dapat kejayaan yang dikira cukup baik. PRU 10 tahun 1999 waktu semangat reformasi yang memuncak kalu nak dikira pasti BN kalah..tapi , Barisan Alternatif (BA) tak punya jentera yang cekap dan mahir PAS dan DAP yg telah menyertai 9 kali pilihanraya tidak nampak bersedia dengan mantap bagi menghadapi jentera BN.. BA tetap kalah. keADILan hanya mampu dapat 5 kerusi parlimen Permatang Pauh, Kota Bahru, Machang, Peringat & Kemaman juga tak lupa 3 kerusi DUN Penanti, Chinni dan Hulu Klang. Tahun 2004 merudum tinggal Permatang Pauh. Tahun 2008 PRU 12 kini PKR ada 32 kerusi parlimen dan menjadi Ketua Pembangkang. Menguasai kerajaan Selangor.... Hebat.
Hari ni muram bagu aku kerana semangat serta ciptaan baru yang patut dirai bersama rasanya hancur... tiada apa-apa pembaharuan. Kongres ke 5 PKR pasti lesu...ia diolah dengan campur tangan ghaib yang seninya tiada....Bagaimana agaknya perasaan aku yang dinafikan hak untuk mempengerusikan sidang Kongres AMK..
Jumaat, 28 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan