Selasa, 25 November 2008

TAJUK DALAM SINAR PR CAKAP SERUPA BIKIN

Bila wartawan menghubungi saya bertanyakan respon mengenai isu kes YB Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor yang didakwa di Mahkamah berkaitan kes menghalang tugas penjawat awam dalam operasi penguatkuasaan pada 2007, setakat ini mahkamah membebaskan Ronnie dengan ikat jamin RM 3,500.00 sehingga pembicaraan mahkamah selesai. Saya respon kepada beberapa pertanyaan.

Isu YB Ronnie Liu dikaitkan dengan kes Sdr, Apa respon?

Dalam laporan akhbar mengikut wartawan yang bertanyakan saya, ada mengaitkan kes Ronnie bersamaan dengan kes saya, saya menyatakan bahawa, bilamana YAB Dato’ Menteri Besar mengantung tugas saya, saya terus menyatakan sikap saya secara bertanggungjawab. Saya mengambil tindakan untuk berhenti kerana saya perlu bertanggungjawab terhadap Kerajaan Negeri serta Pejabat Menteri Besar. Saya tidak mahu Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat YAB Menteri Besar dibabitkan dengan kes saya walaupun ia hanya sekadar satu tuduhan belumpun ada siasatan serta pendakwaan di Mahkamah. Saya mengambil sikap bertangungjawab kerana saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat mesti memikul amanah Parti yang memperjuangan keadilan, kewibawaan, amanah dan ketelusan.

Kenapa perlu berhenti ?

Sebagai pemimpin tertinggi parti saya mesti menunjukan contoh yang baik kepada ahli juga kepada masyarakat bawahan. Pemimpin keADILan juga pemimpin parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat selalu mendesak serta menuntut pemimpin BN agar meletak jawatan bila mana berlaku sesuatu kes juga pelbagai skandal yang melibatkan tugas jabatan serta kementeriannya. Selalunya ayat-ayat ini akan dikeluarkan ‘ Letak jawatan la..macam Menteri kat Jepun’. Saya mengambil sikap ‘ cakap serupa bikin, kata mesti dikota, lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya’. Sebagai orang Islam saya mesti taat dan patuh pada Islam.

Apa perkembanagan kes Pemberian Kontrak Sisa Pepejal?

Saya tetap dengan pendirian sebagai mana kenyataan saya dahulu sebelum saya berhenti , saya alu-alukan siasatan terhadap saya sekiranya saya ada memberikan kontrak mahupun saya meluluskan apa-apa kontrak. Saya nyatakan dulu bagaimana saya hendak meluluskan kontrak, memberikan kontrak atau mempengaruhi apa-apa kelulusan kontrak sedangkan kontrak itu dibawah pentadbiran syarikat swasta. Sudah tentu mana-mana syarikat ataupun agensi kerajaan mempunyai tatacara serta kaedah bagaimana sesuatu kontrak juga tender diluluskan, lebih-lebih lagi amalan piawaian ISO dipraktiklan. Setakat siasatan yang dibuat oleh pihak BPR tiada mana-mana kontrakpun yang saya luluskan ataupun saya berikan kepada mana-mana syarikat malahan tiada satupun syarikat yang telah mendapat kontrak melalui surat sokongan yang saya keluarkan.

Apa pandangan sdr berkenaan kes YB Ronnie Liu?

Secara peribadi, di atas prinsip keadilan, ketelusan serta pertanggungjawaban, Kerajaan Pakatan Rakyat kena apa perbezaan secara jelas dibandingkan dengan Kerajaan BN. Pemimpin serta pegawai daripada kerajaan PR mesti memikul serta menterjemahkan ketelusan, bersih dan bebas daripada prasangka juga tanggapan buruk masyarakat umum dalam sesuatu isu, seandainya perkara ini tidak dilaksanakan rakyat akan membuat tanggapan serta kesimpulan tiada apa perbezaan antara BN dan PR. Setiap pemimpin PR mesti menunjukan komitment yang jelas dalam menjadikan setiap tindakan pemimpin dihormati dan mendapat kepercayaan rakyat terbanyak. Slogan Bersih dan Keadilan mesti dilaksanakan, malah dirasai serta kelihatan secara jelas bukan hanya sekadar slogan.

Ini catitan asal yang dibuat oleh wartawan Sinar dan di olah untuk penerbitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan