Rabu, 13 Mei 2009

KEMELUT YANG KALUT

13 Mei 2009, kata orang tarikh ini 40 tahun lalu merupakan tarikh yang malang dan parah bagi rakyat Malaysia.Suasana tidak ketentuan pertembungan dan pertarungan angkara ketidakpuasan hati serta keresahan serta sikap yang melampau menjadikan pergaduhan berlaku, kata berita dan buku-buku banyak nyawa melayang. Saya cuba memahami melalui pembacaan juga sembang-sembang dengan pemimpin negara, orang tua juga masyarakat bawahan. Semejak tarikh ini ia menjadi nyanyian serta ugutan daripada sang penguasa yang lapar dengan kuasa. Alasan berlaku pertembungan kerana katanya pengagihan ekonomi serta pembangunan tidak diagih dengan baik. Maka pelbagai langkah dibuat Rancangan Malaysia 1 sampai ke 10 yang terkini. Apakah benar pertelingkahan disebabkan ekonomi semata-mata. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaung-laungkan sebagai dasar utama bagi memastikan pemilikan/penguasaan 30% ekonomi Melayu/ Bumiputera tercapai.

Hari ini 40 tahun sudah DEB, dasar ini akan lenyap sendiri Bapak buat dasar anak mansuhkan. Selepas peristiwa hitam 13 Mei maka akhirnya Negara diletakkan dalam suasana darurat, selepas itu Tun Abd Razak jadi PM dan sebagai langkah DEB dilancarkan. Antara langkah kearah mencapai sasaran penguasaan 30% ekonomi maka lahirlahlah Bank Bumiputra, MARA, FELDA, dasar setiap pengagihan projek kerajaan dalam semua sektor diberi keutamaan kepada Bumiputra juga syarkat pemilikan atau pemegang saham 30% Melayu. Tetapi malang kepada Melayu Malaysia bila mana anak kepada Tun Razak jadi CEO sebuah CLC yang namanya Bumiputra Commerce yang kemudian ditukar kepada CIMB apa yang dibuat tiada dasar Melayu dan Bumiputra, tambah malang lagi bilamana sorang lagi anaknya menguasai negara kerana jadi PM apa yang dia buat adalah dengan mengugurkan 27 sektor ekonomi daripada dasar 30% pengagihan projek kepada Melayu. Tambah malang lagi pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dulunya Kemeterian Perusahaan Awam yang menjadi payung kepada usahawan bumiputera.

Sebagai anak kampung yang lahir lepas zaman penjajah jua zaman Jepun pun juga tidak mengetahui peritnya 13 Mei 1969 kerana ketika itu baru usia 3 tahun, rasanya pendekatan, cara, perancangan yang lebih utama corak berfikir kita mesti berubah. Allah SWT memang beri kita kebebasan berfikir dan boleh jadi ahli dalam bidang kita masing-masing tetapi semuanya telah ada landasan serta asas yang cukup konkrit iaitu Al Quran dan Al Hadis serta sunnah nabi dalam pelaksanaan Al Quran dan Al Hadis. Kalau kita tak faham apa yang Quran atau Hadis sebut kita rujuk kepada cara Rasullulah , contohnya dalam membangunkan atau memimpin sebuah negara apakah yang lebih utama serta didahulukan samada bina bangunan, buat perniagaan serta gedung besar atau bangunkan manusia itu sendiri. Nabi tunjuk kita kena bangunkan manusia itu yang lebih utama.

Pada saya apakah kita gagal membentuk Malaysia tidak gagal..ia adalah belum berjaya.Kita lihat krisis Perak yang kalut, Kemelut yang direka dan dirancang macam buat drama TV3, memang P.Ramle hebat...SARKASSS DAAA...KERAJAAN BAWAH POKOK...NEGERI PASIR DUA BUTIR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan