Isnin, 1 Jun 2009

SEPULOH HARI MENANTI DI PENANTI

Hujung bulan Mei 2009 selama sepuloh hari berkampung di Penanti Pulau Pinang memberikan pelbagai pengalaman baru dalam melihat senerio, bacaan, analisa, telahan dan landskap politik Malaysia.
1. Sepanjang 10 hari tempoh berkempen cuba menelah apakah ayat-ayat yang bakal dikeluarkan daripada mulut pimpinan UMNO selepas pastinya peratus keluar menggundi merosot. Malam tadi jawapan telah diterima Mat Pagoh gelaran TPM oleh orang UMNO kata rakyat telah bosan dengan Demokrasi Paksaan, piiii lah mabuk ....Apakah Mat Pagoh lupa satu kisah di Perlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang yang mana tika itu Tok Uban dan Jamaluddin bertukar kerusi untuk membolehkan Tok Uban jadi MB.
2. Cuba membuat telahan , tekaan dan jangkaan berapa peratus keluar menggundi, jangkaan serta perkiraan agak tepat kurang 50%. Sebabnya bukan kerana penggundi tidak menyokong PKR atau telah beralih arah analisa serta telahan itu agak kurang tepat. Penggundi merasakan tak ada apa-apa kesan bila dia pegi menggundipun...saya tanya sendiri, Pak Andak, Pak Su Mail kat Kuala Mengkuang dan Guar Perahu....awat tak pi undi....ehh tak pa lah...tak adaq lawan lah, Mansoq mesti menang punya. Ada yang kata tak palah nak pi kenduri kat Kulimlah, Sg Petani lah dan macam-macam. Kata orang muda tak daq steam dan tak mengiurkan.
3. Kenakalan UMNO dengan menaja Bas-Bas untuk melancung juga ada sikit menjadikan kemeriahan Pilihanraya tergangu.
4. Jentera PKR sendiri tidak ghairah untuk mencari dan memujuk penggundi untuk keluaq menggundi. Saranan untuk menjaga setiap lorong dan jalan di Taman dan Kampung tidak terlaksana malahan di Taman Guar Perahu ada ganguan daripada Polis.
5.Kehadiran Polis di Penanti yang begitu ramai agak menggangu rentak perjalanan PRK kerana kali ini SPR memperkenalkan satu kaedah baru bagi proses Pilihanraya, siap pasang Camera Video, tak boleh ada penyokong parti kat tempat buang undi, tak bagi bukak pondok panas dan macam-macam.
6.Apa kesan kepada pilihanraya bila penyokong parti tidak dibenar membuat pondok panas dan kalau ada pun kurang lancar kerana ada ganguan. Apakah tindakan SPR bila penggundi kurang keluar, SPR tiada kepentingan ke atas penggundi, tetapi bagi parti polituk bertanding data keluar menggundi cukup penting orang parti akan berkejar untuk mencari siapakah penggundi yang belum keluar menggundi. Maka salah satu faktor di Penanti kurangnya penggundi keluar adalah SPR sendiri yang tidak agresif untuk bantu penggundi keluar.
7. Kerajaan Malaysia seharusnya bertanggungjawab di atas kemerosotan peratus keluar undi kerana proses Pilihanraya adalah proses menegakkan prinsip perlembagaan negera. Kecacatan ke atas proses pilihanraya kena diambil tanggungjawab sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia bukan menyalahkan parti politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan