Malam tadi sempat hadiri sesi temuramah di TV Bernama.
HELO MALAYSIA – BERNAMA TV – 502 ASTRO
Sairan langsung Jam 10.00 hingga 11.00 malam. Rabu 10 Jun 2009.
TOPIK – HUBUNGAN EKONOMI MALAYSIA CHINA
Tamu :
1. DATO’ DAVID CHIA –
Dewan Perniagaan China Malaysia
dca@dcnagroup.com
2. HAJI MOHD YAHYA HJ MAT SAHRI
Setiausha Kehormat ,Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor
Soalan-soalan untuk tamu.
1. ERA BARU HUBUNGAN CHINA-MALAYSIA,
APA PANDANGAN DATO?
2. LAWATAN PERDANA MENTERI DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK KE CHINA IAITU LAWATAN PERTAMA DI LUAR ASEAN BARU-BARU INI, APAKAH DILIHAT DAPAT MENINGKATKAN LAGI HUBUNGAN DUA HALA ANTARA KEDUA NEGARA TERSEBUT?
Jawapan:
Bismillahhirohmanirohim, Assalamualaikum wbkt. Bagi pihak Dewan Perdagngan Islam Malaysia saya ucapkan Terima kasih atas jemputan serta ruang ini . Sebagai respon awal . Saya melihat hubungan dua hala ini drp bebrapa skop dan aspek yang tertentu.
1. Hubungan Deplomatik dan Politik itu sendiri,
2. Hubungan Rakan Dagangan dalam Aspek Ekonomi dan Perniagaan.
Selaku PM dan pemimpin yang baru bagi Negara kita Malaysia sudah tentunya YAB DS Najib mahu dilihat serta kelihatan kuat , gagah dan diterima oleh Negara luar. Langkah membuat kunjungan dan lawatan ke China merupakan satu langkah strategik yang boleh memberi gambaran pelbagai bagi penganalisa politik Negara dan antarabangsa. Umumnya bagi ahli perniagaan apa sahaja langkah yang boleh memberi peluang pernigaan serta pengembangan perniagaan adalah baik.
3. MALAYSIA KINI MERAIKAN PERAYAAN KE 35 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA SETELAH TUN AB RAZAK PERDANA MENTERI KEDUA MELAKUKAN LAWATAN BERSEJARAH PADA TAHUN 1974, APAKAH BIDANG KERJASAMA STRATEGIK TERUTAMANYA DARI SEGI DAGANGAN DUA HALA YANG TELAH MENUNJUKKAN KEJAYAAN?
Pada saya tak ada apa yang harus dirayakan kerana hubungan dua hala antara Negara merupakan langkah yang perlu diadakan serta dibuat oleh mana-mana pemimpin dunia.
Malah lebih-lebih lagi bagi jika kita melihat hubungan antara Malaysia dulunya Malaya dan tanah Melayu dan China ia bukan satu yang baru ia telah bermula sejak pemerintahan ke sultanan Melayu Melaka, ketika itu Parameswara membuat jalinan persahabatan dengan Maharaja China sekitar tahun 1411 dimana ketika itu Parameswara melawat Maharaja Min Yung Lo dengan diiringi Laksamana Cheng Ho. Malah Sultan Mansor Shah dianugerhkan puteri Hang Li Po untuk di khawinkan dengan Sultan Mansur Shah di catitkan dalam sejarah 500 pengiring puteri Hang Li Po terus menetap di Melaka.
1.. Hubungan apakah yang di jalinkan oleh Kesultanan Melaka- ia adalah hubungan politik dan deplomatik kerana ketika itu ancaman Melaka adalah pihak Siam maka Melaka mencari rakan yang kuat iatu China bagi mengelakan serangan Siam ke atas Melaka.
2. Demikian juga oleh kerana ketika itu Melaka menjadi pelabuhan bertaraf Antarabangsa tentunya dagangan Anatara Melaka dan China bermula dan berterusan terutama yang melibatkan dagangan rempah ratus.
Kehadiran Almarhum Tun Abdul Razak PM ke 2 yang juga Ayahanda kepada DS Najib pada tahun 1974 ke China merupakan lawatan era moden yang ketika itu politik Dunia dalam era Perang dingin, malahan ketika itu Parti Komunis China menyokong Parti Komunis Malaya (PKM) namun Tun Razak mengenepikan pandangan konvensional malah menandatangani kenyataan bersama mengenai jalinan hubungan deplomotik dengan China. Hasil nya hubungan ini berterusan hingga kini malah setiap PM Malaysia akan mengunjugi China ,Tun Dr Mahatir sahaja ketika menjadi PM telah melawat CHINA 5 kali ( 1985, 93,94,96,99)
Kali ini YAB DS Najib, ketika isu Chin Peng di perdebatkan lawatan ke China oleh PM ke 6 telah dilaksanakan (bagi penganalisa politik dan penulis blog pelbagai catatan dibuat)
Namaun begitu bagi ahli bisnes dan pedagang ini satu peluang besar, ketika Ekonomi Dunia di Landa Krisis satu lembaran dagangan baru mula kelihatan.
Beberapa bidang kerjasma strategic dapat di teruskan malah dalam suasana yang lebih mantap. Anatra kerjasama dagangan strategic adalah dalam dunia pendidikan dan pelanjaran, bidang pelancungan yang memang amat menggalakan, sector elektronik dan elektrik malahan bidang bidang baru seperti pembinaan dan pertanian juga mendapat tempat.
4. MENGAPA KEBANGKITAN EKONOMI CHINA AKAN MEMBERI MENAFAAT BESAR KEPADA MALAYSIA DARI SEGI EKONOMI?
China sebuah Negara yang punya Tammadun yang lama dan gemilang, Malah Nabi Muhammad SAW sendiri berpesan untuk belajar dan menuntut Ilmu walau ke Negara China. Sejarah membuktikan kehadiran Sahabat Nabi yakni Bapa sauadra Nabi sendiri Sa’ad bin Abi Waqqas telah di utus oleh Khalifah Usman bin Affan untuk bertemu dengan Maharaja Gaozong (Dinasty Tang) 18 tahun selepas kewafatan Nabi SAW dan mendirikan Masjid pertama di China ketika itu. Kini lebih 100 juta orang Islam di China yang menduduki pelbgai Wilayah.
Nabi dan pemerintahan Islam , China punya potensi. Dengan kebangkitan China yang kini keluar daripada zaman penutupan mengundang pandangan serta perpektif pelbagai.
Kalau kita lihat daripada satu aspek iaitu pontensi pasaran memang mengiur dan menawan bak kata pepatah bagai ANAK DARA SUNTI . Jumlah penduduk China sahaja lebih daripada 1.3 Billion orang nampak satu prospek yang cukup besar untuk produk keluaran Malaysia.
Namun langkah penilian dan stretegik yang teliti mesti di buat bukan dengan langkah rakus dan semberono.
5. APAKAH CIRI-CIRI YANG MENUNJUKKAN MALAYSIA MEMPEROLEHI FAEDAH DARI KEBANGKITAN EKONOMI TERSEBUT?
Dalam mana-mana hubungan dagang serta diplomatik kesan serta faedah tidak boleh secara terus dan segera. Kita lihat begini bagi sang gembala yang membela kambing dan lembu yang diimpikan adalah menemui padang ragut yang baru dan subur yang bakal mengemukan haiwan peliharaannya. Bagi petani tentunya mimpi menemui tanah pamah yang subur dan rata, maka sudah pastinya benih-benih tanaman akan mudah di tabur bagi peroleh hasil tanamannya. Untuk pedagang dan peniaga pasaran baru amat dinanti-nantikan, China punya pelbagai ciri untuk penerokaan pasaran baru. Dalam sector Pelancungan begitu jelas kemasukan pelancung daripada China ke Malasyia juga Pelancung Malaysia ke China. Beberapa produk elektronik dan elektrik kini telah mula dikuasai oleh produk keluaran China malahan dengan harga yang murah.
6. BERAPA PERATUSKAH JUMLAH DAGANGAN ANTARA KEDUA NEGARA?
China merupakan rakan dagangan ke 4 terbesar di Malaysia, Kita dapat lihat nilai dagangan dua hala pada tahun 2003 berjumlah RM 53 Billion dan pada tahun lepas RM 130 Billion. Ketika era Tun Razak RM 360 juta.
67 % Ekspot Malaysia ke China adalah terdiri daripada baranagan Elektronik dna Elektrik sereta komoditi Minyak Kelapa Sawit. Dalam masa yang sama Impot Malaysia daripada china 65% adalah terdiri dariapda baranagan Elektrik, elktronik, alatganti dan mesin.
Peluang kita adalah meneroka dan berkembang dalam bidangan barangan berteknologi dan bernilai tinggi.
7. APAKAH PELUANG YANG BAKAL DIPEROLEHI OLEH USAHAWAN MALAYSIA?
Pada saya yang utama adalah PASARAN , yang baiknya China bangkit begitu cepat , dariapda zaman gelap yang diumpamakan seperti Naga sakit. Selepas tahun 1980 an ia mula membuka pintu. Kemasukan peniaga Jepun Korea dan Eropah menyinari China. Bagaimana bidang komunikasi yang begitu cepat berkembang kemasukan IBM di China .
Dalam tempoh tidak sampai 2 dekad China telah melancarkan satelait komunikasinya. Kalau nak melihat peluang terbentang luas. Apa saja peluang boleh direbut.
Tetapi yang utama adalah sistem serta kaedah kita menguruskannya.
1. Kawalan – Birokrasi Kerajaan, Masalah Budaya, Mencari rakan kongsi Yang Baik dan dipercayai.
2. Tidak mahu lambakan produk- satu masa China menjadi tempat lambakan produk daripada pelbagai negara. Lambakan produk ini juga perlukan kawalan yang khusus.
3. Kualiti – kaedah menjaga kualiti perlukan sistem yang tersusun.
8. SEKTOR APAKAH YANG MEMBERI PELUANG BESAR KEPADA PELABUR DARI MALAYSIA?
- ICT, Euro Angkasa, Produk Halal , bioteknologi, pertanian,
- Intektual Property – IP (harta intelek) Standard, penyelidikan
- Negara yang cukup besar , 1.3 billion, empat musim pulak. Cara pemasaran yang strategic .
- Rakan Dagang dan niaga yang baik. Pelabur yang bijak. Pelabur sendirian tiada Institusi.
- Buat services, bank , takaful, Institusi kewangan dll.
9. APAKAH BIDANG KERJASAMA YANG BOLEH DIPEROLEHI OLEH KEDUA NEGARA?
Pada saya yang paling utama kita kena jadikan China sebagai pentas untuk melebarkan kek ekonomi Malaysia, bukan sahaja China negera membangun seperti India dan Indonesia juga boleh kita jadikan pentas.
Bagi DPIM kita mensasarkan penguasaan ekonomi Melayu/Islam di Malaysia melebihi 60% bukan 30% seperti DEB, tetapi langkah yang kita sasarkan tanpa mengambil mahupun mengenepikan hak oaring lain mahupun kaum lain. Strategi kita adalah dengan mengembang serta membesarkan kek ekonomi. Bila kita mampu memngembangkan kek ekonomi nilai seerta jumlah penguasaan ekonomi samada kaum cina dan India tetap boleh berkembang.
DPIM cukup yang yakin penguasaan ekonomi Islam boleh berkembang strateginya mudah sahaja. Kita kena pastikan Orang Islam dan Melayu masuk dalam dunia Bisnes, kerana hanya dunia Bisnes dan perniagaan boleh menguasai Ekonomi. Bila mana Bisnes menjadi Budaya orang Melayu Islam katalah 90% orang Islam bisnes maka dengan sendirinya penguasaan ekonomi akan berkembang.
Peluang pasaran di China ini kena direbuat oleh Oarng Melayu Islam khususnya. Skop dan bidang cukup luas di China , kerana ia adalah sebuah Negara Continental yakni ia boleh menghasil dan memproses serta boleh mengunakan. (penduduk yang ramai)
1. Pendidikan
2. Budaya ( tammadun)
3. Perubatan ( perubatan alternative dan moden)
4.Pelaburan ( kumpul labor di Bursa Malaysia utuk negera luar)
10. DARI PROSPEK EKONOMI, WILAYAH MANAKAH YANG SESUAI UNTUK PELABUR MALAYSIA MENEROKAI PELABURAN DI NEGARA TERSEBUT?
- China Advance – teknologi ero angkasa telah ada, satelit dan komunikasi telah berkembang.
- Empangan Tigres – empangan terbesar di dunia sedang dibina.
IKS & Industri (tekstil, alatulis,)
1. Ghoung Zhou (canton) dekat hongkong
Bandar moden , teknologi
1. Ning - xia (muslim otonomi)
2. Shen Yang
3. Shen Jiang
-MAKANAN HALAL, TOYYIBABAN.
Nota :
Lain-lain soalan akan dibincangkan bersama pengacara sebelum program bermula.
Terima kasih.
Disediakan oleh,
ISMAIL MUHAMMAD
Penerbit/ Penerbit Penyelaras
Khamis, 11 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan