Khamis, 11 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Hujung bulan Mei dengan PRK Penanti kemudian di susuli pula dengan Muktamar PAS ke 55 yang penuh dramatik. Selama 55 tahun kali ini PAS benar-benar merasa bahang realiti Politik. Kalau dulu media tak ambik kira perkembangan PAS kini ada semacam arus media condong untuk menyokong calon dan tokoh-tokoh tertentu dalam PAS bagi memastikan perjalanan politik PAS tidak dalam kedamaian.
Apa tujuan Utusan, Berita Harian , TV3 dan lain media arus perdana , tujuan dan matlamatnya cuma satu iaitu agar ahli serta penyokong PAS ada keretakan serta keraguan kalaupun tidak terus mempercayai analisa dan berita separuh salah yang dilaporkan.
Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah mula ragu dengan PAS , banyak komen yang dilontarkan..ahh sudahlah PAS baru nak dapat kuasa sudah .....tak payahlah sokong....jom kita bubar cawangan....dan macam-macam lagi sms yang bertebaran.
Kita semua orang mesti belajar mendengar, menganalisa, menapis, melihat dan menilai apa sahaja gerak dan kelibat agenda musuh. Kena pasti siapa musuh dan siapa lawan.
Keadilan Selangor memulakan Jun 2009 dengan ber retreat amat baik, tapi nampak gayanya azam serta kesungguhan tidak semolek bayangan jua impian para pimpinan parti akar umbi juga para pendokong serta penyokong.
PAS padukan lah iltizam untuk berjuangan sebenarnya untuk Islam...Islam kalau dijadikan topeng pasti akan memuntahkan pelakonnya.
Keadilan jadilah pelajar politik yang baik bukan sekadar emosi serta sentimen....keadilan merupakan parti politik masa hadapan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan