Selasa, 3 Februari 2009

Makan Kat Sri Kaya Shah Alam..

Rasa begitu lama tak dapat makan dengan beberapa teman tengahari tadi makan bersama Arijan, Amran, Zak, Mad, Arshad, Sapujagat dan Yahya Kecik. Aku kat tak boleh kaya dapat makan makan kat seri Kaya pun ok. Beberapa isu dibualkan, masih isu perak serta beberapa isu tempatan, jkkk, ahli majlis juga perilaku YB.

JUMPA YB TUAN ZAMRI ADUN GUTCHIL KELANTAN

Semalam pagi sempat sarapan dengan Sdr YB Tuan Zamri, ADUN Gutchil sembang banyak pasal kelantan, yg utama kes Perak. Agak menarik strategi ADUN Kelantan katanya KBSM (kenduri,b ,salam,mati) lupa lak B. Lepas sarapan meeting dengan Sdr YB Yakop berkenaan program keusahawanan. Sebelum naik mesyuarat jumpa Akil pilot MB, dia dan Bang Mail angkat dua kotak besar barang lama aku. Penuh kereta. Punyalah panas barang tu sampai aircond aku rosak. Berpeluh aku bawak kereta drp Shah Alam sampai KL.

Isu Perak menyeronokkan perkembangan dunia politik tanahair.

Ahad, 1 Februari 2009

RUMAHKU DIPECAH OLEH PENCURI...

Hari ni 1 hb Febuari 2009 ikut sejarah Negara tarikh pembentukan Wilayah Persekutuan tapi hari ni juga hari bersejarah buat keluargaku...masa Allah...orang telah pecah masuk rumah. TV, 2 Laptop, 5 handphone dan Digital kamera telah disapu dek penjenayah..sabar dugaan Allah.

Semalam petang aku bersama keluarga pegi belanja kat giant dan terus ke Rumah Mertua di Tmn Bunga Raya, malam tidur kat sana. Malam sempat meeting bersama Pak Kudus dan Rosli Ibrahim bincang kemasukan dana untuk parti dan ekonomi ummah.

Pagi ada jemputan untuk pembentangan program bisnes bersama ahli Keadilan Hulu Selangor, aku terus ke opis nak prepare sikit power point, isteri dan anak-anak terus balik rumah. Isteri dan anak-anak aku terkejut pasal bukak aje rumah, rumah berselerak...pintu belakang telah terbuka...habis bersepah rumah. Dapat cal aku terus kemas barang dan balik, aku cal polis IPD Gombak... tak lama kemudian kereta peronda polis datang....

Aku buat repot...kemudian diambil keterangan ..kemudian..jurufoto polis datang rumah..ambil tempat yg boleh kenalpasti cop jari...

Terima kasih pada teman-teman yang sms, tel dan ziarah. Terima Kasih..semua. Saranan U Bad sabar..dugaan muga Allah beri kekuatan dan limpah rezeki...aku tenang..muga Allah ampun segala dosa-dosa ku..

Khamis, 22 Januari 2009

WAHID ENDUT.....OBAMA....era perubahan ....

YB Abd Wahid tewaskan Dato Wan Farid...mesra tewaskan sombong, sokongan rakyat nampak jelas inginkan perubahan. Rakyat muak dengan sikap pimpinan BN, sokongan pada Pakatan Rakyat bukan 100% kerana suka dan sokong PR.

Obama menjadi Presiden Amerika yang ke 44 lakaran sejarah baru bagi kuasa besar dunia.Tiada apa yang mustahil. Tapi bagi umat Islam jangan harapkan Obama akan menjadi pejuangan Islam..kalau orang Islam tidak memahami perjuangan Islam mana mungkin Non Muslim akan menjadi pejuang Islam.

Semalam sempat hadir mempengerusikan mesyuarat bagi program Jelajah Halalan Toyyiban yang dianjurkan oleh YES dengan kerjasama DPIM Selangor. Nilai bisnes berjumlah RM 360 juta setahun tersedia bagi program pemilikan ekonomi Islam. Fasa awal adalah fokus kepada Ayam, di Selangor & KL setiap hari sebanyak 430,000 ekor ayam diperlukan dengan nilai RM 4.6 juta sehari, 70% pengguna adalah orang Islam.
Daripada segi pemasaran 64% pengguna mendapatkan ayam daripada Pasar Pagi, Pasar Malam & Pasar Tani, 10% terus ke Hotel, Hostel & Restoran Besar, 26% daripada Hypermarket dan Supermarket.

ISU utama adalah daripada 430,000 ekor ayam yang disembelih datangnya daripada pusat sembelihan yang 80% daripadanya bukan milik orang Islam. Walaupun mereka mendapat status halal keran penyembelihnya orang Islam namun...Halal ini kena datang sekali Halal dan Toyyiban..halal lagi suci...

Isnin, 19 Januari 2009

SPIES...di Selangor

Hari Sabtu 17 Januari 2009 hadir mesyuarat Lembaga Pengarah YES, sejak bulan Mac 2008 hingga Disember 2008 tak sempat aku menghadiri satu pun mesyuarat ALP YES banyak perkembangan yang YES buat, kini telah ada bangunan opis sendiri cantik, telah ada kenderaan operasi Nazaria sendiri cantik..hasil sumbangan Amanah Raya Berhad. Mesyuarat baru ni bentang laporan mengenai program Halalal Toyyiban..tahun ini 2009 Selangor menjadi fokus...

Hari Ahad pagi 18 Januari 2009 ke Kelab Putrajaya mesyuarat serta sesi brainstorming PIBG SEMASHUR...isu program Kecemerlangan pelajar PMR dan SPM..bagaimana nak terus top kat Malaysia. Dato Hakim Burhan yang dah pencen drp Dato Bandar pengerusikan mesyuarat. Program cari duit secara aggesif pelabgai program diatur.

Jam 1.00 thagri terus ke Sg Lui, Hulu Langat.. hadir program untuk Konsultant SPIES..2 hari satu malam. Seronak lama tak tidur seacara beramai-ramai dalam dorm..tak kira sapa semua tido atas lantai....ramai tokoh motivator di TV , Hj Hanim, Arrifin Hasan , Samsul serta banyak orang lama..macam-macam belajar...
Pengisian kurang mantap..Prof Zainal Kidam dan Dato Hassan menguisi slot..yang agak seronak..aktiviti luar.Flying Fox, rentasan halangan..high rope..dll..lama tak cuba..hari ni buat..angin agak kurang...

SPIES merupakan program untuk memastikan perubahan jiwa berlaku kepada negeri Selangor. Program bermula dengan pegawai , kakitangan serta agen-agen pentadbir Selangor..termasuk JKKK dan JK Masjid...

Khamis, 15 Januari 2009

Kelab Penyokong Raja Nazrin ...siapa nak masuk..

Hari ini satu ucapan daripada Anak Raja berdarah Rakyat sangat mengkagumkan.Kalu beginilah semua Raja dan Sultan rasanya Islam dan Melayu akan memimpin serta meneraju Ummah dengan megah dan bermaruah. Teguran YM Raja Nazrin mengenai kelemahan pentadbiran serta pengurusan KEI pertama dan kedua juga KEM kerana tidak menyimpan apa-apa dokumen langsung mengenai kertas kerjanya, senarai kehadiran, cara resolusi dibuat juga resolusinya, maklumat hanya diperolehi daripada laporan media yang terbatas. YM juga menyatakan bahawa berpuloh resolusi yang menyentuh dasar serta pengurusan dalam kongres namun akan terus diulangi dalam kongres yang dibuat sekarang ini..kelemahan seperti jelas kelihatan.

Amanat..wasiat..serta pesanan Tun Dr Ismail (Allahyarham)berkaitan ekonomi Islam serta kepimpinan Islam yang bagai langsung tidak diendahkan menjadikan kedudukan Islam dan Melayu kehilangan taring serta longlai.Masyarakat Islam masih kekal menjadi masyarakat pengguna tidak sebagai pengeluar dan pengilang.

Anak Raja berdarah Rakyat...muga kekal semangatnya bila berada ditahta kelak..

Selasa, 13 Januari 2009

BERUCAP KEPADA IBUBAPA YANG HADIR MENGHANTAR ANAK KESEKOLAH ASRAMA PENUH..

Lepas daripada ziarah teman yang meninggal aku terus memenuhi jemputan selaku AJK PIBG Sek Men Sains Hulu Selangor sampai dah agak lewat, semua ibubapa dah selesai membuat pendaftaran Pengetua telah buat ucapan aku teus dipelawa masuk terus duduk depan.

Habis Pengetua berucap dipanggil aku berucap..akupun ucap tahniah, syabas pada semua Ibubapa...aku cakap percayalah dan yakin lah pada perancagan yang pihak sekolah buat, sokonglah semua program PIBG.

Habis ucapan salam-salam aku terus ke Bangi untuk bersama-sama teman drp Brunei....