Ahad, 11 Januari 2009

REUNION TEMAN ITM MELAKA 1984

Semalam 10 Jan 2009 setelah hampir 25 tahun mula berkenalan kemudian hilang sesekali tersengol dalam majlis juga kerja tapi kebanyakannya memamg tak jumpa hampir 20 tahun...daripada umur remaja, kini usia anak-anak dah masuk usia remaja. Saya bersama beberapa teman mengusulkan untuk membuat satu majlis mesra teman-teman lama. Ita Mail, Lynn todak serta midi telah membuat kerja menjejaki teman-teman lama, daripada hampir 70 nama yang dapat dihubungi dapat le jumpa 21 oarang hadir semalam.

Ramai aku tak ingat nama...muka cam sangat, tapi bila sebut ingat. Mail, Sahar, Khar, Midi, Mus, Ita, lynn, hamidah, lin, halen, jun, ann, aida, naimah, ina sapa lagi ye..atoi. masing-masing akan cari kawan-kawan lain. Inilah cara untuk dapat hubung kawan-kawan difikirkan tak sampai 5 ke 10 tahun masing-masing nak Khawinkan anak amsing masing senang nak jemput....untuk jadi networking bisnes...boleh bantu anak kawan-kawan nanti bila ..cari kerja..yang penting Silatulrahimmm....program akan datang kat tempat mus..pandan indah...

BERPOLITIK DIJALUR DAKWAH, BERDAKWAH DIJALUR POLITIK

Seminar 100 tahun memperingati pahlawan Nasional Bapak Mohamad Natsir bekas PM Indonesia Pertama. Ucapan awal daripada Ibu Asma Faridah Saleh wakil keluarga Bapak Natsir menyantuni perjuangan Bapak Natsir, lewat ucapan Dr Sidek Fadil melekat di kalbu pidatonya ' malangnya orang kecil '

Orang Kecil jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentas
Jika usil dibedil

Orang Kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar
Baginya selalu besar

Orang Besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan

Orang besar boleh bicara semuanya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja

Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurang ajar
Orang besar kurangajar dikata berani

Orang kecil memperkatakan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar

Bicara Dato' Seri Anwar hilang sengat, mungkin kepenatan.

Rabu, 7 Januari 2009

SELANGOR MENANG 3-1...Bahrin tepuk dahi...

Hari ini aku tengok bola, Selangor lawan Perak. Ada kawan aku tu sokong dua-dua Perak pun sokong Selangor pun sokong.Apapun nampak team Selangor aku tengok lebih baik daripada tahun lepas, budak-budak Tg Karang dan Kuala Selangor bagus mainnya...aku rasa Selangor ni kalau nak power rasanya hanya boleh pakai orang Tg Karang aje lah...kkkk.... Zak dan teman-teman Tahniah...

Selasa, 6 Januari 2009

ISNIN mulakan minggu yang padat....

6 Januari 2009 hari Selasa bagi anak-anak yang baru masuk sekolah dan juga bertukar sekolah tak lupa jua yang naik kelas segalanya memulakan sejarah baru.Anak-anak ku yang naik tingkatan 4 naik darjah 5 masuk sekolah mereka cukup seronok...muga anak-anak ku sentiasa peroleh rahmat dan rahim Allah SWT. Semalam juga aku serta beberapa teman Sdr Bahrin, Zaidi,Onn, Romli, Atan, Rizal dan Wahab membuka selera di Dapur Sarawak..macam istimewa. Tapi agak kurang mengancam..aku serta teman-teman cuma merasmikan kedai..baru..muga tokey kedai ini sukses... Isu PRK K.T menjadi tajuk bualan utama...aku tetap dengan keputusan aku untuk jadi pelancung politik... cerita bola...tengah puji Zak..dan team Selangor..banyak happy dengan team muda Selangor yang diadun dengan baik...

Cuma aku agak sibuk dengan kehadiran delegasi daripada Brunei..sdr Romli dan Hj Japar yang atur aku urus jadual perjalanan di Kuala Lumpur beberapa Kolej telah aku atur UNISEL, UIAM, KUIS,ICHS serta beberapa Business Matching yang tengah diuus dengan teman-teman niaga.

Analisa aku PRK KT pakatan kalah 456 undi..

Ahad, 4 Januari 2009

BENTANG PROGRAM KECEMERLANGAN SPM & PMR 2009 - SEK MEN SAINS HULU SELANGOR (SEMASHUR)

Hari ini 4 Jan 2009, awal-awal pagi terpaksa mengemaskini data serta maklumat untuk pembentangan bagi program kecemerlangan PMR dan SPM 2009 bagi pelajar Sek Men Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Lepas mesyuarat pada 29 dis lepas AJK PIBG memberikan amanah padaku untuk bentang dengan Ibu Bapa Pelajar tingkatan 5 & 3, aku pun setuju. Hari ni aku terkial-kial untuk buat sesuatu, Cikgu Maodiah banyak bantu aku. Jam 12.30 tengahari aku bertolak untuk antar anak balik sekolah dia sibuk nak balik cepat pasal nak dapat katil yang ok katanya...aku isteri dan anak-anak yang lain pegi sampai kat Taman Bendahara makan kat kedai tokey kedai tu ok gak..dia pengerusi penyewa-penyewa kat pudu raya, sempat berbual beberapa perkara..dia hairan wahhh..en tau banyak..encik kerja UDA ke..aku bilang tidak...

Jam 2.30 pegi dewan Titiwangsa Semashur, tengok belum ada orang ada sorang cikgu baru..jam 3.00 dah ramai datang..wah baik sambutan ibu bapa..jam 3.15 ucapan Pengetua di mulakan...3.30 aku pulak..aku pun mulakan pembentangan dengan mintak semua bangun..dan menghulurkan salam..dan ucap tahniah....semua agak enjoy..aku bentangkan 13 program kecemerlangan yang melibatkan guru dan pelajar..dengan kos untuk SPM RM 90 ribu dan PMR RM 80 ribu, dibahagi setiap pelajar untuk SPM rm 600, PMR 560. Sebulan hanya RM 60 sahaja. Pelbagai respon ibu bapa. Tapi keseluruhan amat baik, aku cukup tekankan bahwa keputusan PMR 2008 SEMASHUR no 1 SBP seluruh Malaysia, 138 straight A, 87.58%.

Inilah antara tugas dan tanggungjawab aku...aku tak boleh beri tumpuan kepada pelajaran anak-anak ku tapi aku luangkan masa secara paksa untuk aktif dalam PIBG sekolah anak-anakku...Isteriku pulak ku aturkan dulu untuk menguruskan bisnes Kelas Tiusyen..maka dia pun ..dapat jaga anak-anak ku belajar sambil tengok anak orang lain..itulah strategi aku..yang sentiasa sibuk dan menyibuk....

Sabtu, 3 Januari 2009

TAHNIAH SELANGOR..TAHNIAH ABANG ZAK...SEL 4- KEDAH 1

Sabtu 3 Januari 2009, Tahniah buat Pasukan Selangor..tahniah buat Sdr Zak...satu permulaan yang cukup baik..respon orangramai secara spontan wah..Selangor ramai pemain muda..bagus ni..Zak tabahkan hati..kuatkan semangat...satu piala sudah...

Jumaat, 2 Januari 2009

PUTERAKU MUHAMAD HAIQAL MASUK SEKOLAH...

Jumaat 2 Januari 2009, hari ni cipta sejarah tersendiri puteraku yang sorang ni masuk sekolah Alhamdullilah. Baju sekolah serta yang dia perlu kakak-kakak dia dah sibuk daripada awal untuk mintak dibelikan. Tutup saja penggal persekolahan 2008 semua keperluan sekolahnya dibeli...malam tadi haiqal dia bahasakan dirinya abang...abang kena tidur awal esok nak gi sekolah cukup seronok dia kelihatannya...aku mintak abang cuba semua pakaiannya..baju, seluar, stokin,kasut dan tali leher...pehhhh...hensem dan segar sekali...aku bagi dia peraturan pakai baju dan aturan membuka pakaian...mana nak letak..beg, kasut, stokin dan kaedah menggantung baju...nampak dia buat dengan teratur bagus...satu yang cukup mengusik perhatian ibu dan kakak-kakak dia..Abang nak jadi Ketua Kelaslah rasanya...itu yang cukup memyentuh aku..anakku..dah nak tunjuk bakat awal-awal lagi...Doaku muga Allah SWT terus merahmati dan memberikan kesihatan, kecerdasan, kepandaian, rezeki yang melimpah dan menjadikan Puteraku Muhammad Haiqal anak yang soleh...menjadi pemimpin Islam hendaknya...