Isnin, 20 Julai 2009

TAKZIAH BERITA MATI, BERSEDIA MASUK GELANGGANG

Bulai Julai ini punya banyak berita sedih dan sayu. Di awal bulan pemergian kekanda Yusof. Minggu ini sahaja 3 kematian, satu kematian yang begitu mengharukan pentadbiran negara. Takziah pada sahabatku Sdr Amkah setiausaha Cabang Kapar di atas kehilangan Bonda tersayang semalam 19 Julai, hari ini Ayahanda Sdr Aman Shah Ketua Penerangan Cabang Ampang suami kepada Ketua Wanita Ampang Kak Dayang Juita telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan Taman Kosas Ampang. Hari ini juga upacara pengkebumian mendiang Teo Beng Hock yang mati secara misteri di buat ditanah taman Nirvada Semenyih.Kematian Teo mengemparkan negara kerana ia mati ketika masih dalam soalsiasat SPRM. Aku punya penuh keyakinan pegawai SPRM terlibat...jangan nak tipu..

Semalam 19 Julai 2009 hari Ahad dah lama tak bergaul mesra dengan teman-teman jiran setaman..semalam sempat gotong royong...bersih kawasan.. cuci longkang..potong pokok..seronok semua..aku rasa dah 10 tahun lalu program gotong royong kat taman aku tmn samudra tak dibuat..Alhamdullilah semua berjalan dengan baik..sambutan menggalakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan